(Fakta) Air Di Tasik Ini Terlalu Bahaya Dan Tidak Boleh Di Sentuh ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 23 November 2014

(Fakta) Air Di Tasik Ini Terlalu Bahaya Dan Tidak Boleh Di Sentuh

Air Di Tasik Ini Terlalu Bahaya Dan Tidak Boleh Di Sentuh

Tasik Chagan di Kazakhstan mempunyai panorama yang sangat indah. Rumput hijau dan batu kecil menghiasi di pinggir tasik, airnya yang tenang juga menggoda pelawat untuk berenang. Tapi awas, pelawat dilarang menyentuh air tasiknya!

Tasik yang berada di Kazakhstan, Tasik Chagan jadi tempat yang perlu diberi perhatian. Tasik yang menjadi saksi Perang Dingin di Kesatuan Soviet, tasik ini terbentuk kerana letupan nuklear dan hingga sekarang airnya masih mengandungi radioaktif.

Ketika Perang Dingin, Kesatuan Soviet melakukan letupan nuklear di seluruh bahagian timur laut Kazakhstan. Tujuannya untuk menyiasat kemungkinan penggunaan tenaga nuklear untuk pembinaan, seperti penggerudian minyak, pembuatan saluran dan takungan.

Sebanyak 156 letupan nuklear dilakukan Kesatuan Soviet. Salah satunya adalah ujian di Chagan, Kazakhstan. Letupan ini untuk pembuatan takungan atau tasik buatan.

Hasilnya, kawah besar hasil letupan terbentuk. Kawah dengan keluasan 400 meter pesegi dan kedalaman 100 meter dan diberi nama Tasik Chagan atau Tasik Atomik.

Program letupan ini ternyata idea yang buruk. Air dalam tasik jadi mengandungi radioaktif. Bahkan, jumlah radioaktif yang terkandung mencecah 100 kali lebih banyak dari had yang dibenarkan.

Jika dilihat, Tasik Chagan sebenarnya mempunyai panorama yang indah. Rumput hijau dan batuan kecil di pinggir kawah menambah indah pemandangan.

Pelawat yang ingin melihat harus berhati-hati. Jangan sembarang menghampiri atau bahkan menyentuh air tasik, anda boleh terkena radioaktif.

Tasik ini memang sangat berbahaya. Kerana kuatnya radioaktif, ikan pun tak boleh hidup. Tidak hanya itu, burung dan haiwan lain tak boleh tinggal di sana.

Air Di Tasik Ini Terlalu Bahaya Dan Tidak Boleh Di Sentuh

Air Di Tasik Ini Terlalu Bahaya Dan Tidak Boleh Di Sentuh

Air Di Tasik Ini Terlalu Bahaya Dan Tidak Boleh Di Sentuh


sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA !! Murid Didenda makan cili padi dan tidak diberikan air
    26.04.2012 - 0 Comments
    IPOH – Gara-gara mengoyak buku tanda protes kerana dihalang menghubungi ibunya, seorang murid sebuah…
  • Hilangkan Bintik Hitam Di Muka Dengan Berus Gigi
    15.04.2017 - 0 Comments
    Bintik hitam pada muka? Jangan risau, ini ada jalan penyelesaian mudah yang anda boleh cuba buat di…
  • Kepala Wanita Tersepit Di Pintu Gerabak, Pegawai Stesen Buat Tak Nampak
    11.04.2017 - 0 Comments
    Nasib malang menimpa seorang wanita apabila kepalanya tersepit pada pintu gerabak kereta api bawah tanah…
  • (Video) Inilah Minuman Bir Pertama Yang Diterbangkan Ke Angkasa Lepas
    09.04.2017 - 0 Comments
    Pada 18 November 2011, minuman bir 'Natural Light' dengan rasminya telah menjadi minuman bir pertama yang…
  • Fakta tentang Bill Gates
    19.01.2012 - 0 Comments
    1. Bill Gates menghasilkan wang US$250 setiap satu saat, iaitu lebih kurang US$20 juta sehari dan US$7.8…