ALLAHUAKBAR !! Berasak-asak demi Ustaz Azhar Idrus ~ Bila Han Bercerita

Monday, 12 March 2012

ALLAHUAKBAR !! Berasak-asak demi Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus

KOTA BHARU- Lebih 10,000 berasak demi mendengar secara langsung dan melihat dengan lebih dekat Ustaz Azhar Idrus atau lebih popular dengan gelaran ‘Ustaz Youtube’ itu didatangkan khas sempena Pelancaran Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2012, semalam.

Ustaz yang begitu popular dalam kalangan remaja itu bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut mendorong semua golongan di negeri ini untuk bersama-sama berkongsi ilmu kerohanian yang disampaikan.

Seorang pelajar yang ditemui, Nurul Atiqah Mohd Zaki, 18, berkata, beliau begitu teruja untuk datang dan mendengar dengan lebih dekat ceramah disampaikan ustaz berasal dari Terengganu itu.

“Saya mula mengikuti ceramah disampaikan tahun lalu dan ia memang menepati kehendak jiwa remaja saya,” katanya yang juga pelajar Maahad Amir Indera Petra, Beris Kubur Besar, Bachok.

Nurul Atiqah berkata, walaupun ceramah yang disampaikan dalam pendekatan bersahaja, tetapi inti pati yang dikongsikan memberi kesan dalam mendidik generasi muda hari ini.

Seorang lagi pelajar, Aqilah Hamid, 18, berkata, ini pengalaman pertama dia dan rakan-rakan mendengar ceramah disampaikan ustaz berkenaan secara langsung.

Menurutnya, dia tidak melepaskan peluang untuk mendengar ceramah disampaikan oleh penceramah diminati sehingga sanggup menumpang rakan-rakan demi memenuhi hasratnya itu.

“Sebelum ini saya hanya mengikuti ceramah disampaikan melalui Youtube setelah diperkenalkan rakan-rakan, dan kali ini sebaik mengetahui Ustaz Azhar akan berada di sini, kami memang tidak mahu ketinggalan,” katanya.

Seorang lagi remaja, Wahiyul Amri Wahab, 21, berharap ustaz berkenaan terus dijemput untuk mengadakan ceramahnya pada masa akan datang.

Dia berkata, ini kerana ramai yang teruja untuk mendengar dan melihat dengan lebih dekat ustaz yang menjadi sebutan di seluruh negara itu.

“Ini kali ketiga saya berdepan secara langsung dengan Ustaz Azhar secara langsung, walaupun terpaksa datang dari Bachok, namun itu bukan halangan untuk saya kerana pernah sampai di Jerteh semata-mata untuk mengikuti ceramah disampaikan,” katanya.

P/s :Alhamdulillah.,dah ramai yang mula seronok belajar agama.:)

sumber
Share:

Related Posts:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Pelajar 17 Tahun Jadi Jutawan
    02.04.2013 - 0 Comments
    LONDON – Seorang pelajar sekolah di sini, Nick D’Aloisio yang berusia 17 tahun menjual satu aplikasi…
  • Inilah Dia Ayat Yang Terpanjang Dalam Bahasa Inggeris
    21.11.2012 - 0 Comments
    korang pernah tau tak apakah ayat yang terpanjang di dalam bahasa inggeris ? hari ni aku nak kongsikan…
  • Tips Paling Cool Untuk Check Kelajuan Blog Korang
    19.02.2012 - 1 Comments
    Hann nak share cara tengok kelajuan blog korang, jom belajar sedikit tips supaya blog korang tak lembab…
  • Cara Mengira Kalori Dalam Makanan
    25.01.2012 - 1 Comments
    Apa itu kalori? Kalori adalah unit ukuran bagi tenaga. Adakah badan perlukan kalori? Ya, badan…
  • ADUHAI !! Imam baling kasut ke arah hakim!
    23.02.2012 - 1 Comments
    Seorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling…