Tuesday, 29 May 2012

Gaji Nazmi Sebulan RM300,000?




JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

“Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.

sumber

Share:

PERGH Tilam termahal RM90,500 seunit


Tilam termahal
DUA model Harvey Norman mencuba tilam mewah Sealy pada majlis pelancaran pesta tilam di Mutiara Damansara, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Tilam Posturepedic Palatial Crest berjenama Sealy yang ditawarkan pada harga RM90,500 seunit yang diperkenalkan oleh Harvey Norman telah mencatat sejarah sebagai tilam termahal di negara ini.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Sealy Asia (Malaysia) Sdn. Bhd., Derek Yeoh berkata, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 10 unit tilam mewah itu sepanjang Pesta Tilam Berjenama Antarabangsa Malaysia ke-8 yang diadakan di pusat beli-belah Ikano, Power Centre, Mutiara Damansara di sini yang berlangsung sehingga 6 Mei ini.

“Kami yakin untuk mencapai sasaran tersebut berdasarkan pencapaian dan reputasi Harvey Norman selaku syarikat kelengkapan perhiasan rumah antarabangsa yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian pesta berkenaan di sini semalam.

Pesta tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung -sumber

P/s :untuk apa la mahal gile.sekali tido boleh dapat tenaga giler2 ke.hehe.
Share:

TENGOK ASTRO PRIMA SECARA PERCUMA






KORANG SEMUA BOLEH TENGOK >DISINI <

**Terpaksa buat ditempat khusus.kalau buat entri..nanti jauh sangat,jenuh nak cari.hehe
Share:

Monday, 28 May 2012

14 Kuasa Hebat Teh




ANDA penggemar Teh? Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:-

1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.

2. teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.

3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%.

4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E.

5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.

6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.

7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan.

8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.

9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.

10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.

11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.

12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.

13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.

14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser.

sumber
Share:

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak






1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

sumber
Share:

Saturday, 26 May 2012

GILA : HOTEL UNTUK ORANG YANG DAH MATI DI JEPUN

LASTEL di Yokohama ialah sebuah hotel yang istimewa. Kesemua penghunyinya terdiri dari mereka yang sudah meninggal dunia. Di Jepun kadar kematian tahunannya ialah 0.94% . Ini adalah jauh lebih tinggi dari purata kematian dunia 0.84% setahun. Tahun lalu sahaja terdapat lebih 1.2 juta kematian diseluruh negara matahari terbit ini. Ini adalah peningkatan sebanyak 55 000 kematian dari tahun sebelumnya. Akibat kadar kematian yang bertambah, rumah mayat dan pembakaran menghadapi masalah menguruskan jenazah. Si mati yang siap diuruskan rumah pengkebumian biasanya terpaksa menunggu sehingga 4 hari sebelum mayatnya dibakar. Melihat situasi ini Encik Hisayoshi Teramura mendapat idea membina LASTEL sebagai tempat "penginapan" terakhir simati.Kita pasti tertanya

"Kenapa tak bina sahaja lebih banyak rumah mayat dan rumah pembakaran? Kan lebih mudah?"

Jawapannya ialah di Jepun tanahnya terhad. Tiada siapa mahu rumah pembakaran atau bilik mayat berhampiran rumah mereka. Nak letak keranda dirumah sementara menunggu giliran pembakaran pula rumah di Jepun memang terkenal kecil. Encik Hisayoshi Teramura mengenakan bayaran YEN 12 000 (USD 157) semalam kepada waris simati bagi memberi perkhidmatan menyimpan mayat dalam suasana yang dignified. Bilik LASTEL sebenarnya hanyalah bilik-bilik sejuk dan ahli keluarga boleh melawat simati bila-bila masa mereka rasakan selesa. 



sumber
Share:

JANA PENDAPATAN DENGAN GUSHCLOUD



Hello people,ehem2.sorry update blog kadang2/jarang2.kena managed 2,3blog pastu sibuk dengan rutin harian yang padat,pagi2 subuh da kena bangun.malam baru balik umah lepas seharian keje,workout,nak lepak kat mekdi,mamak pon takde masa.nak usik blog lagilah.huhu

okay.sebenarnya hari ni aku baru request cashout dari GUSHCLOUD..pernah dengar ke ?kalau takpernah klik la pada link ni dan daftar terus,ianya merupakan sebuah syaikat pengiklanan,kita juga boleh beriklan.ada barang?produk?event?apa sahaja..boleh iklan..kita bayar kat dia.dia bayar kat "gusher"-pengiklan"ianya dibayar dengan dollar bukan RM.dan juga duit korang boleh ditransfer terus ke akaun bank atau paypal.proses 5 hari bekerja

sama macam says dengan churp2.tapi ianya jauh lebih mudah.hanya share task dan dapat duit..tak la macam says&churp2.perlu mengikut klik unik..atau dikenali sebagai unique visitor/unique klik.sila google.harap maklum.ngehehe. :P
aku juga pernah buat entri tentang gushcloud disini.jemput la baca
paling best,ianya senang je daftar guna FB/Twitter
sedikit bukti untuk korang,dan sila daftar dengan klik banner dibawah :)




ni time request keluar duit. :)

haa.yang tu gambar aku.akaun aku.sorry la ada curtain part kena blur dan censoredkan..aku malu la.dan tak sedia lagi nak reveal muka aku yang takberapa nak macho ni.tapi ni akaun aku..

lagi satu.kalau korang nak tahu.dulu gushcloud gunakan sistem GC sebagai sistem matawang dan KP sebagai point boleh redeem pape je.tapi sekarang dia wujudkan sistem GP.kira campur sume sekali..meh la try.tujuan aku buat entri ni untuk ajak korang buat duit.walupon aku tahu ejen pengiklanan ni yang makin kaya.makin dikenali.tapi kita juga dapat merasa sedikit duit.bukan untuk berlagak.okay.jangan salah menginterpretasikan sesuatu,gunakan mata hati untuk menilai.hehe.bye.happy blogging,happy earning some money :)

Share:

Thursday, 24 May 2012

7 PANDUAN MEMBELI TILAM AGAR ANDA BANGUN DALAM KEADAAN SIHAT DAN SEGAR




Kajian yang dijalankan oleh IKEA Malaysia memang mengejutkan kerana didapati 35 peratus rakyat negara ini menukar kereta dalam tempoh tiga hingga lima tahun berbanding 31 peratus sahaja yang menukar tilam bagi tempoh sama. Tilam yang lembut dan luas belum tentu dapat membuat anda tidur nyenyak hingga ke pagi.

Berikut tujuh panduan penting yang wajar diberi pertimbangan sebelum membeli tilam:

1. TIDUR YANG SELESA, tidur yang cukup dan selesa amat penting kepada kanak-kanak serta remaja. Pertumbuhan hormon berlaku sewaktu tidur, justeru itu tidur yang bermutu pada waktu malam mesti diberi keutamaan. Jangan ingat anak-anak masih kecil maka kita tidak perlu mendedahkan sangat soal peragaan tubuh mereka sedangkan hal itu sewajarnya dibentuk dengan sifat tubuh yang cantik.

2. BILANGAN GEGELUNG MENCUKUPI, jangan asyik mencari harga yang murah sehingga lupa mengenai bilangan gegelung di dalam tilam. Cari tilam yang mempunyai bilangan gegelung mencukupi. Harga tilam yang ditawarkan mugkin murah, tetapi bilangan gegelung di dalam sistem spring yang menawarkan sokongan terbaik untuk tubuh belum mencukupi. Oleh itu, pastikan tilam yang dibeli mempunyai sekurang-kurangnya 211 gegelung bagi tilam kelamin dan 312 gegelung bagi tilam berukuran penuh. Gegelung itu juga mestilah heat-tempered supaya tahan lebih lama.

3. KESELESAAN VS SOKONGAN, tidak perlu tilam sekeras papan untuk mendapatkan sokogan kepada tubuh. Tilam yang menyediakan asas yang baik akan menyokong tubuh anak anda secara lembut di semua bahagian supaya peragaan tubuh yang sama cantik sewaktu berdiri. Bawa anak bersama ketika membeli dan suruh dia baring di atas beberapa model tilam. Pilih tilam yang anak anda berasa paling selesa berbaring di atasnya.

4. ASAS SOKONGAN (box spring) TILAM, asas yang baik adalah penting untuk memberi sokongan dan keselesaan sempurna serta bertindak seperti satu penyerap kejutan yang besar. Menggandingkan tilam baru dengan asas (box spring) yang lama tidak akan memberi sebarang sokongan yang diperlukan.

5. ALAHAN, pastikan anda tahu jenis bahan atau fabrik yang diguna untuk tilam pilihan anda. Bahan yang membentuk tilam anda adalah gabungan bebusa dan gentian yang melindungi sistem spring dalaman. Jika anak anda ada masalah alahan, pilih tilam yang menggunakan bahan ganti alahan.

6. JAMINAN, jangan beli tilam hanya kerana tempoh jaminan yang diberikan. Ingat, jaminan yang diberi hanya untuk merosakkan produk, bukan akibat kehilangan keselesaan atau sokongan kepada tubuh anda. Pastikan anda bertanya dan faham dengan jelas mengenai jaminan yang ditawarkan.

7. ALAS TILAM, guna alas tilam yang bermutu supaya tilam sentiasa kelihatan baru dan bebas kotoran. Sesetengah syarikat membatalkan jaminan jika mendapati tilam ada tanda kotoran. Alas tilam juga boleh menambah ketinggian tilam bagi mewujudkan keselesaan.

Tilam yang elok dapat membantu mengurangkan pergerakan badan, kekejangan otot, sakit leher dan belakang dan meningkatkan kualiti tidur.

sumber
Share:

PTPTN kekalkan caj satu peratus




SHAH ALAM – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan meneruskan pelaksanaan caj perkhidmatan satu peratus untuk peminjam selagi kerajaan belum membuat keputusan untuk menghapuskannya.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, caj itu penting untuk PTPTN membiayai operasi serta menampung kos perluasan pentadbiran dengan pembukaan cawangan baru di Pahang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

“Kami telah mengemukakan cadangan memansuhkan caj itu kepada kerajaan. Selagi belum ada keputusan, bayaran satu peratus itu akan dikekalkan,” kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebelum ini mencadangkan pemansuhan caj perkhidmatan itu ketika berdebat dengan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli di sini malam kelmarin.

sumber
Share:

WOW !! Dato' Jamal Muhammad Yunus akan hadiahkan lamborghini dan BMW

aku tak tahu ni propa ke apa.jumpa masa merayau2.Dato ni berkata bagi sesiapa yang cintakan keamanan dan keharmonian sila join diorang BERSIH 4.0.lagi satu dato'Jamal ni juga menegaskan yang bahawasanya dia bukan dtg dari mana2 parti dan kawan2,kenalan dorang sendiri dari golongan Pas,umno,pkr,dap dan dia tiada sebarang masalah dengan mereka,dia juga akan menghadiahkan lamborghini dan BMW kepada sesiapa yang bertuah.

jom tengok video untuk keterangan lanjut




apa pendapatkorang?LOLOL..
Share:

COOL : Google beli Motorola Mobility dengan harga AS$12.5 bilion


LAMAN Google dipaparkan pada skrin telefon Motorola Droid. Pengambilalihan ini membolehkan Google menghasilkan rangkaian telefon pintarnya sendiri.



SAN FRANCISCO - Syarikat enjin carian Internet, Google Inc. menyempurnakan proses pembelian pembuat peranti, Motorola Mobility pada harga AS$12.5 bilion (RM39.2 bilion) kelmarin.

Pembelian itu diselesaikan selepas sembilan bulan Google Inc. membuat pengumuman mengejutkan bahawa ia mahu mengembangkan portfolionya kepada perniagaan perkakasan yang disifatkan sebagai berisiko tinggi dan mahal.

Langkah itu membuatkan Google kian aktif dalam perniagaan telefon bimbit yang diceburinya sejak empat tahun lalu menerusi pengenalan perisian Android keluarannya.

Seperti yang dijangka, Ketua Pegawai Eksekutif Google, Larry Page menamakan orang kanannya, Dennis Woodside sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Motorola.

Woodside, 43, yang merupakan Presiden Google untuk rantau Amerika terkenal kerana berjaya membawa perolehan sebanyak AS$17.5 bilion (RM55 bilion) kepada Google melalui pengiklanan secara talian dalam tempoh tiga tahun.

Pengambilalihan itu direalisasikan selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berpuas hati bahawa ia tidak akan membantutkan persaingan dalam pasaran telefon pintar.

Google dikatakan mahu memiliki Motorola kerana 17,000 paten telefon bimbit yang telah dihasilkannya. Selain itu, Google juga dilihat berminat untuk menghasilkan komputer tablet bagi menyaingi Apple iPad dan Kindle Fire keluaran Amazon.com. Tablet itu bakal dikuasakan oleh perisian Android. - AGENSI

Share:

Tuesday, 22 May 2012

GILA : Abang dibunuh,adik hampir dirogol !!




“Dia (suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain sebelum cuba menyentuh kemaluan saya,” kata adik Nurul Amin Mohamed Ishak yang hanya mahu dikenali sebagai Alya, 15.

Menurutnya, dalam kejadian jam 2 pagi Selasa lalu, suspek yang juga rakan abangnya memasuki kediaman mereka dalam keadaan mabuk bersama seorang lagi rakannya. “Mereka memang sering datang ke sini. Bagaimanapun, pada malam kejadian mereka berkelakuan pelik dipercayai akibat mabuk.

“Ketika seorang lagi rakannya tidur di ruang tamu, dia menyelinap masuk ke bilik sebelum cuba merogol saya,” katanya.

Alya berkata, dalam kejadian itu, dia meronta dan berjaya meloloskan diri, manakala suspek melarikan diri bersama rakannya.

“Saya memaklumkan kejadian itu kepada ibu sebelum sampai ke pengetahuan abang.

“Berikutan itu, abang (Nurul Amin) mencari suspek, namun tidak menemuinya hinggalah mereka bertemu di satu kawasan di bandar Kluang, malam kelmarin.

“Sebaik menemuinya, abang membawa rakannya itu ke kawasan stor berhampiran rumah kami untuk berbincang sebelum keadaan menjadi tegang,” katanya.

Petikan daripada HMetro menyatakan, mangsa yang bekerja sebagai buruh kasar di sini dipercayai maut akibat parah pada lehernya selepas dikelar menggunakan objek tajam.

Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kehilangan banyak darah sebelum dihantar ke Hospital Kluang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan berkata, akan membuat sidang akhbar hari ini.

sumber

P/s :melampau giler.
Share:

Ciri-ciri suami terbaik mengikut Ustaz Azhar Idrus

jumpe benda ni time ronda2 kat fb.share sini.mai tengok.hehe



1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. Honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehem. Ramainya kawan laki kat opis. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam, tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun takdelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Pergi ke masjid, paling kurang pun dalam sehari tu 2 kali pada waktu Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)
16. Jenis senyum sokmo.

Share:

SUAMI ROMANTIS SEMAKIN BERKURANG?? BETUL KE? JOM BACA NI




Ramai isteri yang inginkan suami yang romantis menjadi pendamping mereka seumur hidup. Suami sebegini membuat diri rasa dihargai dan dicintai sepenuh hati. Namu hari ini isteri perlu berpijak di bumi yang nyata. Tidak ramai suami sebegini wujud di dunia ini. Jadi bertuahlah wanita yang memilikinya.

Panduan Mudah untuk para SUAMI meraih gelaran ini.

1. PANGGILLAH SAYANG.
- Elakkan panggilan 'ibu','mama','maknya' pada isteri selepas berumahtangga dan memiliki anak. Kekalkan panggilan 'sayang' seperti yang pernah anda lakukan sewaktu bercinta dulu. Panggilan keramat ini cukup ingin didengari oleh isteri kerana ia mampu membuatkan hati isteri bergetar.

2. BERPIMPIN TANGAN.
- Ada sesetengah suami merasakan menggenggam tangan isteri ketika berjalan sudah tidak relevan bila sudah lama berkahwin. Tapi tahukan anda seorang isteri sangat berasa bangga bila anda memimpin tangannya tatkala berjalan berdua.Berjalan berdua sambil berpimpin tangan menandakan bahawa kasih suami masih mekar sama seperti dulu.

3. UNGKAPAN CINTA.
- "Abang cintakan sayang", kalimat ini mungkin tinggal kenangan buat seorang isteri. Ia hanya didengari hanya sewaktu bercinta. Oleh itu tukarlah persepsi isteri ini, lafazkanlah kembali ungkapan keramat ini kembali. Sekali sekala isteri mahu mengetahui adakah suami mempunyai perasaan yang sama terhadap dirinya seperti dulu.

4. BERIKAN KUCUPAN SPONTAN.
- Saat romantis ketika bercinta sudah lama berlalu, perkahwinan sudah mencecah belasan tahun namun hati wanita tetap sama. Mereka mahukan perhatian dan kasih sayang. Ciuman sebegini akan menjelmakan perasaan yang hadir sewaktu bercinta dulu. Mungkin tatkala isteri sedang menyediakan makan malam didapur. Meskipun bibirnya hanya mampu tersenyum tapi hati isteri sebenarnya berteriak gembira.

4. PUJIAN DIRINYA.
- Berapa pun usia atau apa pun kerjayanya tapi jika dia seorang wanita maka yang tetap diperlukan adalah pujian dari pasangannya. Pujian mudah seperti "Sayang nampak cantik hari ini" bakal menceriakan hari seorang isteri. Mungkin kekok pada mulanya tapi tiada salahnya anda memulakannya untuk menambahkan rasa cinta dari isteri.

5. HANTARKAN SMS CINTA.
- Bagi suami yang agak kekok untuk melafazkan kalimat cinta secara terus terang, boleh saja meluahkannya melalui SMS ataupun melalui email. Tidak kisah apa caranya pun asalkan suami menunjukkan sifat kecintaannya, seorang isteri akan cukup bahagia.

6. BERIKAN HADIAH.
- Walau betapa berdikari pun seorang wanita, dirinya pasti mendambakan perhatian romantis. Dia tetap mengharapkan hadiah istimewa daripada suaminya walau sekadar sehelai selendang. Hadiah ini akan membuatkan hati isteri berbunga dan gembira dirinya dihargai.

7. PANGGILAN TELEFON.
- Panggilan telefon disaat suami sedang sibuk dan stress mampu mengikat hati seorang isteri. Panggilan telefon tanpa dijangka dan ungkapan bertanya keadaan isteri akan membuatkan isteri rasa dihargai selain merasakan dirinya mempunyai tempat yang besar di hati suami.

8. KEJUTAN.
- Setelah berumahtangga tak mungkin ada lelaki lain yang mahu membuat kejutan pada dirinya. Maka wajarlah suami melaksanakannya untuk si isteri. Kejutan seperti ajakan menginap di hotel, menonton wayang bersama akan menyemarakan lagi kasih sayang isteri terhadap suaminya.

Sebenarnya menjadi suami yang romantis bukanlah sesukar mana. Tak perlu pun modal yang besar, sekadar kata-kata dan tingkah laku yang berpadanan sudah layak untuk anda digelar suami romantis.

SUMBER
Share:

TAUGE MAMPU MENYUMBANG KEPADA KESUBURAN LELAKI DAN WANITA




Sayur taugeh selalunya menjadi pilihan terakhir untuk dimasak dan dimakan bersama nasi. Walaupun badannya kurus melidi tetapi ianya kaya dengan khasiat yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Tak percaya jom kita baca apa khasiat sayur taugeh.

1. Mampu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.
- Untuk kaum lelaki, pengambilan taugeh mampu menghasilkan sperma yang lebih baik manakala untuk kaum wanita pula, taugeh dapat membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

2. Mampu melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan leukimia.
- Mengikut kajian yang dijalankan taugeh mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkanbibit kanser, usur besar, pankreas dan leukimia.

3. Mencegah kerapuhan tulang.
- Taugeh mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Ia berfungsi untuk meningkatkan kepadatan dan mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

4. Terhindar daripada kanser payudara.
- Bagi wanita, pengambilan taugeh dapat membantu menghindarkan diri daripada kanser payudara, ganguan semasa menstruasi, simptom pra-menopaus dan juga gangguan akibat menopaus.

5. Menghalang tubuh daripada sel perosak DNA.
- Taugeh kaya dengan antioksida yang kuat dan mampu menhalang tubuh daripada radikal bebas perosak sel DNA.

6. Menghalang lemak-lemak jahat (LDL) tanpa mengganggu kandungan lemak baik (HDL).
- Taugeh kaya dengan kadar saponi. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung akibat daripada kadar lemak yang tinggi disarankan supaya mengambil banyak taugeh dalam menu harian mereka.

7. Membantu membuang kotoran dalam usus besar.
- Taugeh mengandungi banyak serat dan air. Oleh itu taugeh juga berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Hal ini juga dapat membantu memerangi sel kanser. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat-zat dalam kototran yang dapat diserap ke dalam tubuh badan kita.

Okay, mulai hari ini jom ramai-ramai kita makan sayur taugeh. Hari-hari makan pun okay jugak. heheh

sumber
Share:

Sunday, 20 May 2012

Mark Zuckerberg secara rasminya berkahwin



19 may 2012 secara rasminya ceo dan juga pemilik facebook telah melangsungkan pernikahan mereka.bagi aku.ianya agak ohsem..aset mark zuckerberg beribillion2 tapi ianya agak simple dan okay.ianya diberitahu melalui facebook mark zuckerberg sendiri.uish.senyap2 je naa..ak ingat kalau billionair kahwin mau grand heboh.tengok jutawan ni rileks je.takde macam artis2.ngehehe.(jangan terasa)

STILL UPDATING HIS LATEST NEWS ABOUT THEIR MARRIAGE CEREMONY LOL.
SO STAY TUNED.BANYAK LAGI GAMBAR WILL BE UPDATING :)
Share:

Saturday, 19 May 2012

COOL : Kampus Facebook Di California



semlam aku ada buat rondaan beberapa laman web dan juga blogwalking beberapa blog.hasil blogwalking aku,Semalam saham Facebook mula didagangkan di bursa saham Wallstreet. Syarikat media sosial ini dinilaikan pada harga USD 104 billion.Pada harga USD 38 seunit, harga saham Facebook merupakan antara yang paling bernilai dan lebih mahal dari saham Apple atau Google..

Facebook mempunyai lebih 900 juta pengguna dan bagi memastikan operasi laman sesawang berjalan lancar, sebanyak 2000 orang pekerja Facebook diletakkan di kampus mereka diletakkan di Menlo Park California. Mari kita melihat tempat kerja mereka. Kebanyakkan pekerja Facebook yang anda lihat dibawah mempunyai saham dan ada diantara mereka sudah menjadi jutawan segera.huhu



okay,kalau korang ada siapa2 yang berminat untuk membeli share dari facebook,korang boleh teruske link yang diberi,segala maklumat dan juga ada guide di sini step by step.tak rugi pon..facebook company kukuh ma.lagi bernilai dari apple dan google.korang boleh sama2 jana pendapatan.boleh refer SINI bagi yang berminat.kalau yang terbaca blog dari golongan yang ada duit,dato' datin atau anak dato; tan sri sy sarankan beli share.hehe..kalau mau bagi sikit untung sama saya pon boleh :)

sumber rujukan : wall street    bussines times
                        :  b.serius
                        :  imoney

Share:

Friday, 18 May 2012

Apa cerita ni ?? Shah Rukh bertengkar di stadium



MUMBAI - Aktor terkenal, Shah Rukh Khan berdepan dengan siasatan polis dan larangan seumur hidup daripada memasuki sebuah stadium utama kriket di sini selepas dia bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan, kata beberapa pegawai.

Shah Rukh bertengkar dengan seorang pengawal itu di atas padang Stadium Wankhede di sini kelmarin.

Kejadian itu berlaku apabila Shah Rukh, 46, membawa beberapa remaja termasuk anak perempuannya, Suhana ke atas padang di stadium tersebut selepas satu perlawanan kriket.

Seorang jurugambar agensi berita AFP berkata, seorang pengawal keselamatan menghalang kumpulan remaja tersebut daripada bermain di atas padang.

Tindakan pengawal itu mencetuskan kemarahan Shah Rukh.

Pelakon itu kemudian bertengkar dengan pengawal tersebut selama 10 hingga 15 minit.

Dua lelaki dilihat campur tangan dalam pertengkaran itu.

Namun, Shah Rukh kemudian mengalah dan meninggalkan stadium tersebut.

"Beberapa pengawal keselamatan memintanya supaya dia beredar tetapi Shah Rukh yang memulakan pertengkaran," kata Setiausaha Persatuan Kriket Mumbai, Nitin Dalal.

Menurutnya, dia memasuki padang 30 minit selepas perlawanan berakhir.

"Beberapa pengawal memberitahunya bahawa dia memasuki padang pada masa yang tidak sesuai.

"Shah Rukh tidak berkelakuan baik dan menggunakan bahasa kesat," katanya.

Dalal berkata, pihaknya telah memfailkan aduan kepada polis.

Menurutnya, pelakon itu mungkin dilarang daripada memasuki stadium tersebut pada masa depan.

Sebelum ini, Shah Rukh diarah hadir ke sebuah mahkamah di Jaipur pada lewat bulan ini selepas dia merokok di sebuah stadium kriket.

Merokok tidak dibenarkan berdasarkan undang-undang antimerokok di stadium.

Pada Januari lalu, dia turut berdepan dengan pergaduhan selepas seorang pengarah wanita mendakwa pelakon tersebut menyerang suaminya.

Shah Rukh merupakan pemilik pasukan kriket Kolkata Knight Riders. - Agensi
Share:

Thursday, 17 May 2012

COOL : 17 Fakta tentang Bugatti Veyron




Fakta tentang Bugatti Veyron
1. Develop oleh German dan dihasilkan di France.

2. Maximum engine power, 1100 bhp bersamaan dengan 10 engine campro CPS.

3. Jumlah silinder engine ialah 16 iaitu bersaamaan dengan jumlah silinder untuk 4 buah engine kereta biasa.

4. Mempunyai 7 gear. Sama seperti kereta F1. Harga untuk 1 gearbox ialah 120K USD (RM360K). Dengan jumlah duit yang sama, anda boleh membeli sebuah rumah teres di shah alam atau 3 buar rumah teres di Rawang.

5. Tayar kereta ini hanya boleh diservis di France. Harga sekali servis ialah 70K USD dan harga bagi satu set tayar ialah 25K USD. Maka jumlah keseluruhan ialah 125K USD (RM375K).  Dengan jumlah yang sama, anda boleh membeli tiket pergi balik dari KLIA ke Amsterdam sebanyak 75 trip.

6. Berat kosong kereta ini ialah 2 tan. Bersamaan dengan berat dua Myvi.

7. Jumlah radiator yang dipasang untuk kereta ini ialah 10. Kereta normal hanya ada 1 sahaja radiator.

8. Maksimum speed untuk kereta F1 ialah sekitar 360 km/h sedangkan maksimum speed untuk kereta ini ialah 434.20 km/h. Maka pemilik kereta ini secara automatiknya mampu mengalahkan schumacher, vettel, alonso dsb.

9. Pada kelajuan 360 km/h, jarak yang dijangkaui dengan kelajuan ini pada setiap saat adalah bersamaan dengan jarak dari hujung ke hujung sebuah padang bolasepak (100m). Usain bolt hanya mampu mengambil masa 9.4 saat untuk menghabiskan 100meter.

10. Kereta ini mampu membrek dari 400 km/h ke 0 km/h dalam masa 10 saat. Jarak braking yang diperlukan ialah 1.2 km. Ini bermakna, ketika kereta ini bergerak pada 400 km/h anda perlu berada at least 1.2 km dari hadapan kereta ini untuk mengelak dilanggar.

11. Kereta ini hanya mengambil masa sebanyak 9.8s untuk memecut dari 0 - 240km/h. Ini bermakna, sekiranya anda mengira 1 hingga 10 dalam permainan sorok2, kereta ini telah berada sejauh 650m dari anda.

12. Pada kelajuan 400 km/h ke atas, setiap minit kereta ini memerlukan 1.2 liter petrol. Jumlah yang menyamai 2 botol air mineral kecik ataupun RM 2.20sen (harga petrol semasa). Selepas 10 minit, kos akan meningkat kepada RM22. cukup untuk cover duit minyak motor selama 2 minggu.

13. Pada kelajuan 400 km/h tayar kereta hanya boleh bertahan selama 15 minit sebelum pecah. Tetapi, jangan risau sebab, walaupun petrol penuh, ianya hanya mampu bertahan selama 10 minit sebelum kering.

14. Pada kelajuan 400 km/h, jumlah udara yang disedut oleh engine veyron membolehkan manusia normal bernafas selama 4 hari.

15. Kunci khas diperlukan sekiranya pemandu ingin memandu pada halaju 400 km/h. Kunci ini hanya boleh dipasang ketika kereta tidak bergerak. Ini disebabkan, pemandu perlu memeriksa sistem kereta dan semua sistem dalam keadaan ok untuk pergi ke halaju 400 km/h.

