Pengasas Alibaba kurang senang dikenali sebagai lelaki paling kaya di China ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 16 November 2014

Pengasas Alibaba kurang senang dikenali sebagai lelaki paling kaya di China

Pengasas Alibaba kurang senang disebut paling kaya di China


Beijing: Pengasas Alibaba, Jack Ma berkata, dia tidak bahagia menjadi lelaki paling kaya di China.
Dalam satu wawancara dengan CNBC baru-baru ini, Ma berkata: “Forbes menyatakan saya lelaki paling kaya di China. Ia sungguh menyakitkan. Apabila kamu kaya, orang lain mengelilingi kamu hanya kerana wang.”


Menurutnya, orang ramai kini melayani dia sebagai selebriti, bukan lagi sebagai usahawan.

“Saya mahu menjadi ahli perniagaan yang dihormati,” katanya.

Ma berkata, dia tidak menjangka Alibaba akan berjaya seperti sekarang. Dia juga tidak sangka akan menjadi kaya raya menerusi syarikat yang diasaskannya.

Tidak lama selepas Alibaba mencatatkan rekod menerusi tawaran sahamnya pada September lalu, bilionair berusia 50 tahun itu, buat kali pertama termasuk dalam senarai Forbes selaku antara orang paling berpengaruh di dunia.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Inilah 5 Tandatangan Termahal Di Dunia
    22.11.2014 - 0 Comments
    Tandatangan sangat penting dalam kehidupan seharian kita terutamanya untuk urusan bank, jual beli, insurans,…
  • MISTERI SEGITIGA BERMUDA
    31.01.2012 - 0 Comments
    Tidak semua pertanyaan ada jawapannya. Demikian pula dengan sejumlah peristiwa dan fenomena alam…
  • Cool : Rolls Royce Rancang Untuk Bina Armada Kapal Kargo Tanpa Pemandu
    28.04.2017 - 0 Comments
    Seperti yang kita tahu, pesawat drone secara perlahan-lahan sedang mengambil alih ruang udara dengan versi…
  • PM Dijangkiti Virus E.Coli
    06.01.2015 - 0 Comments
    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak difahamkan terkena jangkitan E.Coli semasa lawatan ke kawasan…
  • Bentuk Zakar Yang Bagaimana Disukai Wanita?
    07.04.2017 - 0 Comments
    Kebanyakan lelaki pasti pernah tertanya-tanya apakah ukuran zakar benar-benar boleh memuaskan…