September 2012 ~ Bila Han Bercerita

Wednesday 26 September 2012

Kod Rahsia Dalam Telefon Pintar Android


Android


1. Tests

- *#*#0588#*#* – Ujian jarak sensor

- *#*#2664#*#* – Ujian skrin sentuh

- *#*#2663#*#* – Versi skrin sentuh

- *#*#0*#*#* – Ujian LCD

- *#*#0673#*#* OR *#*#0289#*#* – Ujian melodi/irama

- *#*#0842#*#* – Ujian peranti (Device) [Ujian getaran dan ujian latar]

- *#*#3264#*#* – Versi RAM

- *#*#0283#*#* – Paket Loopback

- *#*#232331#*#* – Ujian Bluetooth

- *#*#232337#*# – Tunjukkan tempat peranti Bluetooth

- *#*#232338#*#* – Tunjukkan tempat MAC Wifi

- *#*#1472365#*#* – Ujian GPS

- *#*#1575#*#* – Satu lagi ujian GPS

2. Mendapatkan Maklumat Firmware.

- *#*#1234#*#* – PDA dan telefon

- *#*#1111#*#* – Versi FTA SW

- *#*#2222#*#* – Versi FTA HW

- *#*#44336#*#* – PDA, Phone, CSC, Build Time, nombor Changelist

- *#*#4986*2650468#*#* – PDA, Phone, H/W, RF Call Date

3. Sokongan

- *#*#273283*255*663282*#*#* – Menu di mana anda boleh membuat fail sokongan anda

4. Mode Perkhidmatan

- *#*#197328640#*#* – Anda boleh menukar settings atau jalankan ujian dalam mode perkhidmatan

5. Tukar ”End Call / butang Power”

- *#*#7594#*#* – Tukar “End Call / butang Power dalam telefon anda

6. Reset Telefon

- *2767*3855# – Digunakan untuk reset semula telefon anda kepada setting yang asal. Berhati-hati kerana kod ini mampu memadamkan semua file dan setting anda sebelum ini.

- *#*#7780#*#* – Menjalankan semula setting yang asal selepas di reset dan membuang akaun Google yang di simpan di dalam telefon anda, muat turun aplikasi, sistem dan data-data aplikasi dan setting.

7. Maklumat mengenai telefon anda.

- *#*#4636#*#*- Tunjukkan kepada anda: informasi bateri, sejarah bateri, maklumat telefon, dan statistik penggunaan.
Share:

Kontroversi Lafaz CERAI Rashidi Ishak dan Vanidah Imran, Untuk 3 Hari!

Rashidi Ishak dan Vanidah Imran


Filem Untuk Tiga Hari mengundang kontroversi. Apa taknya, pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran yang merupakan suami isteri sebenar dikatakan melafazkan ‘cerai’ dalam filem berkenaan.

Oleh itu, pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran digesa segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah dalam filem berkenaan. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin dalam filem itu menyebabkan perkahwinan sejak 1 Oktober 2000 antara beliau dan Vanidah tidak sah di sisi agama.

"Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta’ah. Justeru, saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera."

P/s :bukan gua nak cakap apa la.cuma nak bagitahu.ilmu agama tu wajib kita belajar dan terus belajar.lagi2 bagi yang bergelar suami.basic agama soal kahwin,zakat,solat wajib tahu..benda agama takleh wat maen2 der.takpenah denga ke utaz2 ckp..even main2 ckp cerai.tetap jatuh talak.LOL


Share:

Saturday 22 September 2012

Shila Amzah Juara Asian Wave,Terima Wang Dana Lebih RM1 Juta

Shila Amzah Terima Wang Dana Lebih RM1 Juta


Akhirnya, Shila Amzah diumumkan sebagai juara pertandingan Asian Wave Competition 2012 di Shanghai, China. Kemenangan tersebut meletakkan nama Shila sebagai superstar Asia kerana berjaya mengalahkan artis hebat dari Korea dan ramai lagi peserta lainnya.

