Aril Masih Sukar Terima Kematian Abang ~ Bila Han Bercerita

Friday, 10 February 2012

Aril Masih Sukar Terima Kematian Abang





KUALA LUMPUR: Penyanyi Aril Pilus (AF7) mengakui masih berdepan kesukaran untuk menerima pemergian Allahyarham abangnya yang juga penyanyi Izwan Pilus walaupun selepas 20 hari berlalu.

Aril berkata keakraban hubungan mereka yang kebetulan tinggal sebumbung lebih menyukarkan dia untuk mengatasi kerinduan dan memori yang sering bertandang setiap kali dia pulang ke rumah.

"Saya sedar memang tidak baik untuk terus meratap orang yang sudah pergi. Jika saya sebagai adik masih berasa impaknya, apatah lagi ibu bapa saya.

"Namun, terlalu banyak kenangan kami bersama yang sukar saya lupakan sehingga kini. Bukan saya tak relakan pemergiannya cuma ia masih terlalu awal dan berat untuk saya terima hakikat dia sudah tiada," katanya kepada mStar Online.

Aril berkata tanggungjawab sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga kini memberikan tekanan yang lebih berat kepadanya sejak kematian Allahyarham.

"Selama ini, semua urusan keluarga banyak diuruskan oleh abang. Kini ia menjadi tanggungjawab saya pula.

"Saya akui tekanan dan tanggungjawab semakin berat dan banyak urusan peribadi dan keluarga yang mula saya uruskan kini," katanya.

Ketika ditanya bagaimana dia menjalani kehidupannya selepas 20 hari pemergian Allahyarham, Aril berkata dia masih tinggal di rumah mereka dan cuba mengembalikan semangatnya seperti sedia kala.

"Saya masih tinggal di rumah kami. Bilik abang juga tidak terusik. Semuanya kami kekalkan begitu sahaja.

"Apabila perasaan rindu datang, saya tidak lawan atau cuba mengelak. Saya akan dengar lagu-lagu nyanyiannya dan ikut menyanyi," katanya yang merindui gurau senda abangnya.

Aril juga berkata dia merancang untuk merakamkan lagu yang pernah mereka rancang untuk berduet sebelum ini sebagai kenang-kenangan buat Allahyarham.

"Lagu itu memang sudah lama ada tetapi kami sering sibuk dengan komitmen masing-masing sehinggalah abang meninggal dunia.

"Atas memori itu, saya ingin teruskan hasrat tersebut dan merakamkan secara solo lagu itu tidak kiralah dalam masa terdekat atau tidak," katanya.

Izwan meninggal dunia pada 20 Januari lalu akibat jangkitan kuman dalam darah serta diserang virus kencing tikus.

sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Inilah Gambar Selfie Pertama Di Dunia Yang Dirakam Pada 1909
    26.10.2014 - 0 Comments
    Gambar selfie pertama dirakam di dunia ini dipercayai diambil pada tahun 1909 oleh Joe Byron di atas…
  • Inilah Fungsi Lingkaran Putih Dalam Setiap Enjin Kapal Terbang
    18.05.2017 - 0 Comments
    Ada banyak perkara yang terjadi di sekeliling kita, dan kita mungkin langsung tak sedar akan kewujudannya.…
  • COOL !! 'Lebuh raya elektrik' beroperasi di AS
    18.03.2012 - 0 Comments
    SEBUAH kereta Nissan Leaf dicas di stesen pengecas pantas di lebuh raya Interstate 5…
  • AirAsia Sedia Turunkan Tambang Untuk Rangsang Pasaran
    15.11.2014 - 0 Comments
    Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia bersedia untuk menurunkan harga tambangnya bagi merangsang…
  • Bangkai Paus Seberat 15 Tan Ini Boleh Meletup Bila-bila Masa Sahaja
    15.11.2014 - 0 Comments
    Bangkai seekor ikan paus yang berkemungkinan boleh membawa maut jika meletup. Montpellier: Pegawai…