ALHAMDULILLAH ! akhirnya Fasha Sandha sedia berkahwin !! ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 6 March 2012

ALHAMDULILLAH ! akhirnya Fasha Sandha sedia berkahwin !!

Fasha, Jejai terbayang pelamin
SEHATI SEJIWA...Fasha dan Jejai menghadiri kursus perkahwinan.



KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik,” kata pelakon popular, Fasha Sandha kepada Harian Metro, semalam, sekali gus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai bakal berakhir di jenjang pelamin tidak lama lagi.

Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru itu berkata demikian mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,” kata Fasha mengenai status terkini hubungannya dengan Jejai atau nama sebenarnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.


Mengulas perkara itu, Fasha berkata: “Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya.


“Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.”

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan.

sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • LELAKI WAJIB TAHU.,FAKTA-FAKTA TENTANG WANITA
    11.03.2012 - 0 Comments
    1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna…
  • Ini Jawapannya Kenapa Tali Kasut Terbuka Tiba-tiba Walaupun Dah Ikat Ketat
    21.04.2017 - 1 Comments
    Soalan ini menjadi topik kepada sekumpulan jurutera mekanikal di Universiti of California, dan mereka…
  • Sejarah dan Asal Usul Congkak
    01.12.2012 - 0 Comments
    Permainan congkak dipercayai berasal daripada Negara Afrika atau Arab.Bagaimanapun, bukti tertua yang…
  • IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA
    20.01.2012 - 0 Comments
    Penyanyi Izwan Pilus telah pun meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi (20 Januari 2012) akibat daripada…
  • COOL : Helmet Futuristik Untuk Ahli Bomba
    28.12.2012 - 0 Comments
    C-Thru Smoke Diving Helmet ialah konsep helmet dengan paparan FLIR yang dibina dalam visor helmetnya.…