Pendapatan Aaisyah Dhia Rana Lebihi Pendapatan Rozita Che Wan ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 15 November 2014

Pendapatan Aaisyah Dhia Rana Lebihi Pendapatan Rozita Che Wan

Pendapatan Aaisyah Dhia Rana Lebihi Pendapatan Rozita Che Wan


Anak kepada selebriti terkenal, Aaisyah Dhia Rana yang belum pun menjangkau setahun tetapi populariti yang diraih mengalahkan ibu atau bapa.

Populariti mendadak itu secara tidak langsung membuatkan mereka menjalani kehidupan penuh popular antaranya menghadiri sesi fotografi bersama akhbar serta majalah, mendapat tawaran iklan dan menjadi duta produk bayi.

“Saya tidak kisah dengan perhatian yang diberikan orang ramai kepada anak saya kerana bagi saya itu perkara yang normal. Ibu bapanya seorang selebriti, jadi bukan satu perkara yang pelik apabila Aaisyah juga turut popular,” katanya.

Walaupun anaknya belum berusia sebulan, namun, bayi comel itu sudah menerima banyak tawaran sesi fotografi majalah dan iklan. Bukan itu sahaja, pendapatan yang diraih anaknya juga melebihi pendapatannya.

“Sejujurnya, saya tidak kisah untuk anak saya turut melibatkan diri dalam bidang seni pada usia muda kerana Zain juga pernah berlakon iklan ketika kanak-kanak. Sekarang, pendapatan Aaisyah lebih banyak daripada saya.

“Saya bukan menggunakan anak untuk dapatkan wang. Cara itu salah kerana sudah dikira mengeksploitasi anak sebaliknya, saya meneliti setiap tawaran terlebih dahulu.

“Jika sesuai barulah saya terima dan wang itu terus disimpan dalam akaun Aaisyah. Lebih baik dia ada simpanan pada usia yang muda untuk kegunaan pada masa hadapan,” tambahnya lagi.


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Senaman kemutan untuk lelaki dan wanita
    27.07.2013 - 0 Comments
    [BACAAN 18 TAHUN KEATAS SAHAJA] Senaman adalah untuk kecergasan tubuh badan, baik lelaki mahu pun…
  • Nora Danish Adalah Ciri-ciri Wanita Idaman Anuar Zain
    20.11.2012 - 0 Comments
    Penyanyi Anuar Zain (gambar) mengakui wajah seperti pelakon Nora Danish merupakan antara ciri-ciri wanita…
  • COOL LORH : Poster Topeng Yang Diilhamkan Dari Filem Ternama
    26.04.2012 - 0 Comments
    Direka semula oleh Alejandro de Antonio Fernandez,gua suka Vendetta dengan…
  • Wajib Tahu : 4 Jenis Makanan Larangan Pada Minggu Pertama Pengantin Perempuan
    11.03.2012 - 0 Comments
    Ahmad telah menceritakan : Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad…
  • [Video] Gadis Ini Nyaris Maut Selepas Menyarungkan 100 Helai Baju
    15.05.2017 - 0 Comments
    Tindakan gadis ini menyarungkan 100 helai baju telah menyebabkannya hampir mati lemas. Rakaman video di…