Najwa Latif Beli Kereta Perodua Myvi Tunai ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 11 February 2012

Najwa Latif Beli Kereta Perodua Myvi Tunai






KUALA LUMPUR : Penyanyi remaja berusia 17 tahun yang menggegarkan YouTube, Najwa Latif kerana klip video lagu nyanyiannya berjudul Cinta Mukabuku yang ditonton lebih dua juta penonton di Internet berjaya membeli sebuah kereta Perodua Myvi baru-baru ini.

Menurut suatu sumber terdekat, paling membanggakan apabila penyanyi berasal dari Batu Pahat, Johor itu telah membeli kereta buatan Malaysia itu secara tunai kerana pendapatannya sebagai penyanyi yang datang mencurah-curah ekoran populariti lagu tersebut.

“Najwa mampu membeli sebuah kereta Perodua Myvi secara tunai kerana dia mempunyai pendapatan yang tinggi kerana banyak mendapat tawaran menyanyi di merata-rata tempat selepas lagu Cinta Mukabuku ‘meletup’ dalam radio dan televisyen.

“Sebab itu tidak hairanlah, Najwa seperti tidak menang tangan untuk menerima tawaran menyanyi di merata-rata tempat. Itu pun sebab dia masih lagi bersekolah dan akan mengambil peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pada hujung tahun ini. Kalau tidak dia akan semakin sibuk.

“Saya dapat berita ini daripada pengurus baru Najwa. Sebelum ini, kerjaya Najwa diuruskan oleh kakaknya yang kini sedang belajar di UiTM (Universiti Teknologi Mara), Shah Alam, Selangor. Mungkin kakak Najwa sibuk, itu fasal dia ambil pengurus baru,” kata sumber itu panjang lebar.

Pemberi maklumat yang enggan dikenali itu ditemui pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini di mana lagu Cinta Mukabuku nyanyian dan ciptaan Najwa merupakan salah satu finalis dalam pertandingan anjuran TV3 itu. – Informasi Dot My

Share:

Related Posts:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • 16 tanda kematian mulia
    09.02.2012 - 0 Comments
    KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni…
  • ALHAMDULILLAH AKHIRNYA  Fasha Sandha Sahkan Bakal Kahwini Rizal Ashram Di Bali, Indonesia 29 April 2012
    07.03.2012 - 0 Comments
    Kalau anda belum membaca surat khabar fizikal hari ini seperti kami ini berita yang penting untuk anda…
  • COOL : Mouse Cyborg Yang Brutal Dan Awesome
    01.05.2012 - 0 Comments
    Mouse ini diberi nama Mad Catz Cyborg MMO 7. Mad Catz ini mempunyai 13 butang yang berbeza dan 78…
  • Penduduk dalam bahaya, wanita lepas 900 ekor ular untuk hapus dosa
    12.06.2016 - 0 Comments
    SICHUAN - CHINA . Seorang wanita dipercayai melepaskan 900 ular ke dalam hutan untuk menghapuskan dosa…
  • GEMPAR!! Sejadah Corak Babi
    04.03.2012 - 0 Comments
    SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu…