June 2016 ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 22 June 2016

11 Fakta Tentang Barli Yang Anda Wajib Tahu

11 Fakta Tentang Barli Yang Anda Wajib Tahu


Adakah anda suka minum air barli? Dalam keadaan cuaca panas ini amatlah sesuai meminum air barli kerana selain dikatakan mampu menghilangkan dahaga dan mengurangkan kepanasan dalam tubuh.

Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

1. Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ‘waxy’ lebih tinggi kandungan beta-glucan daripada jenis barli lain.

2. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.

3. Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.

4. Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Barli mengandungi tokol yang tinggi.

5. Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar.

6. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.

7. Barli juga mampu mengurangkan tekanan darah. Dikatakan dengan memakan barli mampu merendahkan kolesterol LDL atau kolesterol jahat. Ini mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

8. Dikatakan juga antioksidan yang terdapat di dalam barli mampu membantu anda kelihatan lebih muda.

9. Ini adalah kerana barli mampu membantu membuang toksin daripada tubuh sekali gus mampu memberikan anda penampilan lebih muda dan kulit lebih sihat.

10. Barli juga dikatakan kaya dengan selenium. Selenium mampu mengekalkan keanjalan kulit dan memperbaiki fungsi tubuh.

11. Anda yang mengalami masalah rambut dikatakan baik mengambil barli. Ini kerana barli mengandungi sejumlah garam galian, vitamin dan antioksidan yang diperlukan untuk penghasilan rambut sihat.


sumber


Share:

(Video) Rakaman banduan berjaya lolos dari penjara menerusi lubang makanan


Rakaman banduan berjaya lolos dari penjara menerusi lubang makanan


MOSCOW 21 Jun – Seorang banduan menggunakan kelicikannya memecah masuk rumah apabila meloloskan diri dari tempat kurungannya hanya melalui lubang makanan dan minuman yang biasanya terdapat pada pintu setiap sel.

Malah, aksi Rustam Shahrudinov, 25, melepaskan diri tanpa seurat benang dari sel kurungannya juga sempat dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Mail Online melaporkan, insiden itu berlaku di bandar Izberbash, Republik Dagestan di barat daya Rusia.

Dalam rakaman itu, Rustam dilihat bertungkus-lumus menolak keluar tubuhnya yang kurus kering bagi melepasi lubang berkenaan.

Setelah berjaya meloloskan diri, banduan itu mencapai pakaiannya menerusi lubang yang sama dan sempat memakai baju serta seluar sebelum berjalan pergi tanpa diawasi sesiapa.

Rakaman banduan berjaya lolos dari penjara menerusi lubang makanan


Video tersebut juga tidak memperlihatkan kelibat warden penjara, sekali gus menimbulkan persoalan tentang kawalan keselamatan yang longgar.

Beberapa pegawai penjara juga telah dipecat berikutan insiden berkenaan.

Rustam yang dipenjara atas kesalahan memecah masuk rumah dan mencuri sememangnya terkenal dengan kelicikannya menyusup masuk ke tempat-tempat sempit semasa melakukan jenayah.

Namanya juga telah disenarai sebagai individu dikehendaki di Republik Dagestan selepas melarikan diri dari penjara.





sumber


Share:

Monday, 13 June 2016

Rare : Isteri mengidam mahu makan nasi berlauk sabun

Isteri mengidam mahu makan nasi berlauk sabun


Kuala Lumpur: Keinginan kali ini lain daripada yang lain, malah tidak masuk akal untuk diterima suami dan keluarga apatah lagi makanan diminta dan diidamkan itu membahayakan nyawa kandungan.

Namun, selagi tidak dapat dipenuhi kemahuan itu, suara hati suri rumah yang mahu dikenali sebagai Habshah Ali, 38, meronta-ronta sehingga kadangkala dia menangis seperti anak kecil tidak diberikan gula-gula.

“Saya teringin sangat makan nasi berlauk sabun mandi, saya membayangkan sabun itu diracik halus dan digaulkan dengan nasi sebelum dimakan panas-panas seperti makanan biasa.

“Setiap kali melihat sabun itu, hati saya akan terdetik ‘agaknya mesti sedap kalau makan dengan nasi panas’ sambil telan air liur,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di rumahnya, di Selayang.

Habshah berkata, dia pada mulanya menyangkakan keinginan pelik itu hanya pada bau wangi sabun berkenaan, tetapi lama-kelamaan ia bertukar kepada ingin merasa.

Menurutnya, tidak tahan dengan kemahuan itu, dia akhirnya berkongsi cerita dan meminta kebenaran suami, tetapi tindakannya itu ditentang, malah suami turut mengadu hal berkenaan kepada keluarga.

“Saya menjadi tertekan dan mula menjauhkan diri daripada suami, malah anak sulung yang berusia empat tahun juga tidak dipedulikan sehingga suami terpaksa menghantar anak ke rumah ibu di Shah Alam.

“Suami cuba memujuk selain membawa saya berjumpa doktor untuk membincangkan mengenai simptom mengidam pelik saya ini namun tindakan itu ‘tidak jalan’ kerana saya masih berdegil,” katanya.

Katanya, sebulan selepas itu, ibunya membuat keputusan tinggal di rumahnya kerana bimbang dia betul-betul melakukan tindakan pelik itu.

“Pelbagai usaha suami saya lakukan termasuk membawa saya berjumpa dengan pakar kaunseling bagi ‘membunuh’ keinginan itu dan menjalani rawatan perubatan alternatif kerana bimbang saya terkena buatan orang.

“Akhirnya, saya mengalah... bukan penat dengan semua tekanan yang diberikan sebaliknya saya dekatkan diri dengan Allah dan berdoa supaya keinginan itu terpadam,” katanya.

Situasi sama turut dialami Anis, 36, yang mengidam alat sulit lembu jantan apabila disahkan mengandung anak sulungnya lima tahun lalu.

“Ketika itu usia kandungan saya baru masuk minggu ke-19 dan sepanjang tempoh berkenaan saya tidak pernah mengidam sesuatu yang tidak masuk akal atau sukar dicari.

“Suami juga gembira dan sering berdoa agar saya tidak meminta yang bukan-bukan meskipun sudah sedia maklum dengan perangai pelik wanita mengandung,” katanya.

Katanya, keinginan itu datang secara tiba-tiba ketika dia dan suami merancang pulang ke kampung halaman di Kuala Terengganu untuk menyambut Aidiladha.

“Seminggu sebelum itu, emak saya telefon bertanyakan sama ada kami pulang ke kampung atau tidak kerana ayah mengadakan majlis kenduri ibadah korban bersama-sama dua kakak dan abang ipar saya.

“Selang beberapa hari kemudian, saya memberitahu suami teringin makan alat sulit lembu jantan yang disembelih untuk majlis korban berkenaan,” katanya.

Katanya, seumur hidupnya sehingga mengahwini suaminya itu, dia tidak pernah makan organ lembu apatah lagi makan alat sulit haiwan berkenaan


sumber


Share:

Pramugara China Ini Menjadi Sensasi Kerana Pelakon Korea Song Joong Ki

Pramugara China Ini Menjadi Sensasi Kerana Pelakon Korea Song Joong Ki


Dengan populariti pelakon Korea, Song Joong Ki dari drama "Descendants of the Sun' kian membara, pramugara dari China ini tidak kurangnya. Pramugara yang bernama Feng Ming ini menjadi terkenal kerana rupanya dikatakan seiras dengan pelakon Korea tersebut. Gambar pramugara yang berumur 24 tahun ini telah menjadi viral di dalam Weibo dan semua forum di negaranya serta di Korea Selatan. Namun begitu, segelintir orang menyatakan dia hanya seiras sekiranya sudut gambar diambil tepat sahaja. Jadi apa pendapat anda pula?




Share:

Sunday, 12 June 2016

Pembida Sanggup bayar RM14 juta untuk makan tengahari bersama Warren Buffett

Sanggup bayar RM14 juta untuk makan tengahari bersama Warren Buffett


Omaha (Nebraska, Amerika Syarikat): Untuk kali kedua, seorang pembida tidak dikenali bersetuju membayar lebih AS$3.4 juta (RM14 juta) untuk makan tengah hari bersama bilionair, Warren Buffett.

Wang hasil bidaan itu ialah untuk sebuah badan kebajikan yang menguruskan mereka yang tidak mempunyai tempat kediaman.

