GILA !! Wiski dan vodka halal akan mula dijual di Eropah ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 16 November 2014

GILA !! Wiski dan vodka halal akan mula dijual di Eropah

Wiski dan vodka halal akan mula dijual di Eropah
Minuman vodka dan whiskey halal yang dijual syarikat ArKay Beverages


Selepas melancarkan barisan produk minuman keras halal tanpa alkohol, syarikat ArKay Beverages kini mengembangkan lagi perniagaannya dengan mencipta minuman vodka dan wiski halal.

Dua produk tersebut dijangka bakal menembusi pasaran Eropah tahun hadapan.

Produk-produk Arkay sebelum ini berjaya menarik minat penggemar yang rata-ratanya adalah orang Islam, wanita mengandung dan pemandu tegar yang merupakan golongan yang tidak boleh mengambil minuman beralkohol.

Menurut presiden Arkay, Sylvie Grattagliano, wiski dan vodka halal akan mula dijual pada tahun 2015 di negara-negara seperti Itali, Sepanyol, Jerman, Belanda, England serta negara yang mempunyai populasi orang Islam teramai di Eropah Barat iaitu Perancis.

Selain vodka dan wiski, Arkay akan turut mengeluarkan minuman keras halal tanpa alkohol jenis brandi, gin, amaretto dan blue curacao.

Jenama ArKay buat masa ini boleh didapati di Amerika Syarikat, Australia, Mexico serta mula mendapat tempat di sekitar Eropah.

Kebanyakan penggemar jenama Arkay berkata, mereka membeli produk ini kerana rasanya yang menarik dan tidak membahayakan kesihatan seperti pengambilan minuman keras.

sumber

P/s : tanda kiamat yang makin hampir.kalau betul pon tiada kandungan alkohol.selagi ianya memabukkan.sama je hukumnya haram.huhu


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA : Pengusaha Butik Dikenakan Renjatan Elektrik, Disamun, Diraba
    28.07.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR – Empat penyamun yang menggunakan alat renjatan elektrik terhadap seorang wanita ketika…
  • AWESOME GILA : Lamborghini Gallardo Super Trofeo Stradale kini di Malaysia
    16.04.2012 - 0 Comments
    Hey guys,tadi aku blogwalking,banyak gak blog aku singgah.satu blog boleh la dekat setengah…
  • Pergh Cas Handphone Dengan Menggunakan Air
    17.01.2012 - 0 Comments
    Sebuah syarikat Sweden telah mencipta pengecas untuk telefon bimbit, kamera dan alat-alat GPS yang…
  • GILA !! Bergambar Dengan Patung Lilin Pemimpin, Kemudian Gunakannya Untuk Menipu!
    26.03.2012 - 1 Comments
    Satu sindiket penipuan melibatkan kira-kira 3 billion Yuan (RM1.5b) di negara China berjaya ditumpaskan…
  • IKAN PUYU DAN KISAH MISTIK
    07.10.2012 - 0 Comments
    Ikan puyu dikatakan sejenis ikan yang tidak tidur malam. Sebab itulah, kehadirannya di dalam rumah…