May 2015 ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 19 May 2015

Abam Anggap Kritikan Ogy Ahmad Daud Menjatuhkan Air Mukanya

Abam Anggap Kritikan Ogy Ahmad Daud Menjatuhkan Air Mukanya


Gara-gara dikritik oleh Ogy Ahmad Daud ketika di dalam rancangan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang kerana berulang kali menggunakan fizikal Abam sebagai bahan jenaka, pelawak ini telah menyuarakan isi hatinya di laman media sosial miliknya.

Abam Bocik

“Apa pun orang nak cakap, kita buat untuk semua terhibur jika anda tak puas dengan persembahan kami maaf kami ucapkn sebab tiada manusia yang perfect. Tak salah untuk mengkritik tapi jangan sampai menjatuhkn air muka. Kalau tak suka, cakap tak suka…simple in my life,” luah Abam di Instagram.

Luahan tersebut khabarnya disuarakan kerana Ogy selaku juri telah memberikan kritikan tajam mengenai kumpulan Bocik yang menjadikan Abam sebagai objek jenaka dan turut memberitahu jika mereka menang adalah atas Abam sendiri dan bukannya di atas kehebatan persembahan.

“Kenapa daripada dulu sampai sekarang ye, kumpulan Bocik ni hanya menggunakan Abam sebagai bahan, mesti fizikal tubuh Abam. Bagi kakak kalau sentuh pasal lawak skopnya luas, kamu kata kamu orang tua tapi di mana watak orang tua nya? Bahasa tubuh orang tua? intonasi org tua di mana?”

“Itu maksud kakak. Tapi kalau awak menang pun kerana undianlah. Kerana ramai peminat awak yang akan mengundi awak bukan kerana persembahan. Terima kasih,” kata Ogy dipetik dari portal OhBulan!

Sebagai seorang penghibur yang versatil, mungkin juga kumpulan Bocik akan tampil dengan jenaka baru. Kritikan adalah demi untuk kebaikan. Apa pun, semoga Abam dan kumpulan Bocik sentiasa maju dalam menghiasi industri hiburan tanah air.

sumber


Share:

Monday, 18 May 2015

Manchineel : Inilah Pokok Paling Beracun Di Dunia

Inilah Pokok Paling Beracun Di Dunia


Sejenis pokok bernama Manchineel diakui sebagai pokok paling beracun di dunia oleh Guiness Records. kerana berbahaya, pokok ini diletakan papan peringatan yang jelas agar orang tidak menghampiri.

Manchineel mengandung racun dalam pelbagai level sehingga diberi amaran untuk jarak dengan pokok itu. Buahnya mirip epal kecil, tapi hanya dengan menggigitnya satu kali anda boleh masuk ICU. Tidak hairanlah buah itu dinamakan manzanita de la muerte aatau buah kematian oleh Christopher Columbus.

Nicola H Strickland, perunding radiologi, pernah menjadi mangsa racun pada buahnya yang ternyata rasanya manis. "Lama-lama ada rasa pedas aneh di mulut yang berkembang menjadi terbakar seperti tekak dirobek dan sesak nafas," tuturnya. Kesannya berlangsung selama 2 jam yang membuatnya tidak boleh menelan apa-apa dan memerlukan 8 jam untuk reda kembali ke normal.

Tidak hanya buah, getah putih susu pada batangnya juga sangat beracun yang setitisnya saja boleh menyebabkan kulit melecet, dermatitis, bengkak atau luka bakar. Banyak pengembara yang mengalaminya semasa berteduh dari hujan di bawah Manchineel kerana tidak tahu bahayanya. Getah dari batang yang dibawa dari titisan hujan pun juga menyebabkan luka.

Manchineel berwana hijau terang, daun bujur dan boleh tumbuh setinggi 50 kaki serta menggunakan buah yang manis sebagai perangkap. Jenis ini biasanya tumbuh di Bahamas, Florida dan Caribbean. Asap dari bahagian Manchineel yang terbakar bahkan juga boleh menyebabkan buta sementara sehingga kekal.

Inilah Pokok Paling Beracun Di Dunia

Inilah Pokok Paling Beracun Di Dunia

Inilah Pokok Paling Beracun Di Dunia

sumber


Share:

Wanita Berusia 92 Tahun Ini Makan 1Kg Pasir Sehari Untuk Kekal Sihat

Wanita Berusia 92 Tahun Ini Makan 1Kg Pasir Sehari Untuk Kekal Sihat
SUDAMA mula makan pasir ketika berusia 10 tahun. Gambar kecil, makan limau bersalutkan pasir.

