AWAS : Batang Lolipop Pendafluor Mengandungi Toksik ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 10 March 2012

AWAS : Batang Lolipop Pendafluor Mengandungi Toksik

Batang Lolipop Pendafluor Mengandungi Toksik?


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan segera penjualan lolipop pendafluor (fluorescent lollipops) kerana didakwa mengandungi bahan-bahan bertoksik.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris mendakwa, batang pendafluor itu mengandungi bahan-bahan kimia bertoksik yang boleh ditelan oleh kanak-kanak jika kimia cecair dalam batang itu merembes keluar.

“Ujian Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan batang plastik lolipop berkenaan mengandungi ftalat dan Poly aromatic carbon (PAH).

“Ftalat ini bertindak sebagai pelarut untuk PAH dan gabungan kedua-dua bahan kimia tersebut menimbulkan tindak balas oksigenan dan menghasilkan sinaran cahaya yang menarik pada batang tersebut.

“PAH merupakan sejenis bahan kimia yang amat toksik yang biasanya digunakan hanya untuk tujuan industri seperti mencairkan cat dan ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

S.M. Mohamed Idris seterus mendakwa, CAP berasa bimbang kerana tinjauan pihaknya mendapati lolipop pendafluor amat digemari oleh kanak-kanak masa kini dan lebih membimbangkan ia turut dijual oleh vendor di hadapan sekolah.

SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GEMPAR !! ORANG ASLI MENANG KERETA MERCEDES
    26.02.2012 - 0 Comments
    TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI.. TUAH MANUSIA SIAPA YANG TAHU Seorang orang asli telah memenangi kereta mewah…
  • [Video] Fakta Kecederaan Yang Di Alami Jackie Chan
    27.06.2012 - 0 Comments
    Seperti yang kita tahu,Jackie Chan merupakan seorang pelakon stunt yang melakukan lagak ngeri…
  • Kapal mewah ikut laluan Titanic
    09.04.2012 - 0 Comments
    GAMBAR fail menunjukkan kapal Titanic pada 4 April 1912. LONDON - Hampir 100 tahun selepas kapal…
  • COOL !! CARA PALING BERKESAN UNTUK BANGUN PAGI
    09.03.2012 - 0 Comments
    Tips yang sangat berguna untuk anda semua.hehe okay cool is'nt ? sumber-9GAG
  • Lelaki Ini Berkurung Di Dalam Gua Selama 25 Tahun, Lihat Hasilnya !
    19.11.2015 - 0 Comments
    Pernah tak anda diilhamkan sesuatu dan terlalu ingin melakukannya? Seorang lelaki yang dikenali sebagai…