Kes Dadah: Ezad Exist Direman Empat Hari ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 20 November 2014

Kes Dadah: Ezad Exist Direman Empat Hari

Ezad Exist Direman Empat Hari


Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Ezad Lazim ditahan reman selama empat hari bermula Khamis kerana didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram.

Majistret Nurul Izzah Hassan Basri mengeluarkan perintah tersebut selepas Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 34, dihadapkan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Selayang di sini pada pagi Khamis.

Reman itu dikeluarkan bagi membolehkan suspek membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.

Penyanyi itu tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 10.05 pagi sebelum dibawa keluar kira-kira 15 minit kemudian.

Ezad yang berasal dari Alor Setar, Kedah terdahulu ditahan di Ibu Pejabar Daerah Polis Gombak selepas ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 petang dengan dia menggenggam satu paket syabu pada tangan kirinya.

Hasil pemeriksaan air kencing penyanyi itu juga mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Penyanyi itu sebelum ini pernah menyertai Exist pada 1995, dan telah merakam sebanyak enam buah album bersama kumpulan tersebut sebelum meneruskan kerjaya solo.

Ezad juga pernah membintangi beberapa buah filem terbitan Metrowelth International Group (MIG) termasuk Mami Jarum bersama aktres Zahida Rafik.

sumber


Share:

Related Posts:

2 comments:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Serius ! Berlian bernilai RM60 juta ditemui
    07.03.2016 - 0 Comments
    Berlian 404 karat berukuran 2. inci ditemui. - Foto AP LUANDA - ANGOLA. Berlian 404 karat berukuran lebih…
  • Pergh Cawan teh Lady Gaga dilelong RM229,729
    08.05.2012 - 0 Comments
    GAMBAR menunjukkan Lady Gaga memegang cawan yang dilelong di Jepun. TOKYO - Set cawan teh dan piring…
  • Serius !! Adele hisap 25 batang rokok sehari
    05.01.2016 - 0 Comments
    PENYANYI popular kelahiran United Kingdom, Adele memberitahu beliau menghisap 25 batang rokok sehari…
  • Hati-hati risiko guna kad debit
    24.01.2012 - 0 Comments
    Pemegang kad debit menghadapi risiko hilang semua simpanan dalam akaun tanpa jaminan bank jika kad itu…
  • COOL : Gua Berwarna-Warni Rusia Diiktiraf Unesco
    23.05.2013 - 0 Comments
    Terdapat gua ajaib di Rusia. Ia adalah gua ais semulajadi yang terukir oleh aliran air panas. Ais…