COOL !! CARA MENGHILANGKAN SELULIT SECARA SEMULAJADI ~ Bila Han Bercerita

Friday, 9 March 2012

COOL !! CARA MENGHILANGKAN SELULIT SECARA SEMULAJADI




Selain "stretch mark", satu lagi masalah kulit yang menghantui anda ialah selulit. Selulit merupakan lemak pada kulit yang bercantum dengan kolagen. Biasanya terdapat pada paha, punggung dan tangan. Adakalanya turut kelihatan pada betis.

Lazimnya, golongan wanita lebih ramai yang mengalami masalah sesulit berbanding lelaki. Ini kerana sel lemak pada kulit lelaki agak jauh daripada lapisan atas kulit.
Menghilangkan selulit adalah perkara yang agak mustahil. Walaupun dengan menggunakan rawatan yang mahal menggunakan mesin canggih manggih mahupun krim.

Sebenarnya, apa yang perlu anda lakukan ialah mengurangkan timbunan lemak.

Lagi satu, daripada anda membazir, ada baiknya gunakan bahan-bahan yang jauh lebih murah. Bahan yang saya maksudkan ialah serbuk kopi.



Kenapa serbuk kopi??

Kandungan kafein pada kopi mampu memperbaiki aliran darah, mempercepatkan pengelupasan sel-sel kulit mati dan menghaluskan kulit.

Apa yang lebih baik ia berfungsi mengurangkan timbunan lemak yang membuatkan kulit anda kelihatan agak jingga!

Baiklah, bahan-bahan yang anda perlukan;
~ 2 cawan serbuk kopi
~ 1/2 cawan gula ataupun garam laut (pilih 1)
~ 2-3 sudu besar minyak urut (massage oil)

Caranya:

1. Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas.
2. Kacau sampai sebati.
3. Lulur atau sapukan campuran tadi ke seluruh tubuh anda.
4. Sambil itu, urutlah secara lembut tubuh anda. Terutamanya pada bahagian yang ada selulit.
5. Urutan ini bagus untuk membebaskan sel-sel lemak yang terperangkap dan seterusnya mengurangkan selulit.
6. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air suam. Amalkan cara hilangkan selulit dengan kopi ini beberapa kali seminggu hingga anda berpuas hati dengan hasil yang diperoleh.
Selamat mencuba!

SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • ALLAHUAKBAR !! KISAH KEINSAFAN: Jutawan, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk ‘Miskin’
    02.06.2012 - 0 Comments
    Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya…
  • Datuk Siti Nurhaliza Merupakan Wanita Ketiga Yang Terkaya Di Malaysia
    19.02.2015 - 0 Comments
    Pernah menerima lebih 200 anugerah tempatan di dalam industri hiburan dan juga dinamakan antara dua…
  • Sejarah dan Asal Usul Congkak
    01.12.2012 - 0 Comments
    Permainan congkak dipercayai berasal daripada Negara Afrika atau Arab.Bagaimanapun, bukti tertua yang…
  • COOL !! Cebisan otak Albert Einstein dipamerkan
    28.03.2012 - 0 Comments
    GAMBAR otak Einstein (kiri) dan replika otaknya. LONDON - Dua cebisan otak saintis legenda, Albert…
  • 6 Sebab Kenapa Bateri Telefon Bimbit Anda Cepat Kong
    20.04.2017 - 0 Comments
    Situasi kehabisan bateri telefon bimbit boleh menjadi sesuatu yang sangat mencemaskan. Boleh dikatakan…