Bidaan bernilai AS$3,456,789 (RM14.1 juta) oleh pemenang Jumaat lalu sama dengan rekod tertinggi yang dicatat pada 2012 apabila seorang pembida membayar jumlah yang sama.

Lelongan selama seminggu itu ialah untuk mengumpul derma bagi Yayasan Glide bermula Ahad lalu dan ditamatkan malam kelmarin.

Menjelang tengah hari Jumaat, bidaan mencecah lebih AS$2.6 juta (RM11 juta), hampir AS$300,000 (RM1.2 juta) lebih tinggi daripada pembida yang menang tahun lalu.

Enam daripada lapan pemenang sebelum ini membayar lebih AS$2 juta (RM8 juta) untuk makan bersama Buffett, pelabur yang mengetuai syarikat konglomerat Berkshire Hathaway.

Pemenang bidaan biasanya makan tengah hari bersama Buffett di restoran steak Smith and Wollensky di New York.

Jika pemenang tidak mahu dikenali, acara itu diadakan di tempat lain.

Syarikat Buffett memiliki lebih 90 anak syarikat, termasuk insurans, perabot, laluan kereta api, barang kemas, restoran, serta mempunyai pelaburan besar dalam syarikat seperti Coca-Cola dan IBM.


sumber


Share:

McDonalds Jepun tawar nugget bersalut emas

McDonalds Jepun tawar nugget bersalut emas


JEPUN - McDONALD'S sememangnya popular dengan simbol 'Gerbang Emas' atau ‘Golden Arches’, namun rangkaian makanan segera itu kali ini benar-benar akan memberi emas kepada para pelanggannya.

Ini kerana McDonald’s di Jepun kini memperkenalkan satu peraduan sempena musim panas bagi memperkenalkan dua sos baharu.

Pelanggan berpeluang untuk memenangi ketulan nugget bersalut emas 18 karat yang bernilai AS$1,500 (RM6077.92).

Peraduan media sosial ini memerlukan pelanggan mencari maskot “pencuri nugget” yang dikenali sebagai Kaito Nuggets.

Maskot ini akan berada di beberapa lokasi McDonald’s di Jepun, dan pelanggan perlu tweet gambar maskot berkenaan.

McDonalds Jepun tawar nugget bersalut emas


sumber


Share:

Penduduk dalam bahaya, wanita lepas 900 ekor ular untuk hapus dosa

wanita lepas 900 ekor ular untuk hapus dosa


SICHUAN - CHINA . Seorang wanita dipercayai melepaskan 900 ular ke dalam hutan untuk menghapuskan dosa dan mendatangkan karma yang baik.

Bagaimanapun dia tidak menyedari perbuatannya itu telah mendatangkan bahaya kepada penduduk kampung yang tinggal bersebelahan dengan hutan tersebut.

Salah seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Lei berkata, dia tidak dapat mengelak daripada berjalan di sekeliling rumahnya setiap jam bagi memastikan ketiadaan reptilia tersebut.

“Kesemua ular yang kami temui telah dibunuh. Perbuatan ini merbahayakan kami dan anak-anak kami. Ia tidak boleh dimaafkan,” katanya seperti yang dipetik menerusi portal antarabangsa, Shanghaiist.com.

wanita lepas 900 ekor ular untuk hapus dosa

Hanya dalam masa beberapa hari, pegawai Jabatan Perkhidmatan Hidupan Liar Chengdu telah menerima panggilan bertali arus mengenai ‘serangan’ ular di kampung tersebut.

Pegawai jabatan berkenaan berkejar ke tempat kejadian dan berjaya menangkap puluhan ular setiap hari.

Malah sesetengah daripada spesis ular yang ditangkap dikenal pasti sebagai spesis merbahaya.

Perbuatan wanita itu dihidu penduduk kampung dan netizen apabila wanita itu memuat naik gambarnya melepaskan reptilia berkenaan di hutan tersebut.

Bagaimanapun wanita itu dikatakan tampil menafikan bahawa ular-ular itu dilepaskan di hutan tersebut.

