COOL GILA !! Lelaki Ini Beli Kereta Menggunakan Duit Syiling ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 4 March 2012

COOL GILA !! Lelaki Ini Beli Kereta Menggunakan Duit Syiling


Beli Kereta Dengan Duit Syiling

SEBUAH cerita menarik di Negara China, biasa kita dengar orang membeli kereta secara tunai. Lain halnya dengan Wang, seorang peniaga, membeli sebuah kereta menggunakan duit syiling di China.

Pengusaha perniagaan tepung itu, tiba dengan menaikki van di sebuah kedai kereta di Xianyang sebuah bandar di dalam wilayah Shaanxi pada 1 Ogos tahun lalu.

Dia membuka bonet kenderaanya dan membawa keluar tujuh karung duit syiling untuk diserahkan kepada pengurus yang menguruskan jual beli kereta di kedai tersebut.

“Saya nak beli sebuah kereta, Saya ada wang tunai 60,000 yuan (RM27,756),” katanya sambil menyatakan bahawa keseluruhan duit syilingnya itu memiliki berat kira-kira 300 Kg.

Menurut Wang, dia mengumpulkan kira-kira 10,000 yuan (RM4,626) duit syiling setiap bulan yang diperolehi dari para pelanggannya termasuk peniaga roti dan pemilik kilang mee.

Bagaimanapun, pengurus kedai kereta tersebut telah mengalami masaalah untuk mendapatkan bank yang boleh menerima pembayaran yang lain dari yang lain itu, memandangkan proses mengira jumlahnya bukan sesuatu yang mudah.

Beli Kereta Dengan Duit Syiling 1

Akhirnya, dia berjaya menemukan sebuah bank yang hanya bersetuju untuk menerima sebahagian duit berjumlah 15,000 yuan (RM6,940) daripada keseluruhan syiling itu.

Dalam masa yang sama, Wang pula terpaksa mencari bank lain yang boleh menerima untuk memasukkan sejumlah syiling lagi ke dalam akaun bank penjual kereta sebagai transaksi pembelian kereta tersebut.

Tambah melucukan Wang terpaksa bermenung panjang dan bermasam muka memandangkan dia tidak boleh memandu pulang kereta yang sudah dibelinya sehingga pihak bank selesai mengira kesemua duit syiling tersebut.

P/s : so jangan cepat putus asa semasa menabung yea

Sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Teknik Bernafas Dari Orang Jepun Ini Mampu Mengurangkan Masalah Perut Buncit
    16.04.2017 - 0 Comments
    Seorang pelakon popular daripada Jepun, Miki Ryosuke, telah menemui cara dan kaedah yang mudah untuk…
  • Betul ke Bekas Isteri Jimmy Shanley Hamil Anak Haram ?
    09.05.2012 - 0 Comments
    SHAH ALAM – Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa isterinya,…
  • COOL !! CARA MENGHILANGKAN SELULIT SECARA SEMULAJADI
    09.03.2012 - 0 Comments
    Selain "stretch mark", satu lagi masalah kulit yang menghantui anda ialah selulit. Selulit merupakan…
  • COOL : TAMAN TEMA AIR TERCANGGIH DI DUBAI
    25.04.2012 - 2 Comments
  • The Gelmerbahn: Kereta Api Bukit Paling Curam Di Eropah Dengan Kecerunan Sebanyak 106 Peratus
    10.04.2017 - 0 Comments
    Laluan kereta api bukit di The Gelmerbahn terletak kira-kira 6,000 kaki dari paras laut ke Tasik Gelmer…