SEJARAH AWAL Sebelum Maher Zain Menjadi Penyanyi ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 19 February 2012

SEJARAH AWAL Sebelum Maher Zain Menjadi Penyanyi




Maher Zain mendapat mendapat inspirasi daripada ayahnya untuk terlibat dalam bidang muzikal,. Ayahnya adalah penyanyi solo yang selalu membuat persembahan di bandar Mediterranean iaitu Tripoli.

Keluarganya berpindah ke Swedan apabila Maher berumur 8 tahun, di sana dia meneruskan persekolahannya dan akhirnya masuk universiti dengan mendapat degree kejuruteraan penerbangan. Walaupun suasana telah berubah di sekelilingnya tetapi hanya satu yang masih kekal iaitu dia masih mempunyai minat yang mendalam dalam bidang musik. Dia akan meluangkan semasa tengah malam di sekolah dengan kawan-kawannya di mana mereka akan bernyanyi rap, buat lirik dan buat ujian dengan musik dengan berbagai cara. Itu tidak mengambil masa yang lama untuk menjadi ahli musik kerana sudah menjadi sebahgaian dari dirinya.

Selepas terlibat sebagai produser muzik di Swedan, Maher dikenalkan pula dengan RedOne, iaitu produser muzik yang cepat meningkat naik di bumi Swedan. Maher mula bekerja dengan RedOne dengan artis Sweden dan akhirnya berpindah ke New York. Untuk beberapa tahun dia berada di dunia muzik yang panas dan amt popular seperti Kat Deluna dalam albumnya yang mendapat hit tertinggi “Whine up” dan “Run the Show”.

Maher mendapat banyak peluang untuk mencapai cita-citanya sebagai seorang pemuzik yang berjaya dan glamour tetapi Maher merasakan bahawa bukan bukan itu yang dia impikan. “Saya cintakan muzik tetapi amat membenci persekitaran di sekelilingnya, seolah-olah apa yang berada disekeliling tidak betul”. Dalam masa itu Maher banyak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama seperti berhibur di kelab malam dan minum arak.

“Apa saja perkara yang selalu dilakukan demi keseronokan selain dipengaruhi sikap nakal bagi anak muda zaman sekarang, mengusai diri saya”. Ketika itu saya sering bergaduh dan bertengkar dengan rakan.

RedOne adalah produser muzik yang amat terkenal pada ketika itu. Antara penyanyi-penyanyi yang pernah bekerja dengan produser muzik itu adalah Akon, Lady Gaga, Enrique Iglesias, Brandy, New Kids on the Block dan Michael Jackson. Walaubagaimanapun Maher merasakan ingin berehat sementara daripada industri muzik dan segala persekitarannya yang dirasakannya tidak sesuai dengan jiwanya. Dia merasakan ini adalah bukan suasana yang betul dan mengambil keputusan untuk kembali ke Swedan.

 Sehinggalah beberapa ketika semasa berada di sana dia berjumpa dengan sekumpulan saudara muslim yang berada dalam satu komuniti di Stockholm dan dia mula menghadiri ke masjid-masjid yang terdapat di sekelilingnya itu dan merasakan bahawa suasana ini seperti dia telah kembali ke “rumah”.

Maher akhirnya merasakan bahawa dia telah berjumpa dengan jalan yang betul dan mempunyai perasaan ingin melakukan perkara yang sama seperti sebelumnya iaitu kembali dalam industri muzik tetapi dengan jalan yang berlainan dari yang sebelumnya. “Sekarang saya ada satu perkara untuk memberitahu manusia di luar sana bahwa adalah amat senang untuk kembali ke jalan yang sebenar-benarnya sekiranya kita membuka mata dan melihat dengan sebaiknya, itulah apa yang berlaku pada saya.”

sumber
Share:

Related Posts:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Gedung Pakaian Mewah Tipu Pengguna Dibongkar
    02.12.2014 - 0 Comments
    ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah mengeluarkan…
  • Pierre sudah lima bulan masuk tabligh
    19.11.2012 - 0 Comments
    UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan…
  • [Gambar] MyKad Baru 2012 : Kelebihan & Info Penukaran
    14.02.2012 - 0 Comments
    JPN akan mengeluarkan MyKad baru bermula Januari 2012 yang akan dilancarkan secara berperingkat ke seluruh…
  • Ciri-ciri suami terbaik mengikut Ustaz Azhar Idrus
    22.05.2012 - 0 Comments
    jumpe benda ni time ronda2 kat fb.share sini.mai tengok.hehe 1. Solat fardhu cukup 5 waktu. 2.…
  • GEMPAR !! AARON AZIZ KINI BERGELAR DEEJAY RADIO
    09.03.2012 - 0 Comments
    AARON Aziz, 36, kini beralih arah dengan menjadi penyampai radio? Bukan mengikut trend rakan-rakan artis…