Untuk info, antara lagu yang dinyanyikan oleh Shila ialah Lagu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin berjudul Zheng Fu oleh Na Ying.

untuk info lanjut sila layari SINI dan mari kita ikuti video kemenangan shila dibawah








Share:

Friday 21 September 2012

AKHIRNYA PSY Dedah Kisah Tarian Gangnam Style!

AKHIRNYA PSY Dedah Kisah Tarian Gangnam Style!


SEOUL – Penyanyi rap KoreaSelatan, Psy yang melonjak popular hanya kerana tarian kuda dalam muzik video Gangnam Style di YouTube mendedahkan kisah tentang tarian tersebut, lapor portal hiburan kpopstarz.com.

Menurutnya, tarian itu dihasilkan selepas parti untuk konsertnya diadakan di Daegu pada tahun lalu.

Dia yang berbadan gempa dan berusia 34 tahun memberitahu, selepas partinya, terdapat satu persembahan bakat dengan wang sebagai ganjaran untuk pemenang.

“Setiap orang menyukainya (tarian kuda itu) dan mereka merakamkan dan memberikan saya wang,” katanya.

Ketika ditanya berapa jumlah wang yang diberikan kepadanya, Psy berkata: “Jumlah wang itu? Anda mahu saya menyatakan di tempat awam?”

Dia kemudian ketawa selepas memberikan jawapan tersebut.

Populariti Psy melonjak di Amerika Syarikat selepas muzik videonya itu dimuat naik pada Julai lalu.

Beberapa penyanyi terkenal seperti Katy Perry, Robbie Williams dan Britney Spears mengagumi tarian tersebut.

Pengacara hos bual bicara popular di AS, Jay Leno turut membuat tarian tersebut semasa dia mengendalikan program terbitan stesen NBC itu.

Lebih 88 juta orang telah menonton klip muzik video Psy itu.

sumber

Share:

‘Saya Dan Qi Sekarang, Taking A Break’ – Yuna


Yunalis Zarai


KUALA LUMPUR – Selepas pelakon lelaki, Qushairi Razali atau Qi tampil menjelaskan kepada umum yang hubungannya dengan penyanyi wanita, Yunalis Zarai masih lagi bersama, berbeza pula dengan kenyataan yang keluar dari pihak Yuna.

Yuna memberitahu perkara yang sebenarnya hubungan cinta dia dan Qi sudah pun berakhir.

Penyanyi yang popular dengan lagunya, Terukir Di Bintang menjelaskan hubungan jarak jauh menjadi punca mereka berpisah.

Bagaimanapun, Yuna mengakui mereka berdua masih lagi menghubungi antara satu sama lain dan berkawan baik.

“Saya sekarang ‘single but not available’. Saya dan Qi sekarang… senang kata kami ‘taking a break’. Tapi kami masih berkawan baik.

“Keputusan ni kami buat bersama, memandang saya sibuk dan terpaksa tinggal di Amerika. Dia pula di sini. Jadi kami rasa sukar untuk meneruskan perhubungan ni,” kata Yuna yang dipetik dari Malaysian Digest.

Selain sukar untuk meneruskan hubungan cinta jarak jauh, faktor lain yang menyebabkan mereka berpisah adalah kerana Yuna mempunyai misinya sendiri dalam kerjaya nyanyiannya.

Malah, Yuna juga memberitahu bekas kekasihnya, Qi juga mempunyai perancangan untuk masa depannya sendiri.

“Apa yang penting sekarang, kami fokus pada kerjaya. Saya ada matlamat saya dan banyak lagi impian yang saya belum capai.

“Dia juga ada arah tuju dia dalam apa yang dia buat sekarang. Pada saya, hubungan cinta bukan lagi pilihan. Jadi biarlah…,” katanya.

Walaupun dia sekarang sudah pun tidak mempunyai kekasih, Yuna masih mengharapkan doa dari peminat-peminatnya agar kehidupannya kekal bahagia.

