Pergh ! Ikan Kerapu 200kg terperangkap dalam pukat nelayan ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 22 November 2014

Pergh ! Ikan Kerapu 200kg terperangkap dalam pukat nelayan

Ikan Kerapu 200kg terperangkap dalam pukat nelayan


BINTULU-Penat bertarung selama dua jam sebelum berjaya mendaratkan ikan kerapu seberat 200 kilogram (kg) berbaloi bagi seorang nelayan di sini semalam apabila dia berjaya menjual hasil tangkapan tersebut pada harga RM19,000.

Nelayan yang hanya mahu dikenali sebagai Madin, 40, memberitahu, dia langsung tidak menyangka mendapat rezeki lumayan tersebut kerana selama ini belum pernah berjaya menangkap ikan sebesar itu.
Katanya, ikan tersebut telah dibeli oleh seorang peniaga ikan di pasar basah Bintulu.

“Hasil tangkapan ini ternyata menjadi rezeki segera buat keluarga saya apabila ada peniaga ikan yang sanggup membelinya dengan harga RM19,000 atau RM95 bagi sekilogram.

“Sejak bekerja sebagai nelayan, inilah kali pertama saya menangkap dan melihat ikan kerapu sebesar itu, mungkin antara yang terbesar pernah ditangkap di negeri ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Madin, dia menyedari ikan ‘gergasi’ itu tersangkut di pukatnya ketika berada di kawasan kira-kira 50 kilometer dari luar pantai Bintulu petang semalam.

“Saya mengambil masa kira-kira dua jam bertarung dengan ikan tersebut sebelum berjaya mendaratkannya atas bot.

“Saya bernasib baik kerana tali penarik yang digunakan untuk menaikkan pukat itu tidak putus,” katanya.
Sementara itu, tinjauan di pasar basah Bintulu mendapati orang ramai tertarik untuk melihat ikan gergasi tersebut dari dekat.

Beberapa pengunjung turut ti­dak melepaskan peluang un­tuk merakamkan gambar dan menyentuh ikan tersebut.

sumber

P/s : puas hati giloo

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Info : Bagaimana Resipi Rahsia KFC Disimpan?
    11.04.2017 - 0 Comments
    Tahukah anda, dalam dunia ini hanya 2 eskekutif KFC sahaja yang tahu resepi sebenar KFC? Mungkin anda…
  • GEMPAR !! AARON AZIZ KINI BERGELAR DEEJAY RADIO
    09.03.2012 - 0 Comments
    AARON Aziz, 36, kini beralih arah dengan menjadi penyampai radio? Bukan mengikut trend rakan-rakan artis…
  • Bos 99 Speedmart Beri Respon Isu Salah Tag Harga
    05.01.2015 - 0 Comments
    Bos kepada Susulan 99 Speedmart Alam Avenue, Mohd Hafizuddin bin Rahmad telah tampil bagi memberikan…
  • Oh! Malaysia diambang jadi pengeluar kondom utama dunia
    26.10.2012 - 0 Comments
    Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan…
  • COOL : Google mencipta kereta bergerak tanpa pemandu
    09.08.2012 - 1 Comments
    300,000 batu perjalanan tanpa kemalangan..Kereta ciptaan Google ini memecahkan rekod sebagai kereta…