GEMPAR !! Menerima Padah, Rokok Elektronik Meletup ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 6 March 2012

GEMPAR !! Menerima Padah, Rokok Elektronik Meletup

vape meletup dalam mulut

PENSACOLA (Florida) – Seorang lelaki yang cuba menyingkirkan tabiat merokok dengan menyedut rokok elektronik, ditimpa malang apabila ia meletup dalam mulutnya akibat kerosakan bateri.

Ekoran letupan itu, beberapa batang gigi depannya tercabut, secebis lidahnya terputus dan wajahnya turut terbakar teruk, kata pegawai bomba, semalam.

“Analogi terbaik adalah ia seperti meletakkan botol berisi roket dalam mulut anda lalu ia meletup,” kata Ketua Bahagian Jabatan Bomba North Bay, Joseph Parker.

“Bateri tercampak daripada tiub dan menyebabkan alat itu terbakar,” katanya.

Pegawai bomba tidak mendedahkan identiti mangsa berikutan polisi jabatan itu, tetapi laman Facebook di bawah nama Tom Holloway, 57, dipenuhi dengan pengunjung yang memberikan komen mengenai kecederaan itu dan pencarian di pangkalan data menunjukkan alamatnya pada laporan di jabatan bomba berpadanan dengan namanya.


Holloway berada di pejabat di kediamannya apabila alat itu meletup menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan alatan pejabat terbakar.

Kotak bateri hangus yang ditemui di atas cebisan permaidani cair kelihatan seperti alat untuk merokok. – AFP




Share:

Related Posts:

1 comment:

  1. owh..pasal nie ker???ade penjelasan pasal tu..nanti laa aku try buat entry pasal kejadian nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Ketahui Punca Dan Cara Atasi Penyakit Gastrik
    16.04.2017 - 0 Comments
    Penyakit gastrik menyerang tanpa mengira usia dan jantina. Gastrik membuatkan perut anda tidak selesa.…
  • Kereta BMW Night Vision
    18.02.2012 - 0 Comments
    Jom layan gambar kete ni sumber P/s :Kete zaman skrg da maju.apa2 pon.kete ni dengan night…
  • TOLONG MENYAMPAH ADA MAMAT BAJET HENSEM KALAH KOREA
    26.01.2012 - 0 Comments
    OKAY MAMAT NI PERASAN HENSEM,SILA GELAK SUMBER
  • WOW COOL !! KINI 'MAS' MENAWARKAN HARGA PROMOSI YANG SANGAT MURAH UNTUK PENERBANGAN
    10.04.2012 - 3 Comments
    Hey guys,Korang mesti tahu syarikat penerbangan yang terkemuka di Malaysia MAS atau Malaysia…
  • Info :  10 Penyakit Berbahaya Akibat Pengamalan Seks Bebas
    08.04.2017 - 0 Comments
    1. Herpes Genital Hampir 31 juta rakyat Amerika, satu dari enam jumlah penduduk Amerika pernah…