Justin Bieber Bayar RM267,400 Kerana 'Telur' ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 23 November 2014

Justin Bieber Bayar RM267,400 Kerana 'Telur'

Justin Bieber Bayar RM267,400 Kerana 'Telur'


Justin Bieber dilapor membayar jirannya AS$80,000 (RM267,400) baru-baru ini kerana insiden baling telur yang dilakukannya Januari lalu.

Penyanyi remaja berkenaan dituduh membaling telur ke arah rumah jirannya sehingga menyebabkan kerosakan teruk.

Menurut majalah hiburan TMZ, Bieber melunaskan bayaran ganti rugi itu dan kini mengikuti kelas menangani kemarahan.

Buat masa ini Bieber diletakan dalam pemerhatian dan nampaknya dia berusaha untuk membetulkan kesilapannya.

Menurut sumber, dia sudah mengikuti enam daripada kelas berkenaan sebelum melakukan kerja kemasyarakatan.

Jika penyanyi berkenaan mematuhi hukuman yang dikenakan, dia dijangka dapat menamatkannya menjelang 10 Februari tahun depan.

Bagaimanapun, menurut sumber, tempoh pengawasannya hanya akan berakhir pada 2016. - Agensi


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Ferrari ini bernilai RM100 juta
    21.06.2012 - 0 Comments
    LONDON: Sebuah kereta Ferrari dijual dengan harga $20 juta (RM100 juta), menjadikannya kereta paling…
  • Aril Masih Sukar Terima Kematian Abang
    10.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Penyanyi Aril Pilus (AF7) mengakui masih berdepan kesukaran untuk menerima pemergian…
  • COOL!! Jackie Chan ada Jet Peribadi Dan Di Pamerkan di Pameran Singapore Airshow
    17.02.2012 - 0 Comments
    Wah!! Inilah pesawat peribadi Jackie Chan yan dipamerkan di sebuah Pameran Singapore Airshow .  Memang…
  • Kad Kahwin Comel Ustaz Don Daniyal
    10.08.2012 - 0 Comments
    Ustaz selebriti dikenali ramai ini baru sahaja mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan Husna. Ustaz…
  • GILA !! Ibu Jual Anak Dalam Facebook
    21.03.2012 - 0 Comments
    KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS Korang dah tengok gambar ni? Kecoh sekarang ni, gambar ni epics dapat…