Saturday, 31 March 2012

COOL !! Google Rancang Keluarkan Tablet Kos Rendah


google


SAN FRANCISCO – Google akan bekerjasama dengan pengeluar peranti mudah alih di Asia bagi menghasilkan tablet bersaiz tujuh inci pada harga rendah untuk bersaing dengan tawaran yang dibuat Amazon.com dan Apple, demikian menurut laporan yang dikeluarkan hari ini.

Perisian Android yang dimiliki gergasi Internet di California itu akan digunakan dalam perisian yang dihasilkan oleh rakan kongsinya termasuk Samsung dan Asustek untuk bersaing dengan iPad dan Kindle, menurut laporan yang dikeluarkan Digitimes dan Wall Street Journal.

Menurut Digitimes, tablet Asustek yang akan dilancarkan pada awal Mei depan dengan harga AS$199 yang bakal memberi pilihan kepada pembeli berbanding peranti Kindle Fire yang dikeluarkan Amazon.com. – AFP
Share:

Lagu ‘Bawaku Pergi’ Kini Sah Diharamkan Oleh Kerajaan & Ini Kenyataan Penuh Malique




Pagi tadi, Zizan (Raja Lawak) menelefon saya mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. dengan segera.

Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan yang Zizan, Kaka & saya telah ditindas.

Keputusan ini dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek & berkepentingan politik secara jelas’nya.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali.

Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.



Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu.

Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.

Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?

Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.

Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya.

Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut.

Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata.

Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.

Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart.

Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang. Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

- Malique, Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI

SUMBER
Share:

GILA !! [WAJIB TAHU] LAGU AKON PERSENDAKAN ISLAM

Salam.,Hey guys,rasanya macam dah 3hari Han tak update entri..fuh..memanjang busy.nak buka paper online kat kosmo,metro pon tak sempat apa lagi nak lepak kat forum.penat siot.keje lah.masalah lagi.haha..

okay,sebenarnya Han nak layan lagu2 rap.tbe2 jumpa lagu remix rap nyanyian akon,busta rhymes,t-pain & their gang lah..PERGH !! memang gila la.lagu dia macam mnyindir.ada ayat al fatihah.assalamualaikum.difahamkan commentors dari youtube kata busta rhymes muslim.xkisah la dia muslim ke x.,kalau betul muslim xde sampai persenda.

adakah ini salah satu agenda puak2 NATE ni buat hal.pape pon kita denga dulu lagu dia.




so apa komen korang?xsalah rap.cumaaaa.....gua xnk sambung ayat ..mesti kita dah boleh fikir mana baik dan buruk..so.,MUSLIMIN &MUSLIMAT BE ALERT !! jangan biar agama kita dipersenda !! jangan sama sekali..okay.ngantuk dah.bye..KLIK SINI kalau sudi untuk SUPPORT :)

ops,sebelum terlupa.SHARE DENGAN SAUDARA ISLAM KITA OKAY
Share:

Friday, 30 March 2012

Fazley Yaacob Turun 16 Kilogram




KUALA LUMPUR, 29 MAC 2012: Lebih kurang empat tahun menyepi dari menyanyi, kini penyanyi, Datuk Fazley Yaacob, 34, bakal kembali dengan album solo kelimanya pada Mei depan.

Masih dalam proses menyiapkan album terbarunya itu, Fazley Yaacob berkata, sudah tiba masanya untuk dia aktif kembali dalam bidang nyanyian yang setelah sekian lama ditinggalkan.

"Selama empat tahun sebelum ini saya banyak terlibat dengan program televisyen seperti Akademi Fantasia, My Star LG, berlakon dan beberapa program lain.

"Setelah selesai dengan semua komitmen itu, kini saya mengambil keputusan untuk kembali memandangkan ramai peminat saya yang masih menunggu dan mengharapkan produk baru daripada saya.

"Jadi InsyaAllah pada pertengahan Mei ini album saya akan dilancarkan kerana buat masa sekarang saya masih dalam proses menyiapkannya.

"Album berjudul Jaga-jaga atau Yale-Yale itu akan muncul dengan single pertama berjudul Yale-Yale nyanyian saya bersama Altimet," katanya yang ditemui selepas sesi rakaman MasterChef Selebirti Malaysia yang diadakan di Shah Alam, petang semalam.

Album solo kelima Fazley yang berjudul Jaga-jaga (Yale-Yale) itu bakal memuatkan lapan buah lagu kesemuanya.

Sebagai persedian untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian, Fazley berkata, dia telah menurunkan berat badannya sebanyak 16 kilogram dan kini kembali ke bentuk badan asalnya sewaktu bujang.

"Selepas kahwin, berat badan saya memang naik dengan mendadak iaitu sebanyak 15 kilogram.

"Mananya tak bertambah, isteri saya orang yang bertanggungjawab menaikkan berat badan saya kerana dia merupakan tukang masak yang terbaik buat saya.

"Namun kini saya terpaksa menurunkan kembali berat badan supaya badan saya berada dalam keadaan fit, sihat dan berkeyakinan untuk kembali menyanyi," luahnya lagi.

Sejak berkahwin dengan Azrene Soraya pada 7 November 2006, Fazley telah dikurniakan tiga orang putera iaitu Ahmad Fardiz Shah Fazley, 4, Ahmad Fieradz Shah Fazley,2, dan Ahmad Firudz Shah yang baru berusia enam bulan.

Fazley merupakan salah seorang peserta MasterChef Selebriti Malaysia yang akan muncul di Astro Ria (saluran 104) setiap hari Sabtu hingga Selasa, jam 9 malam bermula 26 Mei 2012.

sumber
Share:

Wednesday, 28 March 2012

PERTAHANKAN BANGSA ATAU AGAMA?


tok guru


KOTA BHARU-Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang masih mengagungkan bangsa, tanpa mengutamakan kepentingan Islam.

Beliau menyifatkan tindakan masyarakat mengagungkan-agungkan bangsa seolah-olah terikut-ikut dengan pendekatan bangsa Yahudi yang mahukan masyarakatnya dihormati dengan mengetepikan hak orang lain.

“Seolah-olah pendekatan ini telah masuk menyerap dalam masyarakat orang Islam, setiap bangsa mengejarkan kehormatan masing-masing dan menyebabkan orang lupa tentang Palestin, “katanya kepada pemberita selepas menyambut kunjungan konvoi Superbike Pantai Timur di kediamannya di Pulau Melaka, kelmarin.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, sukan dan Ngo negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua Iqram Kota Bharu, Dr Mohd Sharani Mohd Naim.

Konvoi tersebut didakan untuk mempromosikan perarakan keamanan yang dianjurkan secara besar-besaran di Asia, Afrika, Eropah , Amerika Syarikat untuk bergerak ke Palestin dan negara-negara jiran seperti Mesir dan Jordan.

Kemuncaknya adalah perhimpunan aman besar-besaran pada 30 Mac serentak dengan perarakan di Amman dengan 131 superbikes akan membawa bendera Palestin dan berkumpul di replika Baitulmaqdis.

Sambil menyokong perarakan tersebut, Nik Aziz berkata, Pas akan terus mempertahankan Islam sebagai asas perjuangan dan sama sekali tidak akan terikut-ikut dengan pihak lain yang lebih mementingkan bangsa dari Islam.

“Perkara yang tidak betul yang menimpa umat Islam di seluruh dunia, termasuk orang Arab sendiri. Arab Mesir juga sedemikian, tidak merasakan sensitif terhadap nasib Arab Palestin kerana bukan dari bangsanya Arab Mesir,” katanya.

SUMBER

P/s :Han memang selalu baca cite politik.tapi sangat jarang letak diblog entri politik.dan sebenarnya tiada.cuma isu agama.bangsa.yg berkaitan politik.han update

tadi han baca ni dari paper online.ramai yg kritik tok guru,Sekali lagi Han nak bagitau,blog ni xkan menyajikan entri politik.tapi ini berkaitan agama dan juga bangsa...ramai yang kritik nik aziz bukan melayu tulen ke.apa la..tapi pendapat Han

TGNA juga melayu.dia cuma xnak kita utamakan bangsa dari agama..cuba tengok yang dihilightkan atas sekali.,kita gunakan mata hati untuk melihat dn berfikir kejap ek..apa guna kalau ada bangsa,tapi agama dibelakangkan.dan lebih teruk dikaki.?bangga ke dengan rambut bewarna,xsolat,togak arak...wajar ke?dalam kubur nanti ALLAH tanya bangsa ke?

bukan la nak cakap han bagus ke apa..kita islam..kena la sensitif.alert isu keagamaan dan bangsa.saat2 CEMAS ni pon masih lagi nak muliakan bangsa?berapa ramai bangsa melayu yg ISLAM hanya di ic?pada nama? ANDA FIKIR,ANDA NILAI
Share:

COOL !! Cebisan otak Albert Einstein dipamerkan

otak albert einstein
GAMBAR otak Einstein (kiri) dan replika otaknya.



LONDON - Dua cebisan otak saintis legenda, Albert Einstein dipamerkan kepada orang ramai pada satu pameran di Britain.

Cebisan otak saintis yang memperkenalkan teori relatif itu diletakkan dalam bekas kaca pada pameran Brains-The Mind as Matter di sini semalam.

Spesimen itu disediakan oleh Doktor Thomas Harvey yang bertugas di hospital tempat Einstein meninggal dunia pada 1955

Einstein merupakan ahli fizik dan ahli sains yang bepengaruh.

Beliau dianggap sebagai bapa fizik moden dan menerima Hadiah Nobel pada tahun 1921.

Selain cebisan otak Einstein, beberapa sampel otak individu terkenal lain termasuk ahli matematik Britain, Charles Babbage dan pembunuh kejam, William Burke turut dipamerkan.

Para saintis menyatakan otak manusia mengandungi 100 bilion sel saraf dan sekitar 100 trilion sinap atau sambungan saraf. - Agensi
Share:

Ayah Pin Lumpuh,mulut herot


si gila


BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.

Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.

Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.

Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.

SUMBER

P/s :Asal tak mati je,menyusahkan gila.dah la mengaku tuhan,tuhan ada sakit ke pakcik?pakcik ni dah nyanyuk ni.hidup diberi umo..makin lama hidup makin tambah dosa.bodoh punya bodoh.daripada sesatkan org bape ribu.baik kau mati dowh..

sebenarnya slah org kita jugak sebb xnak ngaji agama,xnak blaja.bila ada org2 jahil dn bodoh dakyah.kita terima je.aduhai.
Share:

Tuesday, 27 March 2012

COOL !! SIAPA PALING KUAT DAPAT FREE ULTRABOOK

Hey guys,,ni ada video best hann nak share.han ada follow tweet intel,so diaorang share video ni.dan Han berasa kagum terus buat entri.haha..game ni kat thailand,siapa yang dapat pukul suatu benda dengan kuat dialah juara.hehe..

jom layan video nih.awesome.aku nak try jugak.keke.tu kalau tangan brader gua MIKE TYSON.berapa shoot je mesti dah unlock dan menang kan.keke.dah sudah melaut panjang,.
Mai tengok video dulu.KLIK SINI untuk support.TROLOL :P


amacam?ramai2 pergi follow twitter intel cepat dan mintak diadakan diMalaysia jugak.hehe.mesin tu pon pandai melawak kan?you punch like a girl lah,macam2 lagi.haha.bye

Share:

ALHAMDULILLAH !! AKHIRNYA Awal Ashaari, Scha Al-Yahya Nikah 4 Mei Di Putrajaya






KUALA LUMPUR, 27 MAC 2012: Pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya bakal melangsungkan pernikahan mereka pada 4 Mei depan.

Majlis akad nikah akan diadakan di Pullman Putrajaya Lakeside sekitar jam 8.30 malam.

Jelas Awal, tarikh tersebut dipilih disebabkan kelapangan masa yang dimiliki oleh mereka berdua.

"Sebenarnya tidak ada sebab tarikh itu dipilih, cuma pada tarikh tersebut kebetulan lokasi yang dipilih tidak ditempah,"katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman pernikahan mereka di Ampang, sebentar tadi.

Majlis sidang media tadi turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut bakal menggayakan busana rekaan Syaiful Baharim.

Sementara itu tutur Scha pula, dia amat bersyukur segala persiapan sudah pun siap lebih 70 peratus.

"Alhamdulillah, persiapan kami kini sudah mencapai 70 peratus. Kami bersyukur kerana ramai yang membantu mempermudahkan persiapan majlis tersebut,"katanya sambil memberitahu mereka berdua telah pun menghadiri kursus kahwin pada penghujung bulan Januari lalu.

Sementara itu, majlis resepsi pula akan diadakan dua hari selepas itu (6 Mei) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Hampir 2000 tetamu dijangka hadir pada majlis berkenaan.

Dalam pada itu, enam episod eksklusif persiapan perkahwinan mereka akan disiarkan di Astro Ria, manakala majlis pernikahan mereka akan disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Astro Awani kelak.

Awal dan Scha dijangka akan berbulan madu di dalam negara sahaja kerana kesibukan kerja masing-masing.

Upacara merisik telah diadakan pada 30 Mei tahun lalu bersempena hari ulang tahun ke 28 Scha Al-Yahya.

SUMBER
Share:

Monday, 26 March 2012

WOW COOL !! Jual sabun buih gergasi

buih
SEORANG budak lelaki bermain dengan buih sabun gergasi

MANILA - Seorang penjual buih sabun gergasi, Andrew Ang menjadi tumpuan kanak-kanak di Taman Luneta di sini semalam.

Dia berjaya menghasilkan buih itu dengan menggunakan cecair khas.


Ang menjual buih tersebut kepada para pengunjung yang membawa anak-anak mereka di taman berkenaan. - AFP

Share:

COOL !! [SPIDERMAN SEBENAR]Robert panjat bangunan di Jakarta




JAKARTA - Warga Perancis yang diberi nama jolokan, Spiderman, Alain Robert berjaya memanjat sebuah bangunan 50 tingkat setinggi 215 meter di sini semalam.

Bagaimanapun, Robert, 49, menggunakan tali dan abah-abah semasa dia memanjat bangunan Menara Bakrie itu.

Sebelum ini, dia terkenal kerana memanjat sejumlah bangunan tinggi tanpa menggunakan tali dan kelengkapan keselamatan.

Menurut portal berita tempo.co, dia mula memanjat pada pukul 10.25 pagi dan berjaya tiba di atas bangunan tersebut pada sekitar pukul 12 tengah hari.

Dia memanjat bangunan tersebut selepas diundang oleh pihak pengurusan syarikat televisyen swasta, antv.

Portal berita Gatra melaporkan, Presiden antv, Dudi Hendrakusuma, pihak berkuasa tidak akan membenarkan Robert memanjat jika dia tidak memakai peralatan keselamatan.

Beliau berkata, pihak polis memberlikan kelulusan untuk memanjat tiga hari lalu.

Robert diundang memanjat bangunan itu sempena ulang tahun ke-19 antv.

Antara bangunan yang pernah dipanjatnya ialah Yayasan Sabah, Kota Kinabalu di Sabah; Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur; Hotel Vermont di Rio de Janeiro, Brazil dan Menara Wilis, Chicago di Amerika Syarikat. - Agensi
Share:

GILA !! Bergambar Dengan Patung Lilin Pemimpin, Kemudian Gunakannya Untuk Menipu!




Satu sindiket penipuan melibatkan kira-kira 3 billion Yuan (RM1.5b) di negara China berjaya ditumpaskan dengan tertangkapnya enam lelaki.

Mereka berjaya menipu kira-kira 600,000 orang mangsa melalui skim MLM di republik tersebut dan Hong Kong sejak tiga tahun lalu.

Menurut polis, keenam-enam mereka menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali dengan nama ABM…kononnya menjual sejenis perisian yang membolehkan seseorang itu menelefon ke luar negara dengan kadar yang murah.

Modus operandi atau cara mereka menipu, mudah saja.


Mereka akan bergambar dengan pemimpin atau jutawan terkemuka sambil mendakwa mendapat sokongan tokoh-tokoh yang dimaksudkan.


Tapi yang lucunya, mereka menggunakan patung lilin di muzium lilin terkenal, Madame Tussauds!

Dalam hal ini yang menjadi ‘mangsa’ mereka adalah Ketua Eksekutif Hong Kong, Donald Tsang dan jutawan terkenal, Richard Li, anak kepada bilionair Li Ka-Shing.



Menariknya, ratusan ribu mangsa penipuan ini percaya yang syarikat tersebut benar-benar berpengaruh setelah melihat gambar-gambar ‘taukehnya’ dengan tokoh-tokoh yang dimaksudkan.

” Kami sungguh yakin bila tengok gambar suspek dengan tokoh-tokoh berpengaruh berkenaan, tanpa banyak cakap tiap seorang daripada kami terus membayar yuran keahlian sebanyak 23,000 Yuan (RM11,218) pada tahun 2009.

” Kemudian kami tambah lagi ‘pelaburan’ sebanyak 28,000 Yuan (RM13,657) untuk membuka cawangan kedai ABM dan telah berjaya menarik 40 orang lagi untuk menjadi ‘downline’,” kata salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Xie.

Namun malang buat Xie kerana tidak sampai setahun syarikat itu tutup dan mereka yang bertanggungjawab hilang entah ke mana!

SUMBER ASAL
Share:

GEMPAR !! RUMAH MAWI DIROMPAK !!




Perkhabaran kurang senang kami baca sebentar tadi melalui sebuah artikel ringkas di Media Hiburan.

Menurut laporan wartawan Media Hiburan, kediaman Mawi atau pun nama penuh beiau Asmawi Ani telah di’masuki pencuri sekitar awal pagi tadi.

Kejadian itu berlaku di kediaman Mawi dan Ekin yang terletak di Bandar Baru Bangi dan sehingga kini masih belum ada maklumat lanjut akan kerugian sebenar.

UPDATE-1: Mengikut laporan TV3 menerusi Buletin 1.30, Mawi dan ahli keluarganya telah di’ikat dan barangan bernilai lebih RM10,000 telah di’larikan oleh perompak.

Mawi ketika kejadian itu berlaku berada di’rumah berkenaan bersama Ekin, anak kecil mereka berusia 3 minggu dan juga mak mertua Mawi. Ekin ketika ini masih berpantang selepas melahirkan Cahaya Malaika sekitar hujung Februari yang lalu. Maklumat lanjut bakal menyusul.

SUMBER
Share:

GILA : MENANTU HANTU,LACURKAN ISTERI DAN DUA ADIK IPAR




KUALA LUMPUR: Seorang ibu hanya mampu menangis mengenang nasib tiga anak perempuannya yang didakwa dilarikan menantu lelaki sejak tiga tahun lalu dan kini dikatakan menjadi pelacur.

Wanita berusia 57 tahun itu kini hanya mampu berdoa supaya tiga anak perempuan yang berusia 30-an bersama enam cucu berusia antara dua dan 15 tahun pulang ke pangkuan keluarga.

Warga emas berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Rohaya, 57, berkata, sumber polis dan bomoh yang ditemuinya berkata, ketiga-tiga anaknya itu kini dipercayai berada di negara jiran.

Rohaya berkata, menantu mualaf berusia 40-an yang berniaga di pasar malam itu mengahwini anak perempuan sulungnya pada 2005 dan tembelangnya terbongkar pada September 2009 apabila mengambil kesempatan membawa lari adik iparnya berusia 31 tahun yang sudah bersuami bersama lima anaknya yang berusia di antara dua bulan dan tujuh tahun.


Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, katanya, pada 2010 sekali lagi dia sekeluarga dikejutkan dengan berita kehilangan anak kedua berusia 34 tahun bersama tiga anak perempuannya yang dibawa lari menantunya itu dari rumah suaminya di Batu Kurau, Perak.

SUMBER

P/s :Pergh.,gila betul dunia sekarang.macam2 betul..peringatan untuk org kat luar.nak pilih menantu kena ambik masa kenal dulu.huhu.
Share:

Sunday, 25 March 2012

[VIDEO] WOW !! SCHA DILAMAR OLEH AWAL ASHAARI KETIKA LIVE BERSIARAN DI Propaganza

Hai korang.ni tadi buka2 youtube ada sorang dari subscriber comment.dan tengok la suggested video.video awal ashari dengan scha..

Denga tajuk je dah wow kan? so jom la kita tengok video ni..gentleman tak awal ashari?apa perasaan korang kalau korang ditempat scha?terkedu seketika?terharu?hehe.jom layan video ni dulu.

Share:

BEN ASHAARI AJAK BERKENALAN


Hey guys,korang kenal abang kacak atas tu?keke.nama dia Ben Ashaari,erm..tak kenal baik xyah jadi blogger.haha.tu gurau je.

Sebenarnya abang Ben"okay Han panggil dia abg sebb dia lebih tua dari Han,dah berumah tangga jadi korang2 kat lua melepas la.hehe" abg Ben ada buat satu segmen untuk blogger2 baru.macam Han..baru lagi dalam dunia blogging.awal 2012,tapi dalam bidang perkomputeran memang dah lama. :P..so tu je.selamat beramah mesra...ni segmen yang di buat oleh abg Ben SINI
Share:

GILA !! Segelas air panas RM1.80






CHUKAI – “Sebagai pelanggan saya rasa tertipu,” keluh pekerja swasta, Ishak Kamarudin, 42, yang kesal dengan harga RM1.80 bagi segelas air panas yang disifatkannya sebagai tidak munasabah.

Ishak dari Taman Alamanda, Jalan Kubang Kurus, dekat sini berkata, dia yang menjamu selera bersama isteri dan dua anak di sebuah restoran di Taman Chukai Utama pada 23 Februari lalu terkejut apabila melihat caj yang dikenakan untuk air panas yang diminta berharga RM1.80.

Menurutnya, harga yang dikenakan itu tidak masuk akal dan seolah-olah mengambil kesempatan terhadap pelanggan.

Malahan, katanya, harga air panas juga tidak dimasukkan di dalam menu menyebabkan pelanggan tidak mengetahui harga untuk minuman berkenaan.

“Ketika saya pergi ke kaunter untuk membayar, tergerak hati saya untuk minta bil dan bila lihat bil, terkejut saya lihat harga air panas dalam gelas RM1.80. Disebabkan ragu-ragu, saya tanya pemilik restoran itu yang menjaga kaunter sama betul atau tidak harga air panas itu RM1.80 dan dia mengiakannya.

“Bukan kerana harga RM1.80 semata-mata saya persoalkan perkara ini, tetapi saya rasa tertipu kerana harganya tidak dimasukkan ke dalam menu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Kata Ishak, restoran itu kerap dikunjunginya sekeluarga untuk menjamu selera dan dia sering meminta air panas, tetapi sebelum ini dia tidak pernah melihat bil sebaliknya hanya membayar sahaja.

Berikutan itu Ishak kemudiannya membuat aduan di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Kemaman pada 26 Februari lalu.

“Lepas seminggu kemudian saya dihubungi pihak PPDNKK Kemaman yang telah membuat pemeriksaan di restoran tersebut dan tuan restoran kata dia tersilap. Namun bagaimana ia silap sedangkan ketika saya tanya sebelum ini tuan restoran itu mengiakan harga itu,” katanya.

SUMBER
Share:

WOW !! Pemandu teksi dapat tambang RM4,785






HAMPSHIRE - Seorang pemandu teksi di Britain, Bob Ransley mendapat 'durian runtuh' apabila dia dibayar sebanyak £1,000 (RM4,785) untuk membawa sebuah keluarga dari rumah mereka di sini menuju ke banjaran Alps, di Perancis sejauh 1,280 kilometer untuk percutian bermain ski, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia dibayar untuk membawa sepasang suami isteri, Peter Lelliott dan pasangannya, Rebecca Butler serta lima anak mereka selepas syarikat British Airways memberitahu bahawa penerbangan mereka terpaksa dibatalkan kerana salji tebal.
"Tiada penerbangan manakala tren rentas Eropah juga penuh dengan penumpang," kata Lelliott, 47.
Berazam untuk meneruskan percutian mereka, Lelliott menelefon syarikat teksi tempat Ransley bekerja di Southampton dan pemandu tersebut bersetuju membawa mereka ke resort Val D'Isere di Pergunungan Alps dengan teksinya.
Perjalanan melalui lebuh raya dan jalan berliku serta bersalji memakan masa 15 jam dengan Lelliott dan Ransley bergilir-gilir memandu teksi pelbagai guna (MPV) itu. - Agensi
Share:

Mike Tyson set to tell his story in Las Vegas




LAS VEGAS (Reuters) - Former heavyweight boxing champion Mike Tyson has, in his own words, behaved like a "Neanderthal" for much of his life.

But next month, he hopes to become a "controlled artist, a disciplined artist" when he takes to a Las Vegas stage to talk about his chequered life as a childhood thief, an ear-biting fighter, an addict and a father of eight.

Tyson, who in 1986 became the youngest world heavyweight champion at age 20, is set to perform an autobiographical monologue called "Mike Tyson: Undisputed Truth - Live on Stage."

"I hope people are entertained, and happy. I hope they get to know certain things. My story's not pretty. There's lots of ugly stuff - not knowing if my mother ever loved me, or who my father was," Tyson, now 45, told Reuters in an interview.

In a hint at what may be in store for listeners, Tyson recalled growing up in a household with an absent father and an overburdened mother, and talked about how his older brother, Rodney, became a doctor, while he was a thief as a child.

"My brother's not as ignorant as I am, or was back then," he says, adding: "He's the first black person I saw play hockey."

That's Tyson's way of illustrating how different their lives have been, though both came from the tough Brooklyn neighbourhood of Brownsville.

"He was always at the top of his class," Tyson said of his brother. "I was a different kid."

Tyson was undisputed world heavyweight boxing champion in the 1980s but in 1992 he was convicted of raping teenage beauty queen Desiree Washington in Indiana and served three years in prison.

He added to his notoriety later in the decade when he bit rival Evander Holyfield on both ears in a 1997 bout, for which he was disqualified and temporarily suspended from boxing. Tyson declared bankruptcy in 2003 and retired from professional boxing in 2006.

'RECKLESS AND DESTRUCTIVE'

Since his retirement from boxing, Tyson has appeared in the TV shows "Entourage" and "Brothers" and had a cameo role in the 2009 hit comedy movie "The Hangover."

Tyson credits his former trainer and mentor Cus D'Amato for his successes. Before D'Amato took him in, Tyson said, "I never met a white guy that knew how to talk to me. Before that, it was always submissive, ‘Yes sir, no sir.'"

"He always told me, be careful how you fight, because the way you fight your fights is the way you live your life. And the way I fought was reckless and destructive and that that's how I lived my life for a while.

"I wish I was then the way I am now," Tyson said.

Adam Steck, the show's producer, said audiences will be surprised by the performances, which are scheduled for April 13-18 at the MGM Grand Hotel and Casino on the Las Vegas strip.

"People think they know Mike Tyson but this is a totally different angle," Steck said. "The way he approaches life, he's a very spiritual guy and has learned so many lessons from life."

The former champion said he has learned to control his once-feared anger, a calm his wife, Kiki Tyson, attributes to a vegan diet. But signs of his rage arose when he talked about the February killing of black 17-year-old Trayvon Martin in Florida.

"I wanna be angry, but what good would that do?" Tyson said.

Martin's shooting by a neighbourhood watch volunteer who has not been charged in the case, has sparked protests in several U.S. cities.

Tyson called the incident tragic and said it "shut black America down. It shut all decent humanity down."

"I think about the kid they shot in Florida and I think about, it could be my son," he said.

As for today's fighters, Tyson demurs when asked if he thinks he could go toe-to-toe in the ring with heavyweights like the Klitschko brothers, who have been champions for much of the last decade.

"My ego tells me I could've beaten God ... but everyone has his day," Tyson said.

Turning his thoughts back to Mike Tyson the man, he said "You can only be an athlete for a certain part of your life. But you're gonna be a human for the rest of your life. So you work hard to become a better human."

source

P/s :seriously,i miss him so much.,He's greatest.i love you MR CHAMP..look at those quotes that i've been highlighted "You can only be an athlete for a certain part of your life. But you're gonna be a human for the rest of your life."
Share:

COOL : Blogspot Semakin Mesra SEO

Hey guys,good evening.still awake ke?bytheway,today i'll be going to share with you guys something amazing..haha.okay stop.back to MALAY..Hann blogwalking,so lepak kejap kat blog anamarza.,so sedikit sebanyak dapat jugak lah ilmu ..

So,straight to the point., han nak kongsikan apa yang dimaksudkan blogspot lebih mesra SEO ?ni kopipes ek.tapi kredit gambar han download dahulu takut menganggu perjalanan bandwith.mintak anamarza halalkan ilmu.keke







1. Search Description / Meta Tags for Individual Post
Sekiranya kita dah pilih untuk on kan search description dibahagian search preference (seperti yang dah diterangkan dalam entry  "Blogspot semakin kearah mesra SEO!" ) , kita juga boleh set kan search description/ meta tags untuk individual pos pula.



2. Image Properties (set alt & title untuk gambar)
alt & title penting sekiranya kita mahu gambar kita lebih mudah di index atau di crawl oleh enjin carian.  alt adalah penerangan pendek mengenai gambar (berguna untuk situasi bila gambar tidak dapat diview atas sebab-sebab tertentu). Title pula adalah penerangan yang lebih details mengenai gambar .




3. Rel='nofollow' , jika tak mahu link yang diletak di crawl oleh enjin carian
mungkin atas sebab-sebab tertentu kita tak nak link yang diletakkan di post entry kita di crawl oleh serach enjin.  If nak lebih details fungsi nofollow boleh search kat google ya.




4. Header tag atau struktur perenggan 

Ingat lagi tak masa belajar buat karangan dulu, kena ada struktur karangan , huraian untuk setiap isi penting. Tapi bila kita berblog ni, kita tak ikut pun semua tu, on the spot je idea, kekadang sempat melalut kelain , isi post entry tak ada kena mengena dengan tajuk, biasa la tu kan.

Saya pun main ikut suka je, untuk entry ni try juga guna header tag ni tapi rasa cam tak berapa nak disiplin kan diri, sebab dah terbiasa main redah je.



Kalau korang boleh tak nak buat entry yang berstruktur mula dengan tajuk, huraian , diikuti dengan sub tajuk dan huraian dan jika perlu ada sub pulak lagi bawah sub tajuk tadi.

SUMBER SEPENUHNYA VIA anamarzablog

P/s :fuh,banyak pembaharuan yang super duper cool kan?haha.so apa komen korang..?happy blogging guys :)

Share:

Saturday, 24 March 2012

COOL !! PENJARA YANG PALING CANTIK DAN SELESA DI NORWAY

nama penjara ni Halden Prison kat norway.xcaya g google sendiri..jom kita tengok macamne keadaan penjara kat sana


haha.banyak lagi gambar,kalau tengok kat google.,Hann amek kat 9GAG..awesome kan.keke.nak tengok lagi banyak gambar klik SINI



Share:

COOL !! Air kencing manusia dijadikan pengganti minyak kereta




SEBUAH perusahaan yang berkedudukan di Athens, Ohio, AS dan para mahasiswa di Ohio University telah meneliti cara untuk menghasilkan energi dari air kencing manusia, dan untuk membukktikan teknologi ini berfungsi, pasukan ini membuat kereta kecil yang digerakkan oleh air kencing manusia.

Teorinya, kandungan urea yang ada dalam air kencing mengandung banyak hidrogen. Dengan mengekstraknya maka akan tersaji banyak energi lewat gas hidrogen yang dihasilkan. Dan untuk itu, E-3 Technologies, perusahaan yang berbasis di Athens, Ohio, tengah mengembangkan teknologi pengolah urin sebagai intinya.

Soal bahan nanti, boleh didapati dengan berbagai cara. Mendapatkannya dari toilet awam dan pejabat-pejabat, atau menggunakan pengumpul yang lebih besar melalui kerjasama dengan perusahaan pengolahan air limbahan.

SUMBER
Share:

PELIK !! Pegawai di China dipecat kerana pakai jam berjenama dan hisap rokok mahal




Seorang pegawai pejabat pemerintah China dipecat kerana menjalani gaya hidup mewah

Zhou Jiugeng yang bekerja sebagai ketua Biro Perumahan Distrik di kota Nanjing menjadi terkenal kerana pemecatan itu, setelah foto yang menunjukkan Zhou menggunakan jam berharga 100.000 Yuan dan menikmati rokok berharga 150 Yuan sebungkus tersebar melalui internet.

Selain itu Zhou juga dilaporkan sering memandu Cadillac, kereta buatan General Motors, ke pejabatnya, sebuah kebiasaan yang jauh melampaui gaya hidup normal seorang pegawai negeri di China.

Pemecatan itu terjadi kurang dari sebulan setelah Zhou pernah memancing reaksi keras dari masyarakat menengah ke bawah di China yang tidak mampu membeli rumah. Pegawai perumahan itu mengatakan pada awal bulan ini perusahaan perumahan yang menjual produk mereka di bawah biaya produksi harus dihukum

SUMBER
Share:

15 Fakta menarik tentang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee


p.ramlee


1. Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura, ruangan ‘race’ atau bangsa dibiarkan kosong.

2. Ketika kecil, selepas mengaji Quran, P. Ramlee akan berlakon di padang di hadapan kawan-kawannya dengan membawakan watak-watak wira seperti Hang Tuah, Robin hood, Zorro, Sea Hawk, Captain Blood dan Tarzan.

3. Terlalu kurus dan berjerawat batu ketika mudanya; suka ponteng sekolah, tidur dalam kelas, dan suka bermain dam. P. Ramlee bukan dari kalangan pelajar cemerlang. Beliau juga tidak gemar membaca – satu-satunya novel kegemaran P. Ramlee adalah berjudul ‘Atheis’ karya Achdiat K. Miharja.

4. Sangat meminati sepak takraw. P. Ramlee pernah menyumbangkan piala pusingan Oscar P Ramlee Sumbang Sih kepada Persatuan Sepak Takraw Singapura.

5. Azizah, lagu pertama yang menjulang namanya adalah inspirasi buah hatinya di Pulau Pinang; identiti wanita tersebut kekal misteri sehingga kini; mendapat bayaran royalti pertama bernilai RM3,000 dari syarikat T. Hemsley untuk lagu ini beberapa hari sebelum rusuhan Bertha Hertog atau Natrah pada tahun 1951.

6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion. P. Ramlee tidak tahu bermain saksofon!

7. Lagu “Kewk Mambo” diinspirasikan daripada nama sahabat baiknya, Pengurus Produksi Malay Film Productions, Kwek Chip Jian.

8. Orang pertama mempersoalkan bayaran gaji pekerja-pekerja produksi; juga yang pertama memperkenalkan gabungan perkataan ‘pawagam’ (panggung wayang gambar); digunakan pada PAWAGAM P. RAMLEE (dulunya terletak berhampiran pusat membeli-belah Sogo dan Kompleks Pertama).
9. Jika di rumah, P. Ramlee selesa berpelikat yang dipakai bersama T-shirt Pagoda putih; suka memasak dan resipi ringkas kegemarannya adalah kacang panjang (digoreng hingga lembut) campur ikan bilis masak kicap.

10. Menu harian: ikan goreng dan ulam; ikan terubuk, kari ketam dan kuah laksa paling disukai; juga gemar berkunjung ke restoran Sup Setapak (masih wujud ke hari ini).

11. Tabiat pelik: suka mencium-cium aroma nasi kandar yang masih lekat di tangannya! Nasi Kandar ‘Line Clear’ adalah kegemaran P. Ramlee!

12. Sazali memainkan watak anak petani/peladang dalam filem Anak Bapak dan bersama anak-anak yang lain, mereka menjadi suara latar untuk lagu “Tolong Kami Bantu Kami” dalam filem 3 Abdul.

13. Mendengar lagu Jalak Lenteng nyanyian Rubiah berulang-ulang kali setiap kali berhadapan masalah.

14. Pernah ‘diboo’ dan disuruh turun pentas ketika menyanyi di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur menjelang kebangkitan irama pop-yeh-yeh.

15. Menghasilkan 18 buah filem dalam tempoh 8 tahun (1964 – 1972) dengan hanya menggunakan perkakasan ‘second-hand’ di Studio Merdeka, Ulu Kelang!

sumber
Share:

Pekerja dakwa dipecat selepas dituduh mogok di facebook




KOTA BHARU – Seramai 41 pekerja kilang di Padang Tembak di sini, semalam mendakwa mereka dianiaya majikan apabila 21 daripadanya dikatakan dipecat sementara 29 lagi digantung kerja tanpa alasan munasabah.

Kumpulan pekerja itu bersama Pengerusi Majlis Permuafakatan Pekerja Muda, Rosdi Mat Zain hadir ke pejabat Sinar Harian di sini, semalam selepas menemui jalan buntu apabila terbeban dengan tindakan pihak majikan sebuah kilang tersebut.

Wakil pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 34, berkata, mereka diberikan surat penamatan perkhidmatan yang menuduhnya sebagai individu penyebar surat layang di facebook.

“Dalam kandungan surat itu saya juga dituduh menghasut pekerja lain untuk melakukan mogok pada 16 Mac lalu. Sedangkan saya tidak melakukan perkara tersebut dan mogok itu juga tidak berlaku.

“Sudah 17 tahun saya berkhidmat dalam syarikat itu dan sekarang saya rasa dianiaya apabila diberhentikan tanpa sebarang notis. Bagaimana saya hendak membayar hutang kereta, sewa rumah dan menganggung kos hidup kalau begini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pekerja yang turut menerima nasib sama, Edy, 27, berkata, dia juga merasa ditipu apabila diberikan surat untuk ditandatangani tanpa diberitahu surat tersebut adalah persetujuan untuk dia diberhentikan.

“Mulanya, wakil syarikat itu memberitahu surat yang ditulis dalam bahasa Inggeris tersebut ialah surat untuk mendapatkan cek gaji, tetapi mujurlah terbaca dan tidak menurunkan tanda tangan.

“Mereka tidak sepatutnya melakukan perkara seperti ini. Kami diberhentikan secara beramai-ramai dalam tempoh sebulan. Kalau nak berhentikan kami, ikutlah saluran undang-undang yang betul,” katanya.

Menurutnya, dia dan rakan-rakan bercadang membuat laporan polis untuk mengambil tindakan selanjutnya kepada pihak syarikat berkenaan.

“Kami rujuk ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) tetapi diberitahu kes ini perlu dibawa ke Mahkamah Perusahaan tetapi dimaklumkan hanya boleh dibantu sekiranya kami mahu bekerja kembali di syarikat itu,” katanya.


SUMBER
Share:

WOW COOL !! Cincin Diperbuat100% Dari Permata Berharga USD 68 JUTA

Pertama kali dalam sejarah dunia.Cincin permata yang diperbuat dari 100% permata. Cincin sebesar 150 karat ini dijual pada harga USD68 juta dan dihasilkan oleh Shawish, sebuah syarikat barangan kemas dari Switzerland




Share:

Friday, 23 March 2012

[WAJIB TAHU] KENYATAAN USTAZAH MASYITAH YANG LANGSUNG TIDAK MASUK AKAL !!




Tadi lepak2 kat forum jumpa benda ni.ni statement FORUMER yang aku Copy paste..tapi sejujurnya aku memang setuju dengan si forumer ni..malas nak hurai panjang..baca lah :)

Aku sampai sekarang sukar nak mempercayai ustazAH mashitah neh berubah 360% sejak terlibat dalam politik umno. Sukar. Susah. Mustahil. Sebab dulu dia bukan macam neh. Aku cukup suka dengar ceramah2 dia time sekolah dulu. Bila dah selalu dengar ceramah2 dia dan sering mengikuti program2 dia kat tv, kita akan jadi sayang pada penceramah tersebut, lazim.

Jadi bila kita dah rasa sayang pada dia, kalau tiba2 dia melakukan hal yang salah kita akan rasa heyy apa dah jadi pada dia? Apakah dia boleh berubah kembali? Apakah ada ruang untuk dia pulang ke pangkal jalan? Ataupun kita hanya perlu caci maki dia?



Clueless. Dia semakin jauh dan jauh. Dan itupun kerana sifat politik dia telah berjaya mengatasi akal agama dia. Ustazah Mashitah neh bukan orang yang biasa2. Dia orang yang cukup pandai agama. Mahir bab hukum. Antara ustazah yang mempunyai kecantikan dan kepandaian dan itupun seiringan. Tetapi once dia menjebakkan diri dalam politik umno, dia bukan seperti dulu.
Sesuatu yang sangat menyedihkan sebenarnya. Dia telah menghancurkan ahti dan pengikut2 setia dia. Dia telah pergi terlalu dalam sehingga tidak tahu membezakan apa yang salah dan betul. Dia telah hanyut di bawa arus politik. Jika tidak masakan mungkin statement seperti kat atas neh boleh terkeluar?



Statement fitnah dia terhadap pas telah dipadam tanpa membuat kenyataan maaf, dan kini dia buat satu lagi statement yang jelas tidak mencerminkan hal sebenar. Najib? Moderate? Contohi Rasullulah SAW? Harussani pun gelak aku rasa. Tapi tak dinafikan dia mungkin gelak dalam hAti sebab kalau gelak terang2 kang kena buat statement penafian pula. Bai.

so apa komen korang?aku xnk komen panjang.aku sebenrnya dah siap sedia dengan pilihan raya ni..dan aku  tak rasa aku akan sokong umno..sorry geng.aku xterpengaruh dengan puak2 pas.cuma aku asyik kaji..aku pon baca utusan..aku banyak denga statement dato' seri dekat2 plihanraya pasal islam dan sebagainya..dan aku rasa sebagai org yg cintakan agama.dia pasti tau nak sokong mana..agama paling utama.!!.

P/s :ni bukan entri politik..ni isu keagamaan.yang agak janggal jika nak disamakan.jauh sama sekali !!!ANDA NILAI !


SUMBER ASAL
Share:

GILA !! Hisap dadah atas kubur



NIBONG KUBUR – Tindakan biadab sekumpulan kaki dadah menjadikan tanah perkuburan Islam sebagai port untuk melepaskan gian, membawa padah apabila mereka dicekup polis dalam satu serbuan kira-kira jam 1 petang kelmarin.


Ketika ditahan, suspek berusia antara 20 hingga 40-an itu dipercayai sedang khayal selepas mengambil bahan terlarang itu.

Bagaimanapun, mereka lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, apabila menyedari kehadiran polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Tanah Perkuburan Syed Yahya itu.

Namun, mereka berjaya dicekup apabila polis sudah membuat kepungan awal di tanah perkuburan seluas kira-kira 200 meter persegi itu.

Pemeriksaan lanjut mendapati, salah seorang daripada tujuh suspek yang ditahan, menyembunyikan 70 pil berwarna kemerahan disyaki dadah jenis Methapethamine dalam seluar dalam dipakainya, manakala seorang lagi suspek memiliki serbuk putih dalam botol dipercayai dadah jenis Heroin yang ditemui dalam beg sandangnya.

Turut dirampas dalam serbuan terbabit termasuk beberapa buah motosikal milik suspek dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Dahlan Mohd Noor ketika mengesahkan tangkapan memaklumkan, kesemua suspek masing-masing berasal dari Kampung Sungai Buaya dan Bijangga itu ditahan, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) serta 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

SUMBER
Share:

ALLAHUAKBAR !! Dapat 4A SPM, banduan muda ingin jadi wartawan



MARANG – Saya tidak menyangka ada sekolah dalam penjara dan dari situ saya bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan tidak mahu mensia-siakan peluang diberikan kepada saya untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Demikian menurut seorang banduan muda, Mohd Fauzan Sharrif, 20, dari Sekolah Intergriti Marang di sini, yang dipenjarakan kerana terbabit dalam kegiatan jenayah rogol dan memperoleh keputusan 4A 3B dan 1D dalam peperiksaan SPM 2011.

Mohd Fauzan yang dipenjarakan sejak Januari tahun lalu berkata, ketika pertama kali menjejakkan kaki ke penjara itu dia tidak mengetahui bahawa penjara menyediakan peluang kepada banduan melanjutkan pelajaran di Sekolah Integriti berkenaan.

Fauzan yang bakal dibebaskan pada 11 Mei 2014 juga ingin melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi selepas ini dan berhasrat untuk menyambung pelajarannya dalam bidang komunikasi massa di Sekolah Intergriti Kajang di Selangor.

“Dua tahun lalu saya pernah menduduki peperiksaan SPM di sebuah sekolah di Kuantan namun hanya memperoleh 2A sahaja, dan dengan keputusan kali kedua ini saya berazam untuk mengubah kehidupan dan mengorak langkah mencapai cita-cita.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai penjara dan guru yang sudi membantu dan akan memohon untuk menyambung pelajaran di Sekolah Intergriti Kajang bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang kewartawanan,” katanya.

Mohd Fauzan yang ditemani Pengetua Sekolah Intergriti Marang, Azrin Mohamad, dua anggota termasuk anggota unit kawalan penjara (UKP) Penjara Marang berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di Penjara Marang, di sini

SUMBER
Share:

COOL KE PELIK ?? NOKIA Cipta Tatoo, Pelekat Tubuh Bergetar Bila Dihubungi?



AMERIKA SYARIKAT – Syarikat pengeluar telefon bimbit terkemuka dunia, Nokia telah mencipta satu paten dalam bentuk tatoo dan pelekat (sticker) di tubuh manusia yang akan bergetar apabila pemiliknya menerima panggilan telefon atau sistem pesanan ringkas (sms).


Menurut laman web unwiredview.com, paten yang dimaksudkan itu mengandungi dengan dakwat ferromagnetik yang ditanam pada tatoo atau pelekat tersebut yang kemudiannya akan dikesan gelombang magnet dari model telefon Nokia yang terpilih.

“Apa yang Nokia mahu lakukan ialah memohon kebenaran agar dakwat ferromagnetik dibenarkan untuk dibuat tatoo, yang akan bergetar berdasarkan getaran pada telefon bimbit anda,” kata laman tersebut baru-baru ini.

Memberi pilihan kepada pengguna yang tidak bersedia atau dilarang untuk mengukir tatoo pada tubuh mereka, Nokia turut mencipta sejenis pelekat di tubuh yang mampu bergetar dan boleh ditanggalkan pada bila-bila masa.

Selain itu, laman itu juga menjelaskan bahawa pemilik tatoo itu bebas untuk memilih jenis bunyi deringan telefon mengikut nama pemanggilnya sebagaimana telefon bimbit biasa.

Malah dilaporkan juga bahawa tatoo atau pelekat tersebut turut bergetar sekiranya telefon bimbit tersebut hampir kehabisan caj bateri.

Nokia merupakan sebuah syarikat pengeluar telefon bimbit yang berpengkalan di Helsinki, Finland, dan mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia. – Mynewshub.my
Share:

ALHAMDULILLAH !! AKHIRNYA Qi Cari Masa Sesuai Meminang Yuna



KUALA LUMPUR, 23 MAC 2012: Bagi mereka yang mengikuti perkembangan berita hiburan tempatan pasti sudah mengetahui hubungan cinta antara penyanyi wanita terkenal, Yuna bersama pengacara yang kini galak menjinakkan diri dalam bidang lakonan iaitu Qushairi Razali atau lebih dikenali dengan Qi.


Hubungan cinta yang sudah mencecah usia dua tahun itu ternyata diterima baik oleh para peminat kedua-dua selebriti terkenal ini.

Mereka juga tidak pernah dilanda kontroversi apatah lagi masing-masing sibuk mengejar cita-cita masing-masing.

Berkesempatan bertemu Qi yang menemani Yuna ketika majlis pelancaran kolaborasi Yuna dan Samsung Malaysia untuk The Sparkle Project, memberi kesempatan portal murai.com.my menemuramah jejaka berkenaan yang setia menanti kekasihnya itu menghabiskan sesi fotografi.

Bertanyakan hala tuju hubungan cinta mereka, Qi dengan tenang menjawab persoalan yang diajukan kepadanya dan memberitahu mempunyai rancangan untuk berumahtangga.

"Umur saya sudah meningkat. Pernah juga terfikir untuk menamatkan zaman bujang tetapi masing-masing sibuk dan kami berdua belum menetapkan waktu atau tempoh untuk kami mengakhiri zaman solo.

"Tetapi jika diizinkanNya dalam setahun dua ini saya akan cari masa yang sesuai untuk meminang Yuna.

"Niat itu sudah lama ada, cuma masa yang sesuai belum sampai," antara petikan jawapan yang diberikan Qi jujur.

Hubungan yang terpisah beribu batu dan jarak masa yang jauh bagaimanapun tidak menghalang mereka untuk terus berhubung.

Menurut Qi, paling kurang sehari sekali mereka akan berhubung tidak kiralah melalui panggilan telefon mahupun internet.

"Dugaan itu sudah semestinya. Apatah lagi masa tidak sama. Kadang-kadang saya baru balik kerja Yuna baru bangun tidur, tapi kemudahan sudah tersedia jadi kami gunakan untuk berhubung.

"Selalunya Skype menjadi medium kami berhubung dan tidak ketinggalan juga panggilan telefon.

"Paling tidak, dalam sehari mesti sekali bertanya khabar itu sudah cukup untuk melepas rindu.

"Saya tidak menggangap hubungan seperti ini susah kerana saya tahu Yuna berada di sana adalah untuk mengejar cita-cita yang diimpikan selama ini.

"Peranan saya adalah untuk memberi sokongan penuh terhadap minatnya itu," ujar Qi lagi.

Qi yang juga bekas pemain drum kumpulan rock alternative OAG, memandang aktiviti seni Yuna dengan begitu positif dan merasakan ia perkembangan yang sihat setelah melihat karya yang terhasil punya kualiti yang tersendiri.

Qi yang sering dilihat menjadi pengemudi rancangan televisyen kini menunjukkan minat dalam bidang lakonan dan sibuk berlakon dalam telemovie dan siri televisyen yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

sumber
Share:

PELIK !! LELAKI INI MEMAKAI LAMPIN SELAMA 18 TAHUN




London – Seorang lelaki berusia 31 tahun sanggup menghabiskan usianya selama 18 tahun dengan memakai lampin pakai buang dan menghisap puting semata-mata ingin menjadi seorang budak berusia dua tahun.

Stanley Thornton bukan sahaja tidur dalam kandang bayi malah dia juga mempunyai bilik tidur sendiri yang dihiasi dengan perhiasan budak kecil.

Menurut Stanley, setiap hari dia berlagak seolah-olah dia budak berusia dua tahun dan dengan melakukannya, dia merasakan ia satu perkara paling penting dalam hidupnya.

“Ia merupakan perasaan yang tidak pernah saya alami sepanjang saya membesar.
“Dengan menjadi `budak dewasa’ saya dapat mengatasi segala masalah yang saya alami,” katanya.

Demi memenuhi kehendaknya menjadi budak, dia mempunyai crayon dan pensil untuk melukis serta kerusi kanak-kanak yang besar di mana dia akan duduk di situ ketika makan.

Stanley yang mempunyai berat badan 133 kilogram itu juga mempunyai tukang jahit sendiri yang menjahit baju tidur untuknya.

Dia yang pernah muncul dalam rancangan TLC’s My Crazy Obsession kini sedang mencari seorang ibu sepenuh masa.

SUMBER

P/s :gua rasa dia ni hilang akal..sudah2 la.umo dah 31.kalau ye pon kurg kasih syg,xpuas jadi budak2.cari la bini.jangan la sengal sangat.aduyai.
Share:

Thursday, 22 March 2012

COOL !! YouTube Malaysia Sudah Dilancarkan

Smith (kiri) dan Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan



KUALA LUMPUR: YouTube Malaysia dilancar secara rasmi oleh Pengarah Pembangunan Produk Asia Pasifik YouTube, Adam Smith di Kuala Lumpur hari ini.

Smith berkata, Malaysia pengguna YouTube yang sangat aktif dan menonton berjuta video setiap hari.
Beliau mengambil contoh fenomena Cikgu Shida serta artis popular Yuna dan ZeeAvi sebagai pencetus YouTube di Malaysia.

YouTube Malaysia bakal melancarkan pindah naik video dengan cepat.

Aplikasi YouTube Malaysia juga diaktifkan secara rasmi terutama kepada pengguna Malaysia.

Majlis pelancaran terbabit disertai Yuna dan Mizz Nina.

Share:

COOL !! ROVIO AKAN MEMBINA TAMAN TEMA ANGRY BIRDS




ROVIO, syarikat yang menghasilkan permainan Angry Birds bekerjasama dengan peruncit utama AS untuk menjual barangannya dan merancang untuk membuka taman tema di Britain dalam usaha untuk meluaskan permainan mudah alih menjadi jenama ala Disney.


Ketua Pemasaran bagi syarikat dari Finland yang menghasilkan permainan paling banyak dimuat turun, Peter Vesterbacka, berkata Rovio tidak hanya dilihat sebagai syarikat permainan, malah sebagai jenama hiburan.
“Kami mahu menjadikan Angry Birds sebagai sebahagian daripada satu budaya pop yang kekal,” katanya dalam satu temubual di London yang turut membandingkan dengan jenama Sanrio iaitu Hello Kitty atau Nintendo Mario.


“Kami baru saja bermula,” tambahnya.
Angry Birds, permainan mudah alih melastik burung, dimuat turun lebih daripada 700 juta kali dan menjadi permainan paling pantas berkembang di Facebook.
Profil Rovio meningkat mendadak tahun lalu dengan menumpang permainan animasi hit dari filem Rio yang dihasilkan 20th Century Fox, News Corp.
Nilai syarikat itu dianggarkan mencecah AS$9 bilion, tinggi sedikit berbanding dua tahun lalu iaitu selepas Angry Birds mula dikeluarkan untuk iPhone.
“Ia adalah tekaan terbaik,” kata Vesterbacka yang membandingkan Rovio dengan pembuat permainan Facebook, Zynga yang menjadi syarikat awam pada Disember dengan nilai pasaran sebanyak AS$9.6 bilion.


Kini, Rovio memeterai perjanjian dengan peruncit utama AS untuk memasarkan alat mainan, buku dan kemeja-T di beribu kedai di seluruh negara, selaras dengan pelancaran permainan Angry Birds Space terbaru minggu ini.




Syarikat itu turut merancang untuk membuka kedai runcitnya di China tidak lama lagi.
Rovio enggan memberitahu nama peruncit AS itu sebelum membuat pengumuman rasmi mengenainya, namun begitu berkata, ia akan menjadi kerjasama terbesar berbanding pakatan sedia ada iaitu Barnes & Noble, yang mana pelawat yang melawat kedai terbabit boleh mengambil kredit permainan secara percuma.
Rovio juga berkata, ia merancang untuk melancarkan taman tema aktiviti di Britain yang menjadi pasaran asal untuk permainan Angry Birds dan pasaran pertama luar dari Finland. Asia akan menjadi lokasi berikutnya.

Taman tema yang mana akan dibina secara perkongsian dengan pembuat peralatan taman permainan di Finland, Lappset, akan menampilkan buai yang diilhamkan dari Angry Birds, petak pasir, menara pendaki, gelungsur dan permainan arked luar.
“Kami tidak mampu untuk melabur berbilion untuk taman tema. Kami adalah syarikat kecil dari negara kecil,” kata Vesterbacka.




Rovio memiliki kira-kira 300 pekerja, meningkat sejak 50 tahun lalu dan terpaksa berpindah dari pusat Helsinki ke ibu pejabat baru lebih besar bersebelahan dengan pembuat telefon mudah alih Nokia.
Vesterbacka mengulangi bahawa Rovio tidak tergesa-gesa menjadi syarikat senaraian awam. Pembiayaan terakhir yang diperoleh adalah tahun lalu, iaitu sebanyak AS$42 juta menerusi modal teroka firma Accel, Atomico dan Felicis Ventures.


Beliau berkata, Rovio tidak memerlukan wang dan menaikkan modal utamanya untuk menarik pelaburnya seperti pengasas Atomico, Niklas Zennstrom yang juga Pengasas Bersama Skype.
“Tahun 2012 adalah yang paling sibuk. Ia seperti tahun lalu yang mana kami membina infrastruktur. Kami boleh membiayai sendiri pertumbuhan Rovio,” katanya-Reuters
Share:

ALLAHUAKBAR !! Lelaki Bosnia ini sanggup berjalan kaki ke Mekkah untuk menunaikan Haji



Demi memenuhi salah satu rukun Islam yang ke lima . Seorang lelaki Bosnia telah memulakan perjalanan untuk menunaikan haji dan mempersiapkan diri untuk menyeberang ribuan batu dengan berjalan kaki. Laporan daripada The Muslim Village portal pada Khamis Mac 15 yang lalu.

“Jujur saja sebelum saya memulakan perjalanan ini semua orang bimbang terhadap saya menanyakan bagaimana saya, sebagai seorang Muslim boleh memulakan perjalanan meskipun melalui negara-negara Kristian seperti Serbia dan Bulgaria” kata Senad Hadzic 47 tahun.

Bercita-cita untuk melakukan haji iaitu pada akhir Oktober nanti Hadzic akan berangkat untuk melakukan perjalanan panjangnya dari kampung halamannya di utara Bosnia pada Disember 2011.

Jaraknya kira-kira 3600 batu dari Bosnia ke Mekah dan ia akn menempuh di antara 12 hingga 20 batu setiap hari.

Dalam beg di belakangnya ia membawa mushaf Al-Qur’an dibungkus dalam plastik untuk melindunginya dari cuaca yang tak menentu.

Dia juga membawa peta dan bendera dari enam negara yang akan diseberanginya. Dia telah berjalan sejuah 600 batu setakat ini dan tentunya menghadapi bermacam-macam masalah.

Di Istanbul contohnya dia terkandas selama 20 hari dan berusaha untuk mendapatkan kebenaran untuk berjalan menyeberangi Jambatan Bosphorus yang menghubungkan Eropah ke Asia yang terbuka hanya untuk kenderaan.

Pada akhirnya berjaya ia memutuskan untuk meneruskan perjalanan menuju Makkah walaupun tanah Syria sedang bergolak.

“Saya akan memberitahu anda bahawa perjalanan ini telah mempunyai berjuta-juta masalah” kata Hadzic.

“Saya akan menjelaskannya kepada anda seperti ini: Insya Allah, saya akan masuk Asia hari ini, dan kemudian Syria. Dan saya tidak takut tank atau peluru, hanya Allah. Dan apabila saya boleh sampai ke Makkah dan saya akan berdoa untuk kita semua.”

Jutaan Muslim dari seluruh dunia berkumpul di Mekah setiap tahun untuk menunaikan haji, salah satu daripada lima rukun Islam. Setiap Muslim dewasa yang berbadan sihat dan yang secara kewangan mampu membayar perjalanan haji wajib melakukan tuntutan ini sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Setelah berjalan melalui pelbagai negara, Hadzic mendapat banyak pengalaman dan menerima banyak kebaikkan daripada banyak orang.




“Ada seorang tua bijaksana Turki muncul dan ketika ia tahu bahawa saya datang dari Bosnia ke Istanbul dengan berjalan kaki maka ingin memberika saya duit supaya saya naik di dalam pesawat dan terus ke Makkah untuk haji” kata Hadzic.

“Tapi saya saya menolaknya.” Musafir dengan bekalan duit yang sedikit, Hadzic mengatakan dia sangat menghargai pada kebaikan orang asing dalam perjalanan panjangnya.

“Di Serbia orang keluar di jalan dan memberi saya topi atau kaus kaki” kata Hadzic.

“Dalam satu cerita seorang profesor di Serbia mengundang saya untuk tinggal di rumahnya. Ini profesor Serbia yang beragama Kristian mengatakan kepada saya bahawa saya adalah muslim pertama yang melangkah di rumahnya dalam hidupnya. Ini adalah kehormatan besar bagi saya.”

Hadzic mengatakan ia harus melakukan perjalanan dengan berjalan kaki kerana Allah membantunya dalam mimpi melihat perjalanan ini sebagai manfaat untuk dirinya sendiri dan semua orang yang ditemuinya.



“Dengan Langkah ini saya membuktikan bahawa semua yang saya lakukan adalah kerana kasih saya kepada Allah” kata Hadzic.

“Demi apapun yang ada di dunia saya tidak akan menghentikan apa yang saya lakukan.” Meskipun belum setengan jalan namun banyak hal yang telah Hadzic pelajari.

“Pengalaman yang paling beharga yang saya dapat ialah, belajar erti ‘berterima kasih’ dan bersyukur dengan apa yang ada. Orang-orang miskin yang tinggal di luar bandar mencintai Allah dan menyokong saya dengan kemurahan hati” kata Hadzic.

SUMBER
Share:

COOL : 15 FAKTA TENTANG BRUCE LEE YANG ANDA PERLU KETAHUI




1. Bruce Lee ada kecacatan bawaan dimana kaki yang panjang sebelah dan testis yang besar sebelah.

2. Bruce Lee sebenarnya memakai spec mata yg cukup tebal, dan dia menggunakan soft lens. Ternyata di Amerika soft lens sudah ada di zaman itu

3. Bruce Lee bukan 100% Chinese, ibunya Grace Lee adalah mixed chinese & german, jadi Bruce Lee memiliki 1/4 darah Jerman

4. Bruce Lee pertama kali tampil dalam film pada umur 3 bulan. Ia dibawa ayahnya, seorang yg cukup terkenal dalam Chinese Opera untuk tampil pada film pertamanya

5. Dalam suatu lelong dimana sebuah surat tulisan tangan Bruce Lee untuk memotivasi dirinya sendiri berjudul “My Definite Chief Aim” terjual sebanyak US$29,500.

6. Kecepatan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 saat dari jarak 1 meter ke sasarannya.

7. Bruce Lee seorang yang sangat kuat, dia dapat melakukan pull up 50 kali dgn satu tangan. Bolo Yeung (aka Chong Li) yang sebegitu besar tidak pernah pun menang gusti lengan dgn Bruce Lee.

8. Bruce Lee dapat melakukan push up dgn satu tangan hanya dgn 2 jari (telunjuk dan ibu jari) dan kadang2 dengan dua tangan menggunakan ibu jari saja

9. Bruce Lee mempopularkan teknik ‘one inch punch’ iaitu tinju dari jarak 1 inci dlm satu tournament karate, dia mempraktikannya pada seorang juara judo jepun yang memiliki berat 100 kg. Judo jepun itu ditinju dari jarak 1 inci sampai terangkat kedua kakinya jatuh ke lantai. (baru tau hehehe)

10. Pada umur 13 tahun Bruce Lee berguru dgn Yip Man (film ip man tu) untuk belajar Wing Chun

11. Ada 3 murid Bruce Lee yg pernah memenangi World Karate Champion: Chuck Norris, Joe Lewis dan Mike Stone.

12. Di Amerika Bruce Lee mengajarkan kung fu kepada semua bangsa tanpa pilih kasih, di sebabkan itu dia ditentang oleh perguruan kung fu lain dgn tuduhan membocorkan rahsia Chinese Martial Art kepada bangsa lain. Bruce Lee menerima tentangan itu dan menghajar wakil dari perguruan tersebut dalam masa 3 minit. Menurut Bruce Lee perlawanan itu patut berakhir dlm beberapa saat saja. Mulai saat itu dia berlatih lebih gigih lagi, dan menemukan konsep “Jeet Kune Do”.

13. Film Dragon The Bruce Lee Story yg dilakonkan Jason Scott Lee adalah film yang tidak tepat dalam menggambarkan cerita sebenar Bruce Lee. Dlm film itu Bruce Lee ditendang dipunggungnya hingga menjadi lumpuh dan akhirnya duduk di kerusi roda. Dalam kejadian sebenar, kecederaan Bruce Lee disebabkan ia membuat latihan dgn beban yg terlalu berat dan menyebabkan cedera tulang belakang, dan sebenarnya dia tidak pernah pun duduk di kerusi roda.

14. Dalam masa dia berehat akibat dari cedera tulang belakangnya selama 6 bulan, terciptalah buku “Tao of Jeet Kune Do” yg menjadi best seller.

15. Waktu sebelum kematian Bruce Lee, pa qua (sejenis azimat yg dipercaya dapat menghalau semangat jahat) pada rumah Bruce Lee jatuh ditiup angin.

sumber

P/s :pergh.gila gempak.mesti rajin berlatih
Share:

COOL : Cara Paling Efektif Tambah Air Mani




Air mani ialah campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma.

Ada 10 cara yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, antaranya:
  • Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap.
  • Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.
  • Lakukan senaman secara berkala. Lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.
  • Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma. Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek ‘boxer’ dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas.
  • Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormon testosterone.
  • Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertakafur kerana tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan.
  • Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang lebih.
  • Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan sperma. Kekacang membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma. Herba Horny Goat Weed atau Epimedium, Tribulus dan extrak standard Tongkat Ali (NU-PREP) semuanya dapat membantu meningkatkan tahap hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati dari farmasi.
  • Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan air mani. Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.

Share:

GILA !! HURUF ALIF DIGANTIKAN DENGAN LOGO 1 MALAYSIA



aku xtau nak ckp apa..ni masa aku blogwalking aku jumpa benda ni..menurut sumber lain..logo tu ada dekat surah al-mulk..bawah ini quotation sepenuhnya dari amenoworld

Lihatlah sendiri gambar kat atas neh beb. Bukan super impose geng. Aku mempercayai orang yang bagi info neh kat aku, siyes. Takde sebab ai dorang nak menipu seme tue. Lihat bebaik gambar kat atas neh.
Ada crown dan mewarnakan ia lagi seakan2 menyerupai logo 1malaysia. Aisehmen. Aku pun tak faham lah mentaliti dorang neh macam mana. Siyes. Tak perlu beb nak taksub bagai neh seme. Masih ingat kes songkok? Tue lah akibatnya bila terlalu jauh.. umno dan bien tue manusia biasa jek. Logo 1 malaysia tue lagi lah benda yang biasa2. Korang tak perlu buat seme neh. Dan yang paling penting tak perlu nak mensatumalaysiakan pula huruf2 Alquran.
Dan, cuba fikir ke dalam sikit. Kalau alif = 1 = bukan kah makna sebenar dia sepatutnya telah berubah?
1 = nombor.
Alif = sebutan.
Faham tak?
Bersama gambar di atas, dia berikan aku link jawapan ustaz, lihat kat bawah neh ;





P/s: Blog gua jarang sangatsangatsangat ada isu politik.aku cuma amek tau..tapi xnah update kat blog..ada pon yang pasal entri LYNAS..sbb benda tu bhaya jadi aku share,,,tbe2 kua lak benda baru yang membabitkan AGAMA ISLAM..so aku sbgai org islam.kena alert dan sebarkan..mohon sebarkan okay :)

Share:

GILA !! RM 280,000 LESAP DALAM 10 MINIT


TERBUKA...pintu mesin ATM dipecahkan dengan pemotong besi oleh perompak di pekarangan dewan serba guna Universiti Malaya, semalam.
TERBUKA...pintu mesin ATM dipecahkan dengan pemotong besi oleh perompak di pekarangan dewan serba guna Universiti Malaya, semalam.


KUALA LUMPUR: Berbekalkan mesin pemotong besi, sekumpulan perompak mengambil masa kurang 10 minit untuk memecahkan mesin juruwang automatik (ATM) di perkarangan dewan serba guna Universiti Malaya (UM), di sini, sebelum melarikan wang tunai lebih RM280,000 di dalamnya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kumpulan perompak terbabit yang dipercayai lebih daripada dua orang, amat licik mengelak kegiatan mereka dihidu pengawal keselamatan universiti berkenaan.

Mereka dipercayai mahir dengan selok-belok kawasan kampus apabila siasatan awal pihak berkuasa mendapati mereka menggunakan pintu pagar berkunci di kawasan belakang universiti untuk keluar dan masuk.

Ini berdasarkan kehilangan mangga dan penemuan rantai besi yang ditinggalkan di kawasan pagar itu.



Menurut sumber, kejadian rompakan itu hanya disedari kira-kira jam 6 pagi apabila pengawal keselamatan bertugas dimaklumkan pelajar mengenai kerosakan mesin ATM berkenaan.

SUMBER
Share:

LAGI KES REMAJA HILANG !! JADI MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA




BANGKOK - Siasatan awal Polis Imigresen Thai menunjukkan remaja perempuan Malaysia berusia 15 tahun, Nazatul Fardiana Mohd Izwan, yang hilang bersama lima rakan Rohingyanya, menumpang kenderaan seorang lelaki yang tidak dikenali di Malaysia dekat sempadan Thai-Malaysia, sebelum memasuki negara jiran itu secara haram.  

Timbalan Komander Pusat Siasatan Biro Imigresen Pol Col Chartchai Lamsaeng berkata, hari ini mereka menaiki sebuah van berdaftar di Malaysia yang ditawarkan oleh seorang lelaki Malaysia dekat sempadan pada 8 Mac.

Lima remaja Rohingya itu terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan berumur antara 14 dan 16 tahun.

Keenam-enam mereka adalah rakan dan mengenali satu sama lain.

"Mereka diberi minum oleh lelaki itu dan sejurus kemudian mereka tertidur," Chartchai yang mengetuai siasatan kes itu memberitahu Bernama, di sini.

Beliau berkata, apa yang dapat mereka ingat semasa perjalanan itu mereka melalui Hat Yai, Petchaburi atau Nakhon Phatom dan berhenti di Hua Lamphong di ibu negara ini.

"Kami hairan bagaimana mereka dapat melepasi pusat pemeriksaan di sempadan tanpa sebarang dokumen perjalanan," kata beliau dipetik Bernama.

Chartchai berkata, adalah tidak jelas sama ada remaja itu berhasrat memasuki Thailand bila mereka menumpang van berkenaan.  

"Lelaki itu malah membawa mereka ke sebuah masjid di Hua Lamphong," kata beliau. Namun, tidak jelas apa berlaku pada lelaki itu selepas itu kerana kesemua remaja itu terus menuju ke Stesen Kereta Api Hua Lamphong," katanya.

 Beliau berkata, mereka berjaya mendapatkan bantuan daripada beberapa orang peniaga dekat stesen itu yang memberi mereka wang oleh kerana mereka hendak membeli tiket kereta api untuk pulang ke Malaysia.

 Mereka ditangkap oleh polis di stesen itu kerana mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah dan dibawa ke pejabat Polis Imigresen di sini, kata beliau.

Polis Imigresen kemudian menghubungi Kedutaan Malaysia di sini.

"Siasatan kami menunjukkan kesemua enam remaja itu selamat dan tidak diapa-apakan atau diganggu oleh lelaki berkenaan," kata beliau.

Chartchai berkata Polis Imigresen Thai akan menyiasat kes itu di bawah undang-undang pemerdagangan manusia yang membawa hukuman penjara antara lima dan 10 tahun.

"Kami berjaya menghasilkan lakaran imej suspek berdasarkan maklumat diberikan oleh remaja itu. Polis Thai dan Malaysia sedang menyiasat kes ini," katanya.

Beliau berkata, Polis Imigresen Thai kini mengkaji kemungkinan yang sindiket jenayah antarabangsa terlibat dalam kes ini.

Chartchai hanya dapat mengenalpasti lima remaja itu sebagai orang Rohingya tetapi tidak pasti tentang kewarganegaraan mereka.

Laporan berita awal dari Malaysia menyatakan bahawa gadis itu memberitahu ibunya dalam percakapan telefon pada 12 Mac bahawa dia dan lima yang lain itu telah diculik dan dilarikan ke Thailand, dan kemudian diselamatkan oleh polis Thai di stesen keretapi berkenaan pada 11 Mac.

SUMBER
Share:

4 Sebab Kenapa FAST AND FURIOUS 8 Kali Ini Lain Dari Yang Lain!

Recommend us on Google!

Blog Archive

Artikel Terbaru

Baca Juga