Cameron Highlands Terima Gelombang Kedua Banjir Kilat ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 8 November 2014

Cameron Highlands Terima Gelombang Kedua Banjir Kilat

Cameron Highlands Terima Gelombang Kedua Banjir Kilat


Cameron Highlands: Hujan lebat tidak sampai 30 minit yang bermula kira-kira jam 1.45 petang tadi, sekali lagi mengakibatkan banjir kilat di Kampung Baru Ringlet, di sini dan membuatkan sebahagian penduduk yang sedang membersihkan rumah mereka terperangkap selepas air Sungai Ringlet naik mendadak.

Air banjir gelombang kedua itu naik lebih tinggi dari kejadian pada lewat petang Rabu lalu itu bagaimanapun surut semula kira-kira 10 minit kemudian dan pihak berkuasa mengambil langkah keselamatan mengarahkan kesemua penduduk di kawasan terbabit keluar dari kediaman masing-masing bagi mengelak kejadian buruk berlaku di Cameron Highlands.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hujan kembali reda pada jam 2.30 petang tadi dan kini sudah berhenti sepenuhnya.

Pada Rabu lalu seramai enam keluarga membabitkan 26 penduduk dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet selepas rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat selama kira-kira dua jam.

Kejadian hujan luar biasa yang menyebabkan banjir lumpur dan tanah runtuh di Cameron Highlands itu mengorbankan lima nyawa di tiga kawasan di sini iaitu di Ulu Merah, Kuala Terla dan Lembah Bertam dengan dua mayat terakhir ditemui kira-kira jam 11 pagi hari ini.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Kini Psy Jutawan Youtube
    08.12.2012 - 0 Comments
    SEOUL: Klip video Gangnam Style bakal mencatat tontonan satu bilion kali di YouTube tidak lama…
  • Hati-hati risiko guna kad debit
    24.01.2012 - 0 Comments
    Pemegang kad debit menghadapi risiko hilang semua simpanan dalam akaun tanpa jaminan bank jika kad itu…
  • Usia 60 Tahun Bukan Penghalang Lelaki Ini Menjadi Model
    11.04.2017 - 0 Comments
    Tiada usia spesifik untuk anda mencapai impian yang anda pendam dan lelaki ini kini berjaya mengecap…
  • SAKIT KULIT YANG TIADA PENAWAR
    22.01.2012 - 0 Comments
    GANGGUAN FIZIKAL... kulit berwarna merah menggelupas sebelum menjadi kepingan berwarna putih…
  • Reaksi Selebriti Tempatan Tentang Pembatalan Konsert Erykah Badu
    29.02.2012 - 0 Comments
    Rata-rata selebriti tempatan menyatakan kekesalan mereka terhadap pembatalan konsert Erykah Badu. Daphne…