Saturday, 22 April 2017

Tips : Berkumur Dengan Air Kunyit Untuk Atasi Masalah Gigi Berlubang

Berkumur Dengan Air Kunyit Untuk Atasi Masalah Gigi Berlubang

Menderita sakit gigi sangat menyakitkan. Bermula dengan gusi yang bengkak, rasa ngilu dan berdenyut-denyut. Nak makan pun susah dan kena berjaga-jaga.

Menurut Song J.Dkk daripada Fakulti Sains Biologi College of Natural Sciences, Wonkwang University , kunyit yang bernama Kurkumin  boleh menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca gigi itu berlubang. Kurkumin merupakan fungsi utama kunyit yang menghalang gigi jadi berlubang.

Jadi, apa yang korang harus lakukan, , berkumur dengan larutan air kunyit. Tidak kisah samada kunyit hidup mahupun kunyit serbuk. Petua ini sememangnya menjadi dan boleh mengatasi masalah gigi berlubang.

Selain berkumur, apa yang penting, jaga gigi korang okay! Pastikan gigi digosok 2 kali sehari setiap pagi dan juga sebelum tidur.

Pemeriksaan gigi juga harus dibuat setiap 6 bulan sekali.


sumber



Share:

Friday, 21 April 2017

Ini Jawapannya Kenapa Tali Kasut Terbuka Tiba-tiba Walaupun Dah Ikat Ketat

Ini Jawapannya Kenapa Tali Kasut Terbuka Tiba-tiba Walaupun Dah Ikat Ketat


Soalan ini menjadi topik kepada sekumpulan jurutera mekanikal di Universiti of California, dan mereka merumuskan bahawa masalah ini berkait rapat dengan faktor fizikal.

Menurut kumpulan ini, ikatan tali kasut terbuka dengan sendirinya kerana terdapatnya daya yang bertindak dari arah bertentangan dengan kaki yang diayunkan ketika berjalan. Daya berkenaan adalah seperti daya geseran dengan angin, daya kinetik dan daya potensi.

Kasut yang dihentak ke tanah, menambahkan lagi daya yang betindak ke atas tali kasut, seterusnya menyebabkan tali kasut mudah terbuka dengan sendirinya.

Kajian ini juga disokong oleh kajian yang dijalankan ke atas kasut yang berjalan di atas sebuah treadmill, dan diterbitkan dalam Journal Proceeding of the Royal Society.

Ini Jawapannya Kenapa Tali Kasut Terbuka Tiba-tiba Walaupun Dah Ikat Ketat








Share:

Thursday, 20 April 2017

Remaja Ini Menjadi Juruterbang Pesawat Paling Muda Di Dunia

Remaja Ini Menjadi Juruterbang Pesawat Paling Muda Di Dunia


LONDON: Usianya baru 26 tahun, tetapi Kate McWilliams telah mencipta nama apabila menjadi juruterbang pesawat penumpang paling muda di dunia.

Wanita itu dinaikkan pangkat daripada pegawai pertama menjadi kapten di syarikat penerbangan tambang murah easyJet yang beroperasi di Britain, baru-baru ini.

Menurut laporan Mail Online, karier Kate bermula apabila dia menyertai krew penerbangan pada usia 13 tahun sebelum melakukan penerbangan solo tiga tahun kemudian.

Pada usia 19 tahun, dia mengambil keputusan untuk menyertai latihan sebagai juruterbang, sekali gus mengorak langkah untuk menjadi kapten pesawat komersial paling muda di dunia.

Menurut Kate, dia sering ditanya tentang usia oleh krew dan penumpang hampir setiap hari, dan kebanyakan mereka kagum dengan pencapaiannya serta mahu mengetahui rahsia kejayaannya.

"Secara jujurnya, saya tidak fikir tentang umur. Saya melalui latihan yang sama dan lulus seperti kapten yang lain.

"Apabila saya memberitahu usia sebenar, mereka akan kagum dan tertanya-tanya bagaimana saya boleh berjaya pada usia muda," kata anak kelahiran Carlisle itu.

Hanya lima peratus juruterbang pesawat komersial merupakan wanita dan tahun lalu, easyJet mengumumkan untuk melahirkan lebih ramai juruterbang wanita dengan sasaran 12 peratus dalam tempoh dua tahun.



sumber



Share:

6 Sebab Kenapa Bateri Telefon Bimbit Anda Cepat Kong

6 Sebab Kenapa Bateri Telefon Bimbit Anda Cepat Kong


Situasi kehabisan bateri telefon bimbit boleh menjadi sesuatu yang sangat mencemaskan. Boleh dikatakan setiap individu pasti mula menggelabah jika melihat telefon bimbitnya sudah mengeluarkan tanda amaran berwarna merah.

Rasanya macam baru sahaja dicas tetapi kenapa tiba-tiba bateri telefon ni dah nak mati?

Berikut merupakan 6 sebab kenapa bateri telefon bimbit selalu cepat kong.


1.    Cas telefon bimbit sehingga 100%

Para penyelidik mencadangkan bahawa jangka hayat bateri yang ideal adalah di antara 30 hingga 80%. Jika bateri berada di bawah paras 30%, ia adalah tidak sesuai untuk kondisi telefon bimbit anda.


2.    Tidak cas telefon bimbit sehingga bateri mati

Setiap kali anda membiarkan telefon bimbit yang tidak dicas off sendiri, anda sebenarnya mengundang kerosakan pada bateri telefon bimbit tersebut. Jadi, apabila melihat bateri anda hanya tinggal 10%, cepat-cepatlah cari charger untuk mengecasnya.


3.    Overheating

Ini mungkin tidak terjadi kepada semua tetapi apabila telefon bimbit anda di dalam keadaan overheat, ia sangat berisiko tinggi untuk menyebabkan bateri telefon anda rosak. Bagi pengguna iPhone, mereka akan diberi amaran jika telefon bimbit tersebut berada dalam keadaan overheat dan segeralah mencari jalan keluar untuk meredakan kepanasan itu.


4.    Gunakan pengecas wireless

6 Sebab Kenapa Bateri Telefon Bimbit Anda Cepat Kong

Terlalu bergantung kepada pengecas wireless juga dapat membuatkan bateri telefon anda rosak. Fungsi pengecas wireless ini sama sekali berbeza dengan pengecas yang dipasang pada kabel.


5.    Cas bersama case telefon bimbit

6 Sebab Kenapa Bateri Telefon Bimbit Anda Cepat Kong

Jika telefon bimbit anda berasa panas yang luar biasa selepas dicas, apa kata selepas ini jika hendak mengecas telefon, cuba untuk menanggalkan case telefon terlebih dahulu sebelum dicas. Case telefon dapat memerangkap haba tambahan yang boleh merosakkan telefon bateri anda.


6.    Overcharging

Jika anda menggunakan produk Apple yang original mungkin anda selamat, tetapi sekiranya menggunakan pengecas tiruan, maka risiko untuk overcharging akan berlaku jika anda tidak memerhatikan peratusan bateri tersebut.



sumber



Share:

Mabuk Laut, Rasa Mual Nak Muntah Bila Naik Kenderaan? Ini Sebabnya!

Mabuk Laut, Rasa Mual Nak Muntah Bila Naik Kenderaan? Ini Sebabnya!


Kenapa bila naik kenderaan akan ada orang yang rasa mual nak muntah? Contohnya bila kita naik boat, naik kapal terbang dan boleh juga semasa naik kereta. Semua simptom ini dipanggil motion sickness. Apa itu motion sickness?

Mabuk Laut, Rasa Mual Nak Muntah Bila Naik Kenderaan? Ini Sebabnya!

Mabuk Laut, Rasa Mual Nak Muntah Bila Naik Kenderaan? Ini Sebabnya!


Ada tiga jenis motion sickness iaitu sea sickness (laut), air sickness (udara) dan car sickness (kereta).




sumber



Share:

5 Makanan Berkhasiat Untuk Meningkatkan Kandungan Sperma

5 Makanan Berkhasiat Untuk Meningkatkan Kandungan Sperma


Proses kehamilan berlaku adalah bergantung kepada kualiti dan jumlah sperma yang dapat dihasilkan oleh lelaki. Kiraan jumlah sperma yang normal adalah di antara 20 juta dalam setiap millimeter.

Sekiranya kurang, kemungkinan untuk suami menghamilkan isteri adalah kecil. Menurut kajian, kualiti dan jumlah yang terhasil adalah saling berkait rapat dengan amalan pemakanan seperti yang dinyatakan oleh penasihat di American Council for Fitness and Nutrition, Dr. Keith Thomas Ayoob.

Makanan yang baik untuk jantung ternyata beri implikasi kebaikan kepada pengaliran darah. Oleh yang demikian, pengaliran darah yang lancar mampu memberi impak kepada produktiviti sperma yang baik dan mengelakkan daripada berlakunya ejakulasi pra-matang. Ini adalah beberapa jenis makanan yang bisa buat sperma anda terhasil dengan sempurna.



Ikan Salmon

Setiap hirisannya kaya dengan omega 3 dan mampu membantu meningkatkan tekanan aliran darah menuju ke dalam alat kelamin lantas meningkatkan fungsi seksual dalam diri lelaki. Keupayaan nutrisi ini bukan sahaja dapat meningkatkan tahap ketahanan sperma malah dapat berenang ke destinasi dengan lebih pantas.



Aprikot kering

Memiliki kandungan vitamin A yang tinggi, makanan ini bisa membantu pertumbuhan dan penghasilan sperma yang sihat dan berkualiti. Keberhasilan penyerapan vitamin A dalam darah mampu mempertingkatkan tenaga sperma untuk bergerak dengan lebih pantas. Kekurangan vitamin A dalam tubuh lelaki adalah punca kemandulan kerana pergerakan sperma yang lemah dan lambat sehingga menyebabkan sukar untuk menembusi ovum.



Tomato

Punya kandungan vitamin C yang tinggi, tomato nyata berfungsi untuk meningkatkan kandungan dan kualiti sperma. Turut kaya dengan likopen yang mampu untuk meningkatkan kesihatan prostat dan mencegah kanser prostat.



Yogurt

Mengandungi kandungan zat zink yang tinggi, yogurt nyata makanan yang terbaik untuk meningkatkan jumlah sperma. Zat zink yang rendah di dalam tubuh nyata menyebabkan kadat hormone testeron menjadi rendah dan memberi implikasi kepada ketidak produktiviti seseorang lelaki. Selain daripada yogurt, zat ini juga terkandung di dalam gandum dan daging merah.



Sayuran hijau

Kadar asid folic yang tinggi di dalam tubuh lelaki adalah penting kerana ia menyumbang kepada penghasilan sperma yang sihat dan berkualiti. Kekurangan asid folic boleh menyebabkan sperma yang terhasil akan bersifat berlainan kromosom. Hal ini akan menyebabkan bayi yang dilahirkan hasil sperma tersebut akan berisiko untuk menjadi tidak sempurna atau cacat.



sumber


Share:

Tuesday, 18 April 2017

Nombor Telefon '18888888888' Dilelong Pada Harga RM75,77 Juta Di China

Nombor Telefon '18888888888' Dilelong Pada Harga RM75,77 Juta Di China


Nombor '18888888888' memecah rekod sebagai nombor telefon paling mahal di dunia selepas berjaya dilelong pada harga 120 juta yuan atau RM75.77 juta.

Memetik laporan XinHuaNet, sebutan angka 'lapan' berbunyi seperti 'makmur' dalam bahasa Mandarin dan dianggap nombor bertuah.

Yang paling menarik, harga itu tidak termasuk sebuah telefon, masa panggilan atau caj data.

Dilaporkan, nombor telefon mudah alih itu didaftarkan oleh sebuah syarikat China di Shantou, namun tidak diketahui siapa yang menggunakannya.

Pengguna telefon di negara itu sering membayar lebih untuk nombor telefon dengan angka berulang, nombor dengan maksud khas seperti tarikh lahir mereka dan nombor banyak angka lapan atau enam.

Kedua-dua angka itu dianggap bertuah.

Dilaporkan juga nombor telefon bertuah boleh mencecah harga puluhan ribu dolar di China, namun nombor yang tersebut di atas itu memecah rekod paling mahal pernah dilelong.

Difahamkan, wang hasil lelongan itu akan didermakan kepada badan kebajikan.- CARI


sumber


P/s: no 8 memang 'ong' bagi mereka.alang2 bida la sampai 80 juta.LOL


Share:

Monday, 17 April 2017

Petua Rawat Buasir Menggunakan Kulit Manggis

Petua Rawat Buasir Menggunakan Kulit Manggis


Buasir salah satu penyakit agak menderita juga kepada sesiapa yang penghidapnya? Ada orang kata disebabkan makan terlalu pedas.

Selain ubat yang diberikan doktor, anda boleh juga mencuba petua ini.

Untuk mengelakkan dari buasir, amalkan cara-cara ini.

1) Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam.

2) Hembuskan nafas keluar ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.

3) Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.

4) Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, anda mengalami sembelit. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Elakkan sembelit.

Petua Rawat Buasir Menggunakan Kulit Manggis


Petuanya ialah.

1. Dapatkan kulit manggis dan basuh kulit manggis dan jemur hingga kering. Rebuskan dengan 5 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Minum air rebusan tersebut setelah suam. Amalkan selalu.

2. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh (Bersihkan). Selepas itu, masak/rebus dengan 2 cawan air, tunggu hingga air tinggal anggaran 1 cawan dan sejukkan hingga agak agak suam suam. Bila dah sejuk, boleh lah diminum.



sumber



Share:

Sunday, 16 April 2017

Teknik Bernafas Dari Orang Jepun Ini Mampu Mengurangkan Masalah Perut Buncit

Teknik Bernafas Dari Orang Jepun Ini Mampu Mengurangkan Masalah Perut Buncit


Seorang pelakon popular daripada Jepun, Miki Ryosuke, telah menemui cara dan kaedah yang mudah untuk menurunkan berat badan.


Sebelum ini Miki yang mengalami masalah sakit belakang disarankan oleh doktornya untuk melakukan senaman ini dan amat mengejutkan apabila Miki kehilangan 28.7 pounds (13 kilogram) dan ukur lilit 4.7 inci (12 cm).



Caranya?


  • Berdiri tegak sebelah kaki dihadapan dan sebelah lagi ke belakang.
  • Tahan nafas sedalam mungkin sambil tekan kaki belakang
  • Kekalkan dalam keadaan dalam posisi 2 kira-kira 3 saat.
  • Lepaskan nafas perlahan-lahan untuk 7 saat.
  • Ulang langkah diatas setiap hari untuk 2 hingga 10 minit sehari.


Teknik ini juga telah mendapat kajian daripada Universiti Hampton danmenunjukkan kombinasi senaman yoga dan bernafas dari dalam perut juga amat berkesan untuk mengurangkan berat badan.





sumber



Share:

Info : Jenis Dan Fakta Ringkas Mengenai Diabetes

Jenis Dan Fakta Ringkas Mengenai Diabetes


Diabetes (Kencing Manis) ataupun selalu disebut oleh doktor dengan nama diabetes mellitus ialah suatu penyakit metabolik yang mana pengidapnya mempunyai tahap glukosa dalam darah (gula darah) yang tinggi pada suatu jangka waktu yang agak lama.


Ianya terjadi samada pengeluaran insulin yang tidak mencukupi ataupun sel-sel tubuh tidak bertindak dengan betul pada insulin.

Pengidap yang mempunyai gula darah yang tinggi kebiasaannya akan mengalami kerap buang air kecil (polyurea - frequent urination), menjadikan mereka selalu dahaga (polydipsia - increasingly thirsty) dan lapar (polyphagia).

