GILA!! Hilang nyawa kerana dompet ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 15 February 2012

GILA!! Hilang nyawa kerana dompet

DI KAWASAN inilah Lai Wiang diserang oleh dua lelaki hingga mengakibatkan dia mati dalam kejadian di Taman Abad, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang terlibat dalam pertengkaran di sebuah restoran sepatutnya telah selamat pulang tetapi tindakannya kembali ke premis itu untuk mengambil dompetnya yang tertinggal telah menyebabkan dia diserang hingga mati semalam."

Kejadian pukul 4 pagi di sebuah restoran di Jalan Harimau, Taman Abad di sini itu mengakibatkan Song Chai Lai Wiang @ Ah Tiam dari Kedah mati selepas diserang dua lelaki bersenjatakan pisau dan kayu pemukul di restoran berkenaan.

Difahamkan, kejadian itu berpunca apabila kedua-dua suspek telah bertengkar dengan mangsa selepas berang kerusi mereka dilanggar secara tidak sengaja.

Rakan mangsa yang enggan dikenali memberitahu, sebaik melihat pertengkaran itu semakin serius, dia terus menarik Lai Wiang meninggalkan restoran berkenaan.

"Tujuan saya ialah untuk meredakan keadaan. Tidak lama selepas kami beredar, mangsa mengatakan yang dia ingin kembali ke restoran itu untuk mengambil dompetnya yang tertinggal.

"Saya menahannya untuk pergi tetapi dia tetap berkeras. Semasa Lai Wiang berjalan ke arah restoran, dia telah diserang kedua-dua lelaki berkenaan menggunakan pisau dan kayu pemukul," ceritanya.

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • (VIDEO) Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya Jadi Viral
    25.01.2015 - 0 Comments
    WASHINGTON: Sebuah video yang menunjukkan seorang ibu buta di Kanada melihat bayi yang baru dilahirkan…
  • Awas! Bahaya WiFi Percuma Di Tempat Awam!
    10.02.2012 - 0 Comments
    Mungkin ramai yang suka atau sering online facebook, twitter, email dan sebagainya di tempat awam yang…
  • Kelebihan Berzikir dari sudut sains
    25.01.2012 - 0 Comments
    Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf…
  • PEMANDU WAJIB TAHU !! fog lamp boleh mengakibatkan kemalangan
    24.02.2012 - 0 Comments
    Awas-Menyalakan lampu kabut atau spotlight di waktu malam sering kali dilakukan pemandu kereta kerana…
  • 4 Sebab Wanita Menggemari Lelaki Yang Lebih Berusia
    30.01.2012 - 0 Comments
    Pasti anda sebagai lelaki sejati yang berwajah tampan dan berbadan sasa berasa pelik mengapa wanita…