Harga rumah dijangka naik 
tiga peratus selepas GST ~ Bila Han Bercerita

Friday, 14 November 2014

Harga rumah dijangka naik 
tiga peratus selepas GST

Harga rumah dijangka naik 
tiga peratus selepas GST


PUTRAJAYA 12 Nov. – Kerajaan menjangkakan harga rumah di seluruh negara mengalami peningkatan sebanyak tiga peratus selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April tahun hadapan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, berdasarkan kajian yang dibuat harga rumah akan meng­alami peningkatan berikutan kenaikan harga bahan binaan dan sebagainya.

Katanya, pemaju perumahan tidak boleh menaikkan harga rumah melebihi peratusan yang ditetapkan itu atau mereka boleh didakwa di bawah Jawatankuasa Pemantauan Harga GST.

“Kajian yang dibuat Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menunjukkan impak kenaikan harga rumah sebanyak tiga peratus berasaskan perincian bahan binaan dan sebagainya tetapi saya juga risau harga ini akan dinaikkan sewenang-wenangnya oleh pihak tertentu bukan sebab GST tetapi kerana mahukan keuntungan lebih.

“Kalau kenaikan melebihi tiga peratus disebabkan isu lain seperti bekalan buruh yang tidak mencukupi, itu merupakan fenomena di luar GST tetapi kalau naik mendadak pengguna boleh laporkan kepada jawatankuasa pemantauan yang khusus diwujudkan sebab kenaikan harga barang selepas GST,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perumahan negara di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahman, kerajaan tidak mempunyai kuasa mengawal harga rumah sepenuhnya namun memberi pilihan kepada pengguna dengan pelbagai insentif seperti perumahan mampu milik yang ditawarkan oleh Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) dan sebagainya.

Mengenai cadangan mewajibkan semua pemaju perumahan melaksanakan konsep bina kemudian jual pada tahun hadapan, katanya, kerajaan tidak berhasrat mewajibkan langkah tersebut kerana akan menyebabkan harga rumah meningkat.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan mengalu-alukan dan tidak menghalang mana-mana syarikat yang bersedia untuk melaksanakan konsep tersebut pada tahun hadapan.

“Konsep ini sebenarnya untuk menangani isu rumah terbengkalai tetapi di negara ini isu tersebut masih terkawal, yang menjadi kebimbangan saya sekiranya langkah ini dibuat, harga rumah akan meningkat naik disebabkan penawaran yang kurang kerana pemaju tidak mampu untuk mengeluarkan dana sendiri,” katanya.

Sementara itu, beliau juga meminta supaya kerajaan negeri dapat membantu agensi kerajaan seperti PR1MA, Jabatan Perumahan Negara dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyediakan tapak tanah yang bersesuaian supaya rumah mampu milik dibina di kawasan strategik.

Katanya, tidak banyak yang mampu dibuat oleh pihaknya jika pihak kerajaan negeri tidak membantu menyediakan tapak bersesuaian untuk pembinaan perumahan tersebut.

sumber

P/s:apa dah jadi dengan Malaysia ni.adoii.zibaiii !!

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Facebook Rolls Out New Advertising Tools
    01.03.2012 - 0 Comments
    NEW YORK – Facebook rolled out new tools for advertisers Wednesday as it prepares to go public later this…
  • Objek Berupa Jari Ditemui Di Dalam Sup Ikan Di Taipei
    28.05.2017 - 0 Comments
    Taipei - Seorang wanita terkejut menemui objek seakan hujung jari manusia dalam sup ikan yang dihidangkan…
  • Huo Liao: Rawatan Kecantikkan Dengan Cara Membakar Wajah
    02.04.2013 - 0 Comments
    Sebuah salon kecantikkan di China ini mengamalkan teknik di mana mereka akan membakar wajah para…
  • Isteri Yang Bakal Masuk Neraka
    03.03.2012 - 0 Comments
    Isteri Yang Bakal Masuk Neraka -Tidak suka mengerjakan solat -Suka bercakap bohong kpd suami -Suka…
  • Pekerja dakwa dipecat selepas dituduh mogok di facebook
    24.03.2012 - 0 Comments
    KOTA BHARU – Seramai 41 pekerja kilang di Padang Tembak di sini, semalam mendakwa mereka dianiaya…