GILA !! Guru wanita patah hidung ditumbuk pelajar ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 29 February 2012

GILA !! Guru wanita patah hidung ditumbuk pelajar


Guru retak hidung ditumbuk murid tingkatan dua sebuah sekolah di Kangar




KANGAR: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, di sini, bertindak kurang ajar apabila menumbuk muka seorang guru perempuan sehingga mangsa patah hidung, tengah hari semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, guru berkenaan dipercayai baru saja selesai mengajar subjek Sejarah sebelum keluar menuju ke bilik guru.


Difahamkan, suspek berang selepas guru terbabit Mariati Mat Ail, 37, ingin membawanya ke bilik guru disiplin selepas suspek didapati bergaduh di koridor sekolah itu.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPNPs) berkata, mangsa terserempak dengan satu pergaduhan di mana suspek sedang membelasah seorang pelajar tingkatan satu di kaki lima sekolah itu sebelum cuba menyuraikannya.


“Mangsa menarik suspek yang pernah dibuang sekolah untuk dibawa ke bilik guru disiplin kerana membelasah pelajar berkenaan.


“Suspek yang enggan dibawa ke bilik itu tiba-tiba melepaskan satu tumbukan kuat tepat ke muka guru itu yang mengenai hidung mangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.

Katanya, hidung mangsa patah akibat tumbukan berkenaan menyebabkan mangsa pening sebelum terjatuh.

“Sambil menekup hidungya dengan kain, mangsa mengagahkan dirinya untuk bangun dan pergi meminta bantuan daripada rakannya yang berada di bilik guru sekolah itu.

“Suspek yang menumbuk mangsa kemudian melarikan diri sebelum mangsa pergi mendapatkan rawatan kecemasan di HTF dan membuat laporan polis kira-kira jam 4 petang, semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi berkata, suspek berusia 14 tahun ditahan kira-kira jam 5 petang semalam sebaik saja menerima laporan mangsa.

Katanya, suspek sebelum itu membelasah seorang pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan kerana tidak berpuas hati masalah peribadi sebelum disuraikan mangsa.

“Mangsa cuba menyelamatkan pelajar tingkatan satu terbabit sebelum dia ditumbuk suspek di muka.

“Polis memandang serius perkara ini kerana membabitkan kawasan sekolah dan akan menyiasat punca kejadian,” katanya.

Menurutnya, polis menerima dua laporan kejadian itu, daripada guru terbabit dan pelajar tingkatan satu yang dibelasah suspek.

P/s:kurang ajar budak2 zaman sekarang.memang kena ajar lebih sikit budak2 sekarang ni
Share:

Related Posts:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Serangga Pelik Serupa Daun
    23.01.2012 - 0 Comments
    SETIU – seorang mekanik berhadapan senario yang agak pelik apabila rumahnya tidak putus dikunjungi setelah…
  • AWAS !! [FAKTA WAJIB TAHU] Bahaya minuman berkarbonat
    17.03.2012 - 0 Comments
    MASSACHUSETTS- Satu gelas minuman berkarbonat setiap hari boleh meningkatkan risiko serangan jantung,…
  • Pengasas Alibaba kurang senang dikenali sebagai lelaki paling kaya di China
    16.11.2014 - 0 Comments
    Beijing: Pengasas Alibaba, Jack Ma berkata, dia tidak bahagia menjadi lelaki paling kaya di China. Dalam…
  • COOL : Budak 8 Tahun Jadi Jutawan Kerana Muntah Ikan Paus
    07.09.2012 - 0 Comments
    Tidak mustahil jika kita menjadi seorang jutawan dalam sekelip mata. Itu yang terjadi kepada seorang…
  • [VIDEO & GAMBAR] Datuk Aznil Nawawi bertemu Kim Kardashian, Ryan Seacrest dan selebriti terkemuka di LA
    11.01.2015 - 0 Comments
    Pembuka lembaran 2015 menjadi indah buat Datuk Aznil Nawawi kerana berpeluang ke Los Angeles sejak 7…