Yuna terima dengan seadanya sekiranya jodohnya masih panjang untuk bersama dengan Qi dengan takdir Tuhan.
Share:

GILA : Mayat reput dalam tangki air, 337 penghuni tuntut RM100 juta


Mayat reput dalam tangki air, 337 penghuni tuntut RM100 juta


TAWAU: Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di sini, hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.

Penduduk yang diwakili peguam, Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di sini kira-kira 2.45 petang.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.

Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.

Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang juga ejen defendan pertama.

Plaintif mendakwa pihak defendan melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa saja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu.
Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan.

Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.

Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baru. – BERNAMA

P/s : pergh..minum air mayat..gilerr
Share:

Wednesday 19 September 2012

Petua Menjaga Kesihatan Mata

Petua Menjaga Kesihatan Mata


1. Setiap kali mandi atau berwudhu, pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ini, tetapi setelah mengamalkannya beberapa lama, setakat ini mata tidak mudah rabun (melainkan berpenyakit), biarpun berjam-jam di depan komputer.

2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas itu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali.

3. Amalkan senaman untuk mata anda.
Caranya:
a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya. Selepas itu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali.

b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya warna hijau itu menenangkan dan merehatkan mata anda.

4. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C - susu, sayur (terutama carrot dan broccoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.

sumber ensaiklopedia petua melayu

P/s : Tips2 ni sangat berguna,aku ada sorang kawan layan pc,laptop,handphone 24 jam.hardcore pagi petang malam.pergi mana2 memang tak dapat berenggang dengan gajet.tapi mata still power tak pakai spekmata.petua dia g mana2 oder carrot susu..tido 8 jam.masa tido ambik 2 slice timun letak kat mata.semoga tips yang dikongsikan bermanfaat.

Share:

Monday 17 September 2012

TREN LEGOLAND YANG BARU DIBINA DI JOHOR TERBALIK


TREN LEGOLAND YANG BARU DIBINA DI JOHOR TERBALIK

Sempena pembukaan legoland di Johor, ini ada perkhabaran buruk  yang diterima apabila tren@keretapi untuk legoland dilaporkan terbabas dan berjaya dirakamkan, namun tiada insiden yang buruk berlaku.

TREN LEGOLAND YANG BARU DIBINA DI JOHOR TERBALIK

pengarah legoland Malaysia menyatakan bahawa keselamatan adalah keutamaan kepada pengunjung yang bakal mengunjungi legoland terbabit.harap dengan kenyataan yang diberikan dapat melegakan hati ibu bapa yang merancang untuk membawa anak mereka bercuti pada musim cuti sekolah nanti.saksikan juga gambar perasmian legoland malaysia

TREN LEGOLAND YANG BARU DIBINA DI JOHOR TERBALIK

kredit gambar stomp

P/s :what say you,bagi gua.ni benda biasa bagi sesuatu negara membangun untuk mencuba atau menganjakkan kaki kearah benda yang lebih maju.tapi masalh teknikal ni mesti diambil serius.patutnya diuji terlebih dahulu.mohon mengambil arkitek yang berpengalaman(statement itu tidak bererti untuk perlekehkan arkitek sedia ada) anggap lahia sebagai titik permulaan bagi anjakan paradigma di Malaysia.LOL.

Share:

WANITA INI PENCURI DI MAJLIS KAHWIN,SILA BERHATI-HATI SEMUA

si gemuk yang bangsat


Kes berlaku bulan OGOS lepas..Sedang semua orang sibuk kenduri,mocik ni sibuk mencuri..

Kerugian mencecah ribuan ringgit
Batu Kurau --> 25k ++
Ipoh --> 20k ++

Modus Operandi
>Biasanya rumah pengantin perempuan.

> Masa waktu rombongan lelaki sampai. Semua penghuni rumah tertumpu kepada majlis tepung tawar dan sebagainya.

> Masa ni mereka akan masuk dalam rumah dan pura2 nak guna tandas.

>Mereka akan selongkar semuanya dan membuka semua beg terutama hand bag. Wang hantaran pon jadi sasaran okeyh
Selesai sahaja mereka akan beredar.

Tips
1. Simpan barang berharga atau barang hantaran dalam 1 bilik berkunci dan 1 orang je yg pegang kunci.

sumber

Share:

Saturday 15 September 2012

Belkin WeMo Home Automation System Yang Super Duper Awesome

Belkin WeMo Home Automation System Yang Super Duper Awesome


Okay.ini merupakan berita gembira buat pengguna iPhone..Bagi sesiapa yang memiliki iPhone,Wehome automation system yang diperkenalkan oleh Belkin.ianya merupakan alat yang akan memudahkan korang melakukan berbagai kerja..kerja apa tu ?rujuk gambar kat atas.,korang hanya perlu download app ini atau terus ke app store secara percuma dan beli Wemoswitch yang boleh disambungkan ke application ini.

Mesti korang belum jelas lagi dengan benda neh.dan untuk makluman semua.dengan adanya application serta Wemoswitch sambungan tersebut.korang dapat control barang2 perkakas kat rumah korang cam contoh lampu,mesin pembuat coffe,heater,iron,televisyen dan berbagai lagi benda dengan hanya suis di iphone.on/off kat phone je weh.osem kan..dan paling best ada banyak lagi kelebihan yang korang boleh dapat sebagai contoh Wemoswitch + motion akan berfungsi bila ada orang.ia bertindak sebagai ala2 alat pengimbas,bila ada orang lampu terbuka,bila takde.lampu tutup dan untuk penerangan selanjutnya korang boleh terus ke laman web dorang

http://www.belkin.com/wemo/

P/s :gua pon nak rembat benda ni tak lama lagi.haha.


Share:

Ahli Bina Badan Derita Ditinggal Isteri


Ahli Bina Badan Derita Ditinggal Isteri

Thomas cerita pengalaman pada wartawan

ALOR SETAR: Keghairahan mengambil ubat-ubatan mengandung steroid jenis ‘testosterone’ bagi menambah kekuatan ketika menjalani latihan angkat berat menyebabkan seorang ahli bina badan kini menderita lemah tenaga batin dan kerandut zakar turut mengecil.

Malah, masalah dialami lelaki berusia 40-an itu turut menjejaskan keseluruhan hidupnya apabila ditinggalkan isteri selain sering mengalami pelbagai masalah kesihatan.

Dia yang tinggal di bandar raya ini dan hanya mahu dikenali sebagai Thomas berkata, doktor memberitahu masalah lemah tenaga batin yang dialaminya berpunca daripada pengambilan steroid jenis testosterone berlebihan sejak lebih tujuh tahun lalu.

Menurut Thomas, dia menceburi sukan bina badan sejak berusia 20 tahun dan pada mulanya hanya mengambil makanan kesihatan tambahan serta ubat-ubatan untuk meningkatkan tenaga fizikal.

sumber

P/s :mohon kita semua ambil artikel ini sebagai iktibar.nak buatapa2 benda pon jangan terlalu obses.efek testosterone beb..nak main besi minum protein shake okay apa.workout habis2.takyah la amek steroid.aduyai.aku turut bersimpati pada dia neh :/
Share:

Nasib malang bekas jutawan LBJ


Nasib malang bekas jutawan LBJ


SEREMBAN – Seorang bekas jutawan Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu dekat sini disaman anak perempuannya sendiri yang mahu menuntut sebahagian hasil pengambilan sebidang tanah seluas 3.6 hektar oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1998 yang bernilai RM1.6 juta.

Norzay Rashid, 44, turut menuntut mahkamah supaya mengisytiharkan rumah milik bapanya itu yang kini sebagai harta sepencarian dengan arwah ibunya yang sudah meninggal dunia.

Beliau mengemukakan tuntutan ke atas bapanya itu yang kini berkerusi roda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Kamal Basha Muhammad.

Hakim Kamal menetapkan 12 Oktober ini untuk membuat keputusan.

Dalam tuntutan tersebut, Norzay memohon perintah mahkamah bahawa separuh daripada sebidang tanah milik bapanya, Rashid Jani, 75, yang dianggarkan bernilai RM160,000 diisytiharkan sebagai harta sepencarian bagi pihak ibunya, Allahyarham Kering Aman.

sumber

P/s :kerana duit habis semuanya.kalau dah ada anak terapkan didikan agama supaya dia akan lebih mementingkan agama.tanggungjawab.#notetomyself

Share:

Friday 14 September 2012

Fizz Fairuz Titiskan Air Kencing Ke Matanya Untuk Pulihkan Sakit Mata


Sakit Mata, Fizz Fairuz Titis Air Kencing Pada Mata


Demi menyembuhkan matanya yang terkena jangkitan virus yang teruk , aktor, Fizz Fairuz telah mengikut petua seorang rakannya yang menyuruh menitiskan air kencingnya sendiri ke dalam matanya.

Kata Fizz Fairuz, dia sanggup lakukan petua itu supaya dia dapat menyembuhkan matanya kerana ketika itu dia sedang menjalani penggambaran filem Hantu Kapcai.

“Waktu diberitahu rakan saya tentang petua tersebut, saya tidak percaya pada mulanya tetapi selepas diyakini olehnya, saya pun cuba melakukan pada keesokkan harinya. Saya menitiskan air kencing pertama pada setiap pagi ke dalam mata saya sebelah kanan yang terkena jangkitan. Kemudian membersihkannya selepas beberapa saat menitiskannya.

“Saya lakukannya selama tiga hari berturut-turut. Ternyata ianya berkesan. Nak kata mujarab sepenuhnya, tidaklah. Tapi adalah sikit perubahan, bengkaknya sedikit susut. Tapi dalam pada itu, saya sapukan krim yang dibekalkan oleh doktor juga untuk disapu pada keliling mata,” katanya kepada murai.com.my selepas ditemui di pelancaran filem Hantu Kapcai, di Cathay Cineplex, Damansara, semalam.

Disebabkan jangkitan virus pada mata yang dialaminya itu, Fizz Fairuz memberitahu, dia sangat kecewa kerana apa yang sudah dirancang selama ini bersama pengarah Hantu Kapcai iaitu Ghaz Abu Bakar tidak dapat dilakukan.

“Terus-terang saya sangat kecewa bila apa yang kami rancang untuk lakukan dalam penggambaran tidak dapat dilakukan kerana sakit mata ini telah mengganggu serta memberikan kesan kepada diri saya.

“Bayangkanlah, mata saya bukan saja sakit dan membengkak teruk tapi ia juga sudah mula berair dan penglihatan saya juga semakin kabur. Jadi, ia bukan sahaja mengganggu penglihatan pada diri saya, malah mengganggu emosi saya juga yang ketika itu perlu bersendirian dan tidak boleh bercampur dengan orang lain kerana takut ianya berjangkit.

“Namun, nak buat macam mana, hendak tidak hendak saya terpaksa lakukan juga sehabis baik walaupun agak mencabar bila terpaksa berdepan dengan kesakitan yang saya tanggung,” katanya yang menjalani penggambaran tersebut pada November tahun lalu.

Fizz yang ketika itu mengalami jangkitan selama sebulan telah berehat dan menolak apa jua tawaran lakonan selama 3 bulan sebaik saja selesai menjalani penggambaran Hantu Kapcai tersebut.

Dalam filem Hantu Kapcai, Fizz memegang watak sebagai Ibrahim iaitu pemuda yang jahat dan ‘kerjanya’ mencuri selipar. Namun, Ibrahim bagaimanapun tekah mendapat hidayah untuk bertaubat. Dalam pada dia mendalami ilmu agama, hijabnya dibuka dan dia boleh melihat roh Ajib, seorang mat rempit yang maut sewaktu perlumbaan (lakonan Zizan Razak) dan Fizz perlu menolong Ajib untuk menyelesaikan satu perkara.

Filem aksi komedi terbitan Showbiz Production dan edaran United Studio itu akan ditayangkan bermula 27 September 2012.

sumber

Share:

Thursday 13 September 2012

Zizan Razak Pertimbangkan Tawaran Jadi Deejay Era FM


Zizan masih mempertimbangkan tawaran untuk bergelar deejay radio Era FM.


Pelawak dan pelakon Zizan Abdul Razak memberitahu masih mempertimbangkan tawaran untuk menjadi penyampai radio Era FM yang dibuat oleh pihak pengurusan stesen itu.

Zizan, 28, berkata, banyak perkara yang perlu diberi perhatian sebelum bersetuju menyertai stesen radio itu. Dia juga akan bertemu dengan Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran bagi membincangkan tawaran tersebut.

"Jika saya bersetuju untuk menyertai Era FM itu bermakna saya sudah bersedia untuk terikat dengan satu lagi komitmen yang besar. Sebab itu saya perlu berfikir dan melihat jadual tugas saya sebelum memberi apa-apa keputusan.

"Bagaimanapun saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan Era FM terlebih dahulu sebelum berbincang mengenai perkara berkenaan sebelum memberi apa-apa keputusan," ujarnya selepas ditemui pada majlis pelancaran Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya di sini, pada Selasa.

Zizan turut memberitahu dia telah dihubungi oleh pihak Era FM bulan lalu untuk tugas tersebut secara sambilan selama sekali seminggu.

Zizan berkata, dia ditawarkan untuk bergandingan dengan Aznil Nawawi menerusi slot Carta Era 40 Bersama Aznil pada setiap Sabtu yang ke udara bermula pukul 12 tengah hari.

"Adalah satu penghormatan jika dapat bergandingan dengan seseorang yang cukup berpengalaman dan saya hormati namun seperti yang saya katakan tadi saya perlu melihat pelbagai aspek sebelum berkata 'ya'.

"Tambahan pula saya ada sedikit keraguan sama ada dapat menjadi seorang penyampai radio yang baik seperti Pak Nil dan Johan ataupun tidak," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Zizan memberitahu dia dan Johan akan tampil dengan idea dan persembahan segar untuk pementasan Lawak Ke Der 2 yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 28 September sehingga 3 Oktober depan.

Zizan menjelaskan mereka terharu dengan sambutan penonton yang hadir pada musim pertama telah memberikan mereka semangat untuk memeriahkan edisi terbaru ini.

"Alhamdulilah nasib baik jadual saya dan Johan tidak terikat dengan apa-apa projek pada tarikh tersebut dan boleh kami menghiburkan peminat," katanya.

sumber mstar

Share:

Sunday 9 September 2012

Dr Afifi Al Akiti, Anak Malaysia Pertama Menjadi Pensyarah Universiti Oxford

Dr Afifi Al Akiti, Anak Malaysia Pertama Menjadi Pensyarah Universiti Oxford

Anak Malaysia Pertama Menjadi Pensyarah Universiti Oxford 

Dr Afifi Al Akiti menjadi pensyarah di Universiti Oxford pada usia 34 tahun. Beliau anak melayu pertama yang menjadi pensyarah di Universiti OxfordLatar belakang beliau dari pendidikan asas di Selangor seterusnya ke sekolah pondok di Indonesia, Maghribi dan Syiria. Beliau juga dilantik menjadi imam di Ireland.Meraih ijazah pertama dalam Bidang Falsafah Nasrani.Beliau juga mampu menguasai 7 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Perancis, Latin, Arab, Inggeris, Jerman, Yunani.

dan beliau berkopiah berserban segala walaupon mengajar di Oxford

P/s :Cool !! suatu pencapaian yang patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia
Share:

Friday 7 September 2012

COOL : Budak 8 Tahun Jadi Jutawan Kerana Muntah Ikan Paus

Budak 8 Tahun Jadi Jutawan Kerana Muntah Ikan Paus


Tidak mustahil jika kita menjadi seorang jutawan dalam sekelip mata. Itu yang terjadi kepada seorang budak lelaki apabila menjumpai bongkahan batu yang merupakan muntah ikan paus di pesisir pantai.

Tahukah anda bahawa muntah ikan Paus sangat mahal? Itulah yang ditemui oleh seorang budak lelaki yang tinggal di Bournemouth, Britania Raya. Budak yang beruntung ini adalah Charlie Naysmith 8 tahun. Ketika dia sedang berjalan-jalan di tepi pantai Hengistbury Head, dia ternampak sebuah bongkahan agak besar yang menyerupai batu. Bentuknya yang tidak rata dan berwarna kuning keemasan membuat Charlie berfikir ini adalah jenis batu yang biasa ditemui di tepi pantai.

Akan tetapi, orangtuanya tidak cepat mengambil keputusan begitu saja, mereka justru meneliti bongkahan unik tersebut. Ternyata, itu bukanlah batu melainkan muntah ikan Paus yang sudah mengeras kerana sudah lama terkena paparan sinar matahari dan zat garam dari air laut.

Faktanya, muntahan Paus ini banyak dicari oleh pembuat perfum kerana kandungan kimia di dalamnya mampu membuat aroma perfum bertahan lebih lama!

sumber

P/s :bahasa saintifik ambergris,ramai2 cari dan jadi jutawan.LOL

Share:

Kelebihan Dan Kekurangan TV Plasma/LCD/LED

Kelebihan Dan Kekurangan TV Plasma/LCD/LED



Teknologi semakin berkembang dari semasa ke semasa tidak terkecuali juga television. Perkembangan teknologi yang semakin pesat memberi impak kepada banyak penemuan baru. Kesannya TV pada hari ini semakin nipis serta boleh mengeluarkan imej yang berkualiti tinggi (HD) & 3D.

TV Plasma:

Teknologi TV Plasma pada asasnya adalah berdasarkan kepada mentol lampu neon. Skrin itu sendiri terdiri daripada sel-sel. Di dalam setiap sel, dua panel kaca dipisahkan oleh celah sempit di mana gas neon-xenon disuntikkan dan ditutup dalam bentuk plasma semasa proses pengeluaran. Gas ini akan dicaskan secara elektrik pada sela tertentu apabila TV Plasma ini sedang digunakan. Gas bercas tadi kemudian mengetuk phospor merah, hijau dan biru sehingga mencipta sebuah gambar. Setiap kumpulan phospor merah, hijau dan biru ini disebut pixel (elemen gambar).

Kelebihan -
- Screen TV Plasma diperbuat dari kaca, walaupun TV ni berat sedikit tapi selamat kerana tahan lasak sedikit.
- Harga TV Plasma lebih murah berbanding LCD.

Keburukan -
- Burn in, iaitu masalah yang akan timbul apabila TV kita mainkan imej statik terlalu lama, contohnya logo rancangan National Geographic, bila terlalu lama boleh meninggalkan bekas di situ.
- Life span, ada jangka masa sebelum TV Plasma korang jadi kurang cerah (brightness) sehingga 50% dari asal selepas 17 tahun.
- Banyak menggunakan tenaga elektrik untuk menghasilkan imej dari gas.
- Skrin silau apabila kedudukan TV berdekatan dengan sumber cahaya seperti lampu dan di tepi tingkap. kerana Skrin diperbuat dari kaca.

TV LCD (Liquid Crystal Display) :

TV LCD pula menggunakan teknologi yang berbeza. Secara umumnya panel LCD dibuat daripada dua lapisan bahan telus, yang mana terpolarisasi akan dilekatkan antara satu sama lain. Salah satu lapisan disalut dengan polimer khas yang memegang setiap individu hablur cecair. Kemudian, tenaga elektrik disalurkan melalui setiap individu hablur yang mana membenarkan kristal untuk menyekat cahaya bagi menghasilkan imej. Krital LCD tidak menghasilkan cahaya mereka sendiri, jadi sumber cahaya luaran seperti mentol lampu neon diperlukan supaya imej yang dihasilkan oleh LCD tadi dapat di lihat oleh penonton. Tidak seperti TV Plasma. Disebabkan tiada phospor yang menyala, kurang tenaga elektrik yang diperlukan untuk operasi dan sumber cahaya TV LCD sekaligus dapat mengurangkan haba. Selain itu, dengan teknologi TV ini, tiada radiasi yang dipancarkan dari skrin itu sendiri.

Kelebihan -
- Skrin macam plastik dan ringan.
- Kualiti imej sama macam TV Plasma.
- Kurang silauan lampu dan cahaya kerana skrin bukan diperbuat dari kaca.
- Risiko skrin untuk pecah adalah sedikit.

Keburukan -
- Berkemungkinan ada masalah untuk dead pix.
- Tidak mesra alam kerana menggunakan raksa (mercury) semasa proses pembuatannya.
- Agak mahal.

TV LED (Light Emitting Display) :

TV LED tak sama macam TV biasa. Kualitinya pula bukan biasa-biasa je, tetapi luar biasa kerana LED menggunakan teknologi lampu LED yang terlalu banyak untuk menghasilkan imej pada skrin. Kalau semasa korang menonton movie atau drama. Jika cerita itu memaparkan pada waktu siang ataupun pelbagai warna. Maknanya lebih banyak lampu LED akan beroperasi untuk menghasilkan imej cerita itu. Sebaliknya, jika cerita itu mengisahkan pada waktu malam seperti di tempat-tempat gelap. Maka, hanya sesetengah lampu LED saja yang beroperasi yang selebihnya tidak beroperasi kerana lampu LED tidak menghasilkan warna hitam. Sebab itu, TV LED ini menjimatkan tenaga elektrik. Jika ada 2 - 5 lampu LED pecah atau rosak. TV LED masih boleh berfungsi seperti biasa. Cuma kita tidak tahu sejauh mana lampu LED boleh bertahan.

Kelebihan -
- Kualiti gambar cantik (HD)
- Kurang berat kerana nipis.
- Jimat tenaga elektrik sehingga 40%.
- Life span, TV LED kurang menghasilkan haba dan saiz panel jadi semakin nipis serta mesra alam kerana menggunakan mercury free technology.
- Warna hitam nampak lebih asli.

Keburukan -
- 50% lebih mahal dari LCD. namun harga itu semakin jatuh sehingga sekarang.

sumber - adanaberkat blog

Share:

Tuesday 4 September 2012

Diana Danielle & Farid Kamil sudah bertunang dan bakal berkahwin pada tahun hadapan

Diana Danielle & Farid Kamil tunang

Pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil telah mengikat tali pertunangan pada Ahad lalu di kediaman aktres itu di Damansara, di sini selepas menyulam cinta selama tiga tahun.

Menurut laporan akhbar Berita Harian, majlis berlangsung sekitar pukul 4 petang dimana Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah 'diikat' oleh lelaki itu.

Ibu Diana, Norsiah Ramli berkata, majlis tersebut sudahpun dirancang sejak sebulan yang lalu dan bersyukur segala perancangan berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia.

"Harap-harap pertunanagan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik," katanya.

Tambah Norsiah, dia tiada niat mahu menyimpan rahsia kepada umum mengenai pertunangan tersebut, cuba keputusan itu dibuat atas kehendak anak dan bakal menantunya itu.

"Saya tak berniat untuk merahsiakannya daripada sesiapa, Semua itu kehendak Farid dan Diana.

"Malah tiada rakan artis pun yang diundang. Lagipun ia hanya sebuah majlis pertunangan saja, kami pun buat seringkas yang boleh," ujarnya.

Pada majlis tersebut, Diana yang anggun mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang.

Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut.

Sementara itu, Norsiah memberitahu, tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih lagi belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja.

Sebelum ini Diana dan Farid dikatakan putus cinta, namun hubungan itu disambung selepas beberapa bulan.

sumber

P/s :diam2 je LOL

Share:
loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

Artikel Lain

loading...