Negara Tak Akan Muflis Menjelang 2020 ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 9 February 2012

Negara Tak Akan Muflis Menjelang 2020




BUTTERWORTH – Dakwaan pembangkang bahawa negara akan muflis menjelang tahun 2019 hanya mainan politik dan cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu tidak sedikit pun memberi kesan kepada rakyat memandangkan kadar perbelanjaan domestik negara menunjukkan peningkatan setiap tahun.

“Kalau rakyat khuatir dengan kerajaan mereka tidak akan berbelanja. Tetapi sebaliknya berlaku. Setiap tahun perbelanjaan domestik meningkat. Rakyat tidak takut untuk berbelanja kerana mereka tahu negara sentiasa maju,” katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parlimen Tasek Gelugor di sini Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pelbagai pihak terutama pembangkang bahawa Malaysia akan muflis menjelang tahun 2019 dan menggesa rakyat supaya menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang.

Dakwaan itu dibuat berdasarkan pendedahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bahawa nisbah hutang kerajaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun sehingga 2012.

Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata tidak timbul isu negara akan muflis kerana sejak Malaysia merdeka taraf hidup rakyat semakin meningkat.

“Sejak merdeka kita boleh lihat pendapatan rakyat meningkat dari tahun ke tahun, kalau dulu mereka hidup miskin sekarang pendapatan mereka berada pada tahap berpendapatan pertengahan.




“Pendapatan rakyat juga tinggal satu tahap lagi untuk mencapai taraf negara maju dan saya yakin kita akan memperoleh jumlah pendapatan sebanyak US$15,000 menjelang 2020. Jadi, tidak timbul isu negara akan muflis,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sedang dan akan menjalankan pelbagai strategi bagi meningkatkan lagi taraf hidup rakyat dan ekonomi negara melalui program tranformasi negara antaranya Rancangan Malaysia Ke-10, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Luar Bandar.

Katanya, dakwaan pembangkang itu juga tidak berdasarkan fakta sebaliknya satu tuduhan terhadap BN. - BERNAMA


P/s: jawapan cliche menteri umno.huhu


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Air rebusan mee segera wajib dibuang!
    17.01.2012 - 0 Comments
    Mi segera merupakan salah satu makanan yang paling mudah ditemui, praktikal, dan disukai ramai orang…
  • Adi Wira The Flash Bakal Kahwin Gadis Sabah
    14.05.2017 - 0 Comments
    WASHINGTON DC – Dia muncul menerusi skrin TV sebagai adi wira Barry Allen dalam siri The Flash sejak 2014,…
  • WAJIB TAHU : Suntikan Imunisasi Wajib Untuk Kanak-Kanak
    23.05.2013 - 0 Comments
    1. BCG  Mengandungi cecair M. Bovis hidup yang sudah dilemahkan. Imunisasi ini tidak menghalang…
  • Info : Senaman Kemutan Penting Untuk Organ Intim Lelaki & Wanita
    12.04.2017 - 0 Comments
    Senaman kemutan sememangnya penting untuk kesihatan organ intim lelaki dan wanita. Bukan sahaja untuk…
  • Inilah alat yang digunakan untuk lelaki yang ingin cuba rasa sakit bersalin
    04.02.2013 - 0 Comments
    Dua penyampai berita Belanda, Dennis Storm dan Valerio Zena mahu merasai kesakitan yang dialami oleh kaum…