16. Kos untuk membuat sebiji Bugatti Veyron ialah 1.3 juta pound. Tetapi ianya hanya dijual pada harga 800k pound.

17. Jika hendak dijual malaysia, harga sebelum cukai ~RM 4 juta. selepas cukai akan overshoot ~RM 12 juta. Gaji untuk engineer fresh graduate di Malaysia ~RM2500. Maka 333 tahun diperlukan untuk mengumpul duit untuk membeli sebuah Bugatti Veyron. Itupun, gaji tersebut tak boleh dibelanja langsung.

SUMBER
Share:

COOL : Syarikat pengiklanan yang cool memberi hadiah selama 30 hari



hey guys.okay..title asal benda awesome neh adalah  SAYS is giving out prizes everyday for 30 days!
korang sume tahu yang says.my tidak asing lagi sebagai salah satu daripada syarikat pengiklanan yang ohsem di Malaysia.dan kali ini sempena ulangtahun ke 4 SAYS. memberikan hadiah setiap hari selama 30 hari..fuh..isnt ohsem enough meh ??korang2 yang awesome dan nak berpeluang juga memenangi hadiah yang super duper spectacular dan fantastic ni korang boleh straight to their link by clicking my banner at the top atau bawah ni lol..have fun and keep spreading the words lol..

Share:

TERKINI : Aidil Zafuan Batal Tuntutan Cerai, Mohon Rita Rudaini Berpindah Rumah




Dalam prosiding ringkas di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam petang ini, Aidil Zafuan membuat tuntutan balas terhadap permohonan tunjuk sebab bercerai daripada Rita Rudaini yang di’failkan minggu lalu.

Menurut Aidil Zafuan, permohonan sebab dari pihak Rita Rudaini membuktikan yang isteri’nya itu masih mahu bersama beliau dan mahukan perkahwinan ini terus kekal.

Oleh itu, Aidil Zafuan bersetuju untuk membatalkan tuntutan cerai yang beliau failkan sebelum ini & memohon Rita Rudaini juga anak anak untuk berpindah ke rumah beliau di USJ 1.

“Meminta sebab adalah tanda dia (Rita Rudaini) tidak mahu bercerai & saya tarik balik. Saya juga menuntut dia & anak anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat & setia kepada suami,” ujar Aidil Zafuan di luar dewan.

Di’tanya rasional atas tuntutan pindah rumah ini, Aidil Zafuan berkata beliau lebih selesa untuk tinggal di’rumah yang di’berikan majikan beliau kini & sesuai dengan pendapatan beliau sekarang.

sumber
Share:

Wednesday, 16 May 2012

PERGH Aaron Aziz Dapat Tawaran Jadi Hos 'Fear Factor Asia'


Aaron Aziz


KUALA LUMPUR: Selepas berjaya melakar kejayaan menerusi industri lakonan, pelakon Aaron Aziz memperluaskan lagi kerjaya seninya selepas ditawarkan menjadi hos rancangan realiti Fear Factor Asia (FFA).

Aaron berkata, tawaran itu merupakan satu pengalaman baru buatnya walaupun pernah mengendalikan beberapa program televisyen (TV) sebelum ini di negara kelahirannya, Singapura.

"Sudah lama saya tidak beraksi sebagai hos program TV dan harap-harap dengan sedikit pengalaman yang ada, ia dapat diserapkan dalam FFA yang dijadualkan akan memulakan penggambaran di Afrika Selatan pada Oktober depan.

"Semoga kendalian saya dalam rancangan itu diterima ramai. Syukurlah pihak produksi FFA memberi kelonggaran kepada saya untuk beraksi dengan cara tersendiri tanpa apa-apa sekatan," katanya kepada mStar Online.

Tambah Aaron, dia bukan sahaja perlu mengacarakan rancangan tersebut tetapi turut diberi tugasan untuk melakukan aksi-aksi lasak dan berbahaya selain menaruh kebimbangan jika tidak dapat melakukannya.

"Sebagai pengacara, saya juga tidak terlepas daripada melakukan aksi-aksi lasak bagi membuktikan kelayakan saya sebagai hos FFA.

"Kalau nak tahu saya ni takut dengan ketinggian, boleh gayat dibuatnya. Apa-apa pun saya teruja untuk menjalani penggambaran ini, pasti ia menyeronokkan," ujarnya.

Sementara itu, Aaron berkata, kerjayanya pada tahun ini menuntutnya untuk bekerja di luar negara dan ia merupakan satu peluang yang dapat digunakan untuk bercuti bersama keluarga.

"Saya juga akan ke Vietnam dan Korea Selatan dengan peminat bersempena kejayaan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH).

"Nampaknya tahun ini saya banyak menghabiskan masa melihat negara orang," selorohnya yang sedang menjalani penggambaran drama Adam dan Hawa bagi siaran TV3.

Selain itu Aaron juga akan memulakan penggambaran filem Dampak pada 18 Jun depan dan kemudian penggambaran filem Cicakman 3 pula yang akan menyusul.

sumber

P/s :untung la dia.rezeki melimpah ruah.hehe.semoga terus berjaya :)
Share:

WOW Kerusi bergerak ciptaan Honda


Honda
BEKAS angkasawan Jepun, Mamoru Mori menguji sebuah kerusi bergerak keluaran syarikat Honda Motor di Tokyo semalam



TOKYO - Syarikat Honda Motor mencipta kerusi bergerak dengan menggunakan teknologi robotik yang dikenali sebagai Uni-Cub.

Kerusi itu mempunyai sebuah roda utama di bahagian depan dan roda kecil di bahagian belakang yang membantu ia berpusing.

Para pengguna perlu menyengetkan badan mereka ke kiri jika mahu ia bergerak mengikut arah tersebut.

Jika mahu ke kanan, pengguna perlu melakukan pergerakan yang sama dengan menyengetkan badan ke arah itu.

Setakat ini syarikat itu tidak mempunyai rancangan untuk menjual kerusi tersebut. - AGENSI

P/S :dunia makinmaju sekarang.akan datang apa lagi yang bakal dicipta.tu pon kalau dunia ni ada lagi.hehe
Share:

PERGH 20 jam duduk dalam bonet




ROME: Pendatang tanpa izin memang diketahui sanggup melakukan apa saja asalkan dapat menyusup masuk ke Itali, tetapi penemuan terbaru semalam dianggap begitu luar biasa.

Seorang pemuda Afghanistan sanggup bersembunyi dalam bonet kereta dengan posisi mengerekot selama 20 jam.

Menurut polis, pemuda berusia 18 tahun dan tidak didedahkan identitinya itu berharap dapat masuk ke Itali melalui Bari dengan cara begitu.

Bagaimanapun, kata sumber, usahanya gagal apabila pegawai imigresen melakukan pemeriksaan mengejut dan menemuinya dalam bonet kereta Nissan berkenaan.


“Ketika ditemui, pemuda itu bersembunyi di celah enjin kereta dengan berbekalkan sebotol air dan sehelai selimut,” katanya.


Jurucakap imigresen Bari berkata, mereka menahan kereta berkenaan selepas mendapati pemandu dan penumpangnya - kedua-duanya warga Bulgaria - dalam keadaan cemas.

Katanya, kereta itu baru saja tiba di Bari menaiki feri dari Greece.

Jurucakap itu berkata, pemandu terbabit dikenali sebagai Kaloyanov Ivaylo, 24, manakala temannya Georgieva Stanislava, 39.

“Kedua-dua mereka ditahan, manakala pendatang tanpa izin itu terpaksa dibantu keluar dari bonet berkenaan kerana berada dalam keadaan separuh sedar,” katanya.

Pemuda Afghanistan itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Feri berkenaan berlepas dari Patras pada pagi Ahad sebelum singgah di Igoumenitsa dan menyambung perjalanan ke Bari.


Laluan itu memang popular di kalangan penyeludup manusia yang mengenakan caj minimum 5,000 euro (RM19,664) untuk masuk ke Itali. - DM

P/s :macam2 lol.gile apa dol

Share:

Apa cerita ni ?? Saiful Apek Lupakan Hasrat Tuntut RM200,000 Daripada David Teo

Saiful Apek Lupakan Hasrat Tuntut RM200,000 Daripada David Teo

SUBANG JAYA: Pelawak Saiful Apek yang ingin membuat tuntutan sebanyak RM200,000 terhadap penerbit filem David Teo terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana tuntutan itu sebenarnya telah dibatalkan oleh mahkamah.

Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff berkata, dia tidak tahu mengenai pembatalan tuntutan berkenaan kerana tidak dimaklumkan oleh peguamnya sebelum ini.

"Tuntutan tersebut dibuat sejak tahun 2005 lagi dan saya terkejut apabila dia (David Teo) menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan kepada program hiburan Melodi di TV3 pada Ahad lalu dengan mengatakan kes berkenaan sudah ditutup. Saya langsung tak tahu apa-apa.

"Malah peguam saya sendiri tidak memberitahu hal itu kepada saya. Bagaimanapun, saya terpaksa akur dengan keputusan mahkamah seperti dinyatakan pihak yang satu lagi (David)," katanya.

Apek berkata demikian pada sidang media khas di Tease Restaurant, Subang Avenue, di sini, petang Selasa, bagi menjelaskan isu pergelutan antaranya dengan David.

Terdahulu dalam laporan akhbar sebelum ini, Apek mendakwa David yang juga pemilik syarikat Metrowealth International Group (MIG) menganiayanya apabila gagal membayar wang pelaburan sebanyak RM200,000 bagi kerjasama melaksanakan projek dua buah filem iaitu Anak Mami Kembali dan Lady Boss.

Menurut Apek, dia ditawarkan berlakon dalam kedua-dua buah filem tersebut dengan bayaran RM100,000 sebelum ia dilaburkan semula untuk dijadikan sebagai kos pembikinan filem berkenaan.

Dia juga dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak RM200,000 atau 10 peratus sebagai penerbit bersama.

Bagaimanapun Mahkamah Seksyen, Shah Alam membatalkan tuntutan tersebut.

Dalam pada itu Apek bertegas, tuntutan yang dilakukannya itu bukan ingin mencetuskan isu atau memfitnah produksi berkenaan.

"Saya tidak akan menimbulkan isu tuntutan berkenaan sekiranya ia tidak benar, tetapi nak buat macam mana, mungkin saya kurang arif tentang hal kontrak yang diberikan kepada saya sebelum ini.

Tambah Apek, insiden itu membuatkan dia merancang untuk menjadi sukarelawan dengan menubuhkan Biro Kebajikan Eksklusif Masyarakat Artis dan Seni (KEMAS) bagi membantu para artis memahami tentang isu kontrak dalam sesebuah produksi.

"Dengan pengalaman yang telah dilalui, banyak pengajaran yang saya peroleh. Sebab itu saya ingin menjadi sukarelawan di mana menerusi KEMAS, artis-artis yang kurang memahami tentang hal-hal kontrak bekerja di bawah sesebuah produksi boleh merujuk kepada saya,” katanya.

Share:

Tuesday, 15 May 2012

Fuhh Pencuci tandas ini peroleh ijazah


FILIPAJ menerima ucapan tahniah daripada Naib Canselor Universiti Columbia, Donald Schlosser di New York kelmarin


NEW YORK – Seorang penjaga bangunan Universiti Columbia, Gac Filipaj merupakan antara pelajar cemerlang pusat pengajian tinggi itu.

Filipaj berusia 52 tahun dan dia bekerja membersihkan lantai, mengosongkan tong sampah dan membersihkan tandas di universiti tersebut di sini.

Kelmarin, dia berasa bangga kerana menerima ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam majlis konvokesyen universiti itu.

Filipaj belajar selama 12 tahun dalam pengajian klasik sambil bekerja sepenuh masa sebagai penjaga bangunan.

Pada awalnya, dia mempelajari bahasa Inggeris selepas melarikan diri daripada perang saudara di negara kelahirannya, Yugoslavia pada tahun 1992.

Berasal daripada etnik Albania, dia berhijrah ke Amerika Syarikat kerana bimbang akan dipaksa menyertai tentera Serbia.

Selepas mendapat ijazah, Filipaj kembali bertugas sebagai penjaga bangunan di universiti berkenaan.

Namun, dia berharap akan mendapat pekerjaan yang lebih baik dan seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.

Penjaga bangunan tersebut masih menghantar wang kepada keluarganya yang bekerja di sebuah ladang di Montenegro. – Agensi

P/s :orang macam tu pon boleh berjaya tauu..dimana ada kemahuan disitu ada jalan.Yosh~
Share:

Aaron Aziz Sedia Tunjuk Permit Kerja




KUALA LUMPUR: Pelakon Aaron Aziz berani menyahut cabaran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang mahu Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) menyemak semula kemasukan artis-artis negara luar yang berkemungkinan besar tidak mempunyai permit bekerja.

Aaron yang merupakan warganegara Singapura berkata, dia tidak kisah untuk menunjukkan permit bekerja di negara ini yang dimilikinya jika diinginkan pihak terbabit.

"Saya menganggap perjuangan Seniman yang ingin membanteras kemasukan artis negara luar yang berkemungkinan besar tidak mempunyai permit bekerja adalah satu perkara yang dialu-alukan.

"Tetapi ia seperti tidak adil pula bagi artis seperti saya yang perlu melalui macam-macam perkara untuk berlakon di Malaysia termasuklah berhadapan dengan pihak Imigresen, sehinggakan mereka dah kenal dah saya yang kerap berulang alik ke pejabat mereka," katanya yang ditemui pada majlis pemberian hadiah barangan kemas bernilai RM250,000 di Rafflesia, Hotel Park Royal, di sini, Isnin.

Hadiah itu diberikan bersempena dengan kemenangan Aaron sebagai Bintang paling Popular ABPBH 2011 (Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011).

Tambah Aaron, walaupun ada sesetengah pihak merasakan perjuangan Seniman dibuat kerana ada kaitan dengan kemenangannya, namun dia menganggap dirinya langsung tiada kaitan dengan isu tersebut.

Sementara itu, mengenai hadiah barangan kemas yang diterima itu, Aaron bersyukur imbuhan yang diterima hasil daripada titik peluhnya itu dapat dikongsi bersama isteri tersayang, Diyana Halik.

"Selama ini bukan saya seorang yang bertungkus lumus mengukuhkan kerjaya sendiri tetapi isteri juga banyak membantu daripada segi pengurusan jadual penggambaran dan perjumpaan dengan pihak-pihak produksi.

"Jadi hadiah barangan kemas ini sememangnya layak buat Diyana yang bersusah payah untuk saya," tuturnya.

Dalam pada itu, ditanya tidakkah Aaron berasa risau dengan keselamatan keluarganya apabila mendedahkan penerimaan hadiah itu kata Aaron, dia ada menyediakan peralatan keselamatan di rumah.

"Semestinya saya ada meletakkan alat keselamatan dalam rumah kerana tidak mahu apa-apa perkara buruk yang terjadi kepada isteri dan anak-anak.

"Bagaimanapun selebihnya, saya berserah kepada Tuhan dan berdoa kepada supaya kami semua berada dalam keadaan selamat dalam semua perkara," tegas Aaron.

sumber
Share:

Monday, 14 May 2012

COOL : THE AVENGERS VERSI KANAK-KANAK

Hey korang,seperti yang korang tahu.marvel the avengers  merupakan cite yang hangat diperkatakan sekarang.memang awesome pon cite dia dengan berbagai karakter.tapi kali ni versi kanak2.hehe.mai la tengok.serius cool :)


Share:

PETUA TRADISIONAL KEMPIS PERUT & LANGSING LEPAS BERSALIN

PETUA TRADISIONAL KEMPIS PERUT & LANGSING LEPAS BERSALIN



1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.
*******************************
-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..
-Minum setiap pagi dan malam.
-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.

2.Lansing dengan teh dan limau kasturi.
*****************************
-Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.
-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.

3.Lansing dengan daun cekur.
**********************
-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.

4.Khasiat asam jawa.
*****************
-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
-Lemak di badan pasti akan berkurangan.

5.Lansing dengan biji manjakani.
+***********************
-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
-Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.
-Biar mendidih dan di sejukkan.
-Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.
-Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.

6.Temu hitam.
************
-25 gm temu hitam
-25 gm bonglai
-Air 400 ml
-Rebus kesemua bahan tadi ke dalam air sehingga menjadi 200ml.
-Selepas suam, masukkan sedikit jus limau nipis dan minum setiap hari semasa berpantang.

Share:

Nutrisi Penting Untuk Wanita Sebelum & Semasa Hamil

Nutrisi Penting Untuk Wanita Sebelum & Semasa Hamil


Apa yang anda dan suami makan mencerminkan kesihatan dan kecerdasan anak yang bakal lahir. Jadi, pastikan anda berdua mengamalkan pemakanan sihat yang lengkap dengan nutrisi sebelum merancang untuk hamil.

Berikut merupakan beberapa sumber makanan yang perlu diambil oleh wanita-wanita yang sedang berusaha untuk hamil...check it out!!

1- Asid Folik
=========
Salah satu unsur vitamin B yang terbentuk di dalamnya dapat mengelakkan kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir sebanyak 80%! Jadi tingkatkan pengambilan asid folik sebelum dan ketika 12minggu pertama kehamilan. Di minggu-minggu awal ini, organ dan sistem badan bayi mula terbentuk. Asid folik banyak terkandung dalam bayam, kacang buncis, kacang panjang, produk soya, kekacang dan jus-jus.

2- Zat Besi
========
Nutrisi ini amat penting bagi membantu pembentukan sel-sel darah merah dalam badan dan mencegah anemia. Keperluan zat besi lebih penting bagi wanita hamil kerana jumlah keperluan hemoglobin meningkat ketika itu terutama pada dua trimester terakhir. Zat besi banyak terdapat dalam makanan penambah darah seperti daging merah, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.

3- Kalsium
========
Keperluan kalsium perlu ditingkatkan untuk mengurangakn gejala ibu mengalami kebas dan kekejangan sepanjang tempoh kehamilan. Ia turut berperanan mengurangkan kecenderungan ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi sewaktu hamil. atas sebab itulah wanita hamil digalakkan minum susu untuk keperluan kalsium yang mencukupi.

4- DHA
======
Berperanan penting terhadap perkembangan minda bayi. DHA berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi. Mulai tujuh bulan kandungan, makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA. Tingkatkan makanan yang kaya dengan minyak omega seperti sardin dan salmon.

5- Air
=====
Anda digalakkan untuk minum minimum 10 gelas air masak setiap hari. Sebagai variasi, anda boleh mengambil jus buah, susu, yogurt, sup dan jenis cecair yang lain.

sumber


Share:

21 Ciri Lelaki Layak Dijadikan Suami



Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-
1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)

17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”

21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

Share:

COOL & RARE: Gambar Zizan Razak bersama 5 rakan semasa dibangku sekolah


Terjumpa gambar ni masa blogwalking.tak pasti tingkatan bape,tapi masih sekolah la.keke.ni la muka mael lambong masa zaman sekolah.siap berantai lagi naa.haha.



Share:

COOL : Jika Instagram Menghasilkan Kamera Sebenar

Seperti yang kita tahu,Instagram merupakan satu aplikasi yang menjadi kegilaan ramai dan digunakn oleh pengguna telefon pintar Android dan IOS,seperti yang kita tahu aplikasi yang awesome ini juga telah dibeli oleh Mark Zuckerberg iaitu pemilik Facebook dengan harga USD 1 Billion.


Dan kali ini ADR STUDIO telah menghasilkan sebuah kamera berkonsepkan instagram dan ianya sebijik.lol.sama seperti ikon instagram itu sendiri.sebelum ni dah penah denga kabar angin.tapi tak sure,tapi yang pastinya ianya memang cool.menurut sumber juga gambar yang ditangkap mengguna kamera instagram tersebut dapat mengeluarkan gambar terus"macam mesin cuci gambar" dan juga gambar tersebut dapat diSHARE terus ke facebook mahupun twitter.okay.cekidaut



Share:

Budak terkejut lintah masuk dubur


MOHD. FARHAN menunjukkan lintah yang keluar dari duburnya di rumahnya di Ketereh, Kota Bharu semalam



KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Kampung Paya Rambai, Ketereh di sini melalui pengalaman mengerikan apabila seekor lintah yang saiznya lebih besar daripada ibu jari orang dewasa memasuki duburnya ketika dia menangkap ikan di sawah berdekatan rumahnya tengah hari kelmarin.

Bagaimanapun, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, tetap bernasib baik walaupun duburnya mengalami pendarahan akibat dimasuki lintah.

Ini kerana lintah tersebut yang boleh memanjang sehingga 25 sentimeter berjaya dikeluarkan setelah mengamalkan petua orang tua iaitu dengan makan belalang.

"Saya dan tiga orang rakan pergi ke sawah (yang terletak kira-kira 500 meter) dari rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur.

"Sebaik sahaja pulang ke rumah saya dapati dubur berdarah dan keluarga saya mengesyaki mungkin lintah telah memasuki dubur, lalu nenek menyuruh makan belalang.

"Sepuluh minit kemudian saya membuang air besar dan lintah tersebut keluar," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

P/s :erkk..gua blur selepas baca ni.terkejut.semuanya ketentuan Allah kn :)

sumber

Share:

Sunday, 13 May 2012

COOL : BERLATIH PAKOUR LVL 900

hey guys,sebenarnya harini gua malas nak berblogwalking.jadi merayau kat youtube tengok dorang training pakour.memang awesome lah.gempak kan?hehe

Share:

PERGH : 'Pengurus palsu' larikan kamera bernilai RM51,694


Pengurus
BEE HOCK (kanan) dan Michael menunjukkan salinan laporan polis berhubung kecurian kamera di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan menanggung kerugian RM51,694 selepas 13 buah kamera digital lensa refleks tunggal (DSLR) jenama Canon di kedainya di sini dilarikan oleh seorang lelaki yang memperdaya dua kakitangannya.

Mangsa, Tan Bee Hock, 53, mendakwa, semasa kejadian pada 27 April lalu, pekerjanya menerima panggilan telefon daripada lelaki yang mendakwa dirinya pengurus di salah satu kedainya di Klang dan meminta menyediakan 13 buah kamera untuk dibawa ke cawangan tersebut.

Bee Hock berkata, ketika itu dia tidak berada di kedai dan dua pekerjanya yang berumur 17 dan 18 tahun telah mengikut arahan lelaki tersebut tanpa pengetahuannya.

"Suspek meminta pekerja-pekerja saya menghantar kesemua produk itu ke pintu hadapan kedai namun mereka terkejut kerana tidak mengenali lelaki berkenaan.

"Bagaimanapun, suspek mengatakan dia mengambil kamera itu atas arahan pengurus cawangan Klang dan berpura-pura menghubungi pengurus tersebut melalui telefon bimbitnya," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Jalan Ampang di sini semalam.

sumber
Share:

Tutorial : Cara Nak Lajukan Buffering Youtube


Cara Nak Lajukan Buffering Youtube

Hey korang,hari ni aku nak share satu tips,dan sebenarnya aku jumpa artikel ni masa berblogwalking kat blog penyuXP.mari kita ikuti tutorial/tips yang ohsem ni


STEP 1

Pengguna Windows XP

1. Pergi dekat START –> RUN
2. Taip ni dekat RUN … ” system.ini ” ….

Pengguna Windows Vista/7

1. Jika takde RUN kat start tu mcm windows xp punye version, korang just pegi kat START  pastu pi kat SEARCH…
2. Korang kena taip RUN kat situ dan tekan ENTER.
3. Satu kotak RUN akan keluar dan taip ” system.ini

Pastu satu kotak yang lebih kurang macam ni akan keluar.

Youtube


STEP 2

Apa yang perlu anda buat, hanya copy n paste coding kat bawah ni untuk ditambahkan ke dalam code di atas ini…

page buffer=100Tbps
load=100Tbps
download=100Tbps
save=100Tbps
back=100Tbps
search=100Tbps
sound=100Tbps
webcam=100Tbps
voice=100Tbps
faxmodemfast=100Tbps
update=100Tbps
Dan dia akan jadi seperti gambar di bawah ini….


STEP 3

Dah jadi macam ni, korang perlu save as dan save kat desktop dulu… Selepas tu, korang copy balik file system.ini tu dan paste dia kat dalam ni. C:\WINDOWS\ … Paste file tu dalam tu dan replace….

Dah selesai, korang restart / Log Off komputer korang dan kembali ke windows dan korang test buffering kat youtube… Insya Allah, ianya laju dari sebelumnya.

sumber
Share:

Usain Bolt,lelaki terpantas dunia tinggalkan kekasih


Usain Bolt


LONDON: Lelaki terpantas dunia, Usain Bolt, 25, dilaporkan berpisah dengan teman wanitanya yang juga pereka fesyen kelahiran Slovakia Lubica Slovak, semata-mata untuk memberi tumpuan kepada kemenangan emas pada sukan Olimpik London 2012.

Bintang pecut Jamaica itu dikatakan meninggalkan Slovak kira-kira enam bulan lalu supaya wanita berambut perang itu tidak mengganggunya ketika menjalani latihan untuk Olimpik.
Perpisahan Bolt dengan Slovak, 28, yang sebelum ini mendakwa kedua-dua mereka mempunyai hubungan ‘amat serius’ berlaku beberapa hari selepas perbalahan perkauman tercetus di negara asalnya berikutan beliau memilih seorang teman wanita berkulit putih.
Satu sumber yang rapat menyifatkan bahawa perpisahan itu ‘satu keputusan persefahaman antara dua orang dewasa’.

Ejen Bolt juga mengesahkan kepada MailOnline bahawa pelari pecut Jamaica itu kini bersendirian, tetapi tidak memberikan ulasan lanjut.

Bolt mendapat kritikan daripada rakan kulit hitamnya dari Jamaica yang tidak gembira berikutan beliau memilih pasangan kulit putih.

Satu kiriman di internet tertulis: “Usain! Sebilangan lelaki kulit hitam yang berjaya hidup sengsara kerana seorang wanita kulit putih. Anda juga mahu terima nasib sama?”. Satu lagi kiriman berbunyi: “Seorang lagi lelaki kita dirampas.”
Bantahan lain termasuk: “Daripada memilih seorang gadis di pulau ini, anda sebaliknya tertawan dengan seorang ‘snowbunny’, dan: “Superstar ini sentiasa mengecewakan dan tidak boleh diharap untuk meningkatkan maruah kita.”

Pelari yang diberi gelaran Lightning Bolt, terkenal dengan aksi memanah ketika menggayakan kemenangannya.

Beliau yang juga penyandang juara Olimpik dan pemegang rekod dunia bagi acara 100 dan 200 meter berharap untuk memecah rekod sendiri dan mengekalkan kejuaraan di London pada musim panas ini sambil disaksikan sendiri oleh Slovak.
Slovak berhijrah ke Kanada dengan bapanya ketika berusia 14 tahun dan mengikuti pengajian rekaan fesyen di Universiti Ryerson di Toronto.

Beliau berpindah ke Jamaica selepas ‘jatuh cinta’ dengan pulau itu ketika satu percutian pada 2000.

Slovak diperkenalkan kepada Bolt tahun lalu melalui seorang rakan mereka, penyanyi reggae, Tami Chynn.

Selepas pertemuan itu, Slovak menemubual Bolt untuk satu rencana bagi akhbar Slovakia dan mereka mula menjadi pasangan kekasih pada pertengahan November. – Agensi
Share:

Saturday, 12 May 2012

Maxis Beri Biasiswa RM3.16 juta kepada 22 orang Pelajar


Maxis


KUALA LUMPUR – Maxis Berhad (Maxis) menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis (MSEA) bernilai RM3.16 juta kepada 22 pelajar tempatan sebagai komitmen syarikat komunikasi terhadap pendidikan dan pembangunan kepimpinan di negara ini baru-baru ini.

Maxis melalui satu kenyataan media memberitahu, anugerah itu telah disampaikan kepada pelajar terbabit oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu majlis.

“Penerima anugerah tersebut terdiri daripada tujuh penerima ijazah pertama universiti luar negara dan 15 universiti tempatan.

“Pelajar dipilih oleh panel hakim iaitu Timbalan Naib Canselor Universiti Antarabangsa Inti Malaysia, Profesor Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Pengarah Pendidikan Tinggi Akademi Kepimpinan (AKEPT – Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi), Profesor Datuk Dr. Roziah Omar dan Pengarah Pusat Latihan dan Hubungan Industri Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Stefanie Pillai,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, antara pelajar terbabit Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang Universiti Teknologi Mara, Marlysa Abdul Razak; Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan Universiti Perubatan Antarabangsa, Ng Xi Jing dan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal University Nottingham Malaysia, G.Saadeesh.

Tambah kenyataan itu, ramai penerima biasiswa Maxis yang lalu telah melanjutkan pengajian ke universiti berprestij termasuk London School of Economy, King College London, University of Oxford, Imperial College London, Universiti Columbia dan Harvard Business School. – mynewshub.my

P/s :Untung lahh dapat biasiswa.hehe
Share:

4 Sebab Kenapa FAST AND FURIOUS 8 Kali Ini Lain Dari Yang Lain!

Recommend us on Google!

Blog Archive

Artikel Terbaru

Baca Juga