Kes Dadah: Ezad Exist Direman Empat Hari ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 20 November 2014

Kes Dadah: Ezad Exist Direman Empat Hari

Ezad Exist Direman Empat Hari


Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Ezad Lazim ditahan reman selama empat hari bermula Khamis kerana didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram.

Majistret Nurul Izzah Hassan Basri mengeluarkan perintah tersebut selepas Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 34, dihadapkan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Selayang di sini pada pagi Khamis.

Reman itu dikeluarkan bagi membolehkan suspek membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.

Penyanyi itu tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 10.05 pagi sebelum dibawa keluar kira-kira 15 minit kemudian.

Ezad yang berasal dari Alor Setar, Kedah terdahulu ditahan di Ibu Pejabar Daerah Polis Gombak selepas ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 petang dengan dia menggenggam satu paket syabu pada tangan kirinya.

Hasil pemeriksaan air kencing penyanyi itu juga mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Penyanyi itu sebelum ini pernah menyertai Exist pada 1995, dan telah merakam sebanyak enam buah album bersama kumpulan tersebut sebelum meneruskan kerjaya solo.

Ezad juga pernah membintangi beberapa buah filem terbitan Metrowelth International Group (MIG) termasuk Mami Jarum bersama aktres Zahida Rafik.

sumber


Share:

Related Posts:

2 comments:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Nutrisi Penting Untuk Wanita Sebelum & Semasa Hamil
    14.05.2012 - 0 Comments
    Apa yang anda dan suami makan mencerminkan kesihatan dan kecerdasan anak yang bakal lahir. Jadi,…
  • COOL : Pendrive emas berbentuk cendawan bernilai RM122,675
    24.04.2012 - 0 Comments
    menurut sumber,pendrive yang bernilai RM122,675 ni disaluti dengan kristal sehingga 11.35 karat dan 42…
  • Faizal Ismail Kongsi 12 Perkara Menarik Bersama Hot FM
    05.12.2013 - 0 Comments
    1. Berbasikal kira-kira 500 kilometer bersama Fara Fauzana untuk dua peringkat Utara dan Selatan bagi…
  • COOL !! TELEFON BIMBIT TAG HEUR BERHARGA RM12,000
    16.03.2012 - 0 Comments
    Bila sebut Tag Heuer, yang terlintas dalam fikiran kita adalah produk jam tangannya yang bergaya dan…
  • Tutorial : Cara Memindahkan Mesej WhatsApp Anda Ke Smartphone Yang Baru
    19.03.2015 - 0 Comments
    Whatsapp adalah aplikasi terpenting bagi kita pada masakini, rata-rata dari kita kebanyakkannya lebih…