Fakta Ringkas Mengenai Diabetes

Diabetes adalah suatu ganguan metabolik yang menyebabkan tahap gula dalam darah menjadi tinggi dan pada tahun 2013 dianggarkan seramai lebih dari 382 juta manusia di seluruh dunia mengidap diabetes.

1. Diabetes Jenis 1 (type 1)

Tubuh gagal menghasilkan insulin yang mencukupi. Dianggarkan 10% kes diabetes adalah jenis 1.

2. Diabetes Jenis 2 (type 2)

Bermula dengan kerintangan insulin (insulin resistance) di mana sel-sel tubuh gagal bertindak ataupun kurang sensitif terhadap insulin. Jika penyakit ini berkembang maka akan terjadi juga keadaan kekurangan insulin.

3. Diabetes Gestasi (Gestational Diabetes)

Jenis ketiga yang dihidap oleh wanita sewaktu mengandung.

Simptom

Tanda-tanda ataupun symptom yang biasa termasuklah kerap kencing, selalu dahaga atau lapar, pertambahan berat atau kehilangan berat yang mendadak, keletihan, luka yang lambat sembuh, alat kelamin lelaki kurang berfungsi, mata kabur, kebas dan berdenyut-denyut pada tangan dan kaki.

Jika anda pengidap Jenis 1 - dengan mengikuti pelan pemakanan sihat, melakukan senaman yang mencukupi, dan mengambil insulin, anda boleh hidup secara normal.

Jika anda pengidap Jenis 2 - anda perlukan makan secara sihat, aktif secara fizikal, selalu mengambil ujian gula darah anda. Anda munkin perlu juga mengambil ubat makan, dan/atau mengambil insulin untuk mengawal tahap gula di dalam darah anda.

Risiko penyakit kardiovaskular ( jantung dan pembuluh darah) adalah lebih tinggi pada diabetik. Maka adalah sangat penting untuk menjaga dan memantau tekanan darah dan tahap kolesterol di dalam badan.

Hypoglycemia ialah keadaan gula (glukosa) darah rendah atau gula dalam darah kurang dari sepatutnya .

Manakala Hyperglycemia pula adalah keadaan gula darah tinggi atau gula dalam darah lebih dari sepatutnya.

Diabetes dibahagi kepada tiga jenis:

1. Diabetes Jenis 1

Tubuh tidak menghasilkan insulin. Nama lain bagi jenis ini ialah insulin-dependent diabetes, juvenile diabetes, or early-onset diabetes. Ianya bermula kebiasaannya pada umur kurang dari 40 tahun, selalunya pada peringkat umur remaja atau belasan tahun.

Diabetes jenis 1 ini sangat jarang berlaku, hanya 10% dari keseluruhan kes diabetes adalah Jenis 1.

Pengidap diabetes jenis 1 perlu mengambil suntikan insulin sepanjang hayatnya. Dia perlu selalu mengambil ujian darah dan mematuhi diet pemakanan khas untuk kekal sihat.

2. Diabetes Jenis 2

Tubuh tidak menghasilkan insulin yang cukup ataupun sel-sel tubuh tidak bertindak dengan baik atau kurang sensitif terhadap insulin (kerintangan insulin).

Lebih kurang 90% dari keseluruhan kes diabetes di seluruh dunia adalah dari jenis 2.

Sesetengah orang mungkin boleh mengawal gejala kencing manis jenis 2 mereka dengan cara mengurangkan berat badan, mematuhi diet yang sihat, melakukan banyak senaman dan memantau tahap glukosa dalam darah mereka.

Walau bagaimanapun, diabetes jenis 2 biasanya adalah sejenis penyakit progresif jika tidak dikawal rapi - ia beransur-ansur menjadi lebih teruk - dan pesakit akhirnya mungkin perlu juga mengambil insulin.

Orang yang berlebihan berat badan dan obes (kegemukan) mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat diabetes jenis 2 berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang sihat.

Orang yang mempunyai banyak lemak visceral, juga dikenali sebagai obesiti di bahagian tengah, perut buncit, atau obesiti abdomen, sangatlah berisiko.

Berat badan berlebihan atau obesiti menyebabkan tubuh melepaskan bahan-bahan kimia yang boleh menjejaskan kestabilan sistem kardiovaskular dan metabolik badan.

Dengan berat badan yang berlebihan, tidak aktif secara fizikal dan memakan makanan yang salah - semua ini menambahkan risiko dihinggap diabetes jenis 2.

Hanya dengan meminum satu tin soda (minuman berkarbonat) sehari boleh meningkatkan risiko sebanyak 22% (dilaporkan oleh penyelidik dari Imperial College London dalam jurnal Diabetología ).

Para saintis percaya bahawa kesan minuman ringan bergula pada risiko diabetes adalah secara langsung, bukan sekadar mempengaruhi berat badan.

Risiko mendapat diabetes jenis 2 juga lebih besar apabila kita meningkat lebih tua. Pakar-pakar tidak pasti kenapa, tetapi mengatakan bahawa apabila kita semakin tua kita cenderung menambah berat badan dan menjadi kurang aktif secara fizikal.

Mereka yang mempunyai keturunan terdekat yang mengidap diabetes jenis 2 juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini.

Lelaki yang mempunyai tahap hormon testosterone yang rendah juga didapati mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat diabetes jenis 2.

3. Diabetes Gestasi

Jenis ini dihidapi oleh wanita semasa mengandung yang sebelumnya tidak pernah ada rekod diabetes.

Sesetengah wanita yang mengandung, tahap glukosa darah mereka sangat tinggi dan badan-badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk mengangkut semua glukosa ke dalam sel-sel badan, menyebabkan tahap glukosa darah meningkat secara progresif.

Diagnosis penyakit diabetes gestasi dibuat semasa mengandung

Majoriti pesakit diabetes gestasi boleh mengawal penyakit kencing manis mereka dengan senaman dan diet.

Antara 10% hingga 20% daripada mereka perlu mengambil beberapa jenis ubat untuk mengawal glukosa di dalam darah.

Diabetes gestasi yang tidak dikenalpasti atau tidak dikawal boleh meningkatkan risiko komplikasi semasa melahirkan anak. Mungkin bayi itu akan lebih besar daripada sepatutnya.

Ahli-ahli sains dari Institut Kesihatan Kebangsaan dan Universiti Harvard mendapati bahawa wanita yang diet mereka sebelum hamil, tinggi dengan lemak haiwan dan kolesterol mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk penyakit kencing manis semasa mengandung, berbanding dengan rakan-rakan mereka yang diet yang rendah kolesterol dan lemak haiwan.

Diabetes Adalah Gangguan Metabolisme

Diabetes (diabetes mellitus) dikelaskan sebagai gangguan metabolisme. Metabolisme merujuk kepada cara tubuh kita mencernakan makanan untuk menghasilkan tenaga dan pertumbuhan.

Kebanyakan apa yang kita makan dipecahkan menjadi glukosa. Glukosa adalah bentuk gula ringkas dalam darah - ia adalah sumber utama bahan api untuk badan kita.

Apabila makanan kita dihadamkan, glukosa itu akan masuk ke dalam aliran darah kita. Sel-sel kita menggunakan glukosa untuk tenaga dan pertumbuhan.

Walau bagaimanapun, glukosa tidak akan dapat masuk ke dalam sel-sel kita tanpa hadirnya insulin - insulin perlu untuk membolehkan sel-sel kita mengambil glukosa dari aliran darah.

Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Selepas makan, pankreas secara automatik mengeluarkan kuantiti insulin yang mencukupi untuk menggerakkan glukosa dari dalam darah masuk ke dalam sel.

Sebaik sahaja glukosa memasuki sel-sel, tahap glukosa dalam darah akan menurun.

Seseorang yang menghidap diabetes mempunyai keadaan di mana kuantiti glukosa dalam darah terlalu tinggi (hiperglisemia).

Ini adalah kerana badan samada tidak menghasilkan insulin yang cukup ataupun tidak menghasilkan insulin langsung, ataupun sel-sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin yang dihasilkan oleh pankreas.

Ini menyebabkan terlalu banyak glukosa terkumpul dalam darah. Glukosa darah yang berlebihan itu akhirnya dialirkan keluar dari badan melalui air kencing.

Jadi, walaupun darah mempunyai banyak glukosa tetapi sel-sel tidak boleh mendapatkannya untuk keperluan tenaga dan pertumbuhan yang sangat penting bagi tubuh.

Kenapa Ianya Dipanggil "Diabetes Mellitus"?

Perkataan 'diabetes' berasal dari bahasa Yunani (Greek), dan ia bermaksud "sifon" (siphon).

Seorang doktor Yunani pada abad kedua dari Cappadocia bernama Aretus, menamakan keadaan penyakit itu sebagai "diabainein".

Beliau menyifatkan pesakit yang membuang terlalu banyak air kecil (polyuria) adalah seperti sifon. Perkataan ini menjadi "diabetes" daripada adopsi Bahasa Inggeris daripada Bahasa Latin Zaman Pertengahan.

Pada tahun 1675, Thomas Willis menambah perkataan "mellitus" kepada istilah itu, walaupun ia biasanya disebut hanya sebagai diabetes.

"Mel" dalam bahasa Latin bermaksud "madu"; air kencing dan darah pesakit diabetes mempunyai glukosa yang berlebihan, dan glukosa manis seperti madu.

Diabetes mellitus secara literalnya bermakna "siphoning off sweet water" ataupun "sifon keluarkan air manis".

Di zaman China kuno, orang memperhatikan bahawa semut akan tertarik kepada air kencing sesetengah orang, kerana rasanya manis. Maka istilah "Penyakit Kencing Manis" pun tercipta.



sumber



Share:

Tahukah Anda 'Morning Sex' Bagus Untuk Kesihatan ?!

Tahukah Anda 'Morning Sex' Bagus Untuk Kesihatan ?!


Apa perkara pertama kebanyakan orang buat sebaik sahaja bangun dari tidur? Salah satu daripadanya pasti periksa bau nafas, bukan?

Lalu ke nak 'bercinta' sebaik bangun dari tidur? Dengan rambut berantakan, muka sembab, tahi mata 'bergantungan', 'morning breath' yang harum bak limau kasturi mungkin akan memotong stim saja.


Disebalik semua perkara buruk yang anda rasa dan fikirkan sebaik saja bangun tidur, hubungan seks pada waktu pagi sebenarnya sangat bermanfaat untuk kesihatan! Tak percaya? Jom tengok.


1. Mengurangkan tekanan darah

Prof. Musa Yakubu dari University of Ilorin berkata seks pada waktu pagi mengurangkan tekanan darah serta risiko serangan jantung.


2. Menguatkan sistem imun tubuh

'Bercinta' sekali atau dua kali sehari boleh meningkatkan kadar antibodi selain melindungi tubuh dari sebarang jangkitan kuman.


3. Buat anda semakin cantik

Mencapai orgasme ketika melakukan 'morning sex' akan melepaskan hormon oestrogen yang boleh membuatkan kulit dan rambut lebih sihat.


4. Mengurangkan risiko strok

Ahli sains dari Universiti Belfast mendapati 1,000 lelaki pertengahan usia yang melakukan hubungan seks dua hingga tiga kali seminggu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok sebanyak 50 peratus.

Semua penemuan berkenaan adalah hasil kajian pakar dan saintis. Bagaimana setiap pasangan menjalani kehidupan seks adalah bergantung kepada setiap individu itu sendiri.



sumber



Share:

(Video) Saintis Temui Cara Untuk Pesakit Lumpuh Kawal Organ Dengan Hanya Berfikir

Saintis Temui Cara Untuk Pesakit Lumpuh Kawal Organ Dengan Hanya Berfikir


Seorang lelaki yang lumpuh hampir separuh daripada anggota badannya telah berjaya menggerakkan bahagian tubuhnya yang lumpuh dengan hanya berfikir.

Kajian daripada eksperimen neuroprosthetics daripada Universiti Case Western Reserve di Ohio ini mendapat ilham daripada kes Stephen Hawking, telah menemui kaedah untuk membolehkan pesakit lumpuh menggerakkan anggota badan dengan menggunakan akal fikiran.

Saintis Temui Cara Untuk Pesakit Lumpuh Kawal Organ Dengan Hanya Berfikir

Pesakit yang dikenali sebagai Bill Kochevar, 53 tahun, lumpuh daripada bahagian leher ke bawah badannya sejak berusia 8 tahun. Beliau seterusnya dikenalkan kepada kumpulan penyelidik ini dan diuji dengan mesin “Functional Electrical Stimulation” dan “Intracortical Brain-Computer Interface”

Menakjubkan apabila Kochevar berjaya menggerakkan anggota tubuhnya dengan hanya berfikir dan ini memberi harapan kepada pesakit lumpuh untuk kembali bergerak seperti normal.





sumber



Share:

Slime Tire Sealant : Gajet Ini Memang Bantu Pemandu Wanita Yang Tak Reti Tukar Tayar Kereta Time Bocor

Slime Tire Sealant


Anda tak kan tahu bila tayar kereta akan alami kebocoran. Sebabnya malang itu tak berbaukan. Macam mana kalau tiba-tiba tayar kereta yang dipandu pancit.

Panikkan, lebih-lebih lagi jika anda memandu sendirian. Mana nak guna kudrat tukar tayar, nak panggil 'orang bengkel' bantu. Fuh! Memang berpeluh satu badan.

Dengan adanya teknologi yang canggih, rupanya sudah dicipta satu gajet membantu pemandu mengatasi masalah tayar bocor tanpa perlu menukar atau membuka tayar bermasalah.

Cara Guna


  1. Gajet Kit 'Slime Tire Sealant' ni mudah sangat nak digunakan. Caranya, sambungkan wayar penyambung dari kit ke 'socket cigarette'. Buka penutup angin dan sambung ke tiub angin.
  2. Tekan punat dan tunggu dalam empat minit atau ikut jumlah angin yang diperlukan untuk 1 tayar.
  3. Jangan cabut paku pada tayar. Bila angin dah penuh boleh jalan macam biasa. Anda ada dua pilihan. Sama ada nak guna angin saja atau gunakan slime yang ada dalam kit tersebut.
  4. Kalau kenderaan perlu berjalan jauh, bolehlah guna slime tu. Kalau setakat 25 ke 30 km boleh saja guna untuk angin.
  5. Dalam pada itu, carilah kedai tayar dan tampallah tayar yang bocor itu.


Syarat Tambahan:

  1. Cuma sesuai untuk tayar jenis tubeless
  2. Jenis kebocoran yang simple, misalnya tertusuk paku.
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan gajet ini.boleh klik di SINI





Share:

Orang Ramai Berjaya Bantu Keluarga Ini Cari Gaun Pengantin Berusia 146 Tahun Yang Hilang

Orang Ramai Berjaya Bantu Keluarga Ini Cari Gaun Pengantin Berusia 146 Tahun Yang Hilang


Gaun pengantin Tess Newall yang berusia 146 tahun yang hilang berjaya ditemui selepas statusnya di media sosial dikongsikan lebih 300,000 kali.

Gaun itu dikatakan hilang selepas ianya dihantarkan ke dobi untuk dicuci.

Difahamkan, gaun pengantin tersebut begitu berharga buat mereka sekeluarga kerana ia dibuat khas oleh moyang Tess Newall iaitu Dora pada tahun 1870.

Selepas majlis perkahwinan Tess berakhir, mereka terus menghantar gaun tersebut ke sebuah kedai dobi Kleen Cleaners yang terletak di Edinburgh, malangnya kedai dobi tersebut telah ditutup kerana bankrap.

