GEMPAR !! Menerima Padah, Rokok Elektronik Meletup ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 6 March 2012

GEMPAR !! Menerima Padah, Rokok Elektronik Meletup

vape meletup dalam mulut

PENSACOLA (Florida) – Seorang lelaki yang cuba menyingkirkan tabiat merokok dengan menyedut rokok elektronik, ditimpa malang apabila ia meletup dalam mulutnya akibat kerosakan bateri.

Ekoran letupan itu, beberapa batang gigi depannya tercabut, secebis lidahnya terputus dan wajahnya turut terbakar teruk, kata pegawai bomba, semalam.

“Analogi terbaik adalah ia seperti meletakkan botol berisi roket dalam mulut anda lalu ia meletup,” kata Ketua Bahagian Jabatan Bomba North Bay, Joseph Parker.

“Bateri tercampak daripada tiub dan menyebabkan alat itu terbakar,” katanya.

Pegawai bomba tidak mendedahkan identiti mangsa berikutan polisi jabatan itu, tetapi laman Facebook di bawah nama Tom Holloway, 57, dipenuhi dengan pengunjung yang memberikan komen mengenai kecederaan itu dan pencarian di pangkalan data menunjukkan alamatnya pada laporan di jabatan bomba berpadanan dengan namanya.


Holloway berada di pejabat di kediamannya apabila alat itu meletup menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan alatan pejabat terbakar.

Kotak bateri hangus yang ditemui di atas cebisan permaidani cair kelihatan seperti alat untuk merokok. – AFP




Share:

Related Posts:

1 comment:

  1. owh..pasal nie ker???ade penjelasan pasal tu..nanti laa aku try buat entry pasal kejadian nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Ahli Bina Badan Derita Ditinggal Isteri
    15.09.2012 - 0 Comments
    Thomas cerita pengalaman pada wartawan ALOR SETAR: Keghairahan mengambil ubat-ubatan mengandung…
  • Petua Untuk Bakal Pengantin  Menghadapi Debaran Malam Pertama
    05.12.2013 - 0 Comments
    a. Malam pertama adalah malam yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pasangan pengantin baharu. Satu…
  • Plaza Bukit Bintang Akan Dirobohkan Tahun Depan
    26.06.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR – Pusat membeli-belah Bukit Bintang Plaza, yang merupakan simbol kepada pusat perniagaan…
  • Pergh ! Ikan Kerapu 200kg terperangkap dalam pukat nelayan
    22.11.2014 - 0 Comments
    BINTULU-Penat bertarung selama dua jam sebelum berjaya mendaratkan ikan kerapu seberat 200 kilogram (kg)…
  • Pergh Tujuh jam berbaris beli burger
    11.07.2012 - 0 Comments
    Burger lima inci jadi tumpuan di La Salle, Manila. MANILA - Lebih 1,500 penduduk di bandar Manila…