New Delhi: Seorang wanita berusia 92 tahun yang mendakwa memakan sekilogram pasir setiap hari memeranjatkan doktor dengan kesihatannya yang sempurna.

Sudama Devi berkata, dia mula makan pasir kerana bertaruh dengan rakan sepermainannya ketika berusia 10 tahun.

Bagaimanapun, ibu empat anak yang berasal dari Kajri Noorpur, Uttar Pradesh itu menjadi ketagih dan kini makan empat pinggan pasir setiap hari.

Dia mendakwa tabiat anehnya memakan pasir saja untuk makan malam selepas berkahwin dengan suaminya Krishan Kumar menjadi punca dia tidak pernah sakit atau lapar.

“Saya makan kira-kira sekilogram pasir setiap hari. Saya lakukannya tiga atau empat kali sehari.

sumber

P/s : macam2 hal la.haha


Share:

Motosikal Bakal Diharamkan Guna Lebuhraya MEX & AKLEH !! Apa Pendapat Korang ??

Motosikal Bakal Diharamkan Guna Lebuhraya MEX & AKLEH


Penunggang motosikal yang menggunakan Lebuhraya Amapang-Kuala Lumpur Elevated (AKLEH) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya atau Maju Expressway (MEX) akan berakhir tidak lama lagi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, kerajaan kini sedang dalam proses peringkat akhir bagi mengkaji permohonan pemilik konsesi kedua lebuhraya berkenaan yang mahu menguatkuasakan semula perintah larangan bagi menyekat penunggang motosikal menggunakan kedua-dua lebuhraya itu atas sebab keselamatan.

“Mereka (syarikat konsesi) merayu kepada kami untuk menarik balik kebenaran untuk penunggang motosikal menggunakan dua lebuh raya itu. Pada masa ini, motosikal menjadi salah satu punca kemalangan yang utama di kedua-dua lebuhraya berkenaan,” katanya.

Pada Jun 2008, Menteri Kerja Raya pada ketika itu, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed telah memberikan kelulusan sementara untuk penunggang motosikal menggunakan lebuhraya AKLEH dan MEX secara percuma bagi meringankan beban rakyat memandangkan harga petrol pada ketika itu RM2.70 seliter.

Fadillah berkata, keputusan itu bukan mudah itu dibuat tetapi kerajaan juga menitik beratkan tahap keselamatan untuk penunggang motosikal.

“Saya sedang mencari jalan penyelesaian sebelum membuat keputusan muktamad. Sebaik saja mereka diberikan kebenaran menggunakan lebuhraya dan kemudian ditarik balik, penunggang motosikal pasti akan membantah keputusan ini. Ini kerana hanya itulah jalan yang paling cepat untuk mereka sampai ke destinasi.

“Saya masih mengumpul semua laporan kemalangan yang melibatkan motosikal atau disebabkan oleh penunggang motosikal. Jika saya mempunyai bukti atau keterangan yang mencukupi, kita boleh pertimbangkan,” katanya sambil menambah AKLEH dan MEX tidak direka untuk kegunaan motosikal.

Kedua-dua lebuhraya itu sebelum ini telah diwartakan dengan sekatan ke atas motosikal di bawah Subseksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum pengecualian yang diberikan.

Semenjak motosikal dibenarkan untuk menggunakan kedua-dua lebuhraya tujuh tahun lalu, sebanyak 382 kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang dengan 15 kematian yang direkodkan pada MEX.

Dianggarkan 4,000 motosikal dan 32,000 kenderaan lain berulang alik di laluan 26 kilometer pada waktu puncak setiap hari.

7.9 kilometer AKLEH mula beroperasi pada bulan Mei 2001 dan telah mencatatkan kira-kira setengah juta penunggang motosikal menggunakannya setiap bulan dengan purata sebanyak empat kemalangan motosikal dalam sebulan dengan tiga kematian melibatkan penunggang.

Difahamkan, semenjak tahun 2008, ramai pengguna yang membayar tol mengadu kepada pengendali AKLEH tentang ruang yang terhad dan tidak selamat kerana kehadiran motosikal yang terlalu banyak terutamanya pada waktu puncak serta adanya penunggang motosikal yang berlumba secara haram pada waktu malam hujung minggu.

AKLEH dan MEX dikendalikan oleh Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (Prolintas) dan Maju Expressway Sdn Bhd (MESB).

Jurucakap Prolintas dan MESB mengesahkan, permohonan itu telah dihantar ke Lembaga Lebuhraya Malaysia sejak enam tahun lalu untuk membatalkan kelulusan penunggang motosikal untuk menggunakan kedua-dua lebuhraya itu.

sumber

P/s: apa pendapat dan pandangan korang?? melampau ke tak?? bagi aku akleh tu xpe lagi nak haramkan motor sbb jalan sempit dan banyak jalan alternatif lain..tapi kalau Mex..orang2 putrajaya dan sekitar nak g kl ikut mex weh.jalan terbentang luas.adoiiii..macam2 la dol


Share:

WAJIB TAHU : Wanita Jangan Sembur Air Paip Di Dalam Kemaluan

Wanita Jangan Sembur Air Paip Di Dalam Kemaluan


JANGAN sesekali anda menyembur air paip ke dlm kemaluan.. mugkin anda beranggapan bahawa ia membersihkan bahagian dalam kemaluan anda..TAPI anda SILAP!!! sebenarnya anda telah membuka ruang udara dlm kemaluan anda! ini boleh mengakibatkan berlakunya ruang udara dan menyebabkan berlakunya "kentut Vagina".

Wanita Jangan Sembur Air Paip Di Dalam Kemaluan

‘Vaginal flatulence’ atau lebih dikenali kentut vagina ataupun faraj terkentut merupakan sebuah keadaan dimana alat kemaluan yang sulit milik perempuan mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut. Kentut ini selalunya berlaku akibat udara terperangkap di dalam faraj atau pun di celah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.

Kentut vagina boleh disebabkan oleh lemahnya otot-otot disekitar vagina yang mampu menyebabkan mudahnya pengaliran keluar masuk udara ketika melakukan apa-apa aktiviti. Jikalau kentut itu berbau yakni tidak ‘odourless’ maka kemungkinan besar faraj tersebut sudah dijangkiti mikoorganisma yang menyebabkan penghasilan bau-bauan yang tidak menyenangkan. Berbeza daripada kentut dubur, kentut vagina sepatutnya tidak berbau.


Kentut vagina boleh diatasi dengan;

~~Memakai seluar dalam yang tidak terlalu longgar yang mampu membenarkan keluar masuk udara.
~~Mengamalkan senaman kegel ataupun senaman kemut untuk memperkuatkan otot di sekitar alat sulit
~~Mencuci dan membersihkan alat sulit dengan baik dan pastikan ianya tidak selalu lembab .
~~elakkan makan sejuk2 dan berair. makanan sejuk beku, tembikai, ais

senaman kegel untuk wanita

Kentut jenis ini masih dianggap normal walaupun ramai yang beranggapan kentut vagina hanya berlaku kepada sesiapa yang sudah kehilangan dara. Hal ini demikian kerana, pergerakkan kaki semasa berjalan ataupun ketika apa aktiviti sekali pun, ianya mampu memberi peluang untuk udara keluar masuk ke dalam faraj jikalau dinding dan saluran faraj berkenaan tidak begitu kuat.

Justeru itu, janganlah anda beranggapan mereka yang mengalami kentut vagina ini sudah kehilangan dara kerana seperti organisma yang lain, setiap sedutan pasti akan ada hembusan.

sumber


Share:

Sunday, 17 May 2015

Kenapa Nyamuk Suka Terbang Keliling Kepala Kita

Kenapa Nyamuk Suka Terbang Keliling Kepala Kita

Percayakah anda, nyamuk adalah serangga yang paling berbahya di dunia? kerana serangga kecil ini dicatatkan membunuh sebanyak 2 juta nyawa setahun.

Satu tabiat nyamuk yang selalu kita lalui dan pasti menyebabkan anda tertanya-tanya mengapa nyamuk suka 'bermain' dia atas kepala kita.

Perkara yang lebih pelik ialah tabiat nyamuk terbang di keliling kepala kita bukannya 'percubaan' untuk menghisap darah kita.

Perkara ini didedahkan oleh seorang pakar serangga terkenal, Rick Pollack dari Amerika Syarikat, mengatakan nyamuk suka terbang di sekitar kepala, terutama di bahagian wajah dan telinga kerana tertarik kepada gas karbon dioksida yang kita hembuskan.

Yang paling pelik membuatkan anda pasti terkejut ialah ia sebenarnya permulaan untuk mengawan di mana nyamuk jantan akan menanda lokasi ‘kahwin’ seperti sekitar pokok, atau atas kepala manusia.

Nyamuk jantan akan ‘menari’ di sekitar kepala kita untuk menarik perhatian nyamuk betina untuk proses pembiakan.

sumber


Share:

Inilah Sungai Bawah Tanah Paling Panjang Di Dunia

Inilah Sungai Bawah Tanah Paling Panjang Di Dunia


Sungai bawah tanah di Terbesar Dunia ,Taman Negara Puerto Princesa sungai bawah tanah, adalah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terletak kira-kira 50 kilometer ( 30 batu) ke utara pusat bandar Puerto Princesa, Palawan , Filipina. Mengandungi Sungai bawah tanah yang terkenal , yang dianggap paling lama dilayari sistem sungai bawah tanah di dunia.

Puerto Princesa Underground River National Park adalah kawasan biodiversiti yang paling penting Filipina. Ia mempunyai landskap kars dan batu kapur yang menakjubkan yang terdiri daripada 8.2 km sungai bawah tanah. Aspek menakjubkan sungai ini adalah bahawa ia akan mengalir terus ke dalam laut dan bahagian bawah air sungai adala air masin dan tertakluk kepada pengaruh pasang surut.

Kawasan ini menandakan persekitaran penting untuk perbualan biodiversiti. Ia mempunyai gunung penuh kepada ekosistem laut dan melindungi hutan yang penting di Asia. Puerto Princesa sungai bawah tanah adalah yang terbesar di dunia.

Inilah Sungai Bawah Tanah Paling Panjang Di Dunia

Sungai bawah tanah terpanjang dan dikatakan sungai bawah tanah yang paling indah di dunia. Tarikan utamanya adalah 8.2 kilometer panjang sungai bawah tanah sebelum terus ke Laut China Selatan.

Di mulut gua, lagun yang jelas dirangka oleh pokok-pokok purba berkembang betul ke tepi air. Monyet , biawak monitor yang besar, dan tupai mencari niche mereka di pantai berhampiran gua. Pengunjung juga boleh memerhati burung, trekking, dan meneroka bahagian yang lebih dalam hutan.

Menyusuri sungai yang indah di bawah tanah adalah salah satu daripada perkara-perkara yang di lakukan pengunjung ke Taman Negara Puerto Princesa sungai bawah tanah boleh menikmati. Melihat hidupan liar, melakukan aktiviti meredah hutan, dan melepak di pantai adalah beberapa pilihan lain. Sebuah perjalanan ke sungai bawah tanah di Pulau Palawan adalah kemestian ketika melawat wilayah Palawan. Satu kempen tempatan bertujuan mewujudkan sungai sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban baru dunia.

Inilah Sungai Bawah Tanah Paling Panjang Di Dunia

Inilah Sungai Bawah Tanah Paling Panjang Di Dunia

sumber


Share:

Misteri Rumah Tengah Sungai Terjawab

Misteri Rumah Tengah Sungai Terjawab


Sebuah rumah bersendirian di Sungai Drina di Serbia telah membuatkan orang ramai tertanya-tanya dari seluruh dunia, selepas imej rumah telah disiarkan di National Geographic pada Ogos tahun lepas.Rumah kecil berdiri di atas batu yang terdedah di tengah-tengah Sungai Drina, berhampiran bandar of Bajina Basta, Serbia. Rumah terletak di lembah Sungai Drina di pinggir timur Tara Taman Negara.

Misteri Rumah Tengah Sungai Terjawab

Keindahan rumah telah ditangkap oleh jurugambar Hungary Irene Becker pada bulan Ogos. Gambar ini menjadi hit di Internet. Rumah, walaupun hanya ditemui kemasyhuran baru-baru ini, telah berdiri di tengah-tengah sungai selama lebih daripada 40 tahun.

 Rumah itu dibina pada tahun 1968 oleh sekumpulan lelaki muda yang memerlukan tempat untuk mandi dan berjemur matahari. Ia adalah betul-betul tempat yang paling selesa untuk berbaring, mereka membawa beberapa papan dari bangsal berdekatan . Pada tahun berikutnya mereka meletakkan bumbung dan dinding dan rumah menjadi kenyataan. Untuk mengangkut bahan-bahan mereka menggunakan bot dan kayak.

Keping yang lebih besar telah diturunkan ke dalam air hanya beberapa batu di hulu, dan kemudian dilenkapkan pada batu.

Rumah itu hampir musnah beberapa kali semasa banjir, tetapi setiap kali itulah ianya dibina kembali.

Misteri Rumah Tengah Sungai Terjawab

Misteri Rumah Tengah Sungai Terjawab

sumber


Share:

Telur Goreng Keluar Darah Apabila Diperdengarkan Ayat RUQYAH

Telur Goreng Keluar Darah Apabila Diperdengarkan Ayat RUQYAH


Laman sosial digemparkan dengan penyebaran dua keping gambar yang dikatakan ‘berdarah’ sementelah dibacakan ayat suci Al-Quran.

Seorang pengguna Facebook, Rizu Nads, memuat naik gambar-gambar makanan tersebut yang dibelinya dari sebuah kedai.

Menurut beliau makanan tersebut dibeli bungkus dan di bawa pulang ke tempat kerja kerana ingin makan setibanya di tempat kerja.

Setibanya di tempat kerja beliau memasang Ayat-Ayat Al-Ruqyah menggunakan komputer di tempat kerja beliau dan apabila hendak menikmati makanan yang dibungkus, telur goreng berubah menjadi tompok-tompok merah seakan-akan darah. Beliau turut bersyukur kepada ALLAH kerana dihindar daripada pelaris yang kotor memasuki tubuh badan beliau



MasyaAllah... Waktu beli makanan tadi dah tgk telur goreng atas bawah semua ok. Then sampai office makan depan PC buka...
Posted by Rizu Nads on Sunday, 10 May 2015



"Masyaallah. Waktu beli makanan tadi dah tengok telur goreng atas bawah semua ok. Then sampai office makan depan pc buka bacaan rukyah, telur berubah bertompok-tompok merah seperti darah. Kuasa Allah memelihara dari pelaris yang kotor dari memasuki badanku. Subhanallah. Maha suci allah," ujarnya.

Difahamkan, peniaga makanan terbabit dipercayai menggunakan pelaris bagi menarik pelanggan agar kembali semula membeli makanan di kedai mereka.

Taktik sebegini sering dikaitkan dengan perbuatan syirik dan haram lantaran sifat tamak mula menguasai para peniaga.

Surah Al-Rukyah merupakan gabungan dari ayat-ayat Al Quran yang boleh digunakan untuk mengesan jin dalam badan atau di rumah.

Maksud ruqyah adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit atau disebabkan sengatan binatang.

Ia merupakan urutan ayat dari surah Al Fatihah, Al Baqarah, Ali Imran, Al Araf, Al Mukminun dan beberapa ayat lagi di dalam Al Quran.

**Dibawah ini merupakan ayat ruqyah yang dapat kita dengari bersama




Share:

Saturday, 2 May 2015

Suspek ditahan selepas tekan butang 'like' di laman Facebook si pemburu

Suspek ditahan selepas tekan butang 'like' di laman Facebook si pemburu


Seorang suspek lelaki yang didakwa mencuri dan melakukan jenayah pemalsuan telah ditangkap pihak berkuasa Montana, Amerika Syarikat selepas tertekan butang ‘like’ pada muat naik mengenai dirinya sendiri di Facebook.

Tertuduh, Levi Charles Reardon, 23, yang dipaparkan sebagai suspek paling dihendaki di laman Facebook Cascade County Crime Stoppers dilaporkan mencari padah sendiri dengan menekan butang ‘like’ pada poster gambarnya di akaun Facebook itu.

Reardon kemudian dihadapkan di Mahkamah pada hari Isnin selepas ditangkap pada malam Jumaat. Setakat ini, Reardon tidak mengfailkan sebarang notis rayuan dan tarikh pendakwaan masih belum ditetapkan.

Menurut laporan akhbar Great Falls Tribune, waran tangkap terhadap Reardon dikeluarkan berkaitan kes pemalsuan dan kecurian.

Manakala, menurut rekod Mahkamah, Reardon adalah suspek yang terlibat dalam kes kecurian dompet serta kes pemalsuan cek peribadi pada Januari lepas.

