February 2015 ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 26 February 2015

Para penyelidik terkejut jumpa 'mumia' dalam patung Buddha

Para penyelidik terkejut jumpa 'mumia' dalam patung Buddha


AMERSFOORT - BELANDA. Sekumpulan para penyelidik terkejut apabila melihat rangka manusia terdapat dalam sebuah patung Buddha yang berusia lebih 1000 tahun.

Memetik laporan sebuah portal hari ini, 'mumia' yang dipercayai seorang Ketua Sami Buddha bernama Liuquan dijumpai berada dalam kedudukan sama seperti posisi patung Buddha.

Penemuan tersebut dilaporkan sebaik sahaja penyelidik dari sebuah institut perubatan melakukan imbasan Computed Tomography (CT) ke atas patung Buddha tersebut.

Penyelidik turut melaporkan penemuan secebis kertas yang mengandungi tulisan Cina lama.

Liuquan dikatakan memilih patung tersebut untuk dijadikan tempat istirehatnya yang abadi.

Dia percaya itu merupakan satu langkah yang membawanya kepada ketenangan abadi, lapor portal terbabit. Patung Buddha kuno itu dipamerkan di Muzium Drents, Belanda.

sumber


Share:

Anak Jackie Chan Botakkan Rambut Simbolik Untuk Berubah

Anak Jackie Chan Botakkan Rambut Simbolik Untuk Berubah


Anak kepada pelakon Jackie Chan, Jaycee yang baru dibebaskan dari penjara akibat penyalahgunaan dadah telah mengambil langkah positif untuk berubah menjadi lebih baik.

Menerusi akaun sosial Weibo miliknya, Jaycee telah memuatnaik foto bapanya yang sedang memotong rambutnya sambil tersenyum, manakala gambar kedua pula menunjukkan gaya rambut barunya.

Ramai beranggapan, tindakan ini adalah simbolik dirinya yang ingin berubah dan seterusnya keluar daripada episod hitam yang pernah melanca dirinya.

Dalam pada itu, peminat Jaycee turut memberikan kata-kata positif dengan tindakannya ini dan memberikan sokongan moral.

Untuk rekod, Jaycee telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana melindungi individu yang terlibat dalam penggunaan dadah selepas polis menjumpai 100 gram marijuana di rumahnya, tahun lalu.

sumber


Share:

Shah Rukh Khan mampu menghisap 100 batang rokok sehari dan tekad mahu berubah

Shah Rukh Khan mampu menghisap 100 batang rokok sehari dan tekad mahu berubah


Pelakon terkenal Bollywood, Shahrukh Khan mengambil langkah drastik apabila melibatkan diri dalam kempen yang dinamakan 'We Don't Talk To People Who Smoke' bagi membantu menghentikan masalah ketagihan merokok serius yang dialaminya.

Shahrukh yang sebelum ini mendedahkan dirinya mampu menghabiskan 100 batang rokok sehari pernah cuba untuk berhenti namun sentiasa gagal.

Pelakon ini telah memuatnaik sekeping foto di akaun Twitter bagi menunjukkan kepada peminatnya bahawa dia serius menjalankan kempennya itu. Diharapkan dengan menyertai kempen ini, Shahrukh mampu untuk meninggalkan terus tabiat buruk ini.

Difahamkan, selain menghadapi masalah ketagihan rokok, pelakon ini juga dikatakan mengalami masalah pengambilan kafein melampau apabila mampu menghabiskan 30 cawan kopi sehari.

sumber


Share:

Saleem dan Iklim kembali bersatu selepas 11 tahun menyepi

Saleem dan Iklim kembali bersatu selepas 11 tahun menyepi


Kumpulan Iklim yang kali terkahir melancarkan album pada tahun 2006 menerusi album Bunga Emas bakal mengubat kerinduan peminat apabila bakal muncul dengan konsert pada 7 Mac 2015 ini di Marina Bay Muar, Johor.

Acara ini pasti menjadi sejarah baru buat Iklim apabila mereka akan bersatu di atas satu pentas selepas 11 tahun. Konsert anjuran Empire Iklim dan ML Capital Sdn. Bhd akan berlangsung pada jam 8.30 malam.

“Kami semua tidak sabar menantikan tarikh tersebut, kami juga rindukan peminat kami yang dahulu. Mungkin mereka semua sudah berkeluarga dan ada anak seperti kami. Jadi bawalah anak-anak generasi baru ini untuk lihat persembahan ‘otai’ rock. Kami juga ingin melihat reaksi anak muda hari ini terutamanya peminat muzik rock samada mereka boleh menerima rock daripada kami atau tidak," ujar pemain gitar kumpula ini, Umarul.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan tiket konsert berharga RM50.00 ini boleh mengunjungi kaunter yang dibuka setiap hari di Marina Bay Muar, Johor. Tempahan juga boleh dibuat dengan menghubungi talian 012-7991428 atau 012-7991638.