Amalan melepaskan haiwan hidup kembali ke habitat dikenali sebagai fang sheng di perbuatan tersebut dipercayai dapat menghapuskan dosa, menyucikan diri dan mendatangkan nasib baik kepada si pelaku.


sumber


Share:

Wanita Ini Diceraikan Selepas Gagal Dalam Ujian Dara

Diceraikan Selepas Gagal Dalam Ujian Dara


Seorang wanita telah ditinggalkan oleh suaminya kerana didapati tidak mengalami pendarahan ketika melakukan hubungan intim kali pertama.

Kejadian di India itu apabila Yogita Abhiyekar-Karale, 20 tahun menafikan berlaku curang kepada suaminya, Arjun 25.

Menjadi adat di wilayah Ahmednagar untuk melakukan ujian dara terhadap pengantin perempuan. Ujian itu menggunakan kain putih yang diletakkan pada katil pengantin untuk melihat sama ada darah wujud atau tidak selepas hubungan dilakukan.

Yogita nampaknya telah gagal dalam ujian itu selepas didapati tiada darah yang kelihatan pada kain putih tersebut.


Lelaki itu seterusnya telah memohon cerai terhadap isterinya di mahkamah.

Yogita yang merupakan seorang anggota polis berkata dia masih anak dara lagi dan mungkin selaput dara telah pecah selepas menjalani latihan lasak dalam pasukan polis.

Wanita itu merupakan isteri kedua kepada suaminya dan telah berkahwin pada 22 Mei lalu.

Bagaimanapun, selepas kes itu mendapat liputan luas, Arjun dikatakan telah mengubah fikiran dan mahu menarik semula permohonan cerai itu.

sumber


Share:

Friday, 10 June 2016

Beg Tangan Termahal Di Dunia, RM1.23 Juta

Beg Tangan Termahal Di Dunia


Beg tangan ini dilelong pada harga AS$300,168 (RM1.23 Juta) kini mencatat rekod bagi beg tangan paling mahal di dunia.

Beg tangan tersebut dijual dalam satu acara lelongan di Hong Kong.

Beg tangan Hermes daripada koleksi 'Himalayan Nilo Crocodile Birkin' ini bersalut 245 berlian dan dihasilkan daripada kulit buaya albino asli. Bahagian pemegangnya pula disaluti emas 18 karat.

Harga beg tangan ini telah mengalahkan rekod tahun lepas daripada jenama yang sama, di mana ia dijual pada harga AS$222,912 (RM920,705).

Victoria Beckham dan Kim K turut mempunyai koleksi beg termahal ini.

Beg Tangan Termahal Di Dunia

Beg Tangan Termahal Di Dunia

Beg Tangan Termahal Di Dunia

Beg Tangan Termahal Di Dunia

Beg Tangan Termahal Di Dunia

Beg Tangan Termahal Di Dunia



Share:

Saturday, 4 June 2016

Cool : Inilah Cara Rakyat Bangladesh Sejukkan Rumah Mereka Tanpa Elektrik !!

Cara Rakyat Bangladesh Sejukkan Rumah Mereka Tanpa Elektrik


Lihat sampai habis video ini ternyata idea yang muncul sememangnya sangat kreatif. Sebuah perkampungan di negara Bangladesh mendapat satu idea untuk menghasilkan cara ini tanpa menggunakan elektrik sebagai contoh seperti kipas dan sebagainya. mereka hanya guna bahan-bahan terpakai dan jadikan sebagai penyedut udara. Haa korang nak try buat pun boleh. Tak susah pun.





sumber


Share:

Bahagian Biru Bukan Untuk Padam Dakwat Pen. Jadi Sebenarnya Apa?

Pemadam Berwarna Biru Ini Bukan Untuk Padam Dakwat Pen


Selama ni kita duk fikir bahagian biru di pemadam merah-biru itu digunakan untuk memadam dakwat pen di kertas. Tapi sebenarnya tidak!

Mesti korang pernah try untuk padam dakwat pen di kertas kemudian bahagian itu koyak. Nak tahu apakah sebabnya, teruskan membaca.

Pemadam biru tu sebenarnya digunakan untuk memadam tanda pensil di atas grainy paper. Tulah sebabnya tekstur pemadam tersebut kasar dan kesat berbanding pemadam biasa. Kalau guna pemadam biasa (warna merah) mungkin akan mengambil masa dan tenaga untuk anda memadam sesuatu di atas kertas grainy paper.

