GILA !! Ahli gusti hilang satu buah zakar ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 1 March 2012

GILA !! Ahli gusti hilang satu buah zakar


INDIANA: Seorang bekas ahli gusti profesional mengemukakan saman terhadap lawannya kerana menyepak bahagian sulitnya terlalu kuat hingga menyebabkan satu buah zakarnya pecah hingga terpaksa dibuang.

John Levi Miller, 23, turut mengemukakan saman terhadap promoter yang mengatur perlawanan mereka tahun lalu.
Malah, Miller mendakwa, lawannya itu sepatutnya kalah kepadanya di gelanggang mengikut persetujuan sebelum perlawanan tetapi bertindak sebaliknya ketika bertarung.
Dalam samannya, Miller mendakwa Clinton Woosley adalah ‘heel’, takrif merujuk kepada orang yang sudah dipilih untuk kalah dalam perlawanan itu Jun lalu, lapor akhbar The Courier-Journal di Louisville, Kentucky.

Katanya, Woosley yang menggunakan nama Guido Andretti ketika bergusti menolak permintaannya supaya mereka merancang pertarungan seperti biasa
dilakukan sebaliknya menyatakan sudah faham dan akan berakhir seperti dirancang.

Bagaimanapun, Woosley cuba menang perlawanan mereka dan membuat sepakan kuat ke bahagian sulitnya, kata Miller.
Menurut maklumat laman web gusti, Miller dilaporkan sebagai seorang ahli gusti muka baru WWE yang menggunakan nama ‘The Playboy J-Millz.’

Peguam Miller, Larry Wilder dari Jeffersonville, memberitahu akhbar bahawa anak guamnya meletakkan ais pada bahagian sulitnya selepas pulang daripada perlawanan dengan Woosley.

Oleh kerana keadaan tidak semakin baik, Miller mengunjungi hospital keesokannya apabila doktor memutuskan untuk membuang buah zakar sebelah kanannya yang pecah.

Promoter perlawanan, Sam Cosby, pemilik ‘Coliseum Championship Wrestling’ yang menaja pertarungan menyifatkan keterangan Miller tidak benar.

Katanya, Miller menang perlawanan itu seperti yang dirancang dan tidak memberitahu mengalami sebarang kecederaan.

“Dia tidak pula mengadu apa-apa,” kata Cosby. – Agensi
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • PANAS !! Zed Zaidi Pertikai Kemenangan Aaron Aziz Di Twitter
    09.04.2012 - 0 Comments
    kredit gambar-mummynemo Hey guys,okay semalam korang semua mesti tahu ada ABPBH(Anugerah bintang popular…
  • [VIDEO] WOW !! SCHA DILAMAR OLEH AWAL ASHAARI KETIKA LIVE BERSIARAN DI Propaganza
    25.03.2012 - 0 Comments
    Hai korang.ni tadi buka2 youtube ada sorang dari subscriber comment.dan tengok la suggested video.video awal…
  • Pengguna Jalanraya
    26.12.2014 - 0 Comments
    HONG KONG – Puluhan pemandu dan pengguna lebuh raya utama di Gloucester Road seakan berpesta apabila…
  • (Video) : Inilah Lembu Tertinggi di Dunia
    27.11.2016 - 0 Comments
    Seekor lembu jantan seberat 1,043 kilogram (kg) dan setinggi dua meter dinamakan Danniel dipercayai…
  • COOL : FAKTA TENTANG ORANG YANG BERTANGAN KIDAL
    16.04.2012 - 1 Comments
    INFORMASI DAN INFOGRAFIK YANG SANGAT COOL TENTANG ORANG YANG MENGGUNAKAN TANGAN KIRI