Harta karun bernilai RM241.8 juta dijual ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 6 March 2012

Harta karun bernilai RM241.8 juta dijual

Harta karun bernilai RM241.8 juta dijual, harta karun cirebon, news of cirebon gold


JAKARTA– Harta karun bernilai AS$80 juta (RM241.8 juta) yang ditemui di dalam sebuah kapal yang karam di perairan Indonesia 1,000 tahun dahulu sekali lagi akan dijual.

Dikenali sebagai Harta Karun Cirebon, ia ditemui di dalam bangkai sebuah kapal dekat Pelabuhan Cirebon di Pulau Jawa dan mengandungi sekitar 250,000 objek berharga termasuk kristal, mutiara dan emas.

“Harta karun ini adalah yang terbesar pernah ditemui di Asia Tenggara berdasarkan kualiti atau kuantiti,” kata Pengarah Cosmix Underwater Research Ltd., Luc Heymans dalam satu e-mel kepada agensi berita Assoicated French Press.

Syarikat berkenaan yang beribu pejabat di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu bertanggungjawab mengangkut harta karun itu dari dasar laut.

Harta karun itu ditemui dari bangkai sebuah kapal sedalam 57 meter oleh beberapa nelayan Indonesia.

Kira-kira 22,000 selaman dilakukan di antara April 2004 dan Oktober 2005 yang dibiayai syarikat berkenaan selepas pihak berkuasa Indonesia memberikan kebenaran untuk mengangkut harta karun berkenaan.

Firma berkenaan gagal mencari pembeli apabila harta karun tersebut dijual pada satu lelongan di Indonesia pada tahun 2010.

Ia kemudian dieksport ke Singapura.

“Harta karun itu akan dijual di Singapura,” kata Heymans. – AFP
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Makanan Untuk Mengurangkan Lemak Perut
    10.02.2012 - 0 Comments
    Terdapat pelbagai senaman membantu anda mendapat abs yang di idamkan, tetapi untuk membantu anda…
  • Minuman Tin Pepsi Yang Berharga $1,600 Yang Disimpan Dari Tahun 1997
    25.01.2013 - 0 Comments
    Di eBay.com ketika ini, ada sebuah produk yang masih belum terjual iaitu Pespsi Diet edisi Spice Girls…
  • Banduan dakwa hidup mewah dalam penjara London
    18.07.2016 - 0 Comments
    LONDON 12 Julai - Seorang banduan di sebuah penjara di Wandsworth, London memuat naik rakaman video…
  • PELIK !! Pegawai di China dipecat kerana pakai jam berjenama dan hisap rokok mahal
    24.03.2012 - 0 Comments
    Seorang pegawai pejabat pemerintah China dipecat kerana menjalani gaya hidup mewah Zhou Jiugeng yang…
  • COOL !! Nenek belajar Karate kerana bimbang dirogol
    09.03.2012 - 2 Comments
    PADA usia 60, 80 atau mungkin 100 tahun, wanita generasi warga emas Karateka di Korogocho gigih…