Mark Zuckerberg Dedah Kenapa Dia Memakai Baju Warna Sama Setiap Hari ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 9 November 2014

Mark Zuckerberg Dedah Kenapa Dia Memakai Baju Warna Sama Setiap Hari

Mark Zuckerberg Dedah Kenapa Dia Memakai Baju Warna Sama Setiap Hari


Billionair CEO Facebook, Mark Zuckerberg telah mendedahkan kenapa dia memakai baju T-shirt berwarna kelabu yang sama setiap hari - dan logik beliau di dalam jawapan ini boleh membuatkan anda terfikir  untuk mengambil semula masa yang telah anda habiskan di hadapan cermin.

Dalam satu sesi soal jawab semalam, Zuckerberg ditanya "kenapa kamu memakai baju T-shirt sama setiap hari?".

"Saya benar-benar mahu membuatkan hidup saya jelas supaya saya hanya perlu membuat sedikit keputusan dalam semua perkara kecuali bagaimana untuk berkhidmat dengan terbaik untuk masyarakat", jawabnya sambil menjelaskan dia mempunyai beberapa helai baju yang sama.

Zuckerberg berkata walaupun membuat keputusan yang kecil, seperti apa yang perlu dipakai setiap hari, atau apa yang hendak dimakan pada waktu pagi, sama seperti cukai bagi otak- dan dia tidak sanggup membazirkan tenaga untuk membuat perkara seperti itu.

"Saya merasa sangat bertuah kerana berada di posisi sekarang ini dimana saya bangun setiap hari dan berkhidmat kepada satu billion orang", sambung Zuckerberg.

"Dan saya merasa seperti tidak melakukan kerja jika saya membazirkan tenaga melakukan perkara bodoh atau remeh temeh didalam hidup saya", katanya lagi.

sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GEMPAR !! AARON AZIZ KINI BERGELAR DEEJAY RADIO
    09.03.2012 - 0 Comments
    AARON Aziz, 36, kini beralih arah dengan menjadi penyampai radio? Bukan mengikut trend rakan-rakan artis…
  • Cara-cara melayan suami dengan baik dan romantis
    20.01.2012 - 0 Comments
    Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai…
  • PTPTN kekalkan caj satu peratus
    24.05.2012 - 0 Comments
    SHAH ALAM – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan meneruskan pelaksanaan caj…
  • Pembida Sanggup bayar RM14 juta untuk makan tengahari bersama Warren Buffett
    12.06.2016 - 0 Comments
    Omaha (Nebraska, Amerika Syarikat): Untuk kali kedua, seorang pembida tidak dikenali bersetuju membayar…
  • Oh! Malaysia diambang jadi pengeluar kondom utama dunia
    26.10.2012 - 0 Comments
    Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan…