Berakhirnya Kartun Anime Dan Komik Bersiri Naruto selama 17 tahun ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 13 November 2014

Berakhirnya Kartun Anime Dan Komik Bersiri Naruto selama 17 tahun

Berakhirnya Kartun Anime Dan Komik Bersiri Naruto selama 17 tahun

TOKYO – Selepas 17 tahun menabur ‘bakti’ menyelamatkan dunia, siri manga popular Jepun, Naruto hasil karya Masashi Kishimoto dilaporkan berakhir menemui pembacanya semalam menerusi komik siri terakhir diterbitkan di negara Matahari Terbit itu.

Terkenal menerusi beberapa watak pahlawan ninja cilik dari kampung imaginasi bernama Konoha, Naruto mula terbit pada Ogos 1997 melalui majalak komik mingguan Shonen Jump terbitan syarikat Sueisha dan berterusan memaparkan 700 babak dalam 71 volume.

Manakala bagi siri anime menerusi televisyen, adaptasi Naruto itu baharu sahaja mencapai episod ke-385 disiarkan stesen TV Tokyo dan rangkaian sekutunya di seluruh dunia serta mungkin ambil masa lebih setahun lagi untuk selesai keseluruhan 700 babak berbeza.

Berakhirnya Kartun Anime Dan Komik Bersiri Naruto selama 17 tahun

Naruto merupakan kisah perjuangan ninja muda, Naruto Uzumaki, yang bercita-cita menjadi seorang Hokage, iaitu pemimpin tertinggi Konoha namun perjalanan wira cilik itu  tidak mudah kerana tubuhnya dimasuki seekor serigala yang menjadikannya seperti raksasa.

Sehingga 2013 lalu, lebih 130 juta naskhah komik Naruto dicetak di Jepun menjadi antara terlaris di negara itu manakala peminatnya di serata dunia masih boleh ikuti kisah pahlawan fantasi itu sama ada laman internet, cakera video, filem atau novel selain siri TV.

Dalam pada itu, Kishimoto dilaporkan menerima ucapan selamat maju jaya daripada ribuan peminatnya di seluruh dunia dan lucunya, walaupun Naruto tidak diterbitkan di luar Jepun, komik ninja itu telah dialih bahasa di banyak negara termasuk Malaysia.

sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • 604 Pelatih PLKN Tidak Boleh Bercakap Bahasa Melayu
    28.10.2014 - 0 Comments
    Seperti tidak percaya bagaimana calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh lulus peperiksaan itu…
  • Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?Rafizi minta PM kemuka bukti biayai anak bertunang
    11.03.2012 - 0 Comments
    Sambil menegaskan bahawa tidak timbul soal beliau memohon maaf, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli…
  • Doktor Didenda AS$90,000 Kerana Gurauan Bom Dalam Bagasi
    02.12.2014 - 0 Comments
    MIAMI: Gurauan seorang doktor yang memberitahu terdapat bom di dalam bagasinya di Lapangan Terbang…
  • Keith Foo teruja tunang beri 'green light' beli Nissan GTR 35
    16.11.2014 - 0 Comments
    Pelakon kacak Keith Foo baru-baru ini memuat naik sekeping foto sebuah kereta Nissan Skyline di laman…
  • LELAKI WAJIB TAHU.,FAKTA-FAKTA TENTANG WANITA
    11.03.2012 - 0 Comments
    1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna…