Fakta! Kesan Makan Asam Atau Jeruk Terlampau Banyak ~ Bila Han Bercerita

Monday, 3 November 2014

Fakta! Kesan Makan Asam Atau Jeruk Terlampau Banyak

Fakta! Kesan Makan Asam Atau Jeruk Terlampau Banyak


Walaupun sejak kebelakangan ini jeruk mangga asam boi bercili menjadi pujaan hati bagi penggemar jeruk, namun perlulah di beri peringatan bahawa makan terlampau banyak jeruk atau asam boleh mengundang kecelakaan pada dalaman tubuh badan kita.

Kalau nak makan dalam kadar yang sedikit, tidak mengapa. Yang tidak eloknya, jangan amalkan selalu makan jeruk atau asam ini kerana asam dan jeruk bukanlah makanan segar dan banyak khasiatnya terhakis semasa process penghasilannya. Selain itu, vitamin C dalam buah buah jeruk juga terhapus.

Di bawah ini adalah beberapa kesan makan asam atau jeruk dalam kadar yang terlampau banyak. Jom baca dan sediakan payung sebelum hujan


KESAN MAKAN ASAM ATAU JERUK TERLAMPAU BANYAK

1) Ia mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi. Boleh mengundang kepada penyakit kencing manis atau diabetes

2) Pengawet yang digunakan amat berbahaya kepada kesihatan

3) Pengawet seperti asid benzoik boleh memberi kesan kepada hati dan buah pinggang

4) Dalam sesetengah keadaan, pengilang menggunakan pengawet berbahaya. Contohnya jeruk dari Thailand menggunakan formalin (pengawet untuk mayat) supaya jeruk tahan lama.

5) Pewarna yang digunakan boleh mengakibatkan alahan.

6)  Jika pewarnanya terlalu kuat, boleh mengakibatkan kerengsaan pada perut dan kulit.

7) Namun, ramai mendakwa asam dan jeruk boleh menghilangkan pening dan mual dalam perjalanan dan mengatasi mabuk hamil.

8) Asam dan jeruk yang diambil berlebihan semasa mengandungi ditakuti akan menjejaskan kesihatan diri dan kandungan.

9) Menghakis dinding pada perut dan usus-usus di bahagian abdomen kita

10) Boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pelupa

11) Boleh menumpulkan ketajaman gigi sebab kadar asid yang tinggi

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : TAMAN TEMA AIR TERCANGGIH DI DUBAI
    25.04.2012 - 2 Comments
  • COOL !! Google Rancang Keluarkan Tablet Kos Rendah
    31.03.2012 - 0 Comments
    SAN FRANCISCO – Google akan bekerjasama dengan pengeluar peranti mudah alih di Asia bagi menghasilkan…
  • Mat Skodeng Kena Siram Air Panas
    09.05.2012 - 0 Comments
    gambar hiasan SARIKEI – Tabiat jelik seorang lelaki warga Bangladesh yang gemar mengintai wanita dalam…
  • Video: Keluarga Daripada Arab Pesan Kek Berharga RM322 Juta Untuk Majlis Hari Jadi Dan Pertunangan Anaknya
    15.09.2015 - 0 Comments
    London – Ketika dunia Arab terus bergolak dengan ratusan ribu pelarian dari rantau itu menggadai nyawa…
  • Cara-Cara Gunakan Suara Sendiri Untuk Waze. Jom Cuba!
    18.05.2017 - 0 Comments
    Aplikasi Waze menjadi rujukan utama buat pengguna tempatan mengetahui arah perjalanan menuju ke destinasi…