Kebimbangan Tun Mahathir Jika Malaysia Muflis ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 3 March 2012

Kebimbangan Tun Mahathir Jika Malaysia Muflis




KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang Malaysia mungkin menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti Barat jika kerajaan membayar lebih untuk kurang bekerja.

Beliau berkata, ini boleh berlaku apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti.

"Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita.

"Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah," katanya dalam entri terbaru dalam blog beliau di bawah tajuk Gaji Minimum, hari ini.

Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji minimum bulan ini.

Beliau berkata Barat kini menghadapi masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya menjadi bankrap selepas membayar lebih kepada rakyat mereka.

"Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan pelbagai manfaat seperti bayaran untuk pengangguran menjadikan nagara Barat kelihatan makmur. Tetapi cara boros mereka tidak boleh berterusan.

"Saya bimbang Malaysia mungkin menuju ke arah ini jika kita membayar lebih untuk kurang bekerja, seperti yang kita lakukan sekarang," kata beliau.

Dr Mahathir berkata dengan Malaysia mempunyai terlalu banyak cuti, termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum untuk perayaan bagi semua agama, produktiviti akan menurun.

"Kita sekarang menggantikan secara automatik cuti umum yang jatuh pada Ahad atau Sabtu dengan hari yang lain.

"Jadi bukan mudah untuk meningkatkan produktiviti dengan pertambahan gaji minimum yang akan meningkatkan kenaikan bayaran secara keseluruhan, agar dapat mengekalkan persamaan antara gred pekerja yang berbeza.

"Bekerja pada hari cuti akan turut memakan kos lebih. Begitu juga dengan sumbangan kepada KWSP dan kadar pencen," katanya dipetik Bernama.

Dr Mahathir berkata antara gaji lebih tinggi dan masa bekerja yang lebih pendek dicampur dengan kos yang lain, maka kos pengeluaran barangan dan perkidmatan mesti turut meningkat dengan sewajarnya.
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Fuhh 50 Orang Lagi Selebriti Akan Tampil Buat Tuntutan Terhadap David Teo
    12.05.2012 - 2 Comments
    Nampaknya permohonan maaf secara terbuka David Teo baru baru ini tidak mampu meredakan keadaan. Saiful…
  • COOL !! GAMBAR KFC DI GOOGLE MAPS[REAL KE EDIT]
    16.03.2012 - 1 Comments
    Edit or real? 1. Google Maps 2. Copy " 37°38'46.31"N 115°45'1.41"W " 3. Paste > search bar 4.…
  • (7 Gambar) Tahniah !! Chef Riz Dan Shikin Maembong Selamat Bernikah
    06.12.2014 - 0 Comments
    Selebriti Chef, Mohd Nadzri Redzuwan, 32, yang juga dikenali sebagai Chef Riz telah pun selamat…
  • VIDEO : KONSERT BIGBANG ALIVE GALAXY TOUR MALAYSIA 2012
    28.10.2012 - 0 Comments
    Lebih 15 000 peminat tak berganjak walaupun ditimpa hujan seawal jam 8 malam demi menyaksikan kemunculan…
  • COOL !! Office POD: Office dimana-mana
    25.04.2012 - 0 Comments
    Dengan adanya office macamni,korang boleh bawak office korang kat mana korang suka,ianya kreatif,tapi aku…