Untuk mendapatkan info tentang konsert ini boleh melayari laman facebook ‘EMPAYAR IKLIM OFFICIAL’. Konsert ini juga turut dijayakan oleh Best FM sebagai rakan radio rasmi.

sumber

P/s: rindu gile ngan iklim.huhhh.selalu abang saleem gerak nyanyi sendiri.sekarang dah dengan iklim balik.baru feel


Share:

Anak David Beckham Disingkarkan Dari Arsenal

Anak David Brckham Disingkarkan Dari Arsenal


Impian anak lelaki sulung David Beckham, Brooklyn, untuk mengecapi kejayaan sebagai pemain bola sepak seperti bapanya, nampaknya tidak semudah yang disangka.

Brooklyn mendaftar masuk ke Akademi Hale End awal musim ini. Akademi itu menjadi batu loncatan kepada ramai remaja untuk menyertai pasukan berprofil tinggi iaitu Arsenal.

Namun Brooklyn, 15, dikhabarkan tidak akan ditawarkan kontrak biasiswa bersama akademi itu musim hadapan.

Khabar itu agak mengejutkan memandangkan Brooklyn turut dipanggil menyertai skuad bawah 18 tahun Arsenal baru-baru ini.

Biarpun tidak terpilih, namun jurulatih tetap berpendapat Brooklyn punya potensi. Pun begitu keputusan untuk tidak menawarkan tempat kepada Brooklyn adalah kerana dia berpendapat ada yang lebih layak.

Selain Brooklyn, dua adiknya, Romeo dan Cruz, turut menyertai akademi berkenaan. Cruz, 10, dikatakan paling berbakat di antara tiga beradik itu.

sumber


Share:

New Balance mohon maaf isu penjualan kasut kulit babi

New Balance mohon maaf isu penjualan kasut kulit babi


New Balance Malaysia hari ini mengeluarkan permohonan maaf menerusi laman Facebook rasmi mengenai isu penjualan kasut kulit babi pada minggu lalu.

Sebuah butiknya yang beroperasi di Queensbay Mall, Pulau Pinang dikatakan tidak sensitif kepada pengunjung beragama Islam apabila meletakkan kasut kulit babi di ruang hadapan premis tanpa amaran yang jelas.

Seorang pengguna Facebook sebelum ini telah memuat naik status yang menyatakkan kekecewaannya terhadap situasi yang dialami sendiri itu.

Antara kandungan kenyataan maaf daripada New Balance Malaysia itu merangkumi beberapa tindakan serius akan diambil bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang.

Bagi menghormati sensitiviti masyarakat beragama Islam, pengedar akan meletakkan papan tanda dengan tulisan bersaiz besar untuk produk yang menggunakan kulit babi. Papan tanda berkenaan akan diletakkan pada kedudukan yang mudah dilihat.

Selain itu langkah drastik lain yang akan diambil adalah membalut kasut yang menggunakan material kulit babi dengan plastik.

Pihak New Balance Malaysia turut menjelaskan kebanyakan kasut yang dibuat di Amerika Syarikat dan United Kingdom menggunakan bahan berasaskan kulit babi.

Namun, sebanyak 574 model termasuk kasut larian, sepatu sukan dan gim tidak menggunakan kulit haiwan dan boleh digunakan oleh pengguna Islam.

sumber


Share:

(VIDEO) Trafik sesak akibat hujan wang kertas di Dubai

Trafik sesak akibat hujan wang kertas di Dubai

Kalau sebelum ni han pernah share artikel duit bersepah di jalanraya di hongkong sebanyak RM 7 juta jika ditukarkan ke Ringgit Malaysia..Yang ni pulak kat dubai.nak tau apa cite??jom baca

DUBAI - Pengguna jalan raya di bandar ini hampir tidak mempercayai mata mereka apabila melihat wang kertas turun dari langit seperti hujan.

Dalam kejadian awal bulan ini, ribuan wang kertas bernilai AED500 (RM495) dilaporkan telah berterbangan di jalan raya di tengah bandar berkenaan.

Sehingga kini, pihak berkuasa tidak memberi sebarang pejelasan mengenai kejadian itu.

Harian Metro melaporkan bahawa pengguna jalan raya dikatakan keluar dari kereta mereka untuk mengutip wang kertas yang berada di jalan raya.

Beberapa pengguna dilihat menggenggam sejumlah wang. Nilai keseluruhan wang itu dianggar berjumlah antara AED2 juta (RM1.98 juta) hingga AED3 juta (RM2.97 juta).

Menurut penduduk berhampiran, mereka tidak tahu bagaimana wang sebanyak itu bertaburan dan punca angin kencang yang bertiup selama beberapa minit di kawasan berhampiran Jumeirah.

“Ketika itu, saya dan isteri saya yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya terkejut melihat sejumlah wang tunai berterbangan,” kata seorang penduduk di situ.

Namun begitu, menurut laporan berita daripada The National, UAE, rakaman video yang ditemui di YouTube telah dimuat naik sejak 9 Februari, 2015.


sumber

P/s : masyukkkk.instant kaya wey.hehe


Share:

Wanita ini dikurung selama 6 tahun kerana cinta tidak direstui keluarga

Wanita ini dikurung selama 6 tahun kerana cinta tidak direstui keluarga


Beijing: Seorang wanita didakwa dikurung di dalam sebuah bangsal dan dilayan seperti ‘binatang’ selama enam tahun kerana ibu bapanya tidak menyukai teman lelakinya.

Kisah wanita itu, Zhang Qi, 24, terbongkar selepas seorang lelaki bertindak menyebarkan beberapa keping gambar mangsa dalam keadaan yang menyedihkan.

Susulan pendedahan berkenaan, pihak polis membuka siasatan bagi menyiasat dakwaan itu yang dipercayai berlaku di sebuah kampung di Jingang di wilayah Hubei.

Seorang penduduk kampung, Chow Jen, 50, berkata, Zhang dipaksa berpisah dengan teman lelakinya pada 2009 selepas keluarganya tidak merestui hubungan mereka.

Katanya, keluarga Zhang bertindak mengurung wanita itu di dalam bangsal selepas mangsa beberapa kali cuba lari dari rumah.

sumber


Share:

Thursday, 19 February 2015

Datuk Siti Nurhaliza Merupakan Wanita Ketiga Yang Terkaya Di Malaysia

Datuk Siti Nurhaliza Merupakan Wanita Ketiga Yang Terkaya Di Malaysia


Pernah menerima lebih 200 anugerah tempatan di dalam industri hiburan dan juga dinamakan antara dua jutawan dalam bidang hiburan di Asia Tenggara, savemoney.com mencatatkan Siti Nurhaliza sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia dengan anggaran aset sebanyak RM 50 juta.

Memulakan karier beliau seawal umur 16 tahun di dalam bidang hiburan dan juga berjaya memenangi ratusan anugerah tempatan ternyata merupakan kayu pengukur kepada kejayaan Datuk Siti sehingga kini.

Tambahan pula dengan kejayaan produk SimplySiti, pada pandangan kami jumlah yang dinyatakan tersebut bukanlah suatu jumlah yang sukar untuk dicapai oleh beliau.

Selain Datuk Siti, Datuk Nicol Ann David menduduki tangga kelima dengan aset yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta hasil kemenangan dan kejayaan dalam kejohanan sebagai pemain skuasy nombor satu dunia.

sumber


Share:

Keputusan SPM 2014 akan dikeluarkan pada 3 Mac ini

Keputusan SPM 2014 akan dikeluarkan pada 3 Mac ini


PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 akan diumumkan pada 3 Mac ini, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu, kata kenyataan itu.

KPM juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM jarak taip nombor kad pengenalan jarak taip angka giliran dan hantar ke 15888. 

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi, 3 Mac dan ditamatkan pada 11.59 malam, 9 Mac.

Kenyataan itu juga menyebut majlis pengumuman analisis keputusan SPM 2014 akan diadakan pada hari sama, pada 9 pagi di Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E di sini.

Seramai 455,839 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2014 di 3,655 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu 400,351 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; 8,241 calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (contoh: Maktab Rendah Sains MARA); 7,957 calon sekolah menengah agama negeri; 12,066 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM; 25,701 merupakan calon persendirian manakala baki 1,523 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat. - Bernama

P/s: goodluck kepada semua yang bakal ambil keputusan nanti.


Share:

DJ Radio SalamFM Dipecat 24 Jam Melalui Whatsapp Hanya Kerana Bertanyakan Tunggakan Gajinya Yang Belum Dibayar

DJ Radio SalamFM Dipecat 24 Jam Melalui Whatsapp Hanya Kerana Bertanyakan Tunggakan Gajinya Yang Belum Dibayar


Penyampai radio Salam FM, Mohamed Noor Mohamed Yusof mendakwa dipecat daripada stesen radio berfokuskan dakwah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), berkuatkuasa 30 Januari lalu apabila bertanyakan mengenai tunggakan gaji.

Juruhebah yang lebih dikenali sebagai DJ Noor itu berkata, paling menyedihkan apabila beliau hanya dimaklumkan mengenai pemecatan tersebut melalui aplikasi pesanan Whatsapp sejurus selesai menjalankan tugasan pada jam 8.00 pagi.

“Saya DJ Salamfm (kelolaan JAKIM/RTM) dibuang dalam masa 24 jam pada 30 Januari lalu melalui whatsap.

“Hanya kerana saya bertanyakan gaji saya yang tidak dibayar” ujarnya ketika menghubungi SuaraTV sebentar tadi.

Menurutnya antara alasan yang digunakan oleh pihak Media JAKIM, pemecatan tersebut terpaksa dilakukan kerana arahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’Seri Jamil Khir Baharom.

Tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan itu, beliau kemudiannya segera menghubungi Jamil Khir bagi mendapatkan kepastian.

“Saya segera hantar pesanan SMS kepada YB Menteri dan beliau terus hubungi saya menyatakan bahawa beliau TIDAK PERNAH sesekali mengetahui tentang apa yang berlaku.

“Apatah lagi untuk mengeluarkan sebarang arahan tentang perkara terbabit” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi ia jelas membuktikan bagaimana pihak pengurusan Media Jakim segaja mengunakan nama Menteri untuk melaksanakan keputusan berdasarkan komplot.

“Bayangkan pengorbanan saya selama lebih 5 tahun, macam tu je bahagian media jakim buat kat saya.

“Saya amat tertekan, ini semua berlaku dalam keadaan saya terpaksa menjaga ibu, lima orang anak buah (kerana) abang saya lumpuh seluruh badan dan hanya mampu menggerakkan mata sahaja” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi walaupun pihak majikannya mengetahui mengenai penderitaan yang dihadapinya itu namun mereka tidak pernah mengendahkannya.

“Mereka pernah katakan dalam mesyuarat, JAKIM ini bukan JKM (Jabatan Kebajikan Masyaraat).

“(Pada saya) ia sangat kurang ajar dan tidak ada hati perut” ujarnya kesal.

sumber


Share:

Pelik ! Wanita Ini Menukar Namanya Kepada 'Abcdefg' kerana bosan dengan nama lamanya

Wanita Ini Menukar Namanya Kepada 'Abcdefg' kerana bosan dengan nama lamanya


BOGOTA - COLOMBIA. Bosan dan inginkan kelainan, seorang wanita telah menukar namanya kepada Abcdefg Hijklmn Opqrst Uvwxyz.

Abcdefg, 36, sebelum ini dikenali sebagai Ladyzunga Cyborg mempunyai tabiat kerap menukar namanya dan merasakan keperluan untuk sentiasa ‘mentakrifkan semula’ dirinya bergantung kepada ‘mood’.

Menurutnya, keputusannya untuk menukar nama adalah kerana saya sentiasa mahukan nama yang sukar untuk disebut.

"Saya menukar nama supaya orang tidak mengenali saya tetapi ia bukan kerana saya telah diganggu tetapi adalah kerana saya sukakan sesuatu yang luar biasa", katanya dipetik Mirror.UK.

Abcdefg seorang guru dan kini mengajar seni dan fotografi di tiga buah universiti dan juga pereka fesyen secara sambilan.

Dia telah menghabiskan masa selama dua tahun berjuang untuk mendapat kebenaran menukar nama barunya itu.

sumber

P/s: ni bosan xde keje sangat dah ke.adoi.macam2 hal.


Share:

Thursday, 12 February 2015

(VIDEO) Pelajar Genius Sufiah Yusof Kongsi Pengalaman Hidup

Pelajar Genius Sufiah Yusof Kongsi Pengalaman Hidup

rata2 rakyat Malaysia sangat sinonim bila sebut je pasal pelajar pintar sufiah yusuf..Memasuki Oxford pada usia muda 13 tahun..setelah lama berdiam dan menghilangkan diri gara2 kontroversi yang tercetus beberapa tahun lepas.Kini dia dengan sukarela berceritakan kisah hidupnya secara eksklusif untuk nona tv3.

jom ikuti temubual eksklusif di bawah:




Share:

Tuesday, 10 February 2015

Ezad Exist Didenda RM3,500, Pengawasan Polis 2 Tahun

Ezad Exist Didenda RM3,500, Pengawasan Polis 2 Tahun

Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim dikenakan denda sebanyak RM3,500 dan pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Nurul Izzah Hassan Basri di Mahakamah Majistret Selayang dekat sini pada Selasa.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim ketika dihubungi mStar Online menerima hukuman tersebut dengan hati terbuka dan berharap akan menjadi pengajaran kepadanya.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan denda pun telah saya bayar di mahkamah dan pengawasan polis selama dua tahun saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.

Ezad yang berasal dari Alor Setar, Kedah ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 petang pada 19 November tahun lalu dengan dia menggenggam satu paket syabu pada tangan kirinya.

Hasil pemeriksaan air kencing penyanyi itu juga mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Penyanyi itu sebelum ini pernah menyertai Exist pada 1995, dan telah merakam sebanyak enam buah album bersama kumpulan tersebut sebelum meneruskan kerjaya solo.

Ezad juga pernah membintangi beberapa buah filem terbitan Metrowelth International Group (MIG) termasuk Mami Jarum bersama aktres Zahida Rafik.

sumber


Share:

PM Singapura terima ugutan bunuh di Facebook

PM Singapura terima ugutan bunuh di Facebook


SINGAPURA – Polis pulau ini menyatakan semalam bahawa pihaknya menyiasat beberapa gambar peluru di laman sosial Facebook yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

“Kami mengesahkan laporan polis sudah dibuat dan siasatan masih dijalankan,” kata seorang jurucakap Pasukan Polis Singapura tanpa mengulas lanjut.

Sehingga kini, ugutan dalam talian jarang berlaku di pulau ini yang dianggap antara masyarakat paling selamat di dunia. Malah, negara ini memiliki undang-undang kawalan senjata api yang ketat.

Kandungan muka surat Facebook GM Phoneix pada Jumaat lalu menunjukkan gambar sebutir peluru diletakkan pada fabrik bersama keterangan: “Hsien Loong marilah bermain. Cari saya jika kamu dapat kerana peluru ini akan menembusi kepala kamu tidak lama lagi.”

“Saya terlupa sesuatu. Ada seorang lelaki memakai penutup kepala hitam meninggalkan sebutir bom di Lapangan Terbang Changi, tak pasti pula di dalam beg mana,” tambahnya.

Mesej kedua pada Sabtu lalu pula menunjukkan gambar dua butir peluru dalam sebuah majalah.

“Hsien Loong setiap orang berhak mendapat peluang kedua,” kata keterangan yang disertakan.

Mesej ketiga kelmarin menunjukkan paparan skrin bersama notis bahawa muka surat itu telah dilaporkan kepada pihak pengurusan Facebook kerana mempromosi penjualan senjata api, manakala pembacanya pula terhad kepada golongan berusia 18 tahun dan ke atas.

Komen pentadbir akaun Facebook GM Phoenix pula tertera perkataan ‘Lmao’ yang bermaksud ketawa terbahak-bahak.

Bagaimanapun, semua tiga mesej itu yang memiliki tag akaun Facebook rasmi Hsien Loong, masih tertera pada laman GM Phoenix setakat semalam.

Di bawah Akta Jenayah Senjata Api Singapura, sesiapa yang memiliki senjata api atau peluru secara haram boleh dipenjara antara lima hingga 10 tahun dan dikenakan sekurang-kurangnya enam sebatan.

Mereka yang didapati bersalah menggunakan senjata api haram pula boleh dihukum mati.

Laman Facebook GM Phoenix yang mempunyai seramai 7,970 pengikut mengandungi pelbagai kandungan mengenai permainan dalam talian yang dikemas kini secara berkala.

sumber


Share:

12 Tips Penting Cara Penjagaan Alat Sulit Wanita

12 Tips Penting Cara Penjagaan Alat Sulit Wanita


Langkah-langkah penjagaan alat kelamin yang disyorkan:

1) Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.

2) Ketika haid,wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah.Ini kerana darah merupakan media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarkannya.

3) Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, lebih baik memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

4) Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabka n kekeringan dan iritasi kulit dan menjadi gatal. Sesetengah wanita sensitive dan alah pada pewangi dan buih sabun.

5) Pasangan suami isteri diggalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin untuk kebersihan yang optimum. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurankan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.

6) Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bacteria loctobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

7) Selain dari itu,bengkak nanah dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam.Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk menggeluarkan nanah dan pengambilan antibiotic. Bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.

8) Wanita yang mengalami keputihan dengan penjagaan alat sulit seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan normal boleh berlaku pada waktu waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, kehamilan dan klimakterik ataupun selepas menopause.

9) Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan di atas diikut dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.

10) Seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doctor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit lebih serius.

11) Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih,putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah.Sekiranya keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil,gatal dan berbau,tanda-tanda bengkak,pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau system peranakan,wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.

12) Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan,yang tidak mengubah ph faraj dan telah diuji kebersihannya.

sumber


Share:

Bekas Tentera British Berjaya Jejak Kekasih Melayu 47 Tahun Lalu

Bekas Tentera British Berjaya Jejak Kekasih Melayu 47 Tahun Lalu

KISAH seorang bekas tentera British yang ingin menjejak kekasih Melayu ditinggalkan di Malaysia 47 tahun lalu telah menjadi viral, minggu lalu. 

Rata-rata menzahirkan perasaan kagum akan kesetiaan dan kesanggupan Warren Holbrook, 69, yang ingin bertemu kembali wanita tersebut yang bernama Wan Jamilah atau gelarannya ‘Fiona’.

Ternyata usaha dan kerja keras Holbrook membuahkan hasil apabila dia akhirnya berkesempatan untuk bersembang bersama Jamilah menerusi telefon kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.

Menurut laporan The Star, Wan Jamilah sudah berkahwin dan kini menetap di Australia bersama dua anak dan seorang cucu.

Bekas Tentera British Berjaya Jejak Kekasih Melayu 47 Tahun Lalu

“Jamilah kini menetap di Melbourne dan terkejut apabila mengetahui saya sedang mencarinya. Dia gembira dan kami bercakap selama kira-kira 10 minit,” kata Holbrook.

Holbrook memberitahu pada awalnya dia turut menerima panggilan daripada bekas abang ipar Jamilah kira-kira pukul 9.30 pagi yang juga kenalannya suatu ketika dahulu.

Menceritakan tentang Jamilah, Holbrook berkata Jamilah telah berkahwin dengan seorang rakyat Australia pada tahun 1971 dan kini menetap di sana. 

“Dia mempunyai seorang anak perempuan berusia 41 tahun dan anak lelaki berumur 39 tahun. Saya sekarang ada nombor telefonnya dan kami akan berhubung,” katanya.

Difahamkan, Jamilah pulang setahun sekali ke Malaysia bagi menziarahi saudara-maranya di Pulau Pinang.

Sementara itu, Holbrook mengucapkan terima kasih atas bantuan dan keprihatinan semua pihak yang mengirimkan kata-kata sokongan dan membantunya menemui Jamilah.

Hingga kini, dia yang sudah lama pencen tidak pernah berkahwin dan masih membujang.



Share:

Wanita Ini Dibelasah Kerana Tidak Secantik Seperti Dalam Gambar

Wanita Ini Dibelasah Kerana Tidak Secantik Seperti Dalam Gambar

CHINA - Seorang wanita dibelasah teruk gara-gara memaparkan gambar yang cantik di WeChat sehingga membuatkan seorang lelaki berasa tertipu.

Lelaki tersebut yang dikenali dengan nama Huang, tidak berpuas hati bukan sahaja kerana merasa dirinya ditipu, tetapi juga telah menghabiskan begitu banyak wang dan terbang beribu batu dari Harbin ke Suzhou untuk bertemu dengan gadis bernama Xiaojin itu.

Wanita Ini Dibelasah Kerana Tidak Secantik Seperti Dalam Gambar

Xiaojin berkata, gambar tersebut adalah gambarnya, namun ketika gambar itu diambil dia mengenakan solekan di samping turut mengedit gambar tersebut.

Huang bagaimanapun tidak berpuas hati dengan penjelasan si gadis sehingga bertindak memukul Xiaojin di khalayak ramai.

Akibatnya, gadis itu mengalami kecederaan di bahagian tangan dan terpaksa menerima rawatan.

sumber

P/s : adoiiii,nak gelak ke nak simpati ni.haishh


Share:

(WAJIB TAHU) Inilah Ikan Kecil Yang Lebih Bahaya Dari Ikan Piranha

Inilah Ikan Kecil Yang Lebih Bahaya Dari Ikan Piranha


Ikan Candiru atau disebut Canero merupakan jenis ikan air tawar yang sekeluarga dengan ikan lele. Ikan ini boleh didapati di sungai amazon dan sungai Oranoco, ikan ini mempunyai reputasi sebagai ikan yang paling ditakuti oleh penduduk tempatan, ikan ini lebih di takuti daripada ikan piranha.

Ikan ini hanya boleh membesar sehingga 1 hingga 2 inci dan lebar 4 hingga 6 milimeter, mempunyai bentuk seperti seekor belut dan hampir telus (lutsinar), membuatnya hampir mustahil untuk dilihat di dalam air. Ikan yang pantas, perenang yang kuat, lembut dan licin, dengan gigi yang tajam.

Terdapat 3 spesies Candiru: yang biasanya makan dengan cara memasuki ikan yang lebih besar, Candiru paus (whale Candiru) merupakan pemakan bangkai yang lebih memilih untuk makan dari ikan yang sudah mati

Inilah Ikan Kecil Yang Lebih Bahaya Dari Ikan Piranha

Ikan Candiru merupakan parasit, modus operandinya sangatlah ringkas dan kejam: Ikan memburu ikan, ikan Candiru berusaha untuk mengetahui aliran air yang berasal dari ikan lain, setelah mengetahui dari mana aliran air tersebut, ikan itu akan terus menuju celah-celah sirip ikan itu, duri yang ada di kepala Candiru akan melukai insang ikan dan mengeluarkan darah selagi ikan Candiru berada di dalam ikan tersebut. Sehinggakan ikan Candiru digelar sebagai ikan vampire dari Brazil.

Ikan ini ditakuti kerana ia tertarik pada air kencing atau darah, dan bila seseorang berenang telanjang ia akan masuk ke celah dubur atau faraj, bahkan, ikan ini mampu masuk ke lubang zakar - dan mungkin ke dalam urethra). Bila ini terjadi ikan Candiru sangat sukar dikeluarkan kembali kecuali melakukan pembedahan. Kerana ikan ini mendapati mangsanya dengan mengikuti aliran air dari insang ke sumbernya, kencing sambil berenang meningkatkan kemungkinan Candiru masuk ke urethra manusia.

Cara untuk membunuh ikan ini adalah dengan rawatan tradisional, dengan air dari dua jenis tanaman: Xagua dan epal Buitach yang dimasukkan ke kawasan yang terkena. kedua tanaman ini akan meleraikann ikan tersebut. Dan juga dengan memalui pembedahan, tetapi pembedahan memerlukan kos dan waktu. Sering kali, berlaku jangkitan menyebabkan shock dan kematian  sebelum Candiru dapat dibuang.



P/s: kepada sesiapa yang berniatnak ke sungai amazon atau sungai oranoco berhati2 lah ye.kot korang ada program nak redah hutan ke mana tahu.haha

Share:

3 Teknik Kemutan Faraj yang menarik

3 Teknik Kemutan Faraj yang menarik


Bab ini membincangkan soal seni kemutan faraj ketika jimak. Di dalam sesetengah masyarakat tradisional, bakal pengantin perempuan akan diajar teknik-teknik mengemut faraj supaya ianya dapat mencengkam dengan baik sewaktu jimak. Kemutan yang kemas mendatangkan rasa nikmat yang maksima bukan saja kepada suami, malahan juga kepada isteri melalui rangsangan dari geseran yang lebih berkesan kepada kepala zakar suami dan dinding rahim isteri. Kemutan yang kemas dan bersistem membantu melambatkan inzal suami disamping menolong cepatkan inzal isteri. Dengan cara-cara tertentu juga, isteri boleh merangsang suami untuk cepat inzal jika perlu.



Ada 2 cara latihan yang jika diamalkan selalu boleh membantu wanita mempunyai otot faraj yang mampu mengemut dengan baik

Latihan otot qubul [ buang air kecil ] – dilakukan seolah-olah menahan kencing. Kemut dan tahankan kemutan itu beberapa saat, kemudian lepaskan.

Ulangi sebanyak 20 kali sehari, setiap hari. Latihan ini boleh saja dilakukan diwaktu santai atau ketika memandu atau sewaktu di tempat kerja.

Latihan otot dubur [ buang air besar] – dilakukan seolah-olah menahan najis. Lakukannya 20 kali sehari selepas melatih otot pertama/qubul

Teknik-Teknik Cengkaman dan Kemutan Faraj

1. Kemutan Beserta Diam

Dilakukan apabila suami mendiamkan zakarnya tanpa berdayung. Kemutan yang dilakukan apabila suami berehat sebentar dalam keadaan zakar diberhentikan dari berdayung dan diredamkan di dalam faraj akan memberi rasa cengaman yang hebat kepada suami, dan ketika itulah suami akan merasa bagaimana faraj itu memegang dan melepaskan cengkamannya pada zakar.

2. Kemutan Beserta Sorong

Kemutan apabila suami menyorongkan zakarnya. Kemutan yang dilakukan apabila suami menyorongkan zakarnya dalam dayungan dan melepaskan kemutan itu semasa suami menarik zakarnya akan mempercepatkan suami isnzal maninya atau ejakulasi. Ini dilakukan jika suami adalah lelaki yang tahan lama apabila jima, atau sekiranya keadaan lubang faraj terlalu licin akibat air mazi isteri yang banyak keluar atau apabila liang rahim longgar akibat banyak kali bersalin.

3. Kemutan Beserta Tarik

Dilakukan semasa suami menarik zakarnya akan membantu suami melambat inzal dan mempercepatkan orgasme pihak isteri. Gerakan suami menarik zakar dalam dayungan yang dibantu oleh kemutan faraj isteri akan mengurut batang zakar ke arah hujung atau kepala zakar – dan ini membantu melambatkan inzal suami. Sebaliknya bagi isteri, apabila mencengkam zakar yang sedang ditarik dari liang faraj akan menerbitkan rasa nikmat yang maksima dalam jimak. Nikmat ini akan terasa lebih hebat lagi jika tempo suami menarik lebih pantas daripada ketika menyorong zakar.

sumber


Share:

Tuesday, 3 February 2015

8 Jenis Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki

8 Jenis Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki


Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut, merupakan 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.


2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi.

Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

sumber


Share:

Mr. Bean lelong kereta kesayangannya pada harga RM43 juta

Mr. Bean lelong kereta kesayangannya pada harga RM43 juta
Rowan Atkinson atau Mr. Bean bergambar bersama kereta kesayangannya, McLaren F1 yang bakal dilelong pada harga RM43 juta selepas membeli kereta itu pada 1997 pada harga RM2.9 juta. – AGENSI

Pelakon komedi terkemuka Britain, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean, melelong kereta mewah kesayangannya model McLaren F1 pada harga permulaan sebanyak 8 juta pound (RM43 juta pound), walaupun kereta itu pernah terlibat dalam kemalangan sebanyak dua kali.

Portal berita Mirrok melaporkan Atkinson membeli kereta tersebut yang berkelajuan 387 kilometer sejam dengan harga 540,000 pound (RM2.9 juta) pada 1997.

Malah pelakon berusia 60 tahun itu pernah mencatat sejarah Britain apabila memperoleh tuntutan insurans tertinggi berjumlah kira-kira 900,000 pound (RM4.5 juta) untuk membaiki kereta tersebut yang terlibat dalam kemalangan pada 2011 selepas melanggar sebatang pokok.

Menurut Atkinson, dia tidak pernah terfikir untuk membeli kereta itu untuk membuat pelaburan, sebaliknya membelinya disebabkan kualiti dan reka bentuknya yang menarik.

