COOL !! Kereta Bugatti Veyron Edisi Khas berharga RM6.73 juta ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 18 March 2012

COOL !! Kereta Bugatti Veyron Edisi Khas berharga RM6.73 juta




BERLIN - Pengeluar kereta supersport mewah, Bugatti baru-baru ini memperkenalkan model Veyron terbarunya yang menggunakan kemasan porselin dan dijual pada harga AS$2.24 juta (RM6.73 juta) seunit.

Kereta yang turut dikenali sebagai Grand Sport L'Or Blanc tersebut dilancarkan di luar kilang porselin milik syarikat Koenigliche-Porzellan-Manufaktur (KPM) di Berlin, Jerman. Ia dihasilkan sebagai meraikan permulaan kerjasama antara KPM dan Bugatti.

Menjadi kereta pertama yang menggunakan material porselin pada bahagian dalaman dan luarannya, hanya sebuah Veyron sebegini dihasilkan.

Bugatti Veyron dengan spesifikasi biasa dijual pada harga AS$1.6 juta (RM4.81 juta) seunit. Ia dilengkapi dengan sebuah enjin V8 dan mampu mencecah kelajuan sehingga 407 kilometer sejam (km/j).

Pemilik KPM, Jorg Woltman memberitahu idea untuk bekerjasama dengan Bugatti sebenarnya diinspirasikan oleh Rembrandt Bugatti yang merupakan seorang pembuat arca terkenal. "Sekarang, kami telah menghasilkan porselin paling laju di dunia," kata Woltman. - Agensi
Share:

Related Posts:

1 comment:

  1. whoa...that! freaking me out...ya..so cool ...! do visit my blog.. :D

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA !! Pusat jagaan zalim yang mengikat dan mensalotip bayi supaya senyap
    28.02.2012 - 0 Comments
    sampainya hati dia buat cmtu.bodohnya..kalau tak nak keje.xyah keje.gila betul.jaga anak orang buat…
  • WOW !! Siapa Sangka Rekaan Beg Alas Kaki Berharga RM835
    13.11.2016 - 0 Comments
    JIKA sebelum ini jenama fesyen terkenal, Balenciaga pernah menjadi bahan jenaka apabila peraga koleksi…
  • Dr Afifi Al Akiti, Anak Malaysia Pertama Menjadi Pensyarah Universiti Oxford
    09.09.2012 - 0 Comments
    Anak Malaysia Pertama Menjadi Pensyarah Universiti Oxford  Dr Afifi Al Akiti menjadi pensyarah di…
  • COOL !! Melukis di skrin telefon bimbit baru keluaran Samsung
    02.03.2012 - 0 Comments
    BARCELONA, Sepanyol -Telefon bimbit Galaxy Note yang membolehkan para pengguna melukis pada skrin…
  • Tips : Tanda-tanda Seseorang Yang memiliki Saka
    25.01.2013 - 0 Comments
    Saka adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan…