Akibat Pemananasan Global, Anjing Laut "Rogol" Penguin ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 23 November 2014

Akibat Pemananasan Global, Anjing Laut "Rogol" Penguin

Akibat Pemananasan Global, Anjing Laut "Rogol" Penguin


Isu pemanasan global bukan sahaja memberi kesan kepada perubahan cuaca sejagat dan kehidupan harian manusia, bahkan ia menyebabkan aktiviti seks haiwan di benua Antartika menjadi celaru apabila anjing laut didapati ‘mengahwini’ penguin.

Laporan stesen penyiaran terkenal BBC hari ini mendedahkan, pasukan penyelidik antarabangsa terkejut melihat gejala seks songsang dalam kalangan haiwan terbabit malah mendapati ada sekumpulan anjing laut tergamak ‘memperkosa’ seekor penguin.

Hasil kontroversi kajian itu diterbitkan jurnal saintifik Polar Biology baru-baru ini dan saintis mendakwa kekeliruan tersebut berlaku akibat tekanan rasa kecewa disebabkan tempias fenomena pemanasan global lebih sedekad lalu yang turut melanda benua Antartika.

Mereka mendakwa pernah pada 2006 lalu, untuk kali pertama, seekor anjing laut dilihat bersetubuh dengan seekor penguin raja di Marion Island, sebuah pulau kecil Antartika yang banyak didiami kumpulan besar dua spesies haiwan tersebut ratusan tahun lamanya.

Mulanya, saintis berpendapat anjing laut itu mungkin sedang bermain-main dengan penguin tersebut tetapi selepas pemantauan secara rapi, penyelidik akhirnya mengakui dua haiwan berbeza itu bertindak agresif dan memang serius melakukan hubungan jimak.

Setakat ini mereka hanya menerbitkan laporan berkaitan penguin raja atau Aptenodytes patagonicus yang sudi melayan nafsu anjing laut berbulu dikenali Arctocephalus gazella manakala haiwan-haiwan lain belum lagi berubah selera seks semula jadi. – Agensi


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • MASTER OF THE TROLLING,TROLL LEVEL 900
    14.03.2012 - 0 Comments
    hehe.jangan buat gini ek sumber-9GAG
  • Sejarah Asal-usul
    19.01.2012 - 0 Comments
    Antara salah satu meme yang terkenal di internet adalah trollface. Trollface dipercayai adalah antara meme…
  • COOL : Cara Membuat Coklat Kit Kat Gergasi Di Rumah
    02.04.2013 - 0 Comments
    korang yang suka gile2 makan  kit-kat atau coklat tu.boleh try cara…
  • Bahaya bekam tidak bersih !!
    18.01.2012 - 0 Comments
    Berbekam itu bagus kerana itu sunnah yg ditunjukkan nabi,malangnya zaman…
  • Kehebatan Shaolin Sebenar
    24.01.2012 - 1 Comments
    Kungfu Shaolin adalah salah satu seni bela diri yang sangat terkenal dan sangat disukai oleh kebanyak orang…