“Perkara paling seronok yang pernah saya rasakan ketika kali pertama memandunya dengan perlahan dan semestinya saya pernah memandu kereta itu dengan kelajuan 321 kilometer sejam.

“Saya sayangkan kereta ini tetapi sudah tiba masanya ia digunakan oleh orang lain,” katanya, sambil menambah kata, kereta mewah itu telah digunakan sejauh 65,983 kilometer.

Kereta McLaren F1 berkenaan akan dilelong oleh firma jualan lelong kereta terkenal di London, Taylor & Crawley sebagai mewakili Atkinson.

sumber

P/s: masyukkkk


Share:

Monday, 2 February 2015

Dr Maza dilantik semula sebagai Mufti Perlis menggantikan Dr Juanda Jaya

Dr Maza dilantik semula sebagai Mufti Perlis


Desas-desus sebelum ini yang mengatakan Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bakal dilantik semula sebagai Mufti Perlis, hari ini terjawab apabila beliau sendiri memuat naik gambar hari pertamanya mula bertugas di laman sosial Facebook miliknya, sebentar tadi.

Mohd Asri atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Maza memuat naik postingnya mengesahkan khabar angin itu dengan mengatakan ia merupakan lantikan kedua.

 "Hari pertama memasuki pejabat sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis bagi lantikan kali kedua. Pohon doa semua rakyat Malaysia. Pembantu peribadi Mufti boleh dihubungi di talian 04-9794428 dan fax 04-9763844," tulisanya dalam catatan terbaru di laman Facebook.

Mohd Asri, 44, dilantik semula sebagai Mufti Perlis bagi menggantikan Dr. Juanda Jaya yang tamat perkhidmatannya pada tahun lalu.

Sebelum ini, Mohd Asri dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 sehingga November 2008 sebelum digantikan oleh Juanda.

Beliau memiliki ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam Pendedahan Pengetahuan dan Warisan (Al-Quran dan Sunah) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2003.

Beliau merupakan seorang penceramah yang sering diselubungi kontroversi antaranya termasuk ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana didakwa menyampaikan kuliah tanpa tauliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang.

Selain aktif dalam perdebatan isu semasa, beliau juga sering memberikan komentar sinis berkaitan isu politik dan agama di negara ini.

Mohd Asri juga telah menulis puluhan buku dan ratusan rencana serta membentangkan kertas kerja dalam pelbagai seminar di dalam negara dan peringkat antarabangsa.

sumber


Share:

Gara-gara mahu selfie dengan keretapi yang bergerak, 3 maut dirempuh

Gara-gara mahu selfie dengan keretapi yang bergerak, 3 maut dirempuh
gambar hiasan

AGRA - INDIA. Gara-gara mahukan 'selfie berani' dan memuat naik gambar ke laman sosial, tiga pelajar kolej maut dirempuh kereta api.

Kejadian yang berlaku pada 27 Januari lalu mengorbankan tiga pelajar kolej, lapor The Times of India.

Mereka yang terkorban dikenal pasti sebagai Takub, Iqbal dan Afzal. Ketiga-tiga mangsa dilaporkan berusia 20-an dan merupakan pelajar sebuah kolej.

Memetik laporan tersebut, rakan mangsa yang maut, Aneesh berkata, beliau bersama tiga rakannya tersebut sedang dalam perjalanan ke Agra untuk melihat Taj Mahal.

Menurut pegawai polis, Sanjay Kumar memberitahu, keempat-empat pelajar berkenaan ingin 'selfie' dengan keretapi yang sedang bergerak.

Aneesh, yang sedang mengambil gambar memberitahu, mereka tidak sempat mengelak keretapi tersebut.

sumber


Share:

Tahniah !! Jackie Chan Diberi Gelaran Datuk

Jackie Chan Diberi Gelaran Datuk


KUALA LUMPUR: Pelakon dari Hong Kong, Jackie Chan mengejutkan ramai pihak apabila beliau hadir menerima anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk dari Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Wilayah Persekutuan.
Ketika Chan yang duduk di barisan hadapan bersebelahan penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias, berdiri, ramai tetamu dan penerima terkejut dengan kehadirannya.

Disebabkan pegawai istana mengumumkan nama Cinanya, ramai yang tidak menyedari Chan duduk di kalangan penerima.

Kehadirannya hanya disedari apabila beliau berjalan ke pentas menerima gelaran tersebut sehingga ramai tetamu yang hadir bertanya antara satu sama lain.

Beliau tidak hadir pada sesi latihan pada Sabtu.

Selepas menerima anugerah tersebut, Chan, yang bersongkok dan memakai sut hitam, kembali ke tempat duduknya.

Beliau kemudiannya bergambar bersama beberapa individu dengan anugerah yang diterimanya di atas tangga di dalam istana yang dimuat naik di dalam media sosial termasuk oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di akaun Twitternya.

Chan dikenali kerana berlakon dalam filem Rush Hour, Police Story, dan filem kung fu, Drunken Master, antara 71 penerima Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

sumber

P/s: terbaekkk


Share:
loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...