April 2012 ~ Bila Han Bercerita

Monday, 30 April 2012

PERGH :Model ni mati sebab anorexia


Jeremy Gillitzer merupakan seorang model yang gua kategorikan hensem.badan pon okay..tapi at the last,tahun 2010 dia mati dengan berat dalam 20kg je..fuhh.gila kentang,gua syak dia ni obses nak kurus.gua tengok dia da kurus da.apa la.nak kurus sangat.huh

Model ni mati sebab anorexia

bawah ni video dia kat gym.lol




sayang lol.badan dia da okay.muka okay.tapi obses nak kurus,kena anorexia dan bulimia.



Share:

WOW : Ahli Perniagaan Australia Mahu Bina Titanic Kedua




SYDNEY – Salah seorang orang terkaya Australia, Clive Palmer hari ini mendedahkan rancangannnya untuk membina Titanic versi abad ke-21 di China dengan pelayaran sulung dari England ke New York dijadual pada 2016.

Palmer, seorang ahli perniagaan perlombongan berkata, beliau sudah menyerahkan kontrak pembinaan kapal persiaran itu kepada sebuah syarikat China, CSC Jinling Shipyard bagi membina Titanic II yang mirip kapal pertama yang karam.

“Kemewahan yang dimiliki kapal ini sama dengan kapal asal Titanic tetapi ia tentunya satu mercu tanda pembinaan dan kehebatan teknologi pelayaran serta sistem keselamatan abad ke-21,” katanya dalam satu kenyataan.

“Titanic II akan belayar di hemisfera utara dengan pelayaran sulungnya dari England ke Amerika Utara dijadual penghujung 2016.

“Kami sudah menjemput Tentera Laut China untuk mengiringi Titanic II dalam pelayaran sulungnya nanti ke New York.”



Pengumuman Palmer muncul beberapa minggu sempena sambutan ke-100 tahun tenggelamnya Titanic pada 15 April 1912 selepas melanggar bongkah ais ketika pelayaran pertamanya dari Southampton ke New York.

Palmer berkata, kapal baru itu sebagai menterjemahkan kekentalan semangat pekerja yang membina kapal pelayaran gergasi asal berkenaan.

“Pekerja berkenaan menghasilkan kapal yang terus kekal biarpun sudah 100 tahun berlalu dan semangat ini perlu dikekalkan untuk 100 tahun lagi,” katanya.

Titanic dibina oleh White Star Line dan ia adalah syarikat perkapalan terbesar di dunia ketika itu.

Palmer berkata, beliau juga sudah mewujudkan syarikat perkapalannya sendiri iaitu Blue Star Line dan pembinaan Titanic II adalah sama dengan kapal asal iaitu mempunyai 840 bilik serta setinggi sembilan tingkat. – AFP
Share:

PERGH Satu Idea Oleh Seorang Pemuda Bernilai Jutaan Dolar Amerika



Ni ada satu cite menarik tentang kejayaan seorang pemuda yang mempunya empayar perniagaan sendiri yang awesome,akuterjumpa artikel ni masa blogwalking.,trolol.jom kita ikuti kisah ini :



Musim luruh 2007, Seth Priebatsch mendaftar sebagai seorang pelajar baru di Universiti Princeton, Amerika Syarikat. Setahun kemudian, dia mengambil keputusan untuk keluar dari universiti tersebut. Pada 2011, dia menjadi ketua kepada sebuah syarikat bernilai 9 angka.

Pemuda berusia 23 tahun ini adalah pemilik kepada Scavngr, sebuah sistem permainan canggih berdasarkan kepada lokasi di dunia nyata. Tidak cukup dengan itu, beliau juga bertanggungjawab kepada penubuhan LevelUp, sebuah perkhidmatan pembayaran mudah alih.

Bakat keusahawanan pemuda ini terbentuk sejak beliau berada di bangku sekolah lagi. Pada ketika itu, beliau menubuhkan Postcard Tech iaitu sebuah perniagaan percetakan. Pemuda yang berani dan berfikiran jauh ini pernah menolak permohonan menyambung pelajaran ke Universiti kerana tengah mengurus selia operasi syarikat di Hong Kong dan pusat pengedaran di Boston.


Di Princeton, Seth menukar perhatian kepada sesuatu yang dari berlainan bidangnya; permainan. "Saya berasa begitu tertarik dengan betapa minatnya saya dan ahli jabatan kejuruteraan dalam permainan." Dia menambah, "..tapi saya juga suka untuk melakukan aktiviti di luar."


Beliau yang berasa begitu bermotivasi untuk memindahkan mekanisma tipikal permainan video dari perkakasan tradisional kepada persekitaran luar, seterusnya meminta bantuan daripada seorang professor untuk membina sebuah demo platform permainan mudah alih dimana sesiapa sahaja boleh memberikan sumbangan. Hasilnya, demo tersebut memenangi pertandingan plan perniagaan sekolahnya dan melayakkan Priebatsch untuk menghadiri DreamIt Venture di Philadelphia.



Di sana, dia mula mengukuhkan lagi sistem tersebut seterusnya diberi nama Scvngr. "Ianya adalah permainan mudah alih secara realiti," dia menerangkan. Pemain mendaftar masuk di lokasi tertentu dan melakukan cabaran - teka-teki yang perlu diselesaikan, mengambil gambar di lokasi tertentu - untuk mendapatkan poin bagi mendapatkan ganjaran. Pemain, syarikat dan institusi boleh menetapkan lokasi mereka sendiri dan cabaran kedalam sistem, jadi ianya "di bina oleh seseorang seperti anda... Anda membuka ganjaran dan mengakses tempat-tempat tersebut, samada ianya dekat dengan tempat kerja anda atau sesuatu yang menarik di Institut Smithsonian.

Priebatsh mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu pengajian di Princeton kerana komitmennya yang semakin meningkat pada perniagaan beliau. "Orang mengatakan bahawa menjalankan perniagaan sambil belajar adalah sebenarnya satu pilihan dan merupakan sebuah resepi kejayaan, tapi sebenarnya bukan begitu," dia berkata. "Kalau anda mahu menjadikan perniagaan anda lebih besar sambil belajar, ianya samada anda berakhir dengan gagal dalam perniagaan dan gagal dalam pelajaran atau biasa sahaja di Universiti tetapi perniagaan anda perlu di tangguhkan dahulu sehingga anda telah bergraduan atau mengambil keputusan untuk betul-betul mengfokuskan pada perniagaan tersebut.

Dia memindahkan projeknya ke Boston dan mendapat pelaburan awal dari Highland Capital Partners sebanyak USD 750,000. Pada Disember 2009, syarikatnya berjaya mengumpul USD 4 juta dalam bentuk pembiayaan daripada Google Ventures. Pada Januari 2011, dengan penilaian USD 100 juta kepada syarikatnya telah membantu Scvngr untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak USD 15 juta lagi. Scvngr telah menarik 2 juta pengguna dan 5,000 syarikat besar sejak dilancarkan.

Share:

PERGH Lamborghini Audigier yang super cool



Lamborghini Audigier yang cool ini Direka oleh pereka fesyen Kristian Audigier, Lamborghini menggunakan edisi terhad Lamborghini Murcielago dipanggil LP Edo 710 Audigier.

hasil kerja Audigier di kawasan hitam luaran dan kawasan pedalaman, dengan menggunakan tema lanun dan tengkorak api. Kereta telah dibina semula dengan aerodinamik baru, roda, tayar dan ekzos baru.Hanya lima contoh LP 710 Audigiers akan dibina dan akan khas untuk memenuhi cita rasa pelanggan. Lamborghini ini dijual dan dibuka pada harga € 495,000 (AS $ 692,500)(RM2.1 JUTA)










Share:

COOL : 10 Tips untuk menjimatkan bateri handphone ketika bercuti


Okay,entri ini sebenarnya aku khususkan untuk pengguna telefon pintar macam iPhone,BlackBerry dan sewaktu dengannya.seperti yang kita ketahui.smartphone atau telefon pintar ini cepat kehabisan bateri,jadi ada beberapa tips yang awesome untuk korang supaya dapat save bateri.

macam tak sedap la kan,tengah bercuti mesti mau update fb,twitter,tgkp gambar bagai tbe2 bateri kong..ha ni sedikit tips dan trick.

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS

Share:

Saturday, 28 April 2012

Gambar sekitar perhimpunan BERSIH 3.0

Seperti yang kita tahu,pada 28/4/2012 iaitu hari ini berlangsungnya BERSIH 3.0 yang mana diadakan untuk menuntut pilihanraya yang bersih,serta bebas rasuah,perhimpunan ini bermula dari Masjid Jamek dan berarak ke Dataan Merdeka.mari kita lihat gambar yang disediakan

gambar ini diperolehi dari pelbagai sumber,dan juga terdapat gambar malam sebelum berlangsungnya perhimpunan bersih 3.0

**UPDATED:LIVE STREAMING KLIK >SINI<































kredit gambar: BERSIH 3.0
                       We Fully Support PKR<DAP>
                       HarakahDaily

Share:

BERSIH 3.0 LIVE STREAMING

**SIARAN DAH TAMAT JOHN ;)

mari kita tonton Bersih 3.0 LIVE..maaf kalau tersekat2.biasa la live kan,sila kongsikan pada rakan2 anda





**NOTE :terkadang apabila terlalu lama menunggu ,live streaming akan terhenti,sila klik semula,atau refresh,sekiranya terlalu lama menunggu


*NEW -sesekali terdapat masalah server dan mungkin teknikal dari sana.kerana ianya lintas langsung,jika masalh itu berlaku,sila tunggu beberapa minit,dan refresh,klik pada button PLAY semula
Share:

Friday, 27 April 2012

Pergh tambang teksi RM459 untuk perjalanan 3km


Sekitar Jalan Imbi di Kuala Lumpur



KUALA LUMPUR – Dua pemandu teksi didenda antara RM400 hingga RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menuntut bayaran tambang melebihi kadar yang ditetapkan semalam.

J. Elanggo, 30, pemandu teksi eksekutif, didenda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda itu kerana menuntut kadar tambang melebihi yang ditetapkan iaitu sebanyak RM459.20 daripada dua pelancong Britain berbanding kadar yang ditunjukkan di meter teksi sebanyak RM8 iaitu lebihan RM451.20.

Elanggo didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Imbi berhadapan Hotel Dorsett Regency di sini pada 1.59 petang, 8 Februari lepas setelah membawa pelancong berkenaan dari KLCC.-SUMBER

P/s :Pergh,ikut sedap dia je.banggang,nak keje elok2 la.bukan amek kesempatan.takde pasal,cari pasal.bodoh.nak duit banyak,cari la inisiatif lain.keje part time ke...buat malu la
Share:

PERGH !! Demo Meminta Pelajaran Percuma Oleh Pelajar Di Chile

isu pelajaran percuma bukanlah hanya di Malaysia.,di jerman,eropah dan negara2 maju.,pelajar2 yang walau markah cukup2 makan.diberikan pleajaran percuma..PELAJARAN BUKAN BARANG DAGANGAN.okay.berikutan itu.aku ada blog walking blog obe,dan ni laporan sepenuhnya dari beliau,,


Hapus PTPTN?

Ramai individu di Malaysia mentertawakan mereka yang mahu PTPTN dimansuhkan dan digantikan dengan sistem pendidikan percuma di peringkat tertiari. Dari Menteri pelajaran tinggi higgalah Timbalan PM semuanya memperkecilkan idea "education is free for all" yang diperjuangkan sebilangan kecil pelajar kolej Malaysia. Aktivis kearah pembelajaran percuma dibelasah dan tiada siapa peduli kerana di Malaysia ramai yang merasakan membayar uwang beratus ribu kepada universiti Malaysia yang mempunyai ranking dunia yang tidak boleh dibanggakan adalah bagus untuk masa depan. Student harus tanggung hutang kata mereka. I dunno but I cannot brain this reasoning. Tapi mereka tidak sedar movement kearah hak pembelajaran percuma berlaku seluruh dunia dan tidak terhad hanya di Malaysia Darul 1Malaysia yang awesome ini?

Di Chile, pelajar kolej dan sekolah menengah (no seriously budak sekolah menengah!) sudah berdemo memaksa supaya kerajaan melakukan reform terhadap sistem pelajaran dan pelajaran percuma untuk semua. Demo ini sudah berlanjutan selama 7 bulan dan pihak kerajaan masih enggan memenuhi permintaan students. Semalam satu lagi demo besar-besaran membabitkan 48 000 pelajar belaku di Santiago Chile. Demo menjadi ganas setelah pihak berkuasa cuba meleraikan pelajar dengan gas pemedih mata.

Menurut ketua pergerakan pelajar Chile, sistem pelajaran yang ada sekarang tidak berkualiti dan pihak kerajaan dituduh bersekongkol dengan pengusaha IPTS dengan memberi subsidi tak masuk akal. Mereka mahukan reform dilakukan segera bagi memastikan masa depan pelajar Chile lebih cerah, kualiti universiti yang lebih baik dan peluang pelajaran percuma untuk semua.

Meanwhile di Malaysia belum apa-apa student yang mahukan benda yang sama ditahan polis walaupun bercamping secara aman dalam jumlah yang KECIL. Over reaction I say.

Bapa 1Malaysia Dato Seri 1Najib selalu mengingatkan kita untuk bersyukur kerana Malaysia aman damai. Jadi saya rasa tidak salah saya ingatkan beliau dan pihak berwajib untuk TURUT BERSYUKUR student protest movement di Malaysia negara bertuah ini tidak GANAS dan memporak perandakan negara seperti yang berlaku di Chile sekarang. Jangan ingatkan kami untuk bersyukur tetapi kamu sendiri enggan bersyukur mempunyai student movement yang masih belom resort to violence, anarchy and mayhem. Jadi mengapa mereka diperlakukan macam mereka membakar Dataran Merdeka dengan ribuan Molotov?






Share:

COOL : LAMBORGHINI YANG PENUH DENGAN UKIRAN SENI


Kereta Lamborghini Gallardo Lamborghini Miami milik Brett David yang awesome ini ditauliah senikan oleh Jona Cerwinske.yang fantastic gila,ianya bukanlah grafik, pelekat atau pelekat kereta telah digunakan, hanya pen hitam penanda Sharpie(marker sharpie) pada kereta lamborghini yang asalnya berwarna putih.

Artwork yang awesome ni mengambil masa kira-kira 2 minggu untuk disiapkan. Brett Daud memperkenalkan kereta di California semasa Italiano Concorso pada minggu Pantai Pebble pada tahun 2007.













Share:
loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...