October 2015 ~ Bila Han Bercerita

Monday, 26 October 2015

Kejernihan Air Banjir Di Jepun Amat Mengejutkan Dunia!

Kejernihan Air Banjir Di Jepun Amat Mengejutkan Dunia!

Kejernihan Air Banjir Di Jepun Amat Mengejutkan Dunia!


Ribut taufan 'Ai Tao' melanda Jepun pada 9hb September, Rabu lalu menyebabkan beberapa tempat seperti Tochigi dan Wilayah Ibaraki mengalami hujan yang sangat lebat.

Banyak bahagian sungai berlaku banjir sehingga ke kawasan jalanraya, termasuk laluan bawah tanah turut dibanjiri air.

Apa yang membezakan keadaan banjir negara kita dengan Jepun adalah air banjir di laluan bawah tanah di Jepun pun sangat jernih.  

Kejernihan Air Banjir Di Jepun Amat Mengejutkan Dunia!

Kejernihan Air Banjir Di Jepun Amat Mengejutkan Dunia!


Tiga gambar mengenai keadaan banjir di lalaun bawah tanah Jepun yang dimuat naik oleh " Abnormal Pepper" pelukis kartun dari China pada laman facebooknya sungguh memeranjatkan para netizen.

Ini kerana ketiga-tiga gambar tersebut menunjukan kejernihan air banjir di laluan bawah tanah itu sungguh tidak disangkakan, berikutan tiada langsung sampah-sarap yang terapung di atas permukaan air banjir berkenaan, samada puntung rokok, beg plastik atau daun.


Lebih menabjukkan kejernihan air banjir itu sama seperti air paip, tanpa berwarna kekuningan akibat berkandungan tanah lumpur.

sumber foto : Facebook 'Abnormal Pepper'

sumber


Share:

Sunday, 25 October 2015

PERODUA pertimbang naikkan harga kereta akibat penyusutan ringgit

PERODUA pertimbang naikkan harga kereta akibat penyusutan ringgit


PETALING JAYA: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), mempertimbang untuk menaikkan harga kenderaan keluarannya ekoran penyusutan nilai ringgit ketika ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata pertimbangan itu dibuat selepas syarikat pengeluar kereta kompak nasional mencatat penyusutan keuntungan sebelum cukai sebanyak lima peratus setakat ini.

"Kejatuhan nilai ringgit memberi impak kepada kos operasi syarikat untuk jangka masa panjang. Kita cuba mengekalkan harga untuk semua model keluaran PERODUA namun penyusutan nilai ringgit yang berterusan menyebabkan kita perlu menilai semula harga," katanya selepas pelancaran PERODUA Sentral di sini, hari ini.

‎PERODUA Sentral, iaitu pusat sehenti kepada pelanggan jenama itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Yang turut hadir, Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmat Kamaludin; Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad; dan Ketua Pegawai Operasi PERODUA, Dr Zahari Husin.

Mengulas perkara sama, Asmat berkata, PERODUA akan terus memantau kos operasi syarikat dan berhubung dengan vendornya bagi mengembangkan langkah penjimatan dalam situasi ekonomi serba mencabar ketika ini.

"Walaupun penggunaan komponen tempatan kenderaan keluaran PERODUA pada purata 90 peratus, bakinya masih diimport, yang mana penyusutan nilai ringgit ketika ini memberi sedikit impak kepada syarikat.

"Kita sedaya upaya mengekalkan harga semasa dan cuba bertahan hingga nilai ringgit mencapai paras tertentu, namun ia (nilai ringgit) terus bertahan pada paras rendah menyebabkan PERODUA terpaksa berbuat sesuatu," katanya.

PERODUA Sentral dibangunkan di tapak seluas 15,700 meter persegi membabitkan pelaburan RM36 juta. Beroperasi sejak 5 Mei lalu, ia menawarkan perkhidmatan komprehensif kepada pelanggannya termasuk pusat jualan hingga perkhidmatan servis. Malah PERODUA Sentral turut menawarkan perkhidmatan kaunter JPJ dan mesin ATM untuk kemudahan pelanggannya serta penduduk setempat.

sumber


Share:

Seorang Kakitangan Google Pilih Untuk Tinggal Dalam Trak

Seorang Kakitangan Google Pilih Untuk Tinggal Dalam Trak


Seorang jurutera syarikat terkemuka Google berjaya membuktikan bahawa gaya hidupnya dengan tinggal di dalam sebuah trak kosong mampu menjimatkan 90 peratus daripada jumlah gajinya setiap bulan.

Brandon, 23 berkata dia mampu menyimpan keseluruhan pendapatannya kerana tidak perlu menyewa rumah di kawasan Bay Area, San Francissco sebaliknya hanya tidur di dalam sebuah trak sejak lima bulan lalu.

Bermula dengan latihan amali dan kemudian bekerja di situ namun kecewa kerana terpaksa membelanjakan wang sebanyak AS$2, 000 (RM 8,500) sebulan hanya untuk membayar sewa apartment.

Jadi, Brandon mengambil keputusan untuk membeli sebuah trak dengan harga AS$ 10,000 (RM 43,000) dan meletakkannya di tempat letak kereta Google serta menggunakan kemudahan syarikat itu untuk makan, mandi dan lain-lain keperluan dirinya.

P/s: betul punya berjimat ni..komfom masyuk dia ni


Share:

Pelajar Wanita Ini Nekad Tinggalkan Apartment Dan Tinggal Dalam Kereta Api

Pelajar Wanita Ini Nekad Tinggalkan Apartment Dan Tinggal Dalam Kereta Api


Seorang pelajar Jerman telah menemui satu cara baru untuk mengelakkan dirinya daripada membayar sewa rumah iaitu dengan hidup dalam kereta api.

Leonie Muller, seorang pelajar berusia 23 tahun dari Universiti Tubingen berhampiran Stuttgart mengambil keputusan untuk berhenti menyewa selepas bertengkar dengan tuan rumah tersebut. Dia kemudiannya membeli langganan yang membolehkan dia pergi ke mana sahaja mengikut kereta api ini seluruh Jerman.

“Semuanya bermula dengan pertikaian saya dengan tuan rumah. Saya serta merta membuat keputusan tidak mahu tinggal di sana lagi dan kemudian menyedari yang saya tak mahu tinggal di mana-mana pun,” jelasnya.

Dia mencuci rambutnya di dalam tandas kereta api. Belajar di dalam kereta api sambil melihat seluruh negaranya melalui tingkap adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Dia hanya membawa beberapa pakaian dalam beg kecil, komputer riba, dokumen kolej dan peralatan mandian.

Jumlah total tiket kereta api  £240 dan sewa rumahnya £290 jadi dia boleh berjimat. Ini juga adalah peluang Leonie untuk berjumpa kawan-kawannya yang selama ini tinggal jauh daripadanya. Thesis gadis ini juga akan berkisarkan mengenai pengalamannya sepanjang tinggal dalam kereta api.

sumber


Share:

'Stagefright' ancaman buat pengguna telefon Android

'Stagefright' ancaman buat pengguna telefon Android


FORTINET memberi amaran kepada pengguna Malaysia mengenai satu kerentanan kritikal yang didapati dalam sistem operasi Android akan membolehkan penggodam memperoleh akses kepada peranti mudah alih mereka dengan hanya menggunakan mesej multimedia tunggal.

Disifatkan sebagai salah satu ancaman paling kritikal yang ditemui dalam Android setakat ini', ‘Stagefright’ membolehkan telefon digodam dengan hanya satu MMS berniat jahat.

Penyelidik Keselamatan di FortiGuard Labs Fortinet, Ruchna Nigam berkata,  paling mengejutkan adalah mangsa tidak perlu membuka mesej atau menonton video tersebut untuk mengaktifkannya.

‘Stagefright’ boleh menyerang sebarang telefon pintar, tablet atau peranti lain yang menggunakan Android 2.2 atau ke atas.

“Ini meletakkan 95 peratus peranti Android dalam risiko untuk ‘dirampas’. Kedudukannya yang mudah terdedah kepada ancaman dianggap amat serius memandangkan ia boleh dieksploitasi tanpa sebarang interaksi pengguna,” kata. “Serangan dan malware lain untuk telefon Android biasanya memerlukan interaksi pengguna seperti memasang satu aplikasi, mengklik satu pautan atau membuka satu MMS.

Apa yang lebih teruk lagi adalah mesej yang diterima itu juga boleh dipadamkan, tanpa meninggalkan sebarang kesan percubaan serangan pada telefon mangsa itu.”

Nigam menjelaskan bahawa rampasan keselamatan berfungsi dengan mengambil kesempatan daripada perpustakaan media terbina dalam Android yang memproses beberapa format media yang popular. Satu fail media berniat jahat boleh direka khas dan dihantar ke telefon mudah alih pengguna melalui MMS.

Apabila menerima ‘mesej’ itu, aplikasi yang bertanggungjawab mengendalikan mesej sedemikian akan memaparkan prebiu mesej yang diterima di bidai Pemberitahuan. Satu serangan berkesan akan mengakibatkan kod rentan dipacukan pada telefon.

“Penyerang hanya perlukan nombor telefon mangsa untuk mengaktifkan ‘Stagefright’. Peranti yang menggunakan versi Android 4.1 “Jelly Bean” atau lebih awal yang belum dimuatkan (unpatched) dianggap paling berisiko disebabkan pengurangan serangan yang tidak memadai,” ingatnya.

Yang membimbangkan adalah kerentanan ini turut menjejaskan Mozilla Firefox – yang menggunakan perpustakaan yang sama atas semua platform kecuali Linux. Ia telah dimuatkan (patched) dalam Firefox versi 38 dan pengguna dinasihatkan mengemaskini pelayar (browser) masing-masing.

sumber


Share:
loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...