COOL !! TAM SPIDER BAKAL MUNCUL SECARA SOLO ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 6 March 2012

COOL !! TAM SPIDER BAKAL MUNCUL SECARA SOLO




PETALING JAYA: Penyanyi kumpulan Spider, Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafah menafikan dakwaan kononnya dia akan meninggalkan kumpulan tersebut dalam masa terdekat kerana ingin bergerak secara solo.

Tam berkata, dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan rakan-rakanya dalam kumpulan itu dan tiada sebarang sebab untuk meninggalkan Spider.

Namun dia tidak menafikan akan muncul dengan album solo pada tahun ini.

"Dakwaan saya tinggalkan Spider adalah tidak berasas selama sekali kerana tidak pernah ada niat untuk berbuat demikian.

"Projek solo yang bakal saya lakukan adalah kerana untuk mencuba sesuatu dalam kerjaya saya," ujarnya kepada mStar Online.

Tam ditemui ketika menghadiri Festival Muzik Belia 2011 bersama Barisan Nasional (BN) di sini, Ahad.

Dalam pada itu, Tam memberitahu, rakan-rakannya dalam Spider iaitu Hanafi, Ayie dan Tony yang memaksa dia untuk menghasilkan album solo kerana merasakan sudah tiba masanya untuk dia melangkah jauh dalam bidang muzik.

Tam berkata, ia bukanlah keputusannya sendiri tetapi mendapat sokongan daripada teman-temannya.

"Saya dah berfikir untuk buat solo hampir tiga ke empat tahun lalu, tetapi hasrat tergendala kerana mahu memberi tumpuan kepada Spider yang mempunyai pelbagai projek ketika itu.

"Bagaimanapun sekarang adalah masalah sesuai untuk saya mengorak langkah setapak lagi dalam kerjaya saya," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai konsep album yang akan dibawa nanti, Tam berkata ia akan berbeza daripada konsep yang dibawa bersama kumpulan Spider.

Tam berkata, dia masih belum mempunyai sebarang genre khusus untuk album solonya nanti tetapi tidak menolak kemungkinan akan beralih kepada muzik pop.

"Yang pasti ia akan berbeza daripada muzik Spider kerana kalau bawa konsep sama maka tidak memberi perbezaan. Ia boleh jadi pop, pop rock atau pun pop tradisional, saya sendiri belum tahu," ujarnya.

Tambah Tam, album berkenaan akan mempunyai lima buah lagu dan akan diterbitkan bersama syarikat rakamannya Luncai Emas dan Universal Music.-MSTAR
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Pelik : Untuk Mengubati Penyakit Asma, Orang Di India Menelan Ikan Hidup-Hidup
    22.07.2012 - 0 Comments
    Ribuan pesakit kelihatan berada di wilayah selatan India untuk mengubati penyakit asma mereka. Para…
  • [Video] Bosan Dengan Pemanas Kereta Yang Selalu Rosak, Lelaki Ini Gantikan Dengan Dapur Rumah
    10.04.2017 - 0 Comments
    Seorang lelaki bernama Pascal Prokop yang tinggal di bandar Zurich, Switzerland mempunyai banyak masalah…
  • COOL : 16 Barangan Yang Termahal Di Dunia
    09.05.2012 - 2 Comments
    Sebelum ni kita menyangka bahawa org yangmempunyai berlian,emas,kristal adalah orang kaya kerana mampu…
  • COOL : Inilah Fosil Dinasour Paling Besar Pernah Ditemui
    03.11.2014 - 0 Comments
    ARGENTINA – Sebuah fosil dinasour dipercayai milik dinasour terbesar pernah hidup di muka bumi ditemui…
  • Awas menghisap rokok sebaik berbuka mengundang maut!
    27.07.2012 - 0 Comments
    Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam…