June 2012 ~ Bila Han Bercerita

Friday, 29 June 2012

Al Fatihah Osman Kering Meninggal Dunia


Al Fatihah Osman Kering Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR – Osman Kassim, 57 atau Osman Kering yang dimasukkan ke hospital 10 Jun lalu akibat jangkitan kuman pada organ dalaman, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Anak Allahyarham, Nur Aini ketika dihubungi Mynewshub.my mengesahkan berita kematian bapanya itu.

Katanya, bapanya meninggal dunia pada 3.45 petang tadi.

” Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Petaling Jaya…InsyaAllah malam ini selepas Isyak,” katanya.

Sebelum ini Mynewshub.my difahamkan yang kuman sudah merebak ke paru-paru, otak, buah pinggang dan jantung pelawak terkenal itu.

Antara filem lakonan Allahyarham ialah Man Laksa; Tentang Bulan; 9 September; Pontianak Menjerit dan Mr Cinderella.

sumber
Share:

Thursday, 28 June 2012

Petua Mencegah Mata Rabun

Petua Mencegah Mata Rabun



Pilihan 1: Ambil Periuk Kera dan masakkan dalam periuk. Ambil air rebusan tersebut dan sapukan pada mata anda setiap pagi atau malam.

Pilihan 2: Ambil Akar Jambu Batu dan rebus dengan 3 gelas air. Biarkan ia mendidih sehingga airnya tinggal 1 gelas. Tapis air rebusan itu dan minum. Amalkan selalu.
Pilihan 3: Ambil 1 genggam bunga Tongking dan rebus dengan 1 gelas air sehingga mendidih. Setelah air rebusan ini sejuk, tapis airnya dan minum. Amalkan selalu.

Pilihan 4: Ambil 30 helai daun Sirih dan rebus bersama 1 gelas air sehingga mendidih. Minum setiap pagi. (Air rebusan ini boleh digunakan untuk diminum sebanyak 4 kali lagi)

Pilihan 5: Rebuskan batang dan daun Bayam Merah dan makan sebagai ulam bersama nasi atau dimakan begitu sahaja.

Pilihan 6: Kupaskan kulit Bawang Putih dan tumbuk atau hiriskan. Masukkannya ke dalam masakan harian anda.

Pilihan 7: Ambil teras kayu Merungai dan rendam dalam air kelapa selama 5 minit. Kacau rata dan minum selalu.

Pilihan 8: Sediakan 20 helai daun Sirih dan satu oz. kunyit. Parut kedua-dua bahan tersebut. Letakkan di atas penapis, tuangkan air panas dan perah.Minum air yang sudah ditapis sebanyak 2 gelas setiap hari.

sumber-facebook-
Share:

Wednesday, 27 June 2012

USTAZ AZHAR IDRUS MASUK ASTRO OASIS

USTAZ AZHAR IDRUS MASUK ASTRO OASIS



Alhamdulillah, penantian kemunculan Ustaz Azhar Idrus di kaca TV bakal berakhir tidak lama lagi apabila beliau telah dilamar oleh Astro Oasis untuk slot ‘Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus”

Rancangan ini bakal disiarkan bermula pada 3 Julai 2012, setiap Selasa, Rabu dan Khamis, pada pukul 7.30 petang. Siaran ulangannya pula pada pukul 11 malam. Khabarnya, antara mereka yang terlibat mengaturkan program ini ialah Sham Kamikaze.

Jangan lupa untuk menonton Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus nanti. Tahniah Astro.Naik la lepas ni rating astro oasis !!

Share:

[VIDEO] FAKTA KECEDERAAN YANG DI ALAMI JACKIE CHAN



Seperti yang kita tahu,Jackie Chan merupakan seorang pelakon stunt yang melakukan lagak ngeri  secara REAL.aku pernah buat satu entri suatu ketika dulu mengenai kecederaan yang dialami oleh Jackie Chan,bagi sesiapa yang belum membaca fakta2 tersebut boleh la baca di SINI,dan hari ni,aku sajikan video pula dan korang sendiri menilai tahap kecederaan yang dialamai jackie chan.mari kita ikuti video ini


P/s : Giler kentang!! semua real !!
Share:

COOL : Jual Karipap di Facebook untung RM2000 sehari

Jual Karipap di Facebook untung RM2000 sehari
kredit gambar rindok(keratan akhbar metro)


Kuantan: Seorang pengusaha karipap di Tanjung Lumpur, di sini, kini sudah mampu tersenyum lebar apabila usahanya menggunakan laman web sosial facebook untuk memasarkan hasil jualannya itu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Berbekal sebuah iPad, Fauziyatul Akma Abdul Rahman, 44, hanya perlu meneliti setiap pesanan yang dihantar pelanggannya dan dia mampu memperoleh jualan kira-kira RM2,000 sehari.

“Idea untuk menggunakan facebook bagi menjual karipap ini timbul secara tidak sengaja. Pada mulanya, saya membuka akaun facebook ini untuk mencari rakan yang sudah terpisah, namun lama-kelamaan fungsinya semakin berubah dan kini ia seakan menjadi ‘lubuk’ untuk saya menambah rezeki.

“Kebanyakan pelanggan lebih senang membuat tempahan menerusi facebook kerana bagi mereka ia lebih mudah daripada datang sendiri ke gerai saya. Justeru, tangan saya akan sentiasa memegang iPad ini untuk memeriksa sekiranya ada pesanan baru atau tidak. Saya akui cara ini berjaya menambah pendapatan saya,” katanya.

Setiap tempahan boleh diambil sendiri pelanggan dan Fauziyatul Akma turut menyediakan khidmat penghantaran karipap ke rumah tetapi ia terhad kepada lokasi di sekitar bandar ini saja.

Karipap yang dihasilkan Fauziyatul Akma sering menjadi perhatian dan pada setiap petang, gerai kecilnya yang terletak di tepi jalan Tanjung Lumpur itu akan dikerumuni pelanggan.

Jumlah pelanggan akan bertambah dua ke tiga kali ganda pada setiap hujung minggu hingga kadangkala menyebabkan jalan utama untuk ke Kuantan itu mengalami kesesakan.

Istimewanya karipap yang dijual di gerai Fauziyatul Akma ialah ia diserahkan kepada pelanggan dalam keadaan panas kerana karipap berintikan daging, ayam, kentang dan samosa yang dihasilkan itu akan hanya digoreng apabila ditempah.

“Saya mementingkan kualiti karipap dan kepuasan pelanggan, jika karipap yang berada di dalam dulang hidangan sudah agak sejuk, pelanggan boleh meminta karipap lain yang baru digoreng.

“Karipap ini dibuat sepenuhnya menggunakan tangan terutamanya ketika proses ‘mengelim’ bahagian tepi karipap dan tidak menggunakan acuan seperti orang lain,” katanya yang menjalankan perniagaannya itu sejak lapan tahun lalu.

Menyedari karipapnya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan, Fauziyatul Akma turut menggajikan enam pekerja yang bertanggungjawab menghasilkan kuih berkenaan.

Pelanggan di gerai Fauziyatul Akma juga boleh memilih sendiri bentuk karipap yang diinginkan dan setiap satunya dijual dengan harga 50 sen.

“Pernah juga pelanggan mahu saya membuat karipap berbentuk bulat seakan donut dan berbentuk panjang. Kami akan cuba sedaya upaya memenuhi permintaan itu.

“Hasrat saya ialah untuk membuka beberapa cawangan di bandar ini tetapi ia memerlukan modal yang besar. Buat sementara ini, biarlah saya menumpukan perhatian kepada gerai sedia ada saja,” katanya sambil memaklumkan dia turut bersedia menerima tempahan jika ada kenduri atau majlis tertentu.

P/s :Yosh~ dimana ada kemahuan,disitu ada jalan,tu rezeki dia.macam2 cara yang tidak disangka2 Allah akan beri bagi sesiapa yang sabar dan sentiasa cari ikhtiar.yang penting semangat :)
Share:

Tuesday, 26 June 2012

Plaza Bukit Bintang Akan Dirobohkan Tahun Depan

Plaza Bukit Bintang Akan Dirobohkan Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Pusat membeli-belah Bukit Bintang Plaza, yang merupakan simbol kepada pusat perniagaan Bumiputera di kawasan segitiga emas dijangka akan dirobohkan pada awal tahun depan.

“MRT Corp telah memberi kami masa sehingga akhir tahun untuk mengosongkan bangunan.

“Notis pengusiran akan dikeluarkan kepada penyewa untuk keluar,” kata Pengarah Urusan UDA Holdings, Ahmad Abu Bakar kepada pemberita selepas satu sesi dialog bersama para penyewa pada Selasa.

Beliau berkata, UDA akan menunggu keputusan daripada Kementerian Kewangan berhubung permohonan oleh Tradewinds (M) Bhd untuk menyertai dalam pembinaan semula bangunan Bukit Bintang Plaza.

Ahmad berkata, UDA telah menerima permohonan rasmi daripada Tradewinds dan beberapa syarikat lain yang berminat untuk menyertai projek itu. - BERNAMA
Share:

Monday, 25 June 2012

WAJIB TAHU : JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta

JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta

Mungkin ramai diantara kita termasuk saya sendiri,sering kali apabila masuk ke dalam kereta dengan segera menghidupakn hawa dingin.tapi tahukah anda?ianya sangat berbahaya? nak tahu??mari kita ikuti penerangan ini selengkapnya

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kit

sumber
Share:

Kelebihan Minum Air Kosong Ketika Perut Kosong


Tabiat minum air kosong ketika perut kosong adalah salah satu tabiat yang sangat baik. Rasulullah SAW juga sering mengamalkan minum air kosong selepas bangun sahaja dari tidur setiap pagi. Ia juga baik untuk penyakit antaranya penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.

Kaedah-kaedahnya :

1. Sebaik sahaja anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air

2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit

3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam

5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.

6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan di samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:

1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.

Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita teruskn kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Ini adalah cara & tradisi orang-orang Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum .

Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda.Bukanlah tidak boleh/bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan.

Apabila ini ‘enapcemar’ bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine..Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Ambil perhatian yang serius untuk serangan jantung:
• Wanita perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,
• Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.
• Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.
• Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.
• 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.
• Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu & pelajari,maka peluang utk hidup lebih panjang dan baik lagi.



Share:

Thursday, 21 June 2012

WAJIB TAHU : Tin Minuman haruslah dibasuh dahulu sebelum diminum


Tin Minuman haruslah dibasuh dahulu sebelum diminum


Korang mesti pelik kan,kenapa nak kena basuh tin miuman tu.bukan ada bakteria pon.ek?betul ke?who says? nak habaq mai.tadi aku blogwalking dari forum ke forum,fb group ke email.penat merayau,terjumpa benda ni.diminta untuk share..laporan dan ulasan sepenuhnya berbahasa indonesia.mari kita ikuti laporan ini.tanpa diedit.harap orang malaysia faham lah ye.hari2 layan sinetron.mari kita ikuti

Pada Hari Minggu Satu Keluarga bertemasya dengan membawa beberapa tin minuman.Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dibawa ke rumah sakit dan ditempatkan di Ruang Intensive Care Unit (ICU).


Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Hal ini terlacak pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas. Hasil ujian menunjukkan tin tersebut telah terinfeksi urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.


Sangat dianjurkan agar membilas secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan langsung diantarkan ke kedai2 tanpa dibersihkan. Sebuah penelitian menunjukkan bahwa bahagian atas semua tin minuman lebih terkontaminasi dibandingkan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)


Jadi, bersihkan dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan fatal.

P/s :tapi setahu aku kalau dah dibungkus berkarton2 ada plastik.sampai kedai.terus masuk peti ais.mungkin sebab dia kata hari temasya,tin2 semua letak luar.apa2 pon sila berhati2 dan share dengan semua kenalan terutama keluarga :)
Share:

FAKTA : Bahaya Duduk Atas Dompet

Bahaya Duduk Atas Dompet


Jangan duduk atas dompet anda. Memang sudah menjadi kebiasaan kita, terutamanya lelaki yang letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet. Salah ke letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet?

Lelaki yang suka meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.

Bahaya Duduk Atas Dompet


Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.

sumber
Share:

Filem JUVANA THE MOVIE Bakal Mengegar Pawagam

JUVANA

Seperti yang kita tahu drama bersiri ‘Juvana’ pernah ditayangkan di TV3 satu ketika dulu dan mendapat sambutan yang sangat meriah dari kalangan penonton,dan kali ini.Faisal Ishak yang juga merupakan pengarah drama siri JUVANA diberi kepercayaan untuk mengarahkan filem tersebut.

Kalau sebelum ini lakonan drama bersiri JUVANA dilakonkan oleh watak2 dan krew yang sama,tapi untuk filem Juvana The Movie ada sedikit penambahan dari para pelakon dan jalan penceritaan.mari kitaikuti sedikit trailer Juvana The Movie



Jadi apa pandangan korang tentang trailer neh?banyak cite aksi yang seronok tahun 2012.kl gangster 2 pon akan menyusul,8 Jam lakonan shaheizy sam..dan aku menggangarkan cerita Juvana The Movie ni akan meletup dan bakal bersaing dengan KL gangster yg bakal mnyusul.Y0SH~
Share:

COOL : Lampu Jalanan Kuasa Turbin

Aku rasa ni lampu jalanan yang paling genius dan cool,bukan basikal zaman dulu je guna turbin.Lampu turbin jalanan ni ECO friendly. Lampu turbin ciptaan TAK Studio menggunakan angin dari pergerakan kenderaan untuk mengecas bateri dalaman. Bila malam dia akan on sendiri.ohsem !!

Lampu Jalanan Kuasa Turbin

Lampu Jalanan Kuasa Turbin


Share:

Apa Itu Lomography

Apa Itu Lomography


Seperti yang kita tahu Kamera lomo sekarang amat digemari remaja sekarang,terutamanya kaum wanita,tapi ramai yang tidak tahu apa tu lomography?apa bezanya dengan kamera biasa?so dibawah ini merupakan ulasan lengkap tentang lomography,dan sebelum korang tengok video ni,aku nak bgtau,kamera lomo mula diperkenalkan pada awal tahun 1980 lagi.LOL


nak cari kamera lomo murah dan terpakai?singgah SINI

P/s :membe gua kata pengulas tu boleh buat orang laki tergugat.FTW!!Bytheway,efek2 gambar menggunakan kamera lomo ni memang superb!!
Share:

COOL : Design Baju Kreatif Mario Sebelum Pergi Kerja

Ini ialah design T-Shirt dari Glen Brogan,memang nice gile baju ni.sape yang teringin nak beli baju style ni.korang boleh lawat SINI

Design Baju Kreatif Mario Sebelum Pergi Kerja
Mario Sebelum Pergi Kerja


Share:

Ferrari ini bernilai RM100 juta

Ferrari ini bernilai RM100 juta



LONDON: Sebuah kereta Ferrari dijual dengan harga $20 juta (RM100 juta), menjadikannya kereta paling mahal di Britain.

Ia satu daripada 39 model kereta siri 250 GTO yang dibuat dari 1962 hingga 1964.
Kereta berkenaan dipercayai dijual oleh pengumpul kereta Ferrari, Jon Hunt yang membelinya pada 2008 dengan harga $15.7 juta, rekod dunia ketika itu.

Hunt yang mengasaskan agensi hartanah Foxtons sebelum menjualnya dengan harga $370 juta pada 2007, menjual Ferrari buatan 1963 itu pada harga $20.2 juta, mencatatkan keuntungan sebanyak $4.5 juta dalam masa hanya tiga tahun.

Kereta yang bernombor plat 5095 itu dilengkapi enjin V12 dan mampu mencapai kelajuan 287 kilometer sejam.

Harga baru kereta itu pada 1963 ialah $6,000, sama harga dengan sebuah rumah berkembar pada 1960-an. Ferrari 250 GTO itu kini adalah kereta kedua termahal di dunia selepas kereta Bugatti keluaran 1936 yang dijual pada harga $26 juta pada 2010. – Agensi

P/s :kereta mewah.makin lama,jadi barang antik.makin bernilai.gile kentang!!
Share:

Tuesday, 19 June 2012

Aireen Omar CEO baru AirAsia


Aireen Omar CEO baru AirAsia


 Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, bagi operasi Malaysia, Aireen Omar, 38, berhasrat untuk mengekalkan agihan pasaran domestik sebanyak 60 peratus yang dikuasai syarikat itu.

"Saya tahu saya berhadapan dengan tugas berat untuk mengekalkan prestasi tinggi ini, tetapi saya percaya dapat mencapai sasaran itu. Semua orang boleh membuat penerbangan, bukan hanya sekarang, tetapi selama-lamanya.

"Kami menguasai 60 peratus pasaran domestik dan 40 peratus agihan pasaran antarabangsa. Kami berhasrat mengekalkannya dan mengembangkannya lagi," katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia bagi operasi di Malaysia, semalam.

Aireen berkata AirAsia Malaysia akan terus bersikap kreatif dan inovatif.

Kata beliau, mengekalkan kedudukan peneraju pasaran, disiplin kos dan meningkatkan pendapatan adalah antara cabaran-cabaran yang mengiringi jawatan itu.

Aireen, bekas Ketua Kewangan Korporat Serantau AirAsia, Perbendaharaan dan Hubungan Pelabur, menggantikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes, yang akan berpindah ke Jakarta untuk memantau rancangan peluasan syarikat penerbangan itu di rantau Asean, berkuat kuasa 1 Julai.

AirAsia telah menubuhkan sebuah pejabat rantau Asean di Jakarta, AirAsia Asean.

Fernandes berkata sudah jelas bahawa ketika AirAsia melangkah ke dekad keduanya, perlu ada anjakan besar dari segi perspektif, strategi dan operasi kumpulan, untuk mengekalkan trajektorinya.

"Beliau (Aireen) mungkin kelihatan lembut, tetapi beliau agresif, kuat macam saya tetapi dengan pendekatan yang berbeza. Jangan tertipu dengan rupa luarannya," kata beliau.

Menurut Fernandes, Aireen akan bertanggungjawab secara terus kepada beliau.

Sementara itu, pengasas bersama AirAsia, Kamarudin Meranun, berkata Aireen memastikan AirAsia mencatatkan prestasi tinggi semasa krisis kredit.

"Meskipun syarikat penerbangan lain menghadapi masalah apabila mereka gagal mendapatkan sebarang pembiayaan, Aireen berjaya mendapatkan pembiayaan pada kadar yang sangat berdaya saing untuk membeli pesawat bagi AirAsia," tegasnya. - Bernama
Share:

Monday, 18 June 2012

Lelaki wajib tahu : 9 punca masalah kemandulan


Mengikut kajian terdapat beberapa kes kemandulan berkait rapat dengan masalah kesihatan selain juga tidak menpunyai sperma yang baik. Antara faktor punca yang mengundang  kemadulan ialah :

9 punca masalah kemandulan


1. Varicocele

Varicocele adalah masalah pembesar saluran vena yang melingkari saluran sperma iaitu saluran vas deferens. Akibat dari pembesaran saluran vena ini, suhu di dalam kerandut zakar akan meningkat dan ini akan menjejaskan penghasilan sperma.

2. Infeksi

Terdapat infeksi yang boleh menjejaskan penghasilan sperma atau menyebabkan berlakunya parut pada saluran vas deferens dan akan menjejaskan pergerakan sperma. Ini termasuk infeksi seperti penyakit bawaan seksual ( STD ) seperti Chlamydia dan Gonorrhea, Inflamasi pada kelenjar prostat ( Prostatitis ), Infeksi pada buah zakar akibat penyakit beguk ( Mumps )

3. Ejakulasi retrograde

Masalah ini adalah masalah air mani yang masuk ke dalam pundi kencing semasa ejakulasi dan tidak keluar ke hadapan. Terdapat pelbagai masalah yang menyebabkan ejakulasi retrograde seperti kencing manis, multiple sclerosis, kecederaan pada sarap spina pembedahan pada kelenjar prostat dan pundi kencing manis.

4. Tidak dapat mengalami ejakulasi

Ini tidak berlaku apabila seseorang itu mengasilkan sperma yang cukup tetapi tidak boleh memancutkanair mani. Ia berlaku di dalam masalah kecederaan saraf spina.


5.  Antibodi yang boleh memusnahkan sperma
Terdapat penghasilan antibodi terhadap sperma dimana sistem imuniti badan tidak dapat mengenal sperma sendiri dan menghasilkan antibodi untuk memusnahkan sperma tersebut. Ini berlaku pada lelaki yang menjalani proses vasektomi dan juga lelaki yang pernah mengalami kecederaan pada buah zakar.

6. Kanser

Sesetengah kanser terutama yang melibatkan organ reproduksi seperti kanser buah zakar/testis boleh menjejaskan penghasilan sperma. Rawatan untuk kanser seperti kemoterapi juga boleh menjejaskan penghasilan sperma.

7. Masalah buah zakar tidak turun

Pada sesetengah lelaki, semasa di peringkat janin lagi akan ada masalah iaitu satu atau kedua-dua buah zakar tidak turun kedalam kerandut zakar.

8. Ketidakseimbangan hormone

Masalah Infertliti boleh berpuncadari masalah didalam testis itu sendiri atau tidak normal melibatkan kelenjar lain didalam otak yang terlibat dalam penghasilan hormon testosteron seperti kelenjar pituitary.

9. Masalah hubungan seks

Ini termasuk masalah mati pucuk, ejukulasi pramatang kesakitan semasa hubungan seks atau masalah psikologi yang boleh secara tidak langsung menyebabkan kemandulan.


Share:

Sunday, 17 June 2012

7 Barang Aneh Yang Di Jual Di Ebay


Seperti yang kita tahu Ebay merupakan pasar online dunia, sebuah laman tempat bagi pembeli dan penjual berhimpun dan berdagang apa saja. eBay dilancarkan pada tahun 1995. eBay bermula sebagai tempat untuk berdagang barang koleksi dan barang yang sukar ditemui. Sejak itu, eBay telah berkembang menjadi platform tempat kita boleh mencari segala sesuatu, dari telefon, DVD, pakaian, barang-barang koleksi hingga kereta dan rumah.tidak perlu lagi ke kedai untuk mencari barang baik yang rare ataupun yang biasa ditemui

Dengan senarai barang sebanyak lebih dari 103,6 juta di seluruh dunia dan penambahan senarai barang sebanyak 6.1 juta yang dilakukan setiap hari, eBay menawarkan peluang yang tidak terhingga bagi semua orang untuk membeli dan menjual di seluruh dunia. Namun ternyata selain barang keperluan sehari-hari, eBay juga menawarkan barang-barang yang terbilang aneh dan langka untuk ditemui. Berikut ini adalah 7 (tujuh) benda atau barang-barang aneh yang dijual di eBay:

1. Peluru berpandu Nuklear Dijual di eBay 

7 Barang Aneh Yang Di Jual Di Ebay


Ya, salah satu benda pelik yang dijual di ebay pelancar peluru nuklear. Pemilik pangkalan peluru berpandu antara-benua AS telah menempatkan itu untuk dijual di ebay.

Tanah seluas 57 ekar bekas kompleks Tentera Udara dan 43,000 ruangan kaki persegi “boleh digunakan” dan mempunyai sambungan ke terowong. 90 kaki struktur roket-holding dan mengandungi 2 peluru berpandu juga antara termasuk dalam kawasan tersebut.

Harga yang ditawarkan ialah $US 1.5 juta (£ 750,000)

2. Negara Belgium Dijual di eBay 

7 Barang Aneh Yang Di Jual Di Ebay

Negara Belgium merupakan salah satu negara yang pernah menjadi salah satu benda yang dijual di eBay. namun pada akhirnya negara tersebut tidak jadi di jual setelah tawaran mencapai 10 juta Euro ($ 14 juta). Belgium eBay Pengurus PR, Merica Burin, mengatakan, 'Itu adalah salah satu sejarah yang benar-benar menyenangkan yang dibuat oleh Belgium. Orang ini, dengan cara yang sangat lucu, mengingatkan Belgium adalah negara besar kerana dijual dan merupakan salah satu hal yang memalukan. '

3. Berlian Dari Rambut Beethoven Dijual di eBay 

7 Barang Aneh Yang Di Jual Di Ebay


Diamond Beethoven diperbuat dari karbon yang diperoleh daripada beberapa helai rambut Beethoven. Ini adalah salah satu dari tiga berlian yang diciptakan, tetapi juga satu-satunya yang akan ditawarkan untuk umum dengan harga satu juta dolar.

4. Villa Mewah colani Dijual di eBay 

7 Barang Aneh Yang Di Jual Di Ebay


ikenali sebagai Villa Colani kerana diilhamkan oleh designer legenda bernama Luigi Colani. Sebuah kawasan mewah di Pulau Majorcam, Sepanyol yang siap dibina pada tahun 2009.

Lebih dari 1,230 kaki persegi diperbuat dari emas 24 karat. Emas tersebut digunakan di kolam renang dan rumah. Pintu Colani eksklusif, serta pintu dengan lima pintu masuk lainnya, semua dihiasi dengan kristal swarovski asli artistik dimasukkan ke dalam panel, sehingga nampak berkilau baik dari luar dan dalam rumah. Villa colani di dijual seharga $ 28.000.000

5. Isteri Yang Dijual Oleh Suaminya di eBay 

7 Barang Aneh Yang Di Jual Di Ebay


Dalam usaha agar dirinya boleh keluar dari kesulitan kewangan, seseorang individu di Brazil memutuskan untuk menjual isterinya. Dia menulis iklan dan dipostingdi laman web popular, menawarkan isterinya untuk harga anggaran sebanyak $ 55. Perlu waktu cukup lama, namun kerajaan akhirnya mengetahui iklan tersebut dan akan memerintahkan agar iklan tersebut dihapuskan dari website eBay.

6. Arahan 340 Tahun William Shakespeare Dijual di eBay 

7 Barang Aneh Yang Di Jual Di Ebay

Buku berusia 340 tahun dari pengarang William Shakespeare, telah dijual di ebay pada tahun 2003 berharga £ 5 juta. Naskah ini adalah satu dari beberapa salinan yang selamat dalam kebakaran besar di London pada tahun 1666.

7. Kapal Pesiaran Dijual di eBay

7 Barang Aneh Yang Di Jual Di Ebay


Barang paling mahal yang di jual di eBay adalah kapal pesiar yang dilelong olehFort. Lauderdale (FL). Direka oleh arkitek Frank angkatan laut Mulder dari Mulder Design. Kapal pesiar ini ditawarkan untuk lelongan eBay pada 3 November 2006 dengan harga awal sebanyak $ 85 juta. Beberapa ciri luar biasa dari kapal pesiar ini meliputi: 16.000 NM, garaj helikopter, dan empat belas suiteVIP multi-level dengan permandangan panorama.

sumber

Share:

Sejarah Asal Usul Adidas


Sejarah jenama kasut yang sangat terkenal ini dimulai pada tahun 1920 oleh Adi (Adolf) Dassler di kawasan cuci milik Ibunya. Waktu itu Adi Dassler membuat projek kecil-kecilan dengan membuat kasut sukan. Kerana tingginya kualiti kasut yang dihasilkannya, akhirnya bisnes kecil-kecilan tersebut mula membuahkan hasil. Pada tahun 1924, Adi Dassler dan saudaranya Rudolf Dassler mendirikan “Dassler Brothers OGH” .

Sejarah Asal Usul Adidas


Komitmen Adi Dassler pada kualiti, membawa Dassler Brothers sebagai pengilang kasut berkualiti tinggi, sehingga sering dipakai oleh atlit-atlit legenda masa itu untuk Sukan Olimpik. Puncak kegemilangan kasut Dassler Brothers adalah ketika Jesse Owen menjadi atlit paling berjaya pada Sukan Olimpik Berlin pada tahun 1936 dengan menggunakankasut buatan Dassler.

Sejarah Asal Usul Adidas


Pada tahun 1948, Adi dan Rudolf memutuskan untuk berpisah dan masing-masing membuat jenama kasut sendiri. Rudolf membuat jenama kasut ‘Puma’ sedangkan Adi membuat jenama ‘Adidas.’ Pengambilan nama Adidas berasal dari nama Adi Dassler dengan menggabungkan nama depan Adi dan satu suku kata nama belakang Dassler iaitu ‘das’ sehingga menjadi kata ‘Adidas’. Sekadar informasi bahawa nama asli dari Adi Dassler adalah Adolf Dassler, tapi orang Jerman sering memanggil nama Adolf sebagai Adi.

Sejarah Asal Usul Adidas


Disokong oleh kemajuan bidang penyiaran dan pertelevisian, adidas menikmati keuntungan dari acara sukan seperti Sukan Olimpik atau bola sepak, kerana logo 3 stripes mereka mudah dikenali dari jauh. Ia pun mendafarkan logo 3 stripes sebagai trademark dari adidas. 3 stripes yang diciptakan agar kaki stabil, namun akhirnya menjadi logo.



Penggunaan logo Adidas sendiri baru dipergunakan pada sekitar tahun 1948, pada ketikat dua bersaudara Dassler tersebut berpisah. Secara visual, logo Adidas hanya berupa huruf Adidas, dengan nama Adolf Dassler diatasnya serta ilustrasi kasut ditengahnya. Dengan jenama ini, kasut buatan Adi Dassler mencapai tahap kegemilangannya, dengan diakuinya jenama kasut Adidas pada acara sukan dunia seperti Sukan Olimpik Helsinki, Melbourne, Roma dan lainnya. Serta waktu itu pasukan bola sepak Jerman menjadi juara dunia dengan menggunakan kasut Adidas.

Sejarah Asal Usul Adidas


Pada tahun 1972, logo Adidas mengalami perubahan iaitu dengan menggunakan konsep ‘Trefoil Logo’, iaitu logo dengan visual tiga daun terangkai. Konsep tiga daun ini memiliki makna simbolisasi dari semangat Sukan Olimpik yang menghubungkan 3 benua. Sejak waktu itulah Adidas menjadi kasut rasmi yang dipergunakan pada acara Sukan Olimpik seluruh dunia.



Akhirnya setelah bertahun-tahun berjaya dan mengalami liku-liku perkembangan usaha, pada tahun 1996, Adidas mengalami modernisasi dengan menerapkan konsep ‘We knew then – we know now’ yang menggambarkan kejayaan masa lalu dan kejayaan hingga kini. Adapun logo baru yang digunakan secara visual berupa tiga angka condong yang membentuk tanjakan yang menggambarkan kekuatan, daya tahan serta masa depan. Sejak waktu itu logo Adidas tidak pernah mengalami perubahan, serta masih berjaya hingga sekarang.

P/s : .adolf hitler dan adi dassler orang berlainan ye..jangan salah faham,sila google untuk info selanjutnya.hehe

sumber
Share:

Kanak-kanak maut tertembak diri sendiri dengan pistol bapa pada hari jadi


Kanak-kanak maut tertembak pada hari jadi



KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut selepas tertembak diri sendiri menggunakan pistol, yang disangka pistol mainan, di rumah neneknya di Ketereh di sini  malam tadi sebaik selesai menyambut hari jadinya.

Sementara bapa saudaranya, Helmi Ghazali berumur 31 tahun yang kebetulan berada di belakang mangsa, cedera di bahagian bahu dan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 9 malam apabila mangsa, Mohd Faris Faisal Hisham menjumpai pistol jenis Walter, yang disimpan oleh bapa saudaranya iaitu seorang anggota polis di bawah meja.

"Mangsa yang menyangkakan ia adalah pistol mainan telah melepaskan tembakan dan salah sebutir peluru menembusi dahinya.

"Mohd Faris meninggal dunia sebaik sahaja dibawa ke Klinik Kesihatan Ketereh," kata beliau kepada pemberita pada satu sidang media di sini, hari ini.

Mohd Faris yang baru sahaja menyambut hari lahirnya dikatakan bermain pistol milik bapa saudaranya yang merupakan seorang anggota polis di sebuah negeri lain selepas selesai majlis kenduri ibu saudaranya di sini.

"Kerana menyangkakan pistol itu barang mainan, kanak-kanak itu dipercayai tertembak dengan peluru pistol itu menembusi dahinya sebelum mengenai dada bapa saudaranya," kata beliau.

Jalaluddin berkata, sewaktu kejadian, anggota polis itu sedang menunaikan solat Isyak dan senjata api berkenaan disorokkan dalam laci sebuah meja, namun ditemui mangsa yang menyangkakan ia adalah pistol mainan.

"Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian kerana tertembak," katanya lagi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian. Mangsa diklasifikasikan maut mengejut.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai kes terpencil berkata, anggota polis itu akan disiasat dan tindakan susulan akan diambil.

Jenazah Mohd Faris, anak sulung daripada dua beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Ketereh, petang ini selepas selesai bedah siasat itu dilakukan.

Dalam pada itu, Benama memetik ibu Mohd Faris, Fadhilah Rifa'in, 27, berkata, dia menetap di Pasir Mas dan datang ke Ketereh untuk majlis perkahwinan adiknya.

Katanya, pada masa sama dia sempat menyambut hari lahir anaknya itu secara kecil-kecilan dan sebelum kejadian dia berada di luar rumah untuk mengemas
meja dan kerusi sementara menunggu pembekal khemah datang mengambil barangan yang disewa selepas selesai majlis perkahwinan itu.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dan saya tidak tahu apa yang berlaku. Sebaik saya masuk ke dalam rumah, saya lihat anak saya terkulai di atas lantai.

"Suasana menjadi kelam-kabut apabila seorang lagi ahli keluarga saya meraung kesakitan akibat luka di dada," katanya dan menambah anaknya itu dibawa ke klinik Kesihatan Ketereh sebelum disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, nenek Muhammad Faris, Norizan Abd Wahab, 46, berkata, selepas terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumah, dia masuk ke dalam rumah dan melihat Helmi meraung kesakitan, manakala cucunya dalam keadaan kaku.

"Ketika itu, ramai ahli keluarga yang melihat keadaan menantu saya (Helmi) kerana cucu saya diam saja.

 "Saya segera melihat cucu saya dan mengangkatnya ke dalam lori pembekal khemah yang baru tiba untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Ketereh sebelum disahkan
meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, ibu saudara Mohd Faris, Nor Ain Farhana Yasin, 15, yang berada di dalam rumah berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan dia hanya mendengar bunyi satu das tembakan dilepaskan.

sumber
P/s :cuainya.aduhai..kepada polis2 simpan la pistol tu baik2.kesian budak tu
Share:

Saturday, 16 June 2012

COOL : Koleksi 404 Page Not Found yang Awesome

Koleksi 404 Page Not Found yang Awesome











mana korang rasa paling cool ? aku rasa yang bawah sekali ni,haha.bytheway blogr.my second last tu dowh

Share:

Sejarah penciptaan straw


Straw merupakan satu benda yang aku rasa digunakan setiap hari. Ia membantu proses untuk kita minum air dengan konsep yang mudah melawan graviti. Idea inilah di inspirasikan oleh Marvin c. stone.

Sejarah penciptaan.

Pada suatu hari Marvin, yang pada mulanya dia sebelum nie pun mengusahakan pembuatan dalam kertas pemegang rokok, telah mendapat ilham untuk paten bagi satu proses baru untuk membuat penyedut minuman. Beliau menggulungkan kertas bersalut parafin pada sebatang pensel lalu melekatkan hujungnya.

Sejarah penciptaan straw


Menggunakan rumput rai.

So, menggunakan daun inilah untuk menghirup air, dengan daun kertas ini membuat jerami prototaipnya oleh jalur-jalur berbelok-belok kertas sekitar sebatang pensel dan merekatkan ia bersama. Dia kemudian cuba dengan parafin bersalut kertas manila, jadi berjerami tidak akan menjadi basah manakala seseorang telah mencuba untuk minum.

Marvin Stone telah  memutuskan jerami ideal ialah 8 1/2 inci panjang dengan satu diameter hanya cukup luas menghalang benda-benda seperti benih-benih lemon dari ditempatkan dalam tiub.

Sejak Marvin Stone mengusahakan penyedut minuman, ia telah bertambah baik malah lebih. Kini, straw yang ada pun bukan kertas lagi, iaitu menggunakan bahan lain iaitu plastik, dan terdapat sekurang-kurangnya 11 jenis-jenis berbeza. Ini termasuk berjerami bendy, berjerami gula-gula , dan mengaut berjerami.

Permintaan terus bertambah.

Produk telah dipatenkan pada Januari ketiga, 1888. Menjelang 1890, iaitu dalam masa dua tahun, produksi straw ini telah mengatasi jumlah pengeluaran pemegang rokok. Penghasilan straw dibuat dengan tangan sehingga tahun 1906, apabila syarikat Stone telah mencipta sebuah mesin untuk melakukan kerja tersebut.

Pelbagai jenis straw.

Hari ini, kesan dari innovasi  ini, banyak jenis-jenis straw di keluarkan baik dari segi design, warna dan juga saiz yang besar untuk kepuasan yang maksimum.


Pelbagai jenis straw ada digunakan hari ini, dari jenis yang kecil, sehingga yang besar, berpusing-pusing dan sebagainya. Banyak jenis sudah dikomersialkan oleh beberapa syarikat.

Kegunaannya hari ini.

Bukan sahaja untuk minum sahaja hari ini, malah? Digunakan sebagai artistik yang boleh menjana pendapatan sampingan iaitu dengan membuat bunga straw. Hiasan-hiasan yang berbentuk kraftangan.

straw


Kraftangan/bunga straw.

Ia merupakan satu innovasi yang betul-betul menjana pendapatan, yang mana menggunakan bunga berasaskan straw dilihat kos yang murah, dan warna nya boleh bertahan lama.

Sejarah penciptaan straw


Origami.

Origami pula sesuai untuk kanak-kanak yang berminat untuk membuat sesuatu yang kreatif, tak kiralah jadi apa-apa, mereka mempunyai daya imaginasi yang sangat mengagumkan.

sumber
Share:

Saintis akui cara tidur Nabi Muhammad baik untuk kesihatan

Saintis akui cara tidur Nabi Muhammad baik untuk kesihatan



Orang dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari.

Berwuduklah sebelum tidur

Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.
Islam melarang tidur secara meniarap

“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.”(Hadis riwayat Tarmizi)

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.

Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.

Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.

Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.

Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.

Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.

sumber
Share:

Petua Kuruskan Badan Tanpa Ubat-ubatan


Petua Kuruskan Badan Tanpa Ubat-ubatan




JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG

Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda terlalu lapar, pada kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.


AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.


MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI

Air kosong mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan dapat membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.



ELAK MINUM MINUMAN BERKARBONAT

Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.



KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


MAKAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.



KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.



MAKAN DENGAN KERAP

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


CUCI MULUT

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.



PILIH MAKANAN BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.



PILIH MAKANAN BERBIJIRIN/ BERKACANG

Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


DIARI PEMAKANAN

Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


UTAMAKAN KESIHATAN

Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


CARA MASAKAN

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.



PILIHAN PERKAKAS

Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!



TABIAT BERBELANJA

Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


KURANGKAN GULA

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

AKTIVITI SAMPINGAN

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

sumber
Share:

Tips Untuk Meningkatkan Jumlah Sperma

Tips Untuk Meningkatkan Jumlah Sperma

Hello,jumpa info yang bagus ni masa blogwalking,korang semangat je baca.ngehehe.bukan main..jom tengok tipsnya apa.sebelum tu aku da penah buat entri untuk meningkatkan atau tambah air ni.haha.air apa.?? malas nak sebut baca tajuk la..haha..baca kat SINI,ataupon kalau korang nak tahu info seksual lebih lagi korang boleh tengok kat dalam list kategori blog ni. kat bawah iklan bahagian kanan.so jom,mari kita ikuti,maaf la sekiranya sesiapa yang baca ni bawah umur,ibubapa haruslah memantau anak2 mereka.aku tidak akan bertanggung jawab atas perkongsian ini dan aku anggap ianya benda atau tips yang harus dikongsi.dan ilmu itu harus dimiliki oleh setiap pasangan yang bakal/atau sudah berkahwin,mari kita ikuti



Asid Amino
Pastikan tubuh mendapat khasiat asid amino secukupnya.  Ia diyakini untuk meningkatkan cairan ejakulasi jika diambil secara teratur.  Antara asid amino itu termasuk : L-Arginine, L-Lysine dan L-Carnitine

Zink
Ia memang telah terbukti meningkatkan jumlah produksi sperma dan kemampuannya untuk bergerak spontan.  Jika diiringi dengan pengambilan asid amino, ia mampu meningkatkan jumlah sperma secara signifikan.

Senaman Kegel
Senaman Kegel membantu anda untuk 'tahan lama' ketika hubungan intim.  Selain itu, latihan ini juga membantu meningkatkan jumlah sperma.  Dikatakan latihan Kegel dapat membantu penis menegang.

Biji labu
Meski biji ini langsung tidak meningkatkan jumlah sperma, namun ia dipercayai menambah kesihatan prostat dan penghasilan testosteron.

sumber asal
Share:
loading...

Random Posts

Artikel Terbaru

Baca Juga

loading...