GILA !! Tunjuk Hebat Di YouTube,Bawa Padah ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 11 March 2012

GILA !! Tunjuk Hebat Di YouTube,Bawa Padah


alt

TOKYO - Inginkan kelainan dengan cara tersendiri serta sifat menunjuk nunjuk seorang doktor akhirnya telah membawa padah ke atas dirinya sendiri setelah memandu laju kereta mewah beliau jenis Ferrari berharga sekitar RM800,000 lalu memuatkannya ke Youtube mengundang kemarahan orang ramai.

Doktor itu kini berhadapan dengan tuduhan memandu terlalu laju di kawasan larangan.Rakaman YouTube menunjukkan dia memandu pada kelajuan 124km/j (77mpj) di zon yang hanya membenarkan 40km/j (25mpj).

Pengguna YouTube yang marah dengan sikap doktor berusia 50 tahun, dari Okawa, ini membuat laporan polis.Menurut laporan media,dia hanya ingin menunjukkan keindahan sebuah kereta Ferrari.

Klip video enam minit dengan tajuk "Ferrari 458 Italia Drive in Japan 2011" dirakamkan menggunakan kamera yang dipasang di belakang kereta.

Rakaman pada pagi 24 April 2011 menunjukkan kereta itu meninggalkan tempat letak kereta bawah tanah dan kemudian menggunakan lebuh raya dan melalui jalan tepi pantai.

Laporan BBC menyebut seramai 84 memberi isyarat tidak menyukai klip itu berbanding hanya 19 orang menerimanya dengan baik.

Menurut laporan itu,pihak polis memulakan siasatan sebaik mendapat aduan orang ramai pada Mei lalu.Pemandu yang telah dikenal pasti itu boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda sekitar RM3,600 jika sabit kesalahan.

sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Tutorial buat gambar di Facebook
    24.07.2012 - 1 Comments
    Hello,hann rasa ramai yang dah tau benda neh.tapi saje nak share,haha..tutorial buat gambar kat facebook…
  • Kapal mewah ikut laluan Titanic
    09.04.2012 - 0 Comments
    GAMBAR fail menunjukkan kapal Titanic pada 4 April 1912. LONDON - Hampir 100 tahun selepas kapal…
  • GILA !! MAK NADIRAH @DIRANG TERIMA SMS UGUTAN PULA !!
    13.03.2012 - 2 Comments
    Hey guys,korang semua tahu berikutan kes nadirah@dirang,kanak-kanak yang berusia 5 tahun yang diculik dan…
  • GEMPAR!! Minuman Tenaga RedBull Merbahaya
    15.02.2012 - 3 Comments
    Baru-baru ini diberita tempatan ada memaklumkan bahawa minuman tenaga yang popular RedBull telah ditarik…
  • Bahaya Ajinomoto Dalam Masakan
    28.10.2014 - 0 Comments
    Selalu kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit ajinomoto untuk kasi lazat…