GILA !! Lori minyak kemalangan,Penduduk berebut minyak masak ‘percuma’ ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 11 April 2012

GILA !! Lori minyak kemalangan,Penduduk berebut minyak masak ‘percuma’


ORANG ramai berebut mendapatkan minyak masak ‘percuma’ daripada sebuah lori tangki yang kemalangan di Jalan Langgar, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Kira-kira 5,000 penduduk kampung dan kawasan perumahan berhampiran Jalan Langgar di sini tidak melepaskan peluang mendapatkan minyak masak ‘percuma’ daripada tangki sebuah lori yang bocor selepas terlibat dalam kemalangan semalam.

Orang ramai dilihat mula membanjiri kawasan tersebut dari pukul 12 tengah hari sehingga pukul 8 malam dan ada yang masih menadah minyak masak tersebut ketika hujan pada sebelah petang.

Lori tangki dari Butterworth, Pulau Pinang yang membawa sebanyak 18 tan minyak masak dianggarkan bernilai kira-kira RM45,000 itu tersadai di bahu jalan selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Kia Sportage dari arah belakang kira-kira pukul 11.55 pagi.

Ketika kejadian, lori tersebut dalam perjalanan menghantar bekalan minyak tersebut ke sebuah kilang untuk proses pembungkusan di Kampung Bukit, Naka di sini.

Pemandu lori, Azizan Hashim, 47, memberitahu, akibat kemalangan itu, bahagian bawah tangki bocor menyebabkan muatan minyak masak tumpah ke jalan raya dan longkang bersebelahan.

P/s :haram woi..tengok la makcik pakcik sume,xfikir dosa ke.orang accident dia amek kesempatan pulak..jahilnya manusia.huh

SUMBER
Share:

Related Posts:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • ALLAHUAKBAR !! AWAN DI DALAM BILIK
    18.03.2012 - 0 Comments
    Bagaimana rasanya boleh berada sangat dekat - bahkan menyentuh awan? Tak perlu payung terjun atau naik ke…
  • PELIK !! Pegawai di China dipecat kerana pakai jam berjenama dan hisap rokok mahal
    24.03.2012 - 0 Comments
    Seorang pegawai pejabat pemerintah China dipecat kerana menjalani gaya hidup mewah Zhou Jiugeng yang…
  • Perompak Guna 'Da Vinci Code' Untuk Bantu Penjenayah Lain Kenal Pasti Rumah Orang Kaya
    15.09.2013 - 0 Comments
    Pencuri kini menggunakan simbol berkod yang ditulis dengan kapur untuk membantu penjenayah lain mengenal…
  • Video: Senaman Meningkatkan Tenaga Batin Lelaki -Senaman Harimau (Part 2)
    23.06.2017 - 0 Comments
    Senaman harimau ini bertujuan untuk menguatkan tenaga batin untuk lelaki. Sesuai bagi mereka yang ada masalah…
  • (Video) Lelaki Ini Lakukan Terjunan Daripada Angkasa Lepas
    09.04.2017 - 0 Comments
    Pada 15 Mac 2012, seorang lelaki, Felix Baumgartner, berbangsa Austria telah melakukan penerjunan udara…