Menurut laporan polis,  empat kes pemalsuan cek difailkan terhadap Readon yang didakwa mengeluarkan wang dengan menggunakan cek yang hilang. Sebelum ini, Readon juga pernah disoal siasat atas pemalsuan cek peribadi.

Bagaimanapun, pegawai penyiasat tidak mendedahkan bagaimana dan dimana mereka menahan  Reardon pada Jumaat lepas.

sumber

P/s: macam kelakar pulak rasanya.hahaha.adoiii.sengalnyaa


Share:

Wanita Cantik Berusia 60 Tahun Ini Berkahwin Dengan Lelaki Berusia 28 Tahun !!

Wanita Cantik Berusia 60 Tahun Ini Berkahwin Dengan Lelaki Berusia 28 Tahun


Artis China, Liu Xiao Qing tetap cantik di usianya yang ke-60 tahun. Bahkan dikhabarkan telah bernikah lagi dengan lelaki berumur 28 tahun. Lelaki muda bernama Yi Gang, adalah seorang pemain badminton, berumur 28 tahun berasal dari keluarga kaya raya.

Meskipun sudah mencecah usia separuh abad, namun penampilan Liu Xiao Qing tetap terjaga, dia tetap kelihatan menarik, cantik dan seksi.

Menurutnya, Liu sudah melakukan beberapa kali pembedahan plastik untuk menjaga penampilannya. Bukan itu sahaja, berkat kecantikannya, Liu Xiao Qing sudah beberapa kali mendapat gelaran Miss Tercantik" untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bahkan baru-baru ini beliau berlakon di sebuah filem dimana ia berperanan membawa watak sebagai gadis yang baru berusia 19 tahun.

Wanita Cantik Berusia 60 Tahun Ini Berkahwin Dengan Lelaki Berusia 28 Tahun

Wanita Cantik Berusia 60 Tahun Ini Berkahwin Dengan Lelaki Berusia 28 Tahun



Share:

Pelajar Genius Malaysia Di London Simpan 30,000 Gambar Porno Kanak-kanak

Pelajar Genius Malaysia Di London Simpan 30,000 Gambar Porno Kanak-kanak


Seorang pelajar genius Matematik dari Malaysia di penjara lima tahun semalam (waktu Malaysia) oleh mahkamah di United Kingdom selepas didapati bersalah memiliki 30,000 imej pornografi kanak-kanak.

Tertuduh dikenali sebagai Nur Nordin, 23, pelajar jurusan Matematik Kolej Imperial London didakwa didakwa memiliki 1,156 video dan selebihnya imej pornografi kanak-kanak yang sebahagiannya paling keji pernah dilihat oleh pasukan negara itu.

Nur Nordin yang berasal dari Malim Nawar, Kampar, Perak mengaku bersalah terhadap 17 tuduhan memiliki, membuat dan mengedar gambar lucah kanak-kanak pada November tahun lalu.

Memetik laporan Mirror.uk, tertuduh ditahan selepas pasukan penyiasat curiga selepas mendapati akaun milik lelaki itu memuat naik ribuan imej kanak-kanak dalam keadaan lucah.

Apabila polis menyerbu bilik Nur Nordin berhampiran Hyde Park di London, mereka mendapati tertuduh dengan komputer ribanya terbuka dan duduk bersebelahan patung saiz lelaki.

Secara keseluruhan, polis menemui lebih daripada 30,000 imej tidak senonoh dan video kanak-kanak didera selepas mereka menyiasat alat-alat elektronik milik tertuduh.

Berikutan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun dan akan dipertimbangkan untuk dihantar pulang ke Malaysia selepas tamat menjalani hukuman.

Pegawai penyiasat, Konstabel Sara Keane berkata, Nordin didakwa memiliki dan berkongsi beberapa gambar yang paling melampau yang pernah dilihat oleh polis di negara itu.

"Kes ini amat mengerikan kerana tertuduh bukan saja memiliki gambar itu malah memuatnaik untuk tontonan orang ramai," katanya. - Mirror.co.uk

sumber

P/s: lol.stress sangat otak fikir formula math ke doh..berhati2 la semua.awasi anak2 kecil korang.memang ada spesis yang stim tengok budak kecik.spesis cmni mental disorder,sampai satu level tiang pakai baju.mekap sikit pon jadi..huh


Share:
loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...