GILA !! 6 wanita kaki kelentong diburu,Sila berhati-hati ! ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 3 March 2012

GILA !! 6 wanita kaki kelentong diburu,Sila berhati-hati !

6 wanita kaki kelentong diburu


IPOH: Enam wanita turut tersenarai dalam carta penjenayah paling dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terbabit jenayah penipuan khususnya membabitkan pelaburan haram dan skim cepat kaya.

Enam wanita warga Malaysia itu layak dilabel ‘ratu putar alam’ ini kerana amat licik menjalankan penipuan hingga membolehkan mereka mengaut hasil penipuan bernilai ratusan juta ringgit.

Sumber Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman memberitahu Harian Metro, keenam-enam mereka yang berusia 33 dan 51 tahun sukar dikesan kerana dipercayai sudah menyusup ke luar negara selain melakukan penyamaran fizikal dan menukar identiti pengenalan diri.

Sehubungan itu, katanya, PDRM menjalin kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejak mereka, tambahan pula sebahagian daripada mereka dikehendaki polis negara lain kerana melakukan jenayah di negara berkenaan.

Menurutnya, seorang daripada penjenayah dikehendaki itu ialah Rohaniza Aladib, 33, yang disyaki terbabit penipuan ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air sehingga mencecah RM400 juta.
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Pengguna Jalanraya
    26.12.2014 - 0 Comments
    HONG KONG – Puluhan pemandu dan pengguna lebuh raya utama di Gloucester Road seakan berpesta apabila…
  • China Haramkan Bayi Diberi Nama Islam
    01.05.2017 - 0 Comments
    Terbaru China mengenakan peraturan baharu di wilayah paling ramai dihuni umat Islam dengan melarang…
  • Cara Mengenal Kedai atau Tempat Perniagaan Mengunakan Pelaris
    17.01.2012 - 0 Comments
    Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir…
  • 9 Tips & Makanan Ini Dapat Bantu Anda Kurus !!
    07.05.2017 - 0 Comments
    Kadang-kadang apabila sebut perkataan hendak kurus, ramai yang berfikir supaya tidak makan. Ikat perut…
  • [Fakta] Israel Menangis Kerana Hamas
    26.11.2012 - 0 Comments
    Serangan Israel ke atas rakyat Palestin akhirnya berakhir dengan gencatan senjata yang terpaksa dimulakan…