Sunday, 12 July 2015

KFC Buka Cawangan Pertama Di Myanmar Dan Sambutan Amat Menggalakkan

KFC Buka Cawangan Pertama Di Myanmar Dan Sambutan Amat Menggalakkan


Kali pertama dibuka di Myanmar, penduduk di sana sanggup beratur panjang dan sanggup menunggu berjam lamanya bagi merasai sendiri dan tidak mahu melepaskan peluang mencuba keenakan KFC yang dibuka pada 30 Jun lalu, lebih-lebih lagi dengan harga promosi pembukaan.

KFC Buka Cawangan Pertama Di Myanmar Dan Sambutan Amat Menggalakkan

KFC adalah restoran besar pertama yang berasal dari Amerika Syarikat yang dibuka selepas perpindahan kuasa daripada junta tentera kepada sistem demokrasi kini.

Menerusi CNN, salah seorang peniaga di sana, Kyaw Moe sanggup berdiri dan beratur selama tiga jam untuk membeli ayam bagi lapan orang ahli keluarganya yang lain termasuklah anak-anaknya.

KFC Buka Cawangan Pertama Di Myanmar Dan Sambutan Amat Menggalakkan

“Saya ingin mereka merasakan ini. Ini pertama kali. Saudara saya di Singapura mengatakan bawaha KFC sangat popular di sana,” katanya yang sdah berusia 50 tahun malah tidak takut jika berat badannya naik jika makan KFC.

“Ini sangat terkenal di peringkat antarabangsa, jadi pastinya ia juga sihat,” tambahnya lagi.

Kemasukan KFC ke pasaran Myanmar merupakan salah satu bukti bahawa pasaran luar sudah mula menunjukkan minat terhadap negara itu setelah peralihan kuasa. Sebelum ini, Coca Cola dan Pepsi serta pengeluar automotif, Chevrolet dan Ford terlebih dulu menjual produk di negara itu.

sumber


Share:

Wang cacat yang bernilai 100Yuan/(RM60) ini kini bernilai jutaan dolar

Wang cacat yang bernilai 100Yuan/(RM60) ini kini bernilai jutaan dolar


Beijing: Seorang ahli perniagaan di Wuhu terkejut apabila mendapati wang kertas cacat 100 yuan (RM60) miliknya kini bernilai jutaan dolar.

Wang kertas yang dicetak pada 1999 itu mempunyai imej tera air Mao Zedong yang dicetak terbalik.
Lelaki itu berkata, dia memperoleh wang kertas itu ketika beratur di bank lapan tahun lalu selepas melihatnya dipegang seorang warga emas.

Warga emas terbabit bersetuju membuat pertukaran dengan wang kertas 100 yuan lain kerana abang iparnya menganggap duit itu ‘kelakar.’

Bulan lalu, ahli perniagaan terbabit memuat naik gambar wang kertas itu di Internet dan mula menerima tawaran daripada pengumpul duit termasuk yang sanggup membayar lebih 70,0000 yuan (RM43,000).


sumber


Share:

4 Sebab Kenapa FAST AND FURIOUS 8 Kali Ini Lain Dari Yang Lain!

Recommend us on Google!

Artikel Terbaru

Baca Juga