Selepas status media sosial Tess menjadi viral, mereka telah menerima panggilan telefon daripada pemilik hartanah di situ selepas membaca kisah gaun tersebut. Ibu dan ayah Tess dibenarkan untuk masuk ke kedai itu untuk mencari gaun pengantin itu dan mereka berjaya menemui gaun tersebut yang masih belum dicuci lengkap dengan resit di dalam gaun berkenaan.

Orang Ramai Berjaya Bantu Keluarga Ini Cari Gaun Pengantin Berusia 146 Tahun Yang Hilang

Orang Ramai Berjaya Bantu Keluarga Ini Cari Gaun Pengantin Berusia 146 Tahun Yang Hilang

Orang Ramai Berjaya Bantu Keluarga Ini Cari Gaun Pengantin Berusia 146 Tahun Yang Hilang

Orang Ramai Berjaya Bantu Keluarga Ini Cari Gaun Pengantin Berusia 146 Tahun Yang Hilang

Orang Ramai Berjaya Bantu Keluarga Ini Cari Gaun Pengantin Berusia 146 Tahun Yang Hilang


sumber



Share:

Syiling Emas Seberat 100Kg Telah Dicuri Secara Misteri

Syiling Emas Seberat 100Kg Telah Dicuri Secara Misteri


Pernah tengok filem Italian Job, Ocean Eleven dan seumpama dengannya? Ia mengisahkan sekumpulan perompak merancang untuk merompak bagi mendapat hasil yang sangat lumayan.

Tahun ini, ia telah membuatkan cerita itu menjadi realiti apabila sekeping syiling emas seberat 100KG telah dicuri di sebuah Muzium secara misteri pada Isnin lalu.

Syiling emas tersebut bernilai US$1 juta (RM4.4 juta) yang mempunyai ukiran wajah Ratu Elizabeth II Of England.

Syiling Emas Seberat 100Kg Telah Dicuri Secara Misteri

Menurut polis Jerman, mereka mendapati satu tangga yang dipercayai digunakan untuk memasuki bangunan itu sebelum dijumpai di landasan kereta api yang terdekat.

Syiling tersebut dikenali sebagai 'Big Maple Leaf', dikeluarkan oleh Royal Canadian pada Mei 2007. Kepingan emas tersebut merupakan syiling emas terbesar di planet ini dan telah dipamerkan di Berlin sejak tahun 2010.


sumber


Share:

Elakkan 6 Perkara Ini Ketika Melakukan Hubungan Intim!

Elakkan 6 Perkara Ini Ketika Melakukan Hubungan Intim!


Sehebat mana pun kepakaran anda dalam memainkan peranan dalam memuaskan kehendak nafsu pasangan, pastinya ada detik mampu menguji keupayaan anda. Seks mungkin menyeronokkan buat anda, tetapi jangan biarkan hal tidak diingini menggugat prestasi.


1- LUKA

Siapa menyangka, anda berdua boleh ‘terluka’ ketika melakukan seks. Jika tidak berhati-hati ataupun terlalu rakus, luka boleh berlaku di bahagian-bahagian yang tertentu dan semestinya tidak diingini. Teknik, kelajuan dan keadaan persekitaran menyumbang kepada masalah ini. Kesakitan boleh mengundang mood yang tidak senang. Malah, jika luka lebih dalam ia mungkin lebih menyakitkan dan boleh memalukan anda.



2- GEMENTAR

Dia sudah menanggalkan pakaian dalamnya. Dan tiba pula giliran anda. Namun gementar menguasai diri apabila melihat kekurangan diri. Perut buncit dan lemak terkumpul di sana sini. Anda malu dan muka semakin merah padam .


Atasinya- Apa lagi yang perlu anda buktikan? Pastinya ada sudut menarik yang anda miliki sehingga boleh mengumpannya ke ranjang. Asahkan keyakinan anda dan sentiasa berbangga dengan diri sendiri.



3-GELI HATI

Ada masanya, jenaka berlaku tidak dirancang. Contohnya anda menggunakan ayat-ayat manis untuk mengumpannya, tetapi baginya pula ia satu tabiat melucukan. Bagaimana untuk teruskan jika keduanya masih bergelak ketawa. Dengan riak wajah dan bunyi mengerang yang lucu, maka gelak ketawa seperti sudah menjadi kebiasaan. Cara terbaik adalah dengan mengakui yang anda gementar, dan sedikit gurau senda dapat meredakan rasa gementar tersebut.



4- KEKENYANGAN

Burrrppp! Itu pula bunyi-bunyian yang sewajarnya anda elakkan terjadi terutama  apabila berada di atas ranjang bersamanya. Bukan sahaja bunyinya yang menjelikkan, namun adakala ia mengeluarkan bauan yang kurang enak lalu merosakkan mood romantis pasangan.  Sekiranya anda sudah menelan makanan berat, ambil masa untuk buat senaman kardio sebelum seks.



5- KEKEJANGAN

Kekejangan otot atau cramp boleh terjadi kepada sesiapapun tidak mengira usia dan jantina. Kebiasaan, kekejangan di kala seks boleh berlaku di bahagian tertentu seperti di belakang kaki (gastrocnemius), belakang paha (hamstrings) dan depan paha (quadriceps). Ketika seks, kekejangan otot boleh berlaku akibat penggunaan secara berlebihan terutama ketika klimaks.


Atasinya –Beritahu pasangan anda tentang kekejangan yang dialami. Masalah kekejangan sukar dijangka dan boleh berlaku bila-bila masa saja. Minta bantuan pasangan untuk membantu anda merenggangkan tekanan di otot yang kejang tersebut.



6-  ‘BAD KISSER’  

Akuilah, tidak semua mampu untuk lakukan ini dengan jayanya. Berciuman mungkin kedengaran agak mudah tetapi silap teknik anda mungkin gagal. Ciuman adalah antara teknik foreplay yang mujarab bagi merangsang libido. Jika ciuman pun masih gagal, bagaimana untuk anda teruskan ke tahap yang seterusnya.



sumber



Share:

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia Di Tempat Ke-106)

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara


Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.

Diet dan gaya hidup dari generasi ke generasi yang menjadi punca genetik sesuatu kaum di pelbagai negara. Hasilnya, setiap bangsa dan negara tidak mempunyai saiz zakar yang serupa semasa ereksi.

Berikut adalah saiz zakar purata semasa ereksi di seluruh dunia di negara-negara berdasarkan beberapa sumber dari yang paling panjang kepada paling pendek dalam lelaki berumur 26 hingga 40 tahun.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara

Menurut peta ini, Congo, Ecuador, Ghana, Colombia dan Venezuela adalah negara-negara yang mempunyai saiz purata zakar yang teratas di dunia, manakala Korea Selatan, Kemboja, Thailand, India dan Myanmar - semua di timur Asia - antara negara yang berada di ranking saiz purata zakar yang kecil.


Fakta Ringkas: 

  1. The Republic Dem. Congo menduduki tempat teratas, dengan saiz purata zakar para lelakinya adalah 7.1 inci atau 18cm 
  2. Kedua dalam senarai adalah Ecuador di mana saiz purata adalah 6.9 inci atau 17.5cm(diukur), dan Ghana adalah di tempat ke-4 dengan saiz purata sebanyak 6.8 inci atau17.3cm.
  3. Di kedudukan ke-5 adalah Colombia, di mana saiz purata adalah 6.7 inci atau 17cm(diukur), dan di tempat ke-6 adalah Venezuela, di mana saiz purata ialah 6.7 inci atau17cm (diukur).
  4. Di tempat ke-7 adalah Lubnan, diikuti dengan Jamaica di nombor 12, Brazil di nombor 15,Perancis pada nombor 17, Republik Czech di nombor 22, Belanda di nombor 27, Itali di nombor 31.
  5. Mesir telah diletakkan di kedudukan ke-33, Denmark pada nombor 42, Mexico di nombor49, Morocco pada nombor 51, Sweden di nombor 58, Greece di nombor 61, Cili di nombor64, Jerman di nombor 68, Norway pada nombor 72.
  6. United Kingdom di tempat ke-82, Sepanyol di nombor 85, Australia di nombor 94, Amerika Syarikat pada nombor 98, Ireland di nombor 99, Romania di nombor 101, Indonesia pada nombor 104, Malaysia di nombor 106.
  7. Kumpulan negara terakhir yang dianggap mempunyai saiz zakar terkecil adalah Jepun di nombor 110, China di nombor 112, India pada nombor 116, Thailand pada nombor 117,dan Korea Selatan di kedudukan ke-119.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara


(KLIK DISINI UNTUK GAMBAR YANG LEBIH JELAS)




Share:

Bila Waktu Subur Suami?

Bila Waktu Subur Suami?


Subur bagi kaum lelaki adalah pada kualiti spermanya mengikut keadaan serta waktu sekeliling. Sperma juga dipengaruhi oleh musim dan waktu. Jumlah sperma akan lebih banyak pada waktu pagi dan juga sewaktumusim sejuk. Ketika keadaan cuaca panas, kuantiti sperma aktif akan berkurang serta tidak berkualiti.

Testis lelaki amat sensitif pada suhu persekitarannya, di siang hari dan ketika cuaca panas, keadaan ini akan menjejaskan kualiti sperma dan boleh mengakibatkan kehidupan sperma menjadi lebih singkat. Kerana itu , lelaki tidak digalakkan mandi wap atau bersauna pada waktu tertentu.

Waktu subur suami di anggarkan pada jam 4.00 pagi sehingga 7.00 pagi dan ini adalah waktu yang sesuai untuk anda yang inginkan zuriat atau lebih mudah “senang lekat”.

Pada waktu ini , jumlah sperma lebih banyak dan sangat berkualiti. Untuk pasangan yang merancang zuriat digalakkan menunggu waktu subur kedua-dua suami isteri. Sebab itu, untuk pasangan yang “susah lekat” mereka digalakkan bercuti ke tempat yang menaraik untuk ketenangan minda. Suhu sujuk bilik ‘honeymoon’ akan menambah lagi kelebihan pada kesuburan anda.

Kualiti sperma juga amat mempengaruhi kesuburan lelaki untuk kehamilan isteri. Nak tahu bagaimana sperma kita ada masalah ke tak?


Bila Waktu Subur Suami?

5 ciri-ciri sperma yang bermasalah :

1. Sperma Terlampau Pekat
2. Sperma berwarna Coklat atau kemerahan (sperma yang sihat bewarna putih awan)
3. Sperma bewarna Kuning kehijauan (kemungkinan ada jangkitan kuman)
4. Jumlah sperma yang sedikit (sperma yang sihat akan menghasilkan 200-500 juta sel)
5. Sperma yang berbau busuk.

Sperma yang normal akan berbau seperti klorin, jika sperma anda berbau busuk, ini kemungkinan adanya infection.

Jadi perhatikan dan ambil tahu kualiti sperma anda bermula hari ini.


Apa Yang Perlu Anda Elakkan & Amalkan Untuk Subur :

  1. Gunakan seluar yang longgar, jangan terlampau ketat.
  2. Jauhi keadaan yang terdedah kepada bahan kimia atau radiasi.
  3. Kurangkan aktiviti di luar ketika cuaca panas.
  4. Elakkan minuman beralkohol dan daging merah.
  5. Pilih makanan yang berkhasiat untuk kesuburan.
  6. Berhenti merokok dan jauhi dari asap rokok.
  7. Kurangkan stress yang terlampau, yang boleh jejaskan hormon anda.
  8. Dapatkan berat badan yang ideal.
  9. Jauhi produk yang mengandungi steroid atau dadah terlarang.
  10. Amalkan produk herba yang selamat untuk kesihatan batin & hormon testosteron.



sumber


Share:

Ketahui Punca Dan Cara Atasi Penyakit Gastrik

Ketahui Punca Dan Cara Atasi Penyakit Gastrik


Penyakit gastrik menyerang tanpa mengira usia dan jantina. Gastrik membuatkan perut anda tidak selesa. Penyakit ini kebiasaanya berpunca dari gaya hidup seseorang.

Berikut merupakan infografik tentang punca serta cara untuk mengatasi penyakit ini.

Jom baca:

Ketahui Punca Dan Cara Atasi Penyakit Gastrik



Share:

Saturday, 15 April 2017

Apakah Maksud Keempat-Empat Warna Pasport Ini

Apakah Maksud Keempat-Empat Warna Pasport Ini


Tahukah anda hanya terdapat empat jenis warna pasport bagi seluruh dunia. Warna merah, hijau biru dan hitam.

Setiap warna ni mencerminkan negara tertentu dan kebanyakkan negara memilih warna merah dan biru. Setiap negara ada kebebasan untuk memilih warna pasport sendiri.

Hijau

Kebanyakkan negara Islam memilih warna hijau kerana ia simbol alam semula jadi dan kehidupan. Hijau juga digunakan negara-negara Economic Community of West African States (ECOWAS) seperti Nigeria dan Ghana.

Biru 

Menurut Vice President of Marketing Passport Index, Hrant Boghossian passport berwarna biru adalah untuk ‘negara-negara baru’ seperti Brazil, Argentina dan Uruguay. Indonesia juga menukar warna passport dari hijau kepada biru pada tahun 2014.

Hitam

Pasport bersampul hitam tampak lebih elegan dan rasmi. Beberapa negara yang menggunakan sampul hitam antara lain Republik Bostwana, Zambia, dan Selandia Baru.

Merah 

Passport berwarna merah pula dikatakan untuk negara yang menyertai negara-negara Uni Eropa dan negara yang tertarik menyertainya.

Hanya dengan passport kita boleh melawat 140 buah negara.



sumber



Share:

Kenali 4 Tanda Kanser Prostat


Kenali 4 Tanda Kanser Prostat


Kalau wanita sering dikaitkan dengan kanser payudara, kanser pelvik yang merupakan barah yang paling digeruni wanita, bagi lelaki kanser prostat merupakan mimpi ngeri buat lelaki.

Ia bersangkut paut dengan kelakuan seksual anda. Walaupun banyak data-data yang dikeluarkan, lelaki di usia 50 tahun yang mudah dijangkiti atau diserang penyakit ini, bukan bermakna anda di usia sebelum 50 bebas daripada penyakit ini.

suka diingatkan kanser prostat ini lebih senang menyerang bagi mereka yang berkulit hitam.


Lakukan pemeriksaan sekali setahun.

Jom kenal tanda-tanda awal kanser prostat:


1. Masalah kencing

Tidak boleh buang air kecil
Memiliki kesulitan memulakan atau menghentikan aliran urin
Sering merasa hendak membuang air kencing, terutama pada waktu malam
Aliran air kencing menjadi lemah
Rasa sakit ketika kencing

2. Kesulitan zakar mempunyai ereksi

3. Darah dalam urin atau air mani

4. Sering sakit di bawah punggung, pinggang, atau bahagian atas paha. Kadang-kadang, gejala-gejala ini disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Adalah penting bahawa anda berjumpa dan berbincang dengan doktor anda tentang gejala-gejala yang anda alami sehingga dapat didiagnosis dan dirawat segera.




sumber



Share:

Jangan Makan Halia Jika Ada 4 Masalah Kesihatan Ini Termasuk Wanita Hamil

Jangan Makan Halia Jika Ada 4 Masalah Kesihatan Ini Termasuk Wanita Hamil


Halia, sebagai yang diketahui umum, adalah herba yang sangat versatil. Ia boleh digunakan untuk tujuan memasak seperti ayam masak halia, dan juga untuk diminum yang dimasukkan ke dalam teh. Rasanya yang tersendiri sememangnya menambahkan rasa yang unik. Halia juga digunakan secara meluas dalam perubatan cina yang banyak menggunakan halia untuk membantu mengurangkan banyak masalah kesihatan.


Selain itu, ia juga digunakan sudah berabad lamanya dalam sektor kesihatan, terutama dalam perubatan cina. Halia terbukti dapat membantu meredakan tanda-tanda yang disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan, termasuklah mabuk, masalah penghadaman dan juga radang sendi. Ciri-ciri anti-keradangan semula jadi dan anti-oksida yang ada pada halia membuatkannya menjadi salah satu penyembuh semulajadi.

Walaupun halia mempunyai banyak kesan yang baik kepada kesihatan, namun ia boleh memberikan kesan negatif kepada seseorang yang mempunyai beberapa jenis masalah kesihatan tertentu ini. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah kesihatan ini, anda tidak digalakkan memakan atau meminum apa-apa sumber yang mempunyai sumber halia.

1. Wanita hamil

Halia mengandungi banyak perangsang yang menyokong kesihatan otot dan membantu penghadaman. Jika anda mengandung, perangsangan ini mungkin akan menyebabkan kontraksi pramatang dan kelahiran pramatang. Penggunaannya tidak digalakkan lebih-lebih lagi di hujung-hujung kehamilan. Jumlah halia yang sedikit boleh membantu mengurangkan loya pada waktu pagi di awal kehamilan, tetapi anda perlu berjumpa dengan pakar terlebih dahulu untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.


2. Masalah pada darah

Halia merangsang peredarah untuk meningkatkan pengaliran darah. Bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti atau diabetis, halia sangat membantu memberi kesan positif. Namun, bagi mereka yang menghidap penyakit hemofilia, ia boleh memberikan kesan negatif. Hemofilia adalah masalah genetik yang disebabkan oleh kehilangan atau kerosakan faktor VIII iaitu pembekuan protin.

Tanpa protin ini, darah tidak dapat membeku dengan berkesan. Kecederaan kecil boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk dan juga berkemungkinan menghadapi risiko kematian. Kebolehan halia untuk merangsang peredaran darah boleh meneutralkan kesan ubat, yang akan menyebabkan pendarahan yang teruk.

3. Mengambil ubatan tertentu

Jika anda sedang dalam pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit tekanan darah tinggi atau diabetis, halia boleh memberikan kesan tidak baik kepada kondisi anda. Halia merangsang penipisan darah dan mengurangkan tekanan darah, yang mana bagus untuk badan, tetapi tidak bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan ini.

Apabila halia bergabung dengan anticoagulants, beta-blockers atau ubat insulin, ia akan memberikan kesan buruk pada badan dengan mengurangkan kesan ubat-ubatan ini pada badan.

4. Masalah kurang berat badan

Jika anda mengalami masalah untuk menambahkan berat badan, elakkan untuk mengambil halia atau makanan tambahan yang mengandungi halia. Halia mempunyai serat yang tinggi, dan ia meningkatkan tahap pH pada perut dan merangsang enzim-enzim penghadaman. Ia boleh membantu pembakaran lemak dan juga mengurangkan keinginan untuk makan. Pengambilan teh halia atau makanan tambahan mengandungi halia akan membuatkan pengurangan berat badan, rambut gugur, ketidakstabilan kitaran haid dan juga jisim otot yang kurang kepada mereka yang sudah sememangnya kurang berat badan.

Alternatif bagi halia

Jika anda mengalami salah satu daripada masalah-masalah ini tetapi mahu menambahkan rasa pedas dan garing pada makanan anda, terdapat beberapa pengganti halia yang anda boleh gunakan. Cuba guna lada benggala, lada merah, atau paprika untuk menambahkan rasa ekstra pada makanan anda. Selamat mencuba!



sumber



Share:

Mahukan Anak Kembar? Makan Ubi Kayu

Mahukan Anak Kembar? Makan Ubi Kayu


Melahirkan anak merupakan impian buat pasangan yang sudah berkahwin. Malah, ada yang mendambakan anak perempuan mahupun lelaki.

Namun, ada pula yang mengharapkan mempunyai anak kembar kerana anak kembar dianggap lucu dan menyenangkan. Tapi seperti yang kita ketahui, peluang untuk memiliki anak kembar tidaklah tinggi.

Hanya orang-orang tertentu dan beruntung sahaja yang mampu mendapatkan anak kembar.

Walaupun demikian, bukan bererti impian para pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak kembar terus musnah.

Ada pelbagai cara yang dapat dilakukan untuk meningkatkan kemungkinan ini.

Salah satunya adalah dengan makan makanan berasaskan ubi kayu.

Makanan berasaskan ubi kayu dipercayai mampu meningkatkan peluang mendapatkan anak kembar sehingga 50%.

Hal ini kerana ubi kayu mengeluarkan hormon GnRH. Hormon GnRH ini mampu menipu otak menganggap kurangnya estrogen dalam tubuh.

Otak akan mengeluarkan gonadotropin yang mampu meningkatkan ovulasi, memetik portal TribunStyle.com.

Bukan hanya ubi kayu, makanan seperti olahan susu untuk diet, makanan mengandungi folat, inti buah nanas dan kekacang juga dipercayai mampu meningkatkan kemungkinan hamil bayi kembar.




Share:

Hilangkan Bintik Hitam Di Muka Dengan Berus Gigi

Hilangkan Bintik Hitam Di Muka Dengan Berus Gigi


Bintik hitam pada muka? Jangan risau, ini ada jalan penyelesaian mudah yang anda boleh cuba buat di rumah.

Dengan menggunakan berus gigi, masalah bintik hitam akan hilang dengan segera.

Bahan-bahan

Sediakan 1 sudu teh ubat gigi

1 sudu teh serbuk penaik

Air suam secukupnya

Tuala

Langkah-langkah penyediaan

1. Cuci wajah sehingga bersih terlebih dahulu

2. Ambil tuala dan celup ke dalam air suam, kemudian usap tuala tersebut pada kawasan berbintik. Tujuan ini adalah untuk membuka liang pori serta mencegah bakteria dari tangan dan kuku masuk ke liang pori.

3. Sediakan satu bekas, campur ubat gigi, serbuk penaik dan air kedalam bekas tersebut. Kacau hingga rata.

4. Sapu campuran ubat gigi tadi di bahagian berbintik hitam, gosok dengan berus gigi selama beberapa minit.

5. Selepas gosok, korang biarkan 1-2 minit sebelum cuci muka korang dengan air suam.

Selamat mencuba!



sumber



Share:

Petua Nak Hilangkan Bintik Hitam Pada Pakaian


Petua Nak Hilangkan Bintik Hitam Pada Pakaian


Kalau pakaian korang ada jeragat atau bintik hitam kecil yang banyak, ketahuilah itu sebenarnya kulat yang tumbuh pada baju akibat baju tersebut tidak kering atau lembap.

Dah basuh banyak kali pun masih tak hilang kan? Haa jangan risau , kami ada petua untuk korang hilangkan bintik hitam tersebut. Baca ni:

1. Campur cuka dalam setengah liter air

2. Rendam pakaian yang berbintik hitam ke dalam air campuran cuka semalaman.

3. Keesokannya, cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa.

4. Sediakan air panas yang dah dicampur dengan jeruk nipis.

5. Bilas pakaian dengan air suam hangat campuran jeruk nipis tadi.

6. Biar pakaian korang selama beberapa saat dalam air hangat campuran jeruk nipis.

7. Kemudian, cuci kembali guna sabun atau detergen

8. Bilas guna air bersih

9. Kemudian korang jemur sampai kering

Kemudian, ini pula tips nak elak bintik hitam timbul pada pakaian: 

-kalau korang seorang yang kuat berpeluh, pastikan baju tersebut terus dicuci. Jangan biarkan terperuk.

-Kalau cuci baju, jangan biarkan samapi 2,3 hari baru nak jemur. Siap cuci terus jemur tau!

-Pastikan baju yang dijemur kering dengan betul, jangan angkat selagi baju tak kering.



sumber



Share:

Info : Warna Darah Haid Menunjukkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan

Info : Warna Darah Haid Menunjukkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan


Datang bulan pasti merupakan mimpi buruk, bukan? Bukan disebabkan perlu menggantikan tuala wanita selang beberapa jam, tetapi sakit perut yang dirasakan itu benar-benar menyakitkan.

Belum lagi perasaan yang naik dan turun, semuanya dirasakan tidak betul. Percaya atau tidak, sebenarnya warna darah pada haid itu boleh menunjukkan bagaimana keadaan tubuh anda.

Walaupun anda mungkin jarang memeriksa warna darah yang ada pada tuala wanita, sebaiknya periksa dahulu sebelum membuangnya kerana ini boleh mengesan penyakit yang berbahaya pada tubuh.

Lebih baik mencegah daripada mengubati, sebaiknya jika kita boleh periksa setiap bulan. Bagaimana cara kita membezakan setiap warna darah kita?

Merah muda

Ini bermakna, anda sedang mengalami anemia atau kekurangan darah. Namun, jika dalam masa subur dan sudah berkahwin, ini adalah tanda kehamilan muda. Sel telur yang sudah dibuahi dan melekat di dinding rahim ini boleh menyebabkan sedikit pendarahan pada wanita, jangan bimbang ya.

Merah terang

Jika warna darah haid berwarna merah terang, anda dalam keadaan yang sihat. Dinding rahim melebur dalam kelajuan yang normal dan selepas haid habis, tiada darah yang tertinggal di dalam rahim. Yang perlu anda perhatikan adalah jika selama 8 hari atau lebih dengan warna darah seperti ini. Anda perlu segera membuat pemeriksaan diri ke doktor.

Merah tua

Pada hari kedua dan ketiga, darah yang keluar sudah seperti paip bocor yang tidak berhenti-henti. Mungkin ada gumpalan merah tua yang keluar dalam masa 2-3 hari ini. Jangan panik, semua ini sebenarnya normal kerana rahim sedang bekerja untuk mengeluarkan gumpalan tersebut. Jika terus berlanjut hingga hari ke-4 dan seterusnya, berkemungkinan rahim ada tumor dan harus segera berjumpa doktor. Jika ada gumpalan darah berwarna kelabu, anda mungkin sedang mengalami keguguran.

Merah jingga

Jika darah haid berwarna merah jingga, haruslah memperhatikannya kerana ini adalah darah dari leher rahim yang bercampur dengan darah dari tubuh (tidak membahayakan tubuh). Tapi, berkemungkinan adalah tanda awal dari jangkitan faraj yang merubah warna darah haid. Tanda lain adalah baunya tidak sedap. Jika ada beberapa tanda ini, teruslah berjumpa doktor.

Coklat tua

Kalau ada warna coklat tua seperti ini, anda harus lebih berhati-hati. Darah yang ada dalam kandunganmu itu beku kerana peredaran darah yang berjalan ke arah rahim terlalu panjang. Jangan bimbang, anda hanya perlu pergi ke doktor dan meminta rawatan untuk melancarkan peredaran darah sahaja. Tapi jika warna darah berwarna kuning, berkemungkinan ada jangkitan pada bahagian rahim dan harus segera berjumpa doktor.

Selain warna haid, ada 3 perkara yang perlu juga anda perhatikan seperti berikut.

Jumlah darah yang banyak

Jika darah haid keluar cukup banyak, tidak perlu bimbang, semuanya itu normal kerana rahim mengeluarkan sel telur yang tidak disenyawakan. Tapi jika hingga terpaksa menggunakan lebih dari 5 tuala wanita dalam sehari, perlulah segera memeriksa ke doktor.

Darah haid sedikit

Seharusnya mengeluarkan darah cukup banyak pada hari pertama dan kedua, tetapi darah yang keluar malah sedikit dan berwarna coklat muda, mungkin ini disebabkan oleh hormon yang tidak lancar. Mungkin berlaku pada bulan-bulan awal kehamilan, selain itu, tiada perkara yang perlu diperhatikan.

Tiada haid sama sekali

Jika kamu tiada haid sama sekali, segeralah berjumpa doktor. Jangan tunggu hingga semuanya terlambat. Ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan anda tidak datang bulan, salah satu alasannya adalah sedang hamil. Tapi ada juga kemungkinan lain seperti perubahan berat badan yang terlalu cepat ataupun terjangkit suatu penyakit. Namun, jika anda sedang stress, haid bulan juga boleh terjejas.



sumber



Share:

Sos Edisi Terhad McDonald 1998 dijual dengan harga RM64,863

Sos Edisi Terhad McDonald 1998 dijual dengan harga RM64,863


BEIJING - CHINA. Sos pencicah McDonald keluaran khas menjadi tajuk utama media di China selepas sos vintaj itu dijual di eBay bersama sos perisa lain dengan nilai $14,700 (RM 64,863) minggu ini.

Pek sos teriyaki "Mulan Szechuan"  hanya dijual di beberapa negara barat pada tahun 1998, ketika rangkaian makanan segera itu mempromosikan filem animasi Disney Mulan.

Ia diletakkan dalam lelongan di eBay bersama-sama dengan sos wasabi oleh seorang penjual dari Britain minggu ini, lapor Beijing Evening News.

Penjual berkata, dia telah menemui dua paket sos pencicah edisi terhad itu semasa mencuci sebuah kereta lama.

Sos Edisi Terhad McDonald 1998 dijual dengan harga RM64,863

Sos pencicah itu menerima 187 bidaan sebelum dijual dengan harga $14,700 (RM 64,863).

"Saya berharap sesiapa yang mahu untuk makan sos yang berusia 20 tahun ini, sila dapatkannya.

"Saya lebih suka ia tidak dijual kepada pengumpul," tulis penjual itu dilaman eBay.

Masakan Sichuan yang berasal dari barat daya China, Sichuan mempunyai ciri ciri, pedas, masam, dan manis.

Sos pencicah teriyaki Mulan Szechuan digambarkan berasa manis, masam dan pedas.

Sos itu menjadi perhatian semula selepas disebut dalam animasi popular Amerika Ricky and Morty.

Dalam tayangan perdana musim ketiga yang ditayangkan pada 1 April, watak utama Rick memberitahu Morty "Saya mahukan McNugget dengan sos pencicah Szechuan."

Susulan itu, beribu-ribu peminat memulakan petisyen dalam talian menuntut McDonald memperkenalkan kembali sos berkenaan.

Petisyen itu telah ditandatangani oleh 35,000 tandatangan oleh Khamis. - South China Morning Post



sumber



Share:

Inilah Fungsi Sebenar Bola-Bola Yang Berada Di Kabel Elektrik

Inilah Fungsi Sebenar Bola-Bola Yang Berada Di Kabel Elektrik


Kalau anda seorang yang benar-benar tumpukan perhatian pada setiap benda yang ada disekeliling, pasti anda sedar akan kewujudan bola-bola berwarna yang tergantung pada kabel elektrik.

Bebola berkenaan bukanlah sekadar hiasan, malah sebaliknya ia mempunyai fungsi asas kepada manusia.

Inilah Fungsi Sebenar Bola-Bola Yang Berada Di Kabel Elektrik

Dikenali sebagai Aerial Marker Ball, ataupun Bebola Penanda Udara, ia mempunyai tujuan sebagai amaran kepada kapal terbang atau helikopter yang terbang pada ketinggian rendah, agar tidak berlanggar dengan kabel. Kebiasaannya, bebola ini ditandakan dengan warna oren, merah, mahupun putih.

Inilah Fungsi Sebenar Bola-Bola Yang Berada Di Kabel Elektrik

Selain bebola ini, terdapat juga penanda kepada kabel, yang dikenali sebagai Balisor. Balisor merupakan sistem lampu yang menyala, dan mempunyai fungsi sama seperti bebola penanda.



sumber


Share:

4 Sebab Kenapa FAST AND FURIOUS 8 Kali Ini Lain Dari Yang Lain!

Recommend us on Google!

Blog Archive

Artikel Terbaru

Baca Juga