ALLAHUAKBAR !! KESIAN MATI DALAM KEADAAN TERSEPIT ~ Bila Han Bercerita

Friday, 16 March 2012

ALLAHUAKBAR !! KESIAN MATI DALAM KEADAAN TERSEPIT






KUALA LIPIS: Akibat dipercayai gagal menarik brek tangan, seorang
pemandu lori hantu terpaksa menempuh azab hampir setengah jam sebelum
disahkan meninggal dunia apabila tersepit antara pintu lorinya dengan
sebatang pokok sawit dalam kejadian di Ladang Sungai Kelembung, Jalan
Felda Telang Satu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 2.20 petang itu, mangsa, Lau Hon Yong, 53, dari
Mantin, Negeri Sembilan menemui ajal di tempat kejadian selepas kepala
dan perutnya tersepit.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang membaiki kerosakan kenderaan
berat berkenaan tanpa menyedari lori itu bergerak sendiri secara
perlahan dan hanya terhenti selepas menghimpit mangsa yang ketika itu
tersandar di batang pokok sawit berdekatan.



Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, siasatan
awal mendapati kejadian itu disedari pekerja ladang yang mendengar
jeritan mangsa sebelum menghubungi Balai Polis Trafik Lipis.
Menurutnya, sepasukan anggota polis dengan bantuan orang awam mengambil
masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit antara pintu lori
dengan pokok sawit berkenaan.

SUMBER
Share:

Related Posts:

1 comment:

  1. allah....! apakah ini suratan takdir dia mati sedimikian rupa..

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Kereta dihempap bongkah batu di Hanoi
    08.05.2012 - 0 Comments
    BEBERAPA orang melihat bongkah batu yang menghempap sebuah kereta (kiri). HANOI - Seorang pegawai…
  • Kreatif !! Imej Burung Nuri Ini Sebenarnya Adalah Seorang Manusia
    07.11.2014 - 0 Comments
    Johannes Stoetter, seorang artis seni berbakat dalam menggunakan berus dan mengorientasikan warna telah…
  • GHOULS
    21.01.2012 - 0 Comments
    he was making a signal towards the hell, though hell was not good enough for him' he saw a silhoutte of a…
  • TUTORIAL BUAT GAMBAR DI CHAT BOX
    25.02.2012 - 1 Comments
    gambar di chat box ? hahaha ! pelik ?? x fahm tengok ni ~ macam mane nak buat ?? meh nak aja ! 1.…
  • (Video) Main Pokemon Go Dihadapan Pembaca Berita Ketika Bersiaran Langsung
    16.07.2016 - 0 Comments
    Aplikasi permainan Pokemon Go yang menjadi viral mencetus pelbagai insiden sejak ia dilancarkan di…