GILA !! Pelajar Hidup Mewah Dipercayai Jual Pil Kuda ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 14 April 2012

GILA !! Pelajar Hidup Mewah Dipercayai Jual Pil Kuda




BESUT – Tindakan seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Jerteh, di sini yang menayang wang RM800 kepada rakan-rakannya, membongkar rahsia dia dipercayai menjual pil kuda.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata perbuatan pelajar itu disedari gurunya dan kerana curiga, terus melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis dalam kejadian Isnin lalu.

Katanya hasil siasatan polis, pelajar perempuan itu mengaku melakukan aktiviti sampingan membantu bekas teman lelaki menjual pil kuda di luar waktu sekolah sejak empat bulan lalu.

Gadis itu bagaimanapun menafikan menjual dadah kepada pelajar sekolah lain.

Kamaruddin berkata susulan itu, pihaknya menahan teman bekas teman lelaki pelajar berkenaan yang berumur 19 tahun dan abang lelaki itu yang berumur 34 tahun pada hari yang sama. “Bekas teman lelaki pelajar itu ditahan di sebuah wakaf di Kampung Air Terjun kira-kira pukul 4.30 petang Isnin lalu dan ketika ditangkap, polis menemui 100 biji pil kuda (methamphetamine) daripadanya,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya berdasarkan maklumat daripada pemuda berkenaan, pihak polis memberkas abangnya kira-kira 45 minit kemudian di sebuah rumah kampung yang sama.

Menurut Kamaruddin polis turut menemui tujuh biji pil kuda di dalam rumah tersebut.

Katanya ujian saringan air kencing mendapati pelajar perempuan itu dan bekas teman lelakinya negatif dadah, bagaimanapun abang pemuda itu positif pil methamphetamine.

Katanya dua beradik itu ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1)Akta Dadah Berbahaya 1952. -BERNAMA
Share:

Related Posts:

3 comments:

  1. hahaha..jual pil kuda mmg la kaya..

    ReplyDelete
  2. @Amirul.haha.memang la.tapi tu kategori dadah.sabit kesalahan,hukum mandatori.gantung sampai mati woo.hehe

    ReplyDelete
  3. hahaha..yela..kena gantung tak guna duit bnyk mne pun..

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • 6 Penyebab Malas Belajar
    24.01.2012 - 0 Comments
    Belajar adalah kewajipan seorang pelajar, hidup tanpa belajar bagaikan raga tanpa jiwa. Tetapi, masalah…
  • Gitaris Kumpulan Kristal nyaris maut dalam kemalangan
    11.10.2012 - 0 Comments
    Seorang gitaris kumpulan Kristal, Ammar Izwan Alwi Aizhar, 25, nyaris maut apabila kenderaannya dirempuh…
  • Suspek penggodam Anonymous ditahan
    16.03.2012 - 0 Comments
    PARIS – Seramai 25 suspek disyaki ahli gerakan peng*godam Anonymous ditahan dalam satu operasi merentasi…
  • WAA !! Cute gila mentol lampu Mickey Mouse
    25.04.2012 - 0 Comments
    Dibawah ialah konsep mentol LED Mickey Mouse yang direka oleh Hong-kue Lee. Love it kerana sangat…
  • Badan Dipenuhi Cacing Dek Kerana Gemar Makan Sushi
    11.10.2014 - 0 Comments
    Seorang lelaki China berjumpa doktor kerana sakit perut dan kulit gatal  Imbasan mendedahkan…