July 2017 ~ Bila Han Bercerita

Monday 17 July 2017

Video : Resepi Biskut Batik Cheese Sedap Dan Mantap

resepi kek biskut batik cheese, biskut batik keju,

BAHAN-BAHAN:

1 ketul buttercup/ 250gm marjerin *apa2 jenama pun tak pe
900gm biskut Marie *apa2 jenama
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan milo *jika mahu (nak tukar kepada vico pun blh)
1 cawan gula pasir
4 biji telur - pukul hingga kembang

TOPPING
250gm cream cheese
1/2 cawan susu pekat
*pukul sebati cream cheese dan susu pekat hingga kembang.Sapukan rata atas kek batik.

CARANYA:
1. Larutkan gula, susu pekat,serbuk koko,milo dengan air panas. Nak mudah gaul sebati dalam mangkuk
2.Panaskan butter dalam periuk besar. Bila butter dah cair, masukkan campuraan serbuk koko tadi. Masak hingga mendidih.
3. Bila campuran dah mendidih, masukkan pula telur yang telah dipukul tadi. Kacau sebati hingga campuran hampir pekat.Tutup api.
4. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul sebati.
5. Letakkan biskut marie tadi ke dalam loyang, ratakan dan tekan hingga padat.
6. Tuangkan topping cream cheese cair tadi, nak lagi sedap, bila kek dah sejuk sagat cheese atas kek, lebih cheesenya!

Sedap!!!

resepi kek biskut batik cheese, biskut batik keju,

resepi kek biskut batik cheese, biskut batik keju,


Video :

sumber

Share:

Resepi Popia Cheese Cendawan

Resepi Popia Cheese Cendawan, resepi hipster, resipi hipster,


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Kulit popia
  2. Sosej 4 batang
  3. 1 tin mushroom
  4. 1 tin cream of mushroom
  5. Bawang besar 1 biji
  6. Cheesedale or apa2 jenis cheese
  7. Sedikit minyak untuk menumis..

Cara-caranya :

Bawang besar potong dadu
Mushroom potong kecik2
Sosej potong kecik2

Tumis bawang sampai naik bau lepas tue masukkan sosej&mushroom masak sekejap lepas tue masukkan cream of mushroom kacau sebati.....masukkan cheese saya guna cheesedale 3 keping masak sampai cheese cair.....tutup api....ambil kulit popia letak isi kalau nak letak cheese lagi pun boleh saya tak letak.....lepas tue gulung macam biasa gam guna air je......panaskan minyak goreng api sederhana je.....siap....makan....happy tummy...

Kredit FB : Nadia Zainudin

Resepi Popia Cheese Cendawan, resepi hipster, resipi hipster,

Resepi Popia Cheese Cendawan, resepi hipster, resipi hipster,

Resepi Popia Cheese Cendawan, resepi hipster, resipi hipster,


Share:

Saturday 15 July 2017

Tak Sampai RM20 Dah Boleh Buat Ayam Goreng Cheese Ala Korea

resepi ayam keju, ayam cheese, padu beb, makanan hipster, menu hipster,

Tidak dinafikan ayam goreng memang enak dimakan bersama keju yang cair dan panas. Kini, ia menjadi kegilaan orang ramai hinggakan ada yang sanggup beratur panjang demi ayam goreng cheese ala Korea.

Walaupun harganya agak mahal jika dimakan di restoran, namun orang ramai seakan tidak kisah membayar pada harga yang tinggi. Di Korea, ayam goreng cheese dianggap makanan popular kerana rakyat negara itu amat menggemari ayam goreng selain daging, kimchi dan sebagainya.

Kini, anda boleh membuatnya sendiri di rumah dengan harga RM20. Malah, anda boleh goreng berapa banyak ayam goreng dan letak berapa banyak keju yang anda suka.

resepi ayam keju, ayam cheese, padu beb, makanan hipster, menu hipster,

Bahan-bahan

1-1 1/2 keping dada ayam
6-7 ulas bawang putih
1-2 sudu kecil lada hitam
1-2 sudu serbuk kari
1 biji telur
2-3 sudu besar tepung jagung
Serbuk roti
Garam secukup rasa
Mozarella cheese secukupnya

Cara-cara

– Potong ayam menjadi kecil dan bentuk dadu. Ketepikan.
– Tumbuk bawang putih bersama lada hitam.
– Perap ayam dengan bawang putih , lada hitam , serbuk kari dan garam.
– Perap 1 jam atau lebih.
– Pecahkan telur sebiji dalam perapan ayam tadi.
– Masukkan 2-3 sudu besar tepung jagung. Gaul rata.
– Golekkan ayam ke dalam serbuk roti dan goreng sehingga keemasan.
– Cairkan mozarella cheese guna api sederhana di dalam non-stick pan.
– Kacau sehingga keju betul-betul cair.
– Setelah keju cair, boleh tuangkan keju dalam pinggan yang ada ayam goreng tadi atau letak ke dalam bekas lain.
– Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!


sumber : Vitdaily

Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...