Kami sendiri tak pasti dari mana datangnya cerita tentang pemadam berwarna biru ini untuk padam dakwat pen di kertas. Yang penting, mulai dari saat ini anda bolehlah berhenti dari merosakkan buku latihan anda tu.


sumber


Share:

Lelaki Ini Sakit Perut Akibat "Kembar" Di Dalam Perutnya


Lelaki Ini Sakit Perut Akibat "Kembar" Di Dalam Perutnya

Penyakit yang jarang ditemui apabila seorang remaja mengadu sakit perut terkejut apabila diberitahu punca penyakitnya itu disebabkan oleh kembarnya yang hidup di dalam perutnya sejak beliau dilahirkan.

Remaja yang berasal dari Allahabad, India itu menderita sakit dan sering muntah-muntah yang menyebabkan beliau hilang berat badan sejak bertahun lalu.

Narendra Kumar, 18 dikejutkan dengan berita apabila doktor menjumpai janin seberat 2.6 kilogram jisim tulang, rambut serta gigi di dalam perut beliau.

Lelaki Ini Sakit Perut Akibat "Kembar" Di Dalam Perutnya

Menurut doktor Hospital Swaroop Narayan di utara India di Uttar Pradesh, Dr Rajeev Singh  berkata janin tersebut telah hidup seperti parasit sejak beliau dilahirkan.

"Keadaan tersebut berlaku ketika peringkat awal kehamilan kembar apabila salah satu fetus memasuki fetus yang lain melalui tali pusat.

"Ia menjadi parasit dan akan 'hidup' di dalam kembar yang lagi satu," katanya.

Perkara itu hanya diketahui selepas doktor melakukan pembedahan pada Isnin dan menemui janin tersebut yang menjadi punca penyakitnya itu.

sumber


Share:

Rangka Mayat Ini Dipenuhi Dengan Barang Kemas Serta Kondom Emas

Rangka Mayat Ini Dipenuhi Dengan Barang Kemas Serta Kondom Emas


Mayat jika ditanam beserta emas sudah pastilah ketika di dunia dia merupakan seorang yang hartawan.

Mayat ini mati bersama kondom Emas dan banyak koleksi emas yang terdapat pada tubuh mayat ini. Mayat yang disemadi ini adalah datangnya dari Budaya Varna yang wujud di Bulgaria sekitar 4400 SM – 4100 SM

Mereka menguburkan rakyat mereka, atau sekurang-kurangnya sebahagian daripada mereka dengan sekumpulan keseluruhan emas.

Daripada catatan sejarah, kondom telah digunakan sejak beberapa ratus tahun lalu. Sekitar tahun 1000 sebelum Masihi, orang Mesir kuno menggunakan linen sebagai sarung kemaluan untuk mencegah diri mereka dari penyakit.

Rangka Mayat Ini Dipenuhi Dengan Barang Kemas Serta Kondom Emas

 Rangka Mayat Ini Dipenuhi Dengan Barang Kemas Serta Kondom Emas


sumber


Share:

Arab Saudi larang pekerja berpanas di bawah matahari

Arab Saudi larang pekerja berpanas di bawah matahari
KERAJAAN Arab Saudi mengeluarkan arahan melarang pihak majikan membiarkan pekerja mereka terdedah dengan terik matahari.

JEDDAH 31 Mei – Arab Saudi semalam mengumumkan peraturan baharu kepada setiap majikan agar memastikan pekerja mereka tidak terdedah dengan terik matahari, bermula dari 15 Jun hingga 15 September ini.

Portal Arabnews.com melaporkan, perkara itu bertujuan melindungi keselamatan pekerja di negara ini yang berdepan cuaca panas.

Perintah tersebut diumumkan oleh Kementerian Buruh dan Pembangunan Sosial Arab Saudi dan dilaksanakan dari pukul 12 tengah hari sehingga pukul 3 petang.

Setiausaha Pemeriksaan dan Penambahbaikan Persekitaran Kerja kementerian, Fahad Abdullah Al-Awaidi berkata, arahan itu bagaimanapun dikecualikan kepada pekerja di sektor gas dan minyak.

Bagaimanapun jelasnya, majikan perlu mengambil langkah untuk melindungi pekerja dan mematuhi perintah tersebut.

“Kementerian cuba memastikan persekitaran kerja adalah selamat dan mengelak kecederaan serta kemalangan yang boleh menjejaskan produktiviti,” katanya.

Beliau menjelaskan, pengecualian juga diberikan di beberapa kawasan di Arab Saudi yang mengalami suhu rendah pada tempoh larangan itu dikuatkuasakan.

Tambahnya, penyelarasan antara kementerian dan pihak berkuasa di wilayah-wilayah akan dilakukan bagi memeriksa keadaan cuaca di kawasan masing-masing.

sumber


Share:

Selalu Nampak ‘Ulat’ Ni Terbang Di Mata Anda? Baca Penerangan Ini

Selalu Nampak ‘Ulat’ Ni Terbang Di Mata Anda?


Sudah pasti ramai antara kita selalu melihat objek berbentuk cacing atau ulat "tranparent" seperti ini yang terapung-apung di mata kita terutama apabila melihat kearah langit, adakala ia hilang dan adakala muncul bermain-main di mata kita, apakah sebenarnya objek ini?

Untuk pengetahuan anda, ia adalah  ‘muscae volitantes’ atau 'flying flies' dan ianya bukanlah objek pelik yang ada di dalam mata kita atau semata-mata khayalan.

Sebenarnya ia terhasil dari cebisan-cebisan tisu, rumpun-rumpun protein atau sel-sel darah merah dalam mata kita yang bergerak.

Selalu Nampak ‘Ulat’ Ni Terbang Di Mata Anda


Maka terhasillah paparan-paparan seperti 'ulat terbang' yang kita lihat hasil bayang-bayang cebisan-cebisan tisu, rumpun-rumpun protein atau sel-sel darah merah yang bergerak itu.

Jika anda ini melihat dengan lebih jelas 'ulat terbang' ini, tutup mata anda dengan kedua-dua belah tangan, lalu buka mata ditempat terang seperti lihat ke langit.

Semakin terang cahaya yang masuk ke mata semakin kecil pupil dan semakin dekat banyak "ulat-ulat" itu terhasil di retina.

Jom lihat video untuk penjelasan penuh kejadian ini.





Share:

Fungsi Butang Tembaga Pada Seluar Jeans Yang Bukannya Hiasan Semata-mata


Fungsi Butang Tembaga Pada Seluar Jeans Yang Bukannya Hiasan Semata-mata


Seluar jeans secara umumnya memiliki sembilan bahagian atau features asas yang tidak pernah berubah selama 150 tahun.

Salah satu bahagian yang tetap itu adalah rivet atau sering disebut paku poket. Butang kecil mirip tombol mini ini sering ditemui melekat pada persimpangan jahitan atau pada hujung poket seluar jeans.

Fungsi Butang Tembaga Pada Seluar Jeans Yang Bukannya Hiasan Semata-mata

Kebanyakan orang mahupun penggemar jeans tidak tahu akan fungsi sebenar rivet ini yang kebiasanya diperbuat daripada tembaga. Mereka menganggap rivet ini adalah hiasan semata-mata untuk menjadikan seluarkan nampak lebih garang dan bergaya.

Sejak terjadi Gold Rush atau pelombongan emas besar-besaran di California pada sekitar tahun 1848, para penambang tidak dapat bekerja dengan selesa disebabkan oleh seluar yang dipakai oleh mereka longgar di bahagian pinggang dan bercendurung untuk melorot ke bawah.

Fungsi Butang Tembaga Pada Seluar Jeans Yang Bukannya Hiasan Semata-mata


Selain daripada itu, poket seluar yang dipakai oleh pelombong-pelombong pada ketika itu dilaporkan tidak tahan lasak dan sering terkoyak.

Bak pepatah Inggeris, every problem is an opportunity in disguise. Salah satu pelanggan Levi Strauss (orang yang mempopularkan seluar jeans), Jacob Davis, adalah seorang tukang jahit yang berasal dari Reno, Nevada memiliki idea untuk menggunakan paku yang diperbuat daripada logam untuk mengikat poket pada seluar jeans. Kemudiannya, paku yang sama ditambah pada keliling pinggang seluar agar lebih kukuh dan tidak mudah melorot ke bawah.

Fungsi Butang Tembaga Pada Seluar Jeans Yang Bukannya Hiasan Semata-mata

Fungsi Butang Tembaga Pada Seluar Jeans Yang Bukannya Hiasan Semata-mata

Bermula saat inilah, ke semua seluar jeans dari pelbagai jenama mempunyai butang kecil atau rivet ini pada setiap model keluaran mereka.


Share:

Lagenda tinju Muhammad Ali meninggal dunia

Lagenda tinju Muhammad Ali meninggal dunia


LOS ANGELES: Legenda tinju dunia, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun hari ini selepas dua hari dimasukkan ke hospital Phoenix di Arizona, kerana masalah pernafasan.

Berita mengenai pemergiannya itu disahkan oleh ahli keluarganya, sebentar tadi.

"Selepas bertarung selama 32 tahun dengan penyakit Parkinson, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74," kata jurucakapnya, Bob Gunnell.

Ali, masyhur sepanjang kerjaya sukan tinju heavyweight yang menjangkau tiga dekad dan terkenal dengan panggilan "The Greatest".

Keadaan kesihatan Ali awal hari ini dilaporkan semakin tenat, kata sumber yang rapat dengan keluarga ahli sukan itu.

Sepanjang kariernya, Ali dianggarkan menerima 29,000 kali tumbukan daripada lawannya dan dengan itu dia dianggap manusia paling diiktiraf di dunia.

Terkenal dengan gaya menari sambil bertinju, Ali peninju pertama menang juara heavyweight sebanyak tiga kali antara tahun 1964 dan 1978.

Antara kata-kata yang termasyhur dan diingati ialah mengenai dirinya iaitu: "Float like a butterfly, sting like a bee." (Terapung-apung seperti rama-rama, menyengat seperti lebah")

Ali dilahirkan di Louisville, Kentucky, pada 17 Januari 1942, dengan nama Cassius Marcellus Clay Jr. Nama berkenaan digunakan sebagai berkongsi kesengsaraan terhadap perhambaan orang kulit hitam pada kurun ke-19.

Dia kemudian menukar namanya sebaik memeluk agama Islam pada tahun 1964. - AFP

sumber


Share:

Wednesday, 1 June 2016

(5 Gambar) Alla Doktor Bedah Paling Tua, Tiada Kematian Sepanjang Buat Pembedahan

Doktor Bedah Tertua Di Rusia Berumur 87 Tahun


Seusia umurnya 87 tahun, sudah tentu sebaya nenek atau moyang kita. Kiranya sedang rehat menikmati kehidupan atau bersama anak-anak serta cucu.

Tetapi tidak bagi Alla Illyinicha Levushkina yang berusia 87 tahun ini! Dia adalah doktor bedah tertua di Rusia.  Dia masih lagi membuat pembedahan lebih daripada 100 pembedahan bagi setahun.

Anda jangan tidak tahu, sepanjang pembedahan yang dilakukan, tiada kematian.

Tabik hormat kepada Alla. Setiap hari Alla akan mula bekerja dari jam 8 pagi dengan menerima pesakit di klinik. Kemudian, selepas 11 pagi dia pergi pula ke hospital untuk melakukan pembedahan.

Dia tinggal di studio apartment bersama lapan ekor kucing. Jika dia tidak bekerja, dia menjaga anak saudara yang kurang upaya.

Baru-baru ini Alla telah menerima anugerah doktor terbaik, yang mana anugerah tersebut diberikan kepadanya kerana kesetiaan terhadap kerjayanya itu. "Saya bekerja dan tidak dapat lakukan apa-apa sekiranya saya bersara. Doktor bukan hanya satu profesion tetapi adalah cara hidup. Jika tidak bekerja, siapa yang akan lakukan pembedahan?," ujar Alla.

Doktor Bedah Tertua Di Rusia Berumur 87 Tahun

Doktor Bedah Tertua Di Rusia Berumur 87 Tahun

Doktor Bedah Tertua Di Rusia Berumur 87 Tahun

Doktor Bedah Tertua Di Rusia Berumur 87 Tahun


sumber


Share:
loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...