Tidak Tidur Malam Selepas Langgar Rolls Royce ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 9 February 2012

Tidak Tidur Malam Selepas Langgar Rolls Royce


Wanita Tidak Tidur Malam Selepas Langgar Rolls Royce

China – Selepas hampir dua minggu tidak dapat tidur, akhirnya seorang wanita berasa lega selepas dia hanya perlu membayar sebanyak 188,000 yuan atau AS$29,800 kerana menyebabkan sebuah kereta Rolls Royce milik seorang jutawan, calar dalam kemalangan jalan raya.

Dalam kejadian pada 31 Januari lalu, wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Zhu telah melanggar kereta itu dengan kereta Honda Accord.

Selepas siasatan, polis trafik mendapati wanita berkenaan  bertanggungjawab sepenuhnya dalam kemalangan di Wenzhou, di wilayah Zhejiang.

Walaupun kemalangan itu hanya menyebabkan pintu Rolls-Royce itu calar dan kerosakan kecil di bahagian tayar, namun apabila rakan pemilik kenderaan mewah itu datang ke tempat kejadian, dia menganggarkan sebanyak 2 juta yuan diperlukan untuk membaikinya.

Keadaan ini menyebabkan Zhu berasa bimbang walaupun kedua-dua kenderaan tersebut diinsurankan.

Memandangkan kedua-dua pemilik kenderaan itu diinsurankan di Shanghai, syarikat insurans masing-masing telah bertemu di bengkel kereta semalam bagi menyelesaikan kes itu.

Pemeriksaan mendapati tidak ada bahagian penting dalam Rolls-Royce itu yang mengalami kerosakan teruk, maka pampasan yang dipersetujui adalah  350,000 yuan dengan syarikat insurans  Zhu akan membayar 162,000 manakala selebihnya dibayar Zhu.
sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Pergh ! Ikan Kerapu 200kg terperangkap dalam pukat nelayan
    22.11.2014 - 0 Comments
    BINTULU-Penat bertarung selama dua jam sebelum berjaya mendaratkan ikan kerapu seberat 200 kilogram (kg)…
  • Fenomena Telur Berdiri Bukan Mitos
    05.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR – Fenomena telur berdiri tiada kaitan dengan kepercayaan atau mitos masyarakat tertentu…
  • GILA : RM50,000 Hangus Dalam Ketuhar
    28.07.2012 - 0 Comments
    SYDNEY – Seorang lelaki mendapat pengajaran pahit kerana kesilapannya menyembunyikan wang di tempat…
  • Borang Permohonan BR1M 2015 Secara Online
    01.12.2014 - 0 Comments
    Borang Permohonan BR1M 2015 Secara Online. Seperti yang dibentangkan dalam bajet 2015 oleh Perdana…
  • COOL : MARVEL THE AVENGERS VERSI DUNIA NYATA
    07.05.2012 - 0 Comments
    hey assalamualaikum &salam sejahtera der,berk and everybody..berk